Anda di halaman 1dari 12

(LULUHAWA KIMIA)

 Luluhawa bermaksud proses pemecahan dan


penguraian batuan secara semula jadi dan
in situ oleh unsur-unsur cuaca.
 In situ bermaksud lokasi dimana batu itu
berada dan lokasi pemecahan batu itu
berlaku.
 Proses larutan hujan ke atas batu kapur
menyebabkan batuan tersebut berlubang,
retak dan pecah.
 Air hujan akan bercampur dengan gas karbon
dioksida membentuk asid karbonik yang aktif
melarutkan batu kapur.
 Larutan tersebut akan menjadi batu kapur
berlubang,berongga,mewujudkan stalaktit dan
stalagmit serta membentuk pandang darat
kawasan kars yang menarik.
 Proses tindak balas kimia antara air,ferum dalam
batuan dan oksigen yang menyebabkan batuan
menjadi berkarat dan reput membentuk tanah
laterit.
 Larutan air keatas ferum akan menghasilkan
ferum oksida yang akan melemahkan ikatan
mineral batuan oleh itu batuan retak dan hancur.
 Proses ini banyak berlaku di tropika lembab
kerana kuantiti hujan yang banyak dan turun
sepanjang tahun.
 Proses tindak balas air ke atas mineral batuan yang
akan mengubah kandungan kimia batuan
membentuk batuan baharu.
 Misalnya larutan air ke atas batuan igneus yang
mengandungi mineral hematit membentuk tanah
liat atau limonit kuning.
 Proses tindak balas air ke atas mineral batuan
granit yang akan mengubah kandungan kimia
batuan membentuk batuan baru iaitu kaolin atau
tanah liat halus.
 Unsur hidrogen dalam air akan mengurangkan
mineral silikat dalam batu granit membentuk
kaolin(tanah liat putih).
 Tanah liat ini digunakan untuk membuat
tembikar ,memutihkan kertas dan bahan
kosmetik.
 proses larutan air ke atas mineral batuan
menyebabkan berlaku tindak balas kimia yang
akan memecahkan batuan.
 Batuan yang lembut akan mudah larut ke dalam
air menjadikan ia mudah pecah.
 Proses ini banyak berlaku di tebing sungai ,tasik
pantai dan paya.

Anda mungkin juga menyukai