Anda di halaman 1dari 8

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri.


Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan
potensi diri.
Menyatakan nilai yang perlu ada untuk
menjamin kejayaan dalam sesuatu kerjaya yang
diceburi
 PILIHAN KERJAYA
 Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah
bersesuaian dengan:
 Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam
sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara
formal di mana-mana institusi pendidikan.
 Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
 Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran
atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya
seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi
memenuhi kerjayanya.
 Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang
dilakukan.
 Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya
 Internet.
 Iklan di surat khabar.
 Internet.
 Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.
 Program karnival atau Minggu Kerjaya.
 Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
 Kelayakan akademik.
 Minat dan potensi
 Pengalaman/kemahiran.
 Pengaruh persekitaran.
 Faedah sampingan.
 Taraf hidup.
 Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum
Membuat Pilihan Kerjaya
 Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah
mengenai alam pekerjaan.
 Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat
membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak
diambil.
 Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
 Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
 Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik
dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.
 Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman
terhadap bidang yang diceburi.
 KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
 Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang
memerlukan dia membuat keputusan yang bijak,
terutamanya semasa memilih jurusan.
 Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga
perlu dilakukan bagi membantu pelajar memilih
jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
 Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber
pengetahuan yang boleh dipercayai.
 Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu
diamalkan semasa membuat keputusan.
 PILIHAN JURUSAN
 SAINS
 Enam mata pelajaran teras.
 Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan
English for Science and Technology (EST).
 TEKNIKAL
 Enam mata pelajaran teras.
 Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Lukisan
Kejuruteraan, Reka Cipta dan Matematik Tambahan, EST.
 SASTERA
 Enam mata pelajaran teras.
 Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau
Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
 AGAMA
 Enam mata pelajaran teras.
 Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
 KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
 Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan
masalah.
 Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang
lain.
 Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
 Meringankan beban masalah.
 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.
 Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru
kaunseling.
 Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan
ahli keluarga.
 Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
 Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai