Anda di halaman 1dari 40

Unit 2

Dinamika Masyarakat Malaysia


 Membincangkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

 Mengupas dinamika hubungan etnik pada waktu tersebut dan


faktor-faktor yang mempengaruhinya.

 Dibahagikan kepada 3 topik:


 Topik 4: menyusuri kemunculan masyarakat majmuk semasa era
Kesultanan Melayu Melaka.
 Topik 5: mengupas kemuncak pembentukan masyarakat majmuk
pada era penjajahan.
 Topik 6 : membincangkan tahap hubungan etnik pada era pasca
merdeka.
 Pada akhir unit ini, anda akan dapat:

 Menjelaskan beberapa fasa migrasi ke Malaysia

 Menggambarkan pembentukan masyarakat majmuk di


Malaysia

 Membincangkan impak penjajahan Barat terhadap struktur


demografi di Malaysia

 Membincangkan tahap hubungan etnik pada era pasca


merdeka
 Pengenalan

 Kesultanan Melayu Melaka: Titik permulaan masyarakat majmuk

 Asimilasi dan amalgamasi

 Rumusan
 Pada awalnya, Tanah Melayu dihuni Orang Asli. Sabah dan Sarawak
didiami pelbagai suku etnik pribumi seperti Kadazan-Dusun dan
Iban

 Struktur penduduk di Tanah Melayu terus mengalami perubahan


apabila Kesultanan Melayu Melaka membuka pintunya kepada
pedagang asing
 Ramai pedagang asing ini menetap di Melaka.Ada
juga yang berhijrah ke negeri lain di Tanah Melayu
khususnya Pulau Pinang dan Singapura

 Kemasukan beramai-ramai pedagang asing ke


Melaka adalah titik tolak kepada pembentukan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu dan
kemudiannya Borneo Utara dan Sarawak
 Semasa kegemilangan Kesultanan Melaka antara awal
kurun ke-15 dan 16, ramai pedagang dari seluruh
pelusuk dunia datang ke Tanah Melayu

 Antaranya pedagang Arab, Parsi, Cina, India, Nusantara


dan Eropah

 Kemajuan Melaka menjadikannya sebuah kota pelbagai


budaya yang mempertemukan manusia daripada
pelbagai latar etnik, budaya dan kepercayaan
 Sebenarnya, kedatangan budaya asing seperti Arab
pra Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan
Eropah ke alam Melayu ini telah berlaku sejak
kurun ke-5 lagi

 Walau bagaimanapun, ia menjadi semakin pesat


semasa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 Kelompok penghijrah yang menetap di Melaka
berinteraksi dengan penduduk tempatan dan cuba
mengenali adat resam serta kepercayaan mereka

 Sebagai kelompok minoriti, mereka menghormati


kebudayaan Melayu dan belajar bertutur dalam bahasa
Melayu

 Orang Melayu yang membentuk kumpulan majoriti pada


waktu itu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah
tetapi mengekalkan identiti kemelayuan mereka
 Penghijrah yang menetap di Tanah Melayu lazimnya
berkahwin dengan orang tempatan

 Proses asimilasi dan amalgamasi ini akhirnya


membawa kepada pembentukan masyarakat baharu
seperti Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab,
Melayu berketurunan India, Peranakan Jawi dan Serani
 Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah
kelompok penduduk terawal menetap di Malaysia
sebelum penghijrahan besar-besaran orang Melayu

 Kedatangan orang luar ke Melaka semasa zaman


kegemilangan Kesultanan Melayu ini menjadi titik tolak
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia

 Terdapat empat kelompok pedagang di Melaka iaitu


Arab dan Parsi; Cina dan India; Nusantara; dan Eropah
 Penghijrah yang menetap di Melaka mempunyai
tahap interaksi yang tinggi dengan penduduk
tempatan

 Ramai penghijrah yang menetap di Tanah Melayu


berkahwin dengan orang tempatan. Proses
amalgamasi ini mengubah struktur penduduk dan
budaya kehidupan mereka
 Pengenalan

 Kolonialisme dan masyarakat majmuk di Malaysia

 Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu

 Dinasti Brooke di Sarawak

 Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris di Sabah

 Rumusan
 Apabila kuasa Eropah mula menerokai tanah baharu, rantau Nusantara
termasuklah Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak turut menjadi
tumpuan

 Tanah Melayu pertama kali dijajah oleh kuasa Eropah iaitu Portugis
pada 1511. Selepas itu, Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing untuk
tempoh 446 tahun; Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824),
Inggeris (1824-1957) dan Jepun (1941-1945)

 Di Sabah, penjajahan kuasa asing bermula agak lewat dan hanya


bertahan untuk 98 tahun

 Tempoh penjajahan di Sarawak pula adalah agak panjang sedikit


berbanding Sabah iaitu selama 122 tahun
 Dalam kalangan kuasa penjajah di Tanah Melayu, kerajaan
kolonial Inggeris memainkan peranan yang paling besar
dalam membawa perubahan terhadap kehidupan
masyarakat tempatan

 Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang paling


berpengaruh dalam mencorakkan kehidupan masyarakatnya

 Di Sarawak, keluarga Brooke berperanan dalam


memperluaskan wilayah Sarawak dan membawa perubahan
besar terhadap kehidupan masyarakatnya
 Penjajahan Inggeris bukan sahaja mengubah sistem politik
tempatan dan kuasa Raja Melayu, ia juga mengubah kegiatan
ekonomi negeri-negeri Melayu yang akhirnya membawa kesan
terhadap struktur masyarakat

 Minat Inggeris terhadap perdagangan bijih menjadi faktor penting


kepada campurtangan mereka di Tanah Melayu. Nilai ekonomi
Tanah Melayu semakin meningkat apabila Inggeris
memperkenalkan tanaman getah di Pantai Barat
 Dalam mengejar kepentingan komersilnya, Inggeris cuba
untuk meminimumkan gangguan terhadap masyarakat
Melayu.

 Atas dasar inilah, Inggeris membawa masuk ramai buruh dari


China untuk mengusahakan perlombongan bijih dan orang
India untuk perladangan getah
 Antara aktiviti ekonomi utama Sarawak semasa penjajahan
Brooke ialah perlombongan antimoni dan emas

 Kegiatan perlombongan ini mendorong orang Cina yang berada di


Sambas, Indonesia untuk berhijrah ke Bau, Kuching bagi
mengusahakan perlombongan bijih

 Pemerintahan Brooke yang stabil dan kekacauan yang berlaku di


negara China mendorong lebih ramai orang Cina berhijrah ke
Sarawak
 Walaupun kebanyakan orang Cina yang berhijrah bekerja
sebagai petani dan pelombong, mereka berjaya menguasai
aktiviti perdagangan dan juga pembalakan tidak lama
selepas bertapak di negeri ini

 Penguasaan ekonomi orang Cina ini terserlah apabila mereka


menjadi kumpulan etnik yang paling berpengaruh dalam
bidang ekonomi pada 1970-an
 Di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam, kegiatan ekonomi
tempatan khususnya sektor perladangan telah dipergiatkan

 Antara tanaman yang diusahakan ialah tembakau, tebu, kopi


dan ganja

 Walau bagaimanapun, Sabah tidak mempunyai sumber buruh


yang mencukupi untuk menampung perusahaan perladangan
secara besar-besaran
 Oleh itu, Syarikat Berpiagam membawa masuk buruh dari
negara China untuk menampung kekurangan buruh ini

 Dasar ini menyumbang kepada peningkatan orang Cina di


Sabah yang kemudiannya menjadi kumpulan etnik yang
kedua besar selepas etnik Kadazan-Dusun pada 1960
 Penjajah telah meningkatkan lagi tahap kemajmukan masyarakat
di Malaysia dengan membawa masuk secara beramai-ramai
orang Cina dan India

 Berbanding era kegemilangan Melaka, mereka yang berhijrah


melalui proses asimilasi dan amalgamasi, orang Cina dan India
yang datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 dan ke-20 hidup
secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
masing-masing
 Dasar pecah perintah Inggeris telah menyebabkan
kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat terbahagi
berdasarkan pengenalan etnik

 Polarisasi etnik di Malaysia kekal selepas merdeka


dan terus menjadi cabaran besar dalam
memastikan keharmonian hubungan etnik di
negara ini
 Pengenalan

 Isu sosio-ekonomi

 Rusuhan bulan Mei 1969

 Dasar Ekonomi Baharu: Menangani hubungan etnik dan


kritikannya

 Isu dan cabaran

 Rumusan
 Pada era pasca merdeka, struktur ekonomi dan masyarakat tidak
banyak berubah walaupun kerajaan Perikatan sudah mula
memperkenalkan tindakan afirmatif

 Malaysia era pasca merdeka mewarisi sistem sosio-ekonomi


penjajah yang telah menyumbang kepada meningkatnya polarisasi
etnik dan juga ketidakseimbangan dari segi etnik, bandar-luar
bandar dan wilayah.

 Struktur sosio-ekonomi masyarakat ini kemudiannya menjadi


katalis kepada tercetusnya pertelingkahan etnik antara kelompok
Melayu dan Cina pada 13 Mei 1969
 Disebabkan dasar pecah perintah Inggeris, struktur
ekonomi negara terbahagi mengikut kelas dan
kumpulan etnik

 Kelompok bandar lebih tertumpu kepada sektor


ekonomi moden seperti perlombongan,perladangan,
getah dan sawit manakala kelompok luar bandar pula
terperangkap dalam sektor pertanian dan perikanan
 Pengkelasan ekonomi juga berlaku dari segi etnik -
orang Melayu yang kebanyakannya menetap di luar
bandar lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisi
manakala kelompok Cina dan India menguasahakan
kegiatan ekonomi moden

 Pada akhir 1960-an, hampir separuh daripada rakyat


Malaysia berada dalam kelompok kemiskinan iaitu
sebanyak 49.3 peratus. Sejumlah besar golongan
miskin ini berada di luar bandar yang majoritinya
adalah golongan Bumiputera
 Menurut laporan rasmi, 196 kematian direkodkan dan lebih daripada
300 orang cedera. Jumlah tangkapan mencecah hampir 10,000
orang dan 5,561 orang daripadanya didakwa

 Kerajaan menggariskan faktor-faktor penyumbang kepada konflik


antara orang Melayu dan Cina ini;
 Komunis dan kongsi gelap Cina
 Tafsiran perlembagaan yang berbeza antara orang Melayu dan
bukan Melayu
 Tentangan terhadap hak istimewa orang Melayu
 Perasaan perkauman yang dimainkan semasa kempen pilihan raya
 Perarakan kemenangan pembangkang
 Sikap permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang antara
kaum
 Sebaliknya, Kua Kia Soong (2007) berpendapat bahawa
pertumpahan darah 13 Mei ini disebabkan oleh
pergolakan politik dalaman UMNO itu sendiri

 Pendapat Kia Soong ini penting kerana ia menafikan


kecenderungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
untuk menggunakan keganasan fizikal dalam
menangani isu serta cabaran yang dihadapi
 Apapun faktor yang membawa kepada
pertumpahan berdarah 13 Mei, ia kekal menjadi
titik hitam dalam sejarah negara

 Dalam tempoh pasca rusuhan, hubungan sosial


antara orang Melayu dan Cina terputus. Hanya
segelintir orang Cina dan India yang mahu berjual-
beli di kedai-kedai Melayu
 Hubungan tegang ini mendorong kerajaan memperkenalkan
pelbagai dasar baharu untuk mengembalikan hubungan
harmoni dalam kalangan etnik

 Rukun Negara
 Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar Ekonomi Baharu

 Selain itu, kerajaan juga membentuk perkongsian kuasa


baharu dengan menerima masuk hampir kesemua parti
pembangkang
 Dasar Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan untuk
mencapai perpaduan nasional menerusi serampang
dua mata:

 mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira


kumpulan etnik

 menyusun semula masyarakat bagi mengurang serta


menghapus pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi
ekonomi dan kawasan
 Kejayaan DEB

 Mengurangkan kemiskinan daripada 49.3% pada


1970 kepada 15% pada 1990

 Kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu


menurun dengan mendadak daripada 64.8 % pada
1970 kepada 20.4 % pada 1990

 Kadar kemiskinan dalam kalangan etnik lain juga


menurun dengan drastik

 Mengurangkan pemilikan saham asing daripada


63.4 % pada 1970 kepada 25.4 % pada 1990
 DEB melahirkan ketidaksamarataan dari segi intra-
etnik, wilayah (negeri) dan kawasan

 DEB gagal melahirkan usahawan Bumiputera dan


meningkatkan ekuiti saham kelompok ini

 DEB melahirkan perdebatan mengenai hak dan


identiti
 Perspektif ketidaksamaan mendatar (horizontal inequalities)
yang didukung DEB cenderung untuk meletakkan individu
dalam kumpulan yang tidak mengambil kira realiti semasa

 Era pasca DEB mewujudkan konflik antara etnik tetapi juga


dalam kalangan etnik itu sendiri

 DEB akan membantutkan perpaduan nasional dan memupuk


kepentingan etnik

 Tindakan afirmatif seperti DEB akan membantutkan usaha


Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan
tinggi pada 2020
 Disebabkan dasar pecah perintah Inggeris, polarisasi etnik
kian menebal dan struktur ekonomi terbahagi mengikut
kumpulan etnik

 Pendapat rasmi kerajaan menyatakan bahawa 13 Mei


tercetus disebabkan polarisasi etnik dan
ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan etnik
khususnya orang Melayu. Ada juga pihak yang berpendapat
bahawa 13 Mei dirancang oleh pihak tertentu dalam UMNO
untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman
 Selepas 13 Mei, kerajaan melaksanakan dua dasar penting
yang bertujuan mengembalikan keharmonian hubungan
etnik iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baharu

 Umumnya, DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan


dan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera

 Walau bagaimanapun, pengkritik DEB berhujah bahawa ia


mewujudkan ketidakseimbangan baharu

Anda mungkin juga menyukai