Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

PENULISAN ILMIAH
Ahmad Fazil bin Zainal Abidin
JPM IPGK Ipoh
PENGENALAN

• PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH


Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai
kaitan dengan bidang epistemologi
4 bentuk – penjelasan (exposition),
penghujahan (argumentation), penceritaan
(narration) dan penghuraian (description)
• Jenis – esei akademik, rencana, berita,
laporan, buku dan autobiografi
• a. Penjelasan
Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
Dikenali dalam kewartawanan
Menjawab soalan 5W1H
6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;

1. Identifikasi – tentukan subjek


2. Perbandingan dan perbezaan – Menerangkan subjek dengan memberi imej
persamaan dan pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi – kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum
dan idea-idea fokus
4. Klasifikasi – penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi – memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis – pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

• b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
3 kaedah – rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika

1. Rayuan logik – hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian


secara induktif dan deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) – menguasai pemikiran pembaca melalui elemen
perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan.
3. Rayuan Etika (Ethos) – hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan
mesej. Wacana bermoral, berbudi dan waras.
• c. Penceritaan
Pemberitahuan tentang sesuatu cerita. Boleh dituls
dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti. Untuk
penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku,
tema atau tentang tokoh.

• d. Penghuraian
Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau
manusia.
1. Huraian Objektif – menerangkan dengan tepat bentuk
luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan
penulis – kamera terhadap situasi sebenar.
2. Impresionis – sebagai pemberitahu dan memanipulasi
emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.
STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF
1. Pendahuluan – kemuka definisi, sejarah
atau pernyataan tesis
2. Isi – mengandungi idea topik yang
mengembangkan idea utama (tesis) dan
dibina dalam perenggan.
3. Kesimpulan – penutup yang berupa
penemuan, cadangan, ringkasan dan
rumusan.
JENIS PENULISAN ILMIAH

• Esei Ilmiah - panjang antara 4 - 20 halaman bergantung


kepada instruktor
Diterbitkan dalam jurnal, buletin, kertas persidangan
dll. bukan kertas penyelidikan formal w/p ada kajian
ringkas diperlukan untuk mengukuhkan topik;
Elemen: Ada pernyataan tesis, pembuktian dan contoh
dan bersifat objektif/ bukan pandangan peribadi.
• Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya
bahasa.
Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan,
penerangan, hujahan dan pembuktian.
• Esei ilmiah - tugasan untuk pelajar IPT. Ia memerlukan
fakta dan maklumat menerusi sumber sekunder spt.
Buku, jurnal, akhbar, prosiding dan majalah atau
disebut kajian literatur atau kajian perpustakaan.
• Laporan Penyelidikan: Tesis/ Disertasi/Kertas projek - kajian yang
mendalam melibatkan hipotesis bagi membuktikan kebenaran
berdasarkan metodologi saintifik dan analisis terperinci.
• Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis
kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan
kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas
Kerja Pembentangan
• Tesis, disertasi, kertas projek - hasil kajian ilmiah yang dilaporkan
secara kemas dan sistematik. Tesis, disertasi dan kertas projek
memerlukan data primer untuk mengukuhkan fakta dan hasil
kajian, manakala maklumat sekunder diselitkan sebagai kaedah
penjelasan dan pernyataan umum terhadap fakta primer yang
diperolehi.

Buku Ilmiah - berdasarkan piawai ilmiah yang standard berdasarkan
prosedur penerbitan penerbit tertentu. Genre terpenting dalam
hierarki ilmu. Buku karya asli, terjemahan, kamus, ensiklopedia dll
KEPENTINGAN PENULISAN ILMIAH
• Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan
memberi maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu,
tujuan penulisan ilmiah ialah untuk;

Penyebaran Ilmu: berdasarkan bidang yang dipilih oleh pengkaji atau


penulis itu sendiri.

Pembangunan minda: Meningkatkan kemantapan intelek penulis dan
pembaca.

Memahami manusia dan masyarakat: kajian yang berkaitan dengan
penulisan ilmiah mestilah berkaitan dengan manusia dan masyarakat
terutama untuk bidang sastera dan sains sosial.

