Anda di halaman 1dari 10

JEREBU ialah suatu keadaan apabila terdapatnya debu, asap, abu,

serta gas dan pepejal yang terapung-apung di atmosfera


berhampiran dengan bumi. JEREBU sering mengurangkan jarak
penglihatan sehingga satu hingga dua kilometer
JEREBU kerap dijumpai di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk
padat kerana kawasan ini melepaskan sejumlah besar karbon dioksida,
asap, dan debu ke atmosfera. Jerebu juga berpunca daripada kegiatan
manusia seperti pembakaran secara terbuka, pelepasan asap dari
kenderaan bermotor, dan kebakaran hutan.
Beberapa buah negara Asia Tenggara yang pernah dilanda
jerebu adalah ;-

- Filipina - Brunei
- Malaysia - Indonesia
- Singapura
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang
kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga
dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). Jerebu juga terhasil daripada
tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang
dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan
bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari,
jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus
cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai
satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara
lembap.
0 – 50 = Baik 401 – 500 = Sangat Berbahaya
51 – 100 = Serdehana 501 = Darurat
101 – 200 = Tidak Sihat
201 – 300 = Sangat Tidak Sihat
301 – 400 = Berbahaya
JEREBU boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada ;-

- Kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit lelah dan penyakit penafasan lain
Antara gejala akibat pendedahan jerebu adalah ;-
- Kulit terasa gatal
- Kesukaran bernafas
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Iritasi di mata serta mata yang merah
Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana
penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar
subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan
("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu.
Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerebu,
dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat
jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama
sekali sebelum mencecah ufuk.

Anda mungkin juga menyukai