Anda di halaman 1dari 18

Hujan asid

• Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.


• Ini disebabkan air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-
gas berasid yang terdapat di atmosfera.
• Hujan asid juga ialah hujan yang mempunyai
nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi
gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang
terlepas di udara bercampur dengan air hujan
untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
FAKTOR……
1. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri
yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan
nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di
kilang-kilang dan pembakaran arang batu
bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas
sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
2. Proses peleburan biji timah yang banyak akan
membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya
peleburan timah kuprum.

3. Kegiatan pertanian juga punca berlakunya


hujan asid iaitu melalui penggunaan baja
nitrogen yang akan menghasilkan gas nitrogen.
4. Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh
petani-petani untuk membakar plastik baja dan
sisa kayu akan membebaskan sulfur dioksida.

5. Aktiviti sistem pangangkutan juga merupakan


salah satu penyumbang berlakunya hujan asid
melalui pembebasan asap ekzos pada suhu
tinggi di silinder kereta menyebabkan
pembebasan gas nitrogen dioksida dan nitrik
oksida.
• Bangunan dan peralatan bangunan
 Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid,
ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain
itu, ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung
zink.

• Tumbuh-tumbuhan
 Menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana
kandungan nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis.

• Kerosakan bangunan
 Hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan artifak-
artifak bersejarah
 Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas
kimia ,batu jadi reput dan gangsa terurai dan turut menjejaskan kekuatan dan
kekukuhan konkrit dan cat bangunan.

• Mengancam hidupan akuatik


 Bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Cth:
alimunium, zink dan raksa.Pertambahan logam –logam beracun beracun ini
mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton.
Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas.
LANGKAH MENGATASI
• Kilang-kilang patut mengehadkan pelepasan
gas pencemar udara ke atmosfera dengan
menggunakan bahan api yang rendah
kandungan sulfur dan secara tidak langsung
boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.

• Mengadakan kempen bagi meningkatkan


kesedaran mengenai keburukan hujan asid.

• Kempen berkongsi kereta dapat


mengurangkan pelepasan asap kenderaan.
• Penguatkuasaan undang-undang oleh
kerajaan seperti menggubal undang2 alam
sekitar yang sedia ada. Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 perlu dikemaskini dengan
keadaan semasa alam sekitar.
SOALAN
1. Nyatakan 2 punca yang menyebabkan hujan
asid.
2. Terangkan 2 kesan hujan asid.
3. Bagaimanakah menangani masalah hujan
asid? Sila jelaskan langkah mengatasi.