Anda di halaman 1dari 6

DOA SEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN
BULANAN BTPN MELAKA
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
. ‫أجمعين‬

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,


Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis
Perhimpunan Rasmi Bulanan BTPN/PKG Negeri MELAKA bil. 3 tahun
2019, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan
Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini, bagi menyatakan
komitmen dan iltizam kami terhadap tugas dan tanggungjawab kami
sebagai penjawat awam di bahagian ini. Kami sedar dan faham, bahawa
pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya terutama
pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi,
dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya
berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan
disanjungi.
Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim
Ya Allah, kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu.
Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan cetusan idea yang
bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya
dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan bahagian.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan


iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani
serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja
dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.
Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami,
teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan
kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh
ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah
kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur


dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah Mu. Kurniakanlah, Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan
berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.
‫ص ْو ًما‪،‬‬ ‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‪َ ،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه ت َفَ ُّرقا ً َم ْع ُ‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫َوالَ ت َ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم ِف ْينَا َوالَ َمعَنَا‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْ‬ ‫َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا َ‬
‫اب النَّ ِ‬
‫ار‬ ‫عذَ َ‬ ‫سنَة ًَوقِنَا َ‬ ‫سنَة ً َوفِي ال َ ِخ َرةِ َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ‫سلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْم ُد ِ َّ ِ‬
‫لِل َر ع ِ‬ ‫ص ْح ِب ِه َو َ‬ ‫علَى َءا ِل ِه َو َ‬ ‫صلَّى هللاُ َ‬
‫علَى ُم َح َّم ٍد َو َ‬ ‫َو َ‬