Anda di halaman 1dari 3

Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun

yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin
bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk
warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk
menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja
memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan,
swasta dan masyarakat untuk menceriakan warga emas.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai
kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan seperti pucuk diminta ulam
dicinta. Antaranya, pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital
dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan
ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan
yang begitu mahal. Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua
lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka
sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang
boleh menceriakan lagi kehidupan warga emas ini.
Selain itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan
mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus
dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. Aktiviti seperti
ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan
mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka
untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan
seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih
berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan
kehidupan kerana yang tua sentiasa didahulukan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar
kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini.
Keadaan kehidupan bandar yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi
menjadikan warga emas sasaran mudah tersisih. Kesannya, segelintir anak
menggunakan alasan terlalu sibuk lalu menghantar orang tua mereka ke rumah
bantuan kerajaan ini bagai kacang lupakan kulit. Kemudahan yang disediakan di rumah
orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan
kemampuan kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria.
Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan semakin bermaknalah
kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa
akan datang.
Sesungguhnya, langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini
bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi
lebih positif dan murah hati. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan
muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan
orang muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini
menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua
yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama
warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang
tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus dibuang
setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan
masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan
masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima
kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah
tua dan anda pula yang disisihkan.
Warga tua adalah penduduk yang telah berumur 60 tahun ke atas, mereka
juga dipanggil warga emas. Warga tua telah banyak menaburkan jasa kepada
negara seperti membebaskan negara kita daripada dibelenggu kuasa penjajah
barat. Malah ramai juga dalam kalangan mereka yang telah tekorban semata-
mata mempertahankan kedaulatan negara. Generasi muda pada hari ini
mestilah menghormati dan melayan dengan baik warga tua kerana tanpa
mereka sudah tentu negara kita tidak membangun seperti yang dinikmati
sekarang. Persoalannya apakah cara-cara untuk melayan warga tua dengan
baik?

Antara cara-cara melayan warga tua dengan baik ialah mengunjungi rumah
warga tua untuk menziarahi mereka. Amalan ini akan dapat mengeratkan lagi
hubungan warga tua dengan masyarakat sekitar. Di samping itu, kita juga
dapat meringankan kesusahan yang ditanggung mereka. Oleh itu, Warga tua
akan merasakan bahawa mereka masih diperlukan oleh komunitinya dan
dapat mengikis persepsi negatif generasi muda kepada warga tua.

Selain itu, kita juga hendaklah menghormati warga tua di mana sahaja mereka
berada. Kita mestilah memberi peluang kepada warga tua untuk duduk di
kerusi semasa semua tempat duduk dipenuhi oleh penumpang yang lain.
Sehubungan itu, kita disarankan menghulurkan tangan untuk bersalam-
salaman dengan mereka sebagai tanda hormat kepada mereka. Oleh itu,
budaya ini perlu dihidupkan dan disuburkan kembali kerana masyarakat kita
pada hari ini sudah mula meminggirkan warga tua dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, pihak kerajaan telah banyak menyediakan kemudahan kepada


warga tua untuk menjaga kebajikan mereka setelah tidak mampu lagi bekerja.
Kerajaan telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka untuk
meringan beban hidup seperti memberi elaun bulanan, pengecualian tambang
pengangkutan awam dan rumah kebajikan orang-orang tua. Sehubungan itu
juga ahli masyarakat digalakan untuk menghulurkan bantuan kepada warga
tua ini kerana mereka sudah tidak berupaya lagi untuk berkerja bagi menyara
kehidupannya itu.

