Anda di halaman 1dari 13

RABIUL AWAL

1234567
8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
PERPINDAHAN PENGERTIAN
RASULULLAH DAN HIJRAH
ORANG ISLAM

DARI MEKAH KE MADINAH


SEBAB BERLAKUNYA HIJRAH…
PERINTAH ALLAH :
Allah memerintahkan nabi untuk berhijrah dan memberitahu
niat jahat orang musyrikin yang ingin membunuh baginda.

STRATEGI PENYEBARAN ISLAM :


Hijrah merupakan salah satu strategi mengembangkan islam di
luar mekah.

TEKANAN DARIPADA MUSYRIKIN MEKAH :


Penduduk Mekah sukar menerima islam dan memberikan
tekanan hebat kepada Nabi dan orang islam.
JEMPUTAN PENDUDUK MADINAH :
Mereka berjanji akan membantu dan menjaga keselamatan
baginda.
PERISTIWA SEBELUM &
SEMASA HIJRAH

1 Pada suatu hari, Nabi Muhammad


didatangi Malaikat Jibril yang membawa
perintah Allah supaya berhijrah.
Malaikat Jibril juga memberitahu
tentang pakatan kaum musyrikin yang
ingin membunuh baginda.
PERISTIWA SEBELUM &
SEMASA HIJRAH
2
Nabi Muhammad bergegas menemui Abu
Bakar untuk membuat perancangan dn
persediaan yang teliti sebelum
berhijrah. Baginda dan Abu Bakar telah
mengupah seorang musyrikin yang
bernama Abdullah b. Uraiqit sebagai
penunjuk jalan.
PERISTIWA SEBELUM &
3 SEMASA HIJRAH
Pada malamnya, Nabi Muhammad telah
meminta Ali bin Abu Talib tidur di katil
baginda untuk mengelirukan pihak musuh.
Kaum Musyrikin mula mengepung rumah
nabi & bersedia untuk membunuh baginda,
tetapi baginda berjaya melepaskan diri
setelah membaca surah Yasin ayat 1-9 dan
menabur pasir di kepala mereka, lalu Allah
mengaburkan pandangan mereka.
PERISTIWA SEBELUM &
4 SEMASA HIJRAH
Nabi Muhammad menuju ke rumah Abu Bakar
dan bertolak ke Gua Tsur yang terletak di
selatan Mekah. Semasa di sana, Abdullah b.
Abu Bakar ditugaskan untuk memberi
maklumat tentang Musyrikin Mekah. Amir b.
Fuhairah ditugaskan mengembala kambing
berhampiran Gua Tsur untuk menutup jejak
Abdullah. Asma’ bt Abu Bakar ditugaskan
untuk menghantar makanan.
PERISTIWA SEBELUM &
SEMASA HIJRAH
5
Kaum Musyrikin Mekah tidak berjaya
menangkap Nabi Muhammad dan Abu Bakar.
Mereka menawarkan hadiah 100 ekor unta
kepada sesiapa yang berjaya menangkap
baginda. Antara Musyrikin Mekah yang
menyahut cabaran itu ialah Suraqah b.
Malik tetapi usaha itu gagal.
PERISTIWA SEBELUM &
6 SEMASA HIJRAH
Setelah bersembunyi selama 3 hari di Gua Tsur
baginda meneruskan perjalanan hijrah dan
singgah di Quba’. Baginda membina masjid
pertama dalam sejarah islam yang dinamakan
Masjid Quba’. Akhirnya pada 12 Rabiulawal
tahun ke 14 kenabiaan baginda dan Abu Bakar
telah selamat tiba di Madinah. Ketibaan
baginda disambut dengan penuh gembira oleh
penduduk Madinah dan para sahabat yang lebih
awal berhijrah.
MASJID QUBA’
GUA THUR
GUA THUR

Anda mungkin juga menyukai