Anda di halaman 1dari 4

PENTAKSIRAN BMM

3103
KUMPULAN 4
SOMBONG MEMBAWA
REBAH KUM 5

Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi.
Pokok kelapa itu selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat
pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek
oleh pokok kelapa. Namun, rumput berdiam diri sahaja.
Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar
suara pokok kelapa menjerit minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang
sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang. Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa,
walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!"
Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek
rumput. Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.