Anda di halaman 1dari 26

GHSS3013 GAYA HIDUP SIHAT

Pembentang : Loretta Anak Ron


PISMP BAHASA IBAN SEM 5 AMBILAN JUN 2017
Pengenalan
Tabiat suka merokok dalam kalangan
masyarakat kita semakin hari semakin
berada pada tahap yang membimbangkan.
Menurut Zulkifli Mohamad (2011), dalam
sebatang rokok terdapat kira-kira 4000 jenis
bahan beracun yang disedut ketika
seseorang individu itu merokok.
Antara kandungan asap rokok yang
memudaratkan kesihatan ialah tar, nikotin
dan karbon monoksida. Buktinya,
Kementerian Kesihatan Malaysia
mendedahkan statistik bahawa kira-kira
100,000 orang mati setiap tahun di Malaysia
disebabkan penyakit yang berkaitan dengan
tabiat merokok.
Definisi rokok, merokok dan perokok
 Rokok adalah satu hasil olahan tembakau dengan
menggunakan bahan ataupun tanpa bahan
tambahan. Rokok berbentuk silinder dari kertas
berukuran sekitar 120 milimeter dengan diameter
sekitar 10 milimeter yang berisi daun-daun tembakau
yang telah dicacah (Nururahman, 2014:77).
 Menurut Ikhsan (2012) merokok adalah menghisap
asap tembakau yang dibakar ke dalam tubuh dan
menghembuskannya kembali keluar.
 Definisi perokok menurut WHO (World Health
Organization) adalah mereka yang merokok setiap
hari untuk jangka waktu minimal 6 bulan selama
hidupnya.
Punca-punca masalah merokok
Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan 2006, mendapati 18.2% remaja
berumur 13-15 tahun adalah perokok.
Manakala dalam Global Youth Tobacco
Survey (GYTS) Malaysia 2009, purata
merokok ialah sebanyak 18.2% dalam
kalangan remaja. Sejumlah 22.8% remaja
mula mencuba merokok sejak berumur 10
tahun dan 30.0% pula yang mencuba
merokok sebatang atau dua batang rokok.
Beberapa sebab utama telah dikenal pasti
sebagai faktor remaja terjebak dalam tabiat
merokok.
Punca-Punca Masalah Merokok
1. Pengaruh rakan sebaya
 Bergaul dengan kumpulan perokok
 Gagal mengawal diri membuatkan seseorang
itu terjebak dalam gejala merokok

2. Rasa tertekan
 Misalnya, mempunyai masalah peribadi atau
masalah di tempat kerja
 Mengambil jalan pintas merokok sebagai satu
cara menenangkan fikiran
3. Perasaan ingin mencuba
Sering berlaku kepada remaja-remaja
yang baru mengenal erti kehidupan
Pengaruh persekitaran turut membawa
kepada perasaan ingin mencuba
sesuatu yang baru.
 Misalnya, bapa adalah seorang perokok
jadi tidak mustahil anak juga akan
terikut-ikut perangai bapa
4. Pengaruh media massa
Usia remaja merupakan tempoh individu
mencari identiti diri.
Pengaruh media massa yang menyiarkan
iklan dan cerita yang mengambarkan hero
seorang perokok yang hebat memberi
gambaran salah kepada remaja bahawa
tabiat merokok itu ‘cool’ dan bergaya serta
lambang kehebatan.
Remaja biasanya akan menjadikan selebriti
atau artis sama ada penyanyi, pelakon
mahupun pengacara sebagai idola..
5. Faktor persekitaran
Merokok telah menjadi sebahagian
daripada budaya yang diterima oleh
masyarakat Malaysia. Ini menjadikan
merokok tidak disifatkan sebagai suatu
perbuatan yang salah bagi masyarakat.
Rokok mudah dibeli dan dibawa serta
boleh didapati di mana-mana kedai.
Kesan-kesan akibat masalah merokok
Merokok menyebabkan banyak kesan buruk
kepada kesihatan dan kualiti hidup seseorang.
Risiko 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-
paru
25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung
Kesan merokok terbahagi kepada 3 aspek:-
1. Aspek kesihatan
2. Aspek alam sekitar
3. Aspek ekonomi
1. Aspek kesihatan
Kesan masalah merokok ini boleh
dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka
panjang dan kesan jangka pendek.
Kesan jangka panjang:
i. Penyakit jantung
ii. Strok
iii. Penyakit mulut dan gusi
iv. Mati pucuk
v. Kanser payu dara
vi. Keguguran
Kesan jangka pendek:
i. Pembebasan gas karbon monoksida
dan pengurangan oksigen
menyebabkan otak tidak dapat
berfungsi dengan sepenuhnya
ii. Gigi menjadi kuning
iii. Nafas berbau
Asap Rokok Mengancam kesihatan kanak-
kanak.
Kanak-kanak dikategorikan sebagai perokok
pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap
rokok basi yang disebarkan oleh perokok.
Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah
kepada asap rokok basi mempunyai risiko
lebih tinggi untuk mengalami pelbagai
masalah kesihatan.
Di antara masalah kesihatan yang mungkin
dialami adalah batuk, asma serta jangkitan
paru-paru.
2. Aspek alam sekitar
Dari aspek alam sekitar, merokok juga boleh
mencemarkan persekitaran. Asap rokok
menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
25% kes kebakaran berlaku adalah disebabkan
individu yang tidak bertanggungjawab
membuang puntung rokok sembarangan.
Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh
mencemarkan persekitaran seperti
mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.
3. Aspek ekonomi
Pembaziran dari segi perbelanjaan harian
yang digunakan untuk membeli rokok.
Statistik masalah merokok di negara
Asia tahun 2017
Langkah-langkah menangani masalah
merokok
1. Kempen antimerokok
 Dijalankan di sekolah, universiti atau di tempat awam
 Bertujuan bagi memberu kesedaran kepada
masyarakat bahawa rokok berbahaya kepada
kesihatan

2. Ceramah kesihatan
 Tips-tips berhenti atau mengurangkan rokok dalam
sehari
 Menayangkan video kesan daripada tabiat suka
merokok
 Menerangkan manfaat berhenti merokok kepada
orang ramai
3. Kuatkuasakan undang-undang
Tindakan kerajaan untuk mengenakan
peraturan melarang aktiviti merokok di
premis makanan di seluruh negara
bermula pada 1 Januari 2019
Larangan merokok di kawasan premis
perniagaan (jarak 3 meter)
Larangan menjual rokok kepada individu
bawah umur
Tanggungjawab pihak kerajaan
membanteras penyeludupan rokok secara
haram
Langkah-langkah menangani masalah
merokok
Kesimpulan
Kesimpulannya, merokok itu membawa padah.
Merokok bukan sahaja akan menjejaskan
kesihatan diri sendiri tetapi juga mereka yang
berada di sekeliling anda. Cegahlah diri anda
daripada rokok.

Anda mungkin juga menyukai