Meningkatkan ketakwaan: Hasil kajian dan penulisan akan dapat
melahirkan sifat taabud dalam diri tentang keindahan dan kebesaran
Allah SWT yang mengatur hidup manusia sebaik-baik aturan.
FALSAFAH PENULISAN ILMIAH
Keesaan Allah (konsep Taabud)
Allah adalah punca ilmu dan perkara yang diketahui manusia amat terbatas.
Penulis perlu akur, ilmu yang diterima dan diperolehi akan dipertanggungjawabkan.
Autoriti ilmu adalah milik Allah dan penulis terikat dengan etika penulisan yang
berhemah dan dibenarkan Islam
Alam sejagat
medan atau bahan fokus penulis. Penulis meneroka segala ilmu dalam alam sejagat
menerusi kajian dan pemerhatian. Ilmu disaring dan dirakam dalam bentuk
penulisan ilmiah.
Penulis perlu mematuhi hukum dan fitrah alam- memilih metod yang sesuai
Penulis dan teks ilmiah
Penulis bertanggungjawab merangka, menyusun dan menyiapkan teks ilmiahnya.
Penulis perlu memiliki kekuatan ilmu, ikhlas, jujur, tabah, kritis, peka, kreatif,
pencinta bahasa, realis, objektif dan pragmatik
Pembaca
Pembaca ialah orang yang kritis dan analitis terhadap teks yang dibaca, membaca,
memahami dan mengguna semula fakta dan data. Pembaca - dicerna sebaqai ilmu
dan hikmah untuk pembangunan insaniah.
Ciri-ciri Penulisan Ilmiah
1. Maklumat benar, sahih spt fakta, data, carta,
rajah dan lain-lain.
2. Sumber maklumat sahih dari sumber
sekunder dan primer
3. Format standard dari segi kandungan teks,
kutipan, rujukan (bibliografi) dan elemen-
elemen mekanisme penulisan berformat
4. Gaya yang formal
5. Meneroka dan menggali isu
TUJUAN PENULISAN ILMIAH
 Pembelajaran - mengikut bidang tertentu bagi
memahami subjek yang dipelajari dalam kelas
 Penyelidikan – penyelidikan mengikut bidang
tertentu untuk membuat penemuan-penemuan
baru dan membuktikan kemantapan ilmu dan
teori bagi memantapkan kepakaran seseorang
 Pena’akulan – berdasarkan pengertian yang jelas,
pertimbangan yang teliti, pemikiran yang logik.
Perlukan hujahan yang mantap- wacana ilmiah
Etika Penulisan Ilmiah
• Prinsip moral dalam penulisan agar tidak
berlaku plagiat dalam penulisan;
- Akta percetakan, Akta keselamatan Dalam
Negeri (1960), Akta Menghasut (1948) Akta
Pindaan Perlembagaan (1971), Akta Hak Cipta
(1987)
Kecelaruan dalam Penulisan Ilmiah
• Penggunaan MLA atau APA dalam penulisan bibliografi
sering berlaku apabila pelajar tidak memahami kaedah
yang sedang digunakan. Dalam peraturan umum, kaedah
bebas boleh digunakan asalkan ia bersifat berterusan atau
tidak mencampur-baurkan kaedah. walau bagaimanapun,
sesetengah Universiti telah menetapkan kaedah tertentu
dalam penulisan. maka pelajar perlu mengikuti kaedah
yang ditetapkan.

Petikan bibliografi yang amat sedikit (hanya 5 sumber shj).


Bibliografi perlu mencukupi untuk menunjukkan
kesungguhan pelajar mencari bahan rujukan perpustakaan.

Terlalu banyak rujukan sekunder dari majalah dan akhbar,
terutama masalah yang bersifat popular kerana bahan ini
dianggap kurang berautoriti. kesilapan bahasa - ejaan dan
istilah kerana kelemahan pelajar menguasai bahasa.
• kesalahan teknikal - tanda baca dan taip- kecuaian
pelajar dan memperlihatkan kemalasan pelajar
membuat semakan atau editing terhadap
penulisannya.

Penggunaan kata kekunci untuk mengakses maklumat


on-line - kaedah penulisan bahan interenet perlu
dinyatakan tarikhnya berserta alamat lamannya dengan
lengkap.

Plagiarisme dalam Penulisan Ilmiah- kaedah cut and
paste sering dilakukan oleh pelajar semasa mengambil
rujukan. hal ini memperlihatkan kesilapan pelajar
dalam mengambil idea dan membuat petikan.
kesilapan kaedah citation boleh menyebabkan pelajar
dituduh menciplak dan Integriti ilmu akan dipertikaikan
serta kesyumulan ilmu tercabar
Cara hindari plagiarisme
- Memetik perkataan, frasa atau ayat
- catat sumber rujukan kemudian berikan
pandangan tentang kutipan itu.
- Rumus atau ringkaskan petikan dari mana-mana
sumber rujukan dan catatkan sumbernya.

Senarai Semak semasa membuat penyemakan


penulisan ilmiah;
 Topik tepat
 Pernyataan tesis yang sesuai
 Ejaan betul
Istilah tepat
Tanda baca tepat
Pengenalan menarik
Penutup menarik
Laras bahasa betul
Semakan draf pertama
Semakan draf kedua
Kaedah Pemerengganan betul