Anda di halaman 1dari 45

PENAKSIRAN

TINGKAH LAKU
CHA TRY A/L BUN DIT
P79231
Definisi Penaksiran :
David Lambert dan David Lines (2000) mengatakan penaksiran adalah proses
pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai
tindak balas pelajar kepada tugas pendidikan.

Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan


penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan
keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasifikasi dan
penempatan.

Menurut Salvia dan Ysseldy (1978), penaksiran adalah proses pengumpulan data
dengan tujuan mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat
keputusan mengenai pelajar.
Definisi Tingkah Laku :

• Apa yang dicakap atau dikatakan


• Satu atau lebih dimensi yang diukur
• Boleh diperhati atau diterangkan
• Memberi kesan kepada persekitaran
• Dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran
• Mungkin ‘overt’ (dilihat) atau ‘covert’ (tidak dilihat)

Milterbeger, 2011.
Teori Tingkah Laku
PELAZIMAN OPERANT
(Edward Thorndike & S.F Skinner) - Tingkah laku dapat ditingkatkan atau dikurangkan melalui
peneguhan atau hukuman

PELAZIMAN KLASIK
(Ivan Pavlov) - Tingkah laku dapat ditingkatkan atau dikurangkan melalui stimulus terlazim

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


(Albert Bandura) - Tingkah laku dapat ditiru
Modul Pengurusan Tingkah Laku
CARA PELUPUSAN DAN PENINGKATAN
TINGKAH LAKU MENGIKUT
MODUL-MODUL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengenalan
Penaksiran tingkah laku yang dimaksudkan di sini adalah melibatkan
individu/murid di dalam bilik darjah. Penaksiran ini juga secara
amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana
merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara
menyeluruh. Pengubahsuaian tingkah laku ini merujuk kepada
keberkesanan program penilaian guru dan usaha mengubahsuaikan
tingkah laku daripada yang tidak diinginkan kepada yang diinginkan.
Bagi menggalakkan tingkah laku yang baik dalam
kelas, penaksiran boleh dilaksanakan untuk ;

• Memastikan semua pelajar bekerja dan berkelakuan


dengan cara yang sepatutnya
• Memastikan penggunaan bahasa dan sikap berada pada
tahap yang sepatutnya
• Memastikan agar tingkah laku buruk tidak menjejaskan
tahap pencapaian
Rujukan : Buku 101 Senarai Penting tentang Pentaksiran
Penulis : Abatha Rayment
Modifikasi Tingkah Laku
Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diinginkan, sasaran modifikasi tingkah laku
perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat
beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah ;
- Membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan
- Pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut
- Menentukan tingkah laku sasaran
- Mengenal pasti masa pelaksanaan
- Memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian
- Penentuan ganjaran
- Menjalankan program
- Membuat penilaian
- Tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang
dan tingkah laku yang positif dapat ditanamkan
Cara Meningkatkan Tingkah Laku Melalui GANJARAN
Pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer, sekunder
dan sosial.
- Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan
minuman,
- Ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan
lain-lain.
- Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan
penghargaan emosi kepada individu. Terdapat beberapa
strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan
kontrak dan sebagainya.
Proses pelupusan dan peningkatan
- Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya
adalah seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out,
pembetulan semula dan lain-lain lagi.
- Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya
dapat membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah
laku yang diingini.
- Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai
jenis rekod seperti rekod anekdot, persampelan masa dan
sebagainya.
- Daripada data yang diperolehi maka satu baseline dapat dilihat
dan di sini jugalah guru dapat menaksir dan merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di
masa hadapan.
Penglibatan Ibu Bapa

- Selain itu juga, dalam proses penaksiran tingkah laku


juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana
ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat
dengan mereka.
- Hasil temu bual dan perbincangan daripada ibu bapa
sememangnya sangat membantu guru dalam
membuat pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.
Cara-cara Penaksiran Tingkah Laku
Proses awal : Penaksiran Tingkah Laku

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku,


pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak
tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-
kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui
tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-
faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-
aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan
penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.
Pentaksiran tingkah laku boleh dilaksanakan
melalui cara berikut ;
• Menetapkan dan menjelaskan matlamat dan sasaran
• Memaparkan carta pengumpulan markah di dalam kelas
(carta merit, bintang, tanda, ganjaran atau senyum dan sebagainya
• Menggalakkan dan memuji tingkah laku baik secara terbuka
• Membuat Pelan tempat duduk bagi memastikan pelajar berada dalam suasana
bekerja yang optimum
• Interaksi yang tetap antara pelajar dan guru bertujuan membincangkan tingkah
laku dan mengkaji semula sasaran
• Memberikan contoh dan menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki
Rujukan : Buku 101 Senarai Penting tentang Pentaksiran
Penulis : Abatha Rayment
Pentaksiran tingkah laku boleh dilaksanakan
melalui cara berikut ;
• Memberi ganjaran dengan segera, sistematik dan adil bagi tingkah laku yang wajar
• Pelan Pendidikan Individu (individual Education Plans atau IEP) ataupun Pelan
Tingkah Laku Individu (Individual Behaviour Plans atau IBP) membincangkan
sasaran dan melaksanakan strategi yang menumpukan pada pencapaian
• Buku Catatan di rumah/sekolah yang dilengkapkan oleh guru, pelajar dan ibu bapa
menumpukan pada tingkah laku yang baik
• Jika perlu, adakan strategi pengasingan atau tamat masa untuk mengembalikan
semula fokus kepada tingkah laku atau pencapaian yang baik

Rujukan : Buku 101 Senarai Penting tentang Pentaksiran


Penulis : Abatha Rayment
Kaedah Dan Teknik
Pengrekodan Tingkah laku Murid
Kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh
pemerhati bagi merekod tingkah laku murid :

1. Pengrekodan Peristiwa 6. Interval recording


2. Rekod Anekdot (Rakaman selang)
7. Skil kadar
3. Persampelan Masa
4. Senarai Semak 8. Rekod berterusan

5. Duration Recording 9. Rekod Spesimen

(Tempoh Rakaman)
1. Perekodan Peristiwa
Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah
laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya
jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu
mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku
murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam
peratus peluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum
menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia
selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per
15 minit atau Ali mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada
untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan
dalam kelas itu dan murid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan
untuk menjawab soalan guru).
i. Lembaran data yang ringkas

Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet)

Tarikh : 20 Ogos 2009 Penilai: Cik Faridah Ismail


Nama Murid : Aniq Afiqah Salleh
Kelas : 3 Sinar

Pemerhatian

Tingkah Laku Kekerapan Jumlah Masa Ulasan


Murid Kejadian Tambahan
Mengangkat / 1 30 minit kelas pada
tangan untuk waktu pagi
menjawab (10.00 pagi-
soalan 10.30 pagi)
Bercakap // 2 semasa sesi
sewaktu guru bercerita ”Si
mengajar Kancil”
ii. Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaran
2. Rekod Anekdot
Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat
mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku
pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa
tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh
itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang
diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu
ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh,
masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan
guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi
membantu murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
• Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti
individu dan bagi kes konferensi.

Kebaikan rekod anekdot:


- Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.
- Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau
dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
- Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia
berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
- Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan
perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot:


- Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian
yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.
- Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat
selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.
- Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat
ataupun digunakan secara berat sebelah.
- Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik
Borang Rekod Anekdot

Pemerhati : ....................................................................................................
Tarikh pemerhatian :.....................................................................................
Masa pemerhatian : .....................................................................................
Nama pelajar : .............................................................................................
Penerangan tentang kejadian :
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :


..................................................................................................................................................................................

Nota, cadangan dan langkah :


...............................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................

Tandatangan : .........................................
3. Persampelan masa
Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat
pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka
masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan
dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada
beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu
dicatat secara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang
hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan sekurang-
kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
Kebaikan rekod persampelan masa :
 Menjimatkan masa.
 Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
 Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.
 Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.
 Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak
ataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak.

Keburukan rekod persampelan masa :


 Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan
tertinggal tingkah laku yang berguna.
 Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan
berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak
dinyatakan. Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.
Lembaran Data Persampelan Masa

Nama Murid :
Persekitaran : Bahasa Melayu
Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan
Masa Mula : 8.00 pagi
Masa Tamat : 9.00 pagi
Tarikh : 20 Ogos 2009

8.00 8.05 8.10 8.15 8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55 9.00

Sela Masa

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Nama murid

Mior + + - - + - + + - - + -
Laila - - - + + - - + - + - +
Dewi + - + - - + - - + - - -

Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)


- (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)
Ringkasan Pemerhatian:
Jumlah Interval
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan
4. Senarai semak
Walau bagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru
dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil
pembelajaran seperti yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh
menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat
atau instrument semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid.
Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Senarai semak ini dapat menyatakan sama ada murid boleh atau tidak
boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini.
Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian
murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan skala pengelasan
iaitu ‘belum menguasai, baik, cemerlang’ bagi memberi gambaran yang lebih
jelas berkenaan pencapaian murid itu.
Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)

BUTIR-BUTIR DIRI MURID


Nama Murid : …………………………………….
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................

PERLAKUAN YANG KETARA


Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA


Nama : .............................................................................

No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan
Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang lain
1.2 Selalu berkelahi/ bertindak
1.3 Cepat marah/ meradang
1.4 Mengacau/ Menguasai orang lain
1.5 Mencederakan diri
1.6 Mencederakan orang lain
1.7 Panas baran
1.8 Perlakuan negatif berlaku dengan tiba-tiba
1.9 Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan
Ya Tidak
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat
dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan
5. Duration Recording (Tempoh Rakaman)
Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan
mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini
selalunya digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan
diteruskan bagi tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah
apabila seorang pelajar kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu
menangis, anda mencatat masa mula dan masa tamat serta membuat pengiraan
jangka masa episod menangis tadi.

Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan
oleh seorang pelajar menyelesaikan kerja rumah matematiknya, tempoh masa
yang diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi
pelajar berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual di
bawah menunjukkan borang jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini.
Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet)

Nama Murid : Dayang Sarah Awang Lah Tarikh Lahir : 12.08.1999


Siti Aisya Ali : 23.01.2000
Waqi ahmad : 07.09.2000
Kelas : 3 Sinar Penilai : Pn. Amnah Sarian
Definisi Tingkah Laku yang Direkod : Membuat tugasan
Tarikh : 21 0gos 2009
Tempoh masa : 30 minit

Onset offset onset offset onset offset onset offset

Nama Murid

Wati 9.00- 9.06- 9.16- 9.20-


9.05 9.15 9.20 9.30

Kumar 9.00- 9.09- 9.21- 9.26-


9.08 9.20 9.25 9.30

Firdaus 9.00- 9.05- 9.11- 9.16-


9.04 9.10 9.15 9.30
6. Interval Recording (Rakaman Selang)
• Interval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mengukur sama ada
tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa
pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati mencatatkan sama
ada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu. Dengan berpandukan pada teknik
merekod jarak masa ini, guru dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan
jarak masa tingkah laku pada masa yang sama.
• Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit berlaku pada bila-bila
masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa memerlukan tumpuan yang tidak
berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan pemerhatian dilakukan secara berterusan
bagi tempoh yang ditetapkan.
• Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak membaling
permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit, bahagikan jarak