Kesimpulannya warga tua mestilah dilayan dengan baik oleh setiap anggota
masyarakat kerana mereka sudah tidak ada tempat untuk bergantung lagi.
Tenaga yang ada pada mereka tidak sekuat dahulu lagi untuk mencari rezeki.
Malah ada dalam kalangan mereka terlantar di hospital kerana mengidap
pelabagi penyakit kronik. Sehubungan itu, dapat mengikis sikap negatif
generasi muda terhadap warga tua kerana mereka juga akan mengalami nasib
yang sama pada suatu hari nanti.
CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga  tua  merujuk   kepada  mereka  yang  berusia  lebih  daripada  60  tahun.  Mereka 
merupapan  ibu,  bapa,  datuk  atau  nenek,  bapa  saudara  atau  ibu  saudara  kita.  Mereka 
merupakan  golongan  yang  paling  berjasa  kepada  keluarga,  masyarakat  dan  negara. 
Warga  tua  telah  melalui  pelbagai  rintangan  dan  dugaan  untuk  membesarkan  anak­
anak.  Namun, pada  hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat  peribahasa melukut di 
tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula 
dianggap  seperti  Quran  buruk.  Bagaimanapun,  jasa  dan  sumbangan  warga  tua  perlu 
dihargai oleh semua pihak.
             
Ahli  keluarga  perlu  menyayangi  warga  tua.  Warga  tua  yang  terdiri  daripada  ibu 
melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak­anak. 
Kaum  bapa  pula  membanting  tulang  empat  kerat  mencari  rezeki  untuk  keluarga. 
Pengorbanan  ibu  bapa  perlu  diingati  serta  dibalas  dengan  sebaik­baiknya.  Sebagai 
anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak­anak tidak 
seharusnya  menghantar  mereka  ke  rumah  orang  tua­tua.  Jika  mereka  berbuat 
demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.
            
Di  samping  itu,  guru  menjadi  suri  teladan  menasihati  pelajar  agar  menghormati  ibu 
bapa  serta  warga  tua.  Kita  perlu  memberikan  perhatian  dan  sering  mendampingi 
mereka.  Selain  itu,  anak­anak  perlu  bertutur  dengan  sopan  apabila  berkomunikasi 
dengan  ibu  bapa  mereka.  Ketika  bersalam,  anak­anak  hendaklah  mencium  tangan 
mereka.  Hal  ini  demikian  kerana  kasih  ibu  membawa  ke  syurga  dan  kasih  bapa 
sanggupkah  berpisah   berkorban  nyawa.  Sewajarnya  anak­anak  tidak  mengabaikan 
warga tua tersebut.
           
Seterusnya,  kerajaan  dan  pihak  swasta  turut  berperanan  menghargai  warga  tua. 
Kerajaan  dan  pihak  swasta  hendaklah  berganding  bahu  seperti  aur  dengan  tebing. 
Kedua­dua  pihak  tersebut  hendaklah  menyediakan  pelbagai  kemudahan  untuk  warga 
tua.  Sebagai  contoh,   rumah  penjagaan  warga  tua  yang  mempunyai  pelbagai 
kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua 
juga  hendaklah  diberikan  rawatan  percuma  di  hospital  kerajaan.  Sekiranya 
memerlukan  bayaran,  mereka  hendaklah  dikenakan  kadar  bayaran  rendah  di  hospital 
kerajaan  atau  klinik  swasta.  Keperihatinan  tersebut  menunjukkan  sikap  mengambil 
berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
             
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti 
surat  khabar  dan  televisyen  serta  Internat  boleh  menyiarkan  cerita­cerita  yang 
berkaitan   dengan  pengorbanan  dan  penderitaan  hidup  warga  tua.  Sebagai  contoh, 
 rancangan  yang  disiarkan  oleh  TV3,  iaitu  ’Bersamamu”,  menunjukkan  terdapat 
pelbagai  pihak  yang  sanggup  menghulurkan  bantuan  khususnya  kepada  warga  tua 
yang daif.  Hal  ini  menyedarkan kita  tentang pentingnya warga tua dalam  hidup kita. 
Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua. 
                 
Kesimpulannya,  pelbagai  pihak  perlu  berusaha  untuk  menghargai  jasa   dan 
pengorbanan  warga  tua.  Tanpa  mereka  siapalah  kita.  Jangan  sesekali  kita  bersikap 
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk  masing­masing kerana suatu hari  nanti, 
kita  juga  pasti  akan  menjadi  ’tua’  juga.  Kita  tidak  boleh  mengabaikan  warga  tua 
kerana  merekalah  yang  telah  berkorban  melahirkan,   membesarkan,  dan  mendidik 
anak­anak hingga berjaya dalam hidup

Anda mungkin juga menyukai