Anda di halaman 1dari 29

KULIAH 3

TAMADUN MELAYU : TERAS


TAMADUN MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
 Objektif:
 Di akhir bab ini, pelajar diharap dapat:
1. Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu.
2. Membincangkan tentang pengertian dan konsep tamadun
Melayu.
3. Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan
Malaysia.
4. Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar
kebangsaan Malaysia.
5. Membincangkan tentang kegemilangan Tanah Melayu dan
sumbangan hasil.
KANDUNGAN
Konsep

Asas-asas

Pandangan
Semesta

Pencapaian
TAKRIF TAMADUN MELAYU
 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
tamadun bermaksud kemajuan atau dalam tingkat
penghidupan atau peradaban.
 Maksud tamadun Melayu pula ialah sebuah
tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan
orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di
Asia Tenggara.
Konsep Melayu

Ras
Agama Islam Bahasa
(gentetik /
biologi)
mengamalkan adat
istiadat Melayu
berbahasa Beragama
Melayu Islam

Perkara 160,
Perlembagaan
Malaysia, orang
Melayu ditakrifkan
sebagai:
KONSEP MELAYU

 Ringkasnya, kedatangan Islam di Kepulauan


Melayu tidak dinafikan telah banyak membawa
pembaharuan kepada:

corak pemikiran melenyapkan


dan sosiopolitik kegemilangan Tamadun
masyarakat Hindu Buddha di Alam
Melayu Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

 Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat


yang mempunyai susunan struktur sosial yang
kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan
ulama, pembesar, pedagang dan petani.
 Kemunculannya secara langsung boleh dikaitkan
juga dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan
Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

 Masyarakat Melayu mempunyai sejarah tamadun yang


tersendiri.
 Sejak zaman dahulu, orang Melayu telah membina
asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan
peradaban yang lahir di India, China, Mesir dan
Mesopotamia.
 Bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan
kewujudan manusia pada Zaman Paleolitik.
 Bukti terpenting kewujudan manusia adalah penemuan
fosil manusia di Jawa pada tahun 1890 M.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

 Zaman Neolitik menyaksikan kedatangan kumpulan manusia dari


Tanah Besar ke Kepulauan Melayu.
 Menjelang zaman ini, berlaku perkembangan pesat dengan
kemunculan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat
peralatan tembikar dan logam.
 Pada akhir zaman prasejarah muncul Zaman Logam yang
dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son,
Vietnam Utara, Sungai Lang (Selangor) dan Batu Buruk
(Terengganu).
 Juga berlaku perkembangan dari segi kepercayaan iaitu tradisi
Megalitik yakni membina batu-batu besar bagi pemujaan nenek
moyang.
 Merupakan serpihan gendang Dongson yang ditemui di Bukit Jati,
Klang. Gendang gangsa Heger 1 ini merupakan artifak purba
yang termasyhur di Asia Tenggara.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

 Selepas zaman prasejarah, muncul satu tahap baru


dalam sejarah Nusantara yang dikenali sebagai
zaman proto-sejarah.
 Zaman ini bermula dengan kedatangan pengaruh
budaya India.
 Proses Indianisasi berlaku dengan kedatangan
mubaligh-mubaligh Buddha pada zaman Maurya
dan Kushan.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
MELAYU

 Pada tahap ini juga muncul beberapa


Kerajaan Hindu-Buddha seperti Kerajaan
Funan, Chenia dan Angkor di Tanah Besar Asia
Tenggara, manakala kerajaan–kerajaan
seperti Langkasuka, Tambralinga, Tan-tan,
Kedah Tua dan Gangga Nagara di
Semenanjung Tanah Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

 Menjelang abad ke-7 Masihi, Srivijaya muncul sebagai


empayar yang kuat di Asia Tenggara.
 Ia berjaya menguasai laluan perdagangan timur-barat
dan menjadi pusat pengajian agama Buddha yang
terulung di Nusantara.
 Mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh
Srivijaya dan Majapahit.
 Melaka juga berperanan penting sebagai pusat
penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.
PANDANGAN SEMESTA MELAYU
 Berpusatkan kepada manusia (man-centerred),
bertitik tolak kepada tanggapan masyarakat
Melayu terhadap alam dan kehidupan
mereka.
 Interaksi dengan alam melahirkan satu konsep
penting yang mendasari kehidupan mereka,
iaitu “peng+alam+an” (pengalaman).
PANDANGAN SEMESTA MELAYU
 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan
keseluruhan pandangan dunia Melayu.
 Walau bagaimanapun masih terdapat unsur-unsur
pandangan semesta Hindu-Buddha-hyang yang diwarisi.
 Umpamanya di Melaka, berlaku sinkretisme antara Islam
dan kepercayaan Hindu-Buddha yang dapat dilihat pada
salasilah kesultanan Melaka.
PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Pada asasnya, nilai-nilai yang mempengaruhi


pandangan semesta Melayu adalah seperti berikut:
• Akidah Islam
• Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
• Berpegang teguh kepada Adat Resam
• Memuliakan yang Tua
• Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim
• Meraikan Tetamu
• Saling Menghormati
• Bertimbang Rasa
• Bersopan santun, Berbudi Bahasa
• Bermesyuarah/Bermuafakat
• Bergotong-royong
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
 Kemunculan pusat-pusat tamadun sebelum Islam
 Kerajaan–kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam
adalah berasaskan ciri agaria dan juga maritim.
 Kerajaan Funan, Angkor, Kedah Tua (Lembah Bujang),
Srivijaya dan Majapahit.
 Pembinaan negara-negara kota ini adalah asas
pembentukan Tamadun Melayu di Nusantara.
 Bandar-bandar pelabuhan yang menjadi pusat
ketamadunan termasuklah ekonomi, sosial, politik,
pendidikan, kebudayaan dan hubungan antarabangsa.
Kerajaan-kerajaan Islam

 Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar persuratan.
 Peranan penyebaran dan penyampaian agama
Islam di seluruh Alam Melayu dimainkan oleh
wilayah dan daerah Melayu di Sumatera (seperti
Pasai, Acheh dan Riau) dan Semenanjung Tanah
Melayu (seperti Melaka, Johor, Terengganu,
Kelantan dan Pattani).
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Pemerintahan Beraja di Alam Melayu
Pentadbiran Melayu
Pembangunan Ekonomi Melayu
Pendidikan
Intelektual- Falsafah Melayu
Kepercayaan
Perubatan Melayu
Undang-Undang Melayu
Seni Budaya Melayu
Kesusasteraan Melayu
Muzik dan Drama Melayu
Seni Bina Melayu
Seni Ukir Melayu
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:
PEMERINTAHAN BERAJA
 Sistem politik di Alam Melayu amnya adalah
berasaskan kepada konsepsi kosmologis.
 Berasaskan konsepsi ini, lahir konsep dewaraja.
 Oleh yang demikian, raja dianggap mempunyai kuasa
suci dan berdaulat.
 Selepas kedatangan Islam, konsep dewaraja
disesuaikan dengan ajaran Islam yang
mengatakan raja adalah Amirul Mukminin
(ketua orang-orang Mukmin) di muka bumi.
 Sehubungan itu, rakyat dikehendaki
menjalankan segala titah dan perintah raja.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:
PENDIDIKAN

 Ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di


istana dan kalangan golongan bangsawan
sahaja dalam zaman Hindu/Buddha, tetapi
disebarkan di kalangan rakyat jelata melalui
pendidikan dan pengajaran di masjid, surau,
madrasah dan pesantren.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:
Pentadbiran Melayu

 Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit


politik yang terbesar adalah negeri.
 Pemerintah tertinggi sesebuah negeri adalah
sultan, raja atau Yang Dipertuan Besar.
 Raja dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu
seperti bendahara, bendahari, temenggung
dan syahbandar.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:
Pembangunan ekonomi Melayu

 Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan


Srivijaya sebagai pusat perdagangan
antarabangsa di Asia Tenggara.
 Ia meneruskan tradisi perdagangan masyarakat
pribumi yang berjalan sejak zaman Kerajaan
Melayu Langkasuka dan Srivijaya.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
 Peraturan-peraturan dan tatatertib berniaga
dengan sistem yang tetap diperkenalkan.
 Gudang telah disediakan .
 Sistem undang-undang digubalkan.
 Mata wang logam, sistem ukuran dan
timbangan juga digunakan dalam transaksi
perdagangan.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
 Intelektual-Falsafah Melayu
 Perubatan Melayu
 Undang-undang
 Kepercayaan dan agama
 Kewujudan Sinkretisme- pemujaan dewaraja
 Kesusasteraan
 Muzik dan Drama Melayu
 Seni Bina
 Seni Ukir
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:
Kesusasteraan Melayu

Sastera Melayu selepas kedatangan Islam

Sastera Bukan Islam Sastera Islam


KESIMPULAN
 Pemahaman mengenai kemunculan pusat-pusat
tamadun Melayu seharusnya merangkumi tahap-tahap
sebelum dan selepas kedatangan Islam.
 Pengaruh dari luar ke atas kehidupan masyarakat dan
perkembangan tamadun Alam Melayu berlaku melalui
proses Indianisasi dan kedatangan agama Islam.
 Kesan-kesan ini memberi pengaruh yang amat besar
dari segi sistem politik, ekonomi dan pemikiran
masyarakat Melayu, yang akhirnya membawa kepada
kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu yang penting
di rantau ini.
SOALAN-SOALAN SEMINAR
 Bincangkan kedudukan Melaka sebagai pusat
tamadun yang penting di Alam Melayu.
 Apakah yang dimaksudkan dengan Pandangan
Semesta Melayu?
 Analisiskan peranan Raja dan Kerajaan Melayu di
Asia Tenggara.
 Galurkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian
Melayu.
RUJUKAN
 Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
 Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah
Putung (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia:
Selangor.
 Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi
Rozali, Mahdi Shuid (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan
Multimedia: Selangor.
 Azhar Hj.Mad Ros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2.
Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.
 Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law (2008). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-
Hill (Malaysia): Shah Alam.
 Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill
(Malaysia): Shah Alam.
 Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999). Tamadun Dunia.
Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai