Anda di halaman 1dari 4

Pantun Tradisional

Pokok kelapa di tepi telaga,


Pokok kuini di tepi laman,
Bertegur sapa jiran tetangga,
Hidup harmoni zaman-berzaman.
Buluh joran dijadikan galah,
Kait berangan di tepi muara;
Jika jiran hadapi masalah,
Berikan sumbangan usah berkira.
Pohon melati tumbuh sekata,
Harum mewangi di pinggir jalan;
Saling hormati sesama kita,
Kunjung-mengunjungi jadikan amalan.