Anda di halaman 1dari 15

BAB 31 MENGHORMATI

TEMPAT BERIBADAT,
AMALAN MULIA
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkannya.

(2) tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan
khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya
sendiri.

(3) tiap-tiap kumpulan agama berhak--


(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau


khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
(4) undang-undang negeri, dan berkenaan dengan wilayah-wilayah
persekutuan kuala lumpur, labuan dan putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama islam.

(5) perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang


berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang
berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau
prinsip moral.
Contoh tempat beribadat untuk pelbagai kaum di Malaysia

a) Islam-Masjid
b) Buddha-tokong
c) Kristian-gereja
d) Hindu-kuil
e) Punjabi-Gudwara
Kebaikan mengamalkan nilai kebebasan
beragama
- menjaga keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum
- mengekalkan kestabilan politik
- rakyat berpeluang meraikan sambutan perayaan agama – agama lain
- negara akan kekal maju
- Dapat menyatupadukan rakyat yang menganut pelbagai agama
- Merapatkan hubungan sesama jiran dengan saling mengunjungi semasa
perayaan
- Kepelbagaian agama dan kebudayaan menarik minat kedatangan pelancong
asing
Peraturan di Kuil -
a. membuka kasut sebelum masuk ke perkarangan kuil
b. membasuh kaki sebelum masuk ke kuil
c. memberikan tumpuan semasa sami menjalankan
upacara keagamaan
d. menunaikan hajat sekiranya berniat
e. dilarang memasuki perkarangan kuil sekiranya dalam
keadaan haid
Peraturan di Tokong -
a. memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata
b. membuka kasut sebelum masuk ke kawasan ibadat
c. menjaga kebersihan
d. memberikan tumpuan semasa beribadat
e. dilarang membuat bising
f. dilarang membawa makanan berdaging
Peraturan di Masjid
a. menutup aurat
b. menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
c. duduk dengan sopan
d. menjaga kebersihan diri dan persekitaran
e. tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
f. menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal
semula
Peraturan di Gurdwara -
a. membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara
b. berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di
tempat ibadat
c. sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum
keluar
d. membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib'
e. Hanya makanan vegeterian dibenarkan dibawa masuk ke
Gurdwara
Amalan – amalan umum di
semua tempat beribadat
a) mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b) memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin
C) Menjaga kebersihan diri
D) Menjaga kebersihan persekitaran
E) berpakaian sopan
F) dilarang membuat bising
Kepentingan menjaga dan menghormati
tempat beribadat pelbagai penganut agama
a) boleh mengeratkan perhubungan dan
persahabatan antara penganut pelbagai agama
b) menghormati hak kebebasan beragama yang
termaktub dalam perlembagaan
C) Tidak berlaku perselisihan faham antara penganut
D) Menjaga sensitivity antara kaum dalam usaha
mengekalkan keharmonian negara
Contoh Hari Perayaan yang diberi
kemudahan cuti umum
- Hari Raya Aidifiltri
- Tahun Baru Cina
- Hari Deepavali
- Hari Krismas
- Hari Wesak
Cara-cara menunjukkan kebebasan
beragama dalam kehidupan seharian
a) tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan
tanggungjawab keagamaannya walaupun ada urusan
b) tidak mengadakan mesyuarat/aktiviti penting semasa rakan
perlu melaksanakan keagamaan mereka
KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN OLEH
PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK SWASTA
- Memberi kebenaran bercuti semasa menyambut perayaan keagamaan
- Memberi kebenaran membina rumah beribadat
- Aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan bebas
- memanjangkan waktu rehat pada hari Jumaat untuk memberi kemudahan kepada umat
Islam melaksanakna solat Jumaat
- Memberikan bonus kepada pekerja menjelang hari perayaan utama setiap kaum
- Menyediakan tempat sembahyang di syarika atau kilang bagi umat Islam melaksanakan
tanggungjawab keagamaan mereka
- Kerajaan membantu dalam menjaga keselamatan penganut sesuatu agama ketika
menyambut perayaan tertentu, ocntohnya semasa perarakan keagamaan
Cara Rakyat Menunjukkan sikap
menghormati Kebebasan Beragama
- memahami tentang agama dan cara beribadat kaum lain
- tidak membantah kemudahan yang diberikan kepada penganut agama lain melaksanakan
tuntutan agama mereka
-Bekerjasama pada masa tertentu bagi melincinkan perjalanan sambutan perayaan
beragama sesuatu kaum
- Bertolak ansur terhadap penganut agama lain semasa melaksanakan sesuatu upacara
keagamaan
-Tidak menganggu amalan keagamaan penganut lain
-Tidak menghina sesuatu amalan perayaan beragama lain
-Memberi ruang kepada penganut agama lain untuk berehat