Anda di halaman 1dari 21

PEMBINAAN ITEM

PENTAKSIRAN
MP Kimia
Unit Sains Tulen
Sektor Sains & Matematik
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
MENGAPA KBAT PENTING?
Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif
bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia.

If we want students to develop the


capacity to think, reason, and problem
solve then we need to start with high-
level, cognitively complex tasks.

Stein & Lane 1996


RASIONAL KBAT

■ Berubah daripada amalan hafalan kepada pemahaman


yang mendalam.
■ Meningkatkan tahap kesedaran dengan menganalisis,
menyelesaikan masalah dan menilai serta mencipta
■ Belajar mewajarkan penyelesaian dan penemuan
■ Konsep sains boleh dipelajari dengan berkesan melalui KBAT.
■ Penyiasatan saintifik memerlukan KBAT.
PERSOALAN PADA GURU

Bagaimana kita menggunakan soalan


untuk mencabar pemikiran murid kita?
MATLAMAT PENGAJARAN

Apakah yang saya harap murid dapat


selepas pengajaran saya?
STRATEGI PENYOALAN SOALAN KBAT
1 Mengenal pasti konsep/kemahiran yang hendak di ajar

2 Mewujudkan situasi untuk penerokaan pemikiran murid


(Contoh menganalisis, menyelesaikan masalah, perbincangan,
mengeksperimen, meramal, membuat refleksi, mendefinisi secara
operasi dsb)
3 Mula dengan soalan fokus aras tinggi

4 Merancang soalan untuk murid berfikir

5 Memudahcara dengan soalan redirect, refocus, prompt dan probe

6 Memberi peluang kepada murid berfikir, berkomunikasi dan menulis


apa yang difikirkan.
Soalan Redirect
Menanya soalan terbuka yang sama kepada
murid yang berbeza

Contoh: Apa yang anda fikirkan ____________?


Siapa yang bersetuju dengan ___________?
Ada kemungkinan/alternatif yang lain?
Apakah pandangan anda ______________?
Soalan Refokus
Menarik perhatian kembali kepada fokus perbincangan

Contoh: Itu satu idea yang menarik, tetapi bolehkan kita bincangkan
itu kemudian?
Satu hujah yang baik. Adakah pandangan lain daripada
murid lain?
Satu pandangan yang menarik tetapi bukan dalam skop
perbincangan kita. Kita sedang berbincang tentang _______.
Boleh kita tumpukan perhatian kepada ______________?
Soalan Prompt
Cara membantu murid
1. Membantu dengan mengimbas kembali pengetahuan sedia ada
Contoh: Bila anda fikirkan tentang __________, apa yang terintas dalam pemikiran anda?
Pernahkah anda melihat/mendengar tentang _______________?
2. Membantu menggunakan analogi
Contoh: Kalau ______adalah seperti _______, apa/mengapa/bagaimana __________?
Fikirkan ______sebagai _________, apa/mengapa/bagaimana __________?
3. Membantu dengan menjejaki kembali pemikiran
Contoh: Mari kita ingat kembali kepada _________, apa/mengapa/bagaimana ________?
Mari kita analisa situasi ____________, apa/mengapa/bagaimana ________?
Adakah anda ingat _______________, apa/mengapa/bagaimana ________?
4. Membantu dengan mengalih kepada pemerhatian
Contoh: Adakah anda nampak _________________?
Soalan Probe
Tujuan menanya soalan probe
1. Mendapatkan penjelasan
Contoh: Apakah yang anda maksudkan dengan ______________?
Saya tidak pasti maksud anda, boleh terangkan
______________?
Maaf, saya tidak dapat tangkap apa yang dinyatakan. Boleh
terangkan sekali lagi?
2. Mendapatkan maklumat
Contoh: Siapa/bila/mana/bagaimana/apa/apa jenis ______________?

3. Mendapatkan maklumat lanjutan


Contoh: Boleh terangkan dengan lebih lanjut?
Bolehkah lebih spesifik?
Adakah benda lagi yang nak ditambah?
SOALAN FOKUS KBAT
Situasi Fokus Soalan
Penyelesaian Bagaimanakah kita boleh membuat seketul batu timbul?
masalah
Penyiasatan Apakah cara-cara yang berbeza memasang satu litar untuk menyalakan
tiga biji mentol?

Apakah akan berlaku kalau sebahagian atas/bawah daun ditutup


dengan sellotape?
Mengeksperimen Bagaimanakah kita boleh memastikan ujian kita saksama?

Operasi Definisi Bagaimanakah kita boleh mengukur kekuatan sesuatu magnet?


Mencari maklumat Apakah data yang kamu boleh kumpul untuk menyokong idea yang
merokok boleh menyebabkan barah paru-paru?
Penerangan Bagaimanakah pelangi terbentuk?
Perbincangan Apakah kegunaan teorem Phythagoras dalam kehidupan seharian?
PERNYATAAN UMUM TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN
PENGETAHUAN
Tahap Penguasaan Tafsiran
1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains.
Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan
2
kefahaman tersebut.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk
3
melaksanakan tugasan mudah.
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks
4
penyelesaian masalah.
Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian
5
masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.
Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains dalam
konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam
6
melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan
inovatif.
Taksonomi Bloom
JENIS SOALAN
• Ya/Tidak, soalan jenis fakta,
jawapan satu patah perkataan
Soalan (MCQ, isi dalam ruangan, soalan
Tertutup berstruktur)
• Contoh: Apa maksud mangkin?

• Memerlukan murid menyatakan


pandangan mereka/ membuat
Soalan refleksi terhadap isu berkenaan.
Terbuka • Contoh: Ramalkan apa yang akan
berlaku dalam tindak balas A
dengan kehadiran mangkin.
Tahap Penguasaan 1
Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas kimia

1. Lukiskan rajah yang menunjukkan susunan


zarah dalam kepingan aluminium .
Tahap Penguasaan 2
Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta
dapat menjelaskan kefahaman tersebut

2. Terangkan ikatan dalam logam aluminium


berpandukan gambar.
Tahap Penguasaan 3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk melaksanakan
tugasan mudah

3. Jelaskan mengapa logam seperti nikel dan platinum


suatu konduktor elektrik yang baik.
Tahap Penguasaan 4
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam
konteks penyelesaian masalah

John menuang air panas ke dalam sebuah botol kaca. Kemudian,


dia masukkan botol tersebut ke dalam peti sejuk. Selepas dua jam,
dia mendapati botol tersebut retak. Terangkan keadaan tersebut
berdasarkan sifat-sifat bagi kaca.
Tahap Penguasaan 5
Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian
masalah dan membuat keputusan
untuk melaksanakan satu tugasan
Sekumpulan pelajar telah diberikan tugasan
oleh guru mereka untuk menjalankan
eksperimen untuk menentukan
kekonduksian elektrik bagi tiga bahan X, Y
dan Z. Keputusan eksperimen ditunjukkan
dalam Rajah.
Berdasarkan rajah, cadangkan
bahan X, Y dan Z. Terangkan
perbezaan bagi pemerhatian dan
kelaskan bahan bahan tersebut.
Tahap Penguasaan 6
Mereka cipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains
dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan
atau dalam melaksanakan satu tugasan
dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif
En. Suhaimi seorang jurutera bahan. Beliau
ingin memilih bahan untuk membina
struktur yang ditunjukkan seperti gambar
rajah di sebelah.
Jelaskan sifat yang perlu dipertimbangkan
oleh beliau semasa pemilihan bahan untuk
kabel kuasa.
TUGASAN
 Peserta duduk dalam kumpulan mengikut Bidang
Pembelajaran.
 Bina satu set item pentaksiran tahap penguasaan 1
hingga 6 menggunakan standard prestasi di atas
kertas sebak.
 Tampalkan hasil kerja anda dan jalankan Gallery
Walk dan komen menggunakan sticky notes.
Sekian, terima kasih.