Anda di halaman 1dari 11

BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK

BAHASA MELAYU

MINGGU 2 : MAKNA PERIBAHASA


PENSYARAH : PM DR . ANIDA SARUDIN

SEMESTER 2 SESI 2017/2018


MAKNA
PERIBAHASA
Definisi Peribahasa

 Menurut Za’ba (1934), peribahasa diertikan


sebagai segala susunan cakap yang pendek dan
yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak
turun temurun kerana sedap didengar dan
perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempuyai
maksud yang mendalam-dipakai akan jadi
sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan,
teladan dan pengajaran.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185)
makna peribahasa bermaksud ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi pengertian yang
tertentu, bidal, pepatah.
Rumusan..
 Susunan perkataan yang mengandungi maksud
tersirat.
 Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu
dahulu
 Digunakan dalam pertuturan harian
 Menggambarkan
 Sifat
 Kelakuan
 Keadaan
JENIS-JENIS PERIBAHASA

 Pepatah
 Bidalan
 Perbilangan
 Kiasan
Pepatah

 Peribahasa yang mengandungi ujaran


orang-orang tua yang berisi nasihat .
(Darwis Harahap 1994:142)

 Contoh:
-Alah bisa tegal biasa.
-Biar lambat asal selamat.
Bidalan

 Peribahasa yang mengandungi


nasihat atau peringatan. (Darwis
Harahap 1994:141).
 Contoh:-
-sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.
- Terlajak perahu dapat diundur, terlajak
kata buruk padahnya.
Perbilangan

 Peribahasa yang mengandungi


pedoman hidup (Darwis Harahap
1994:143).

 Contoh:-
-Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
Kiasan

 Peribahasa yang mengiaskan sesuatu


maklumat dengan maklumat yang
lain.
(Darwis Harahap 1994:139).

 Contoh:-
-Mandi kerbau.
-Kaki ayam.
Penutup

 Peribahasa memberikan makna yang


tersirat dan mempunyai nilai yang
tinggi kepada masyarakat Melayu.
 Penggunaan peribahasa harus
diperluaskan lagi supaya ianya terus
diwarisi oleh generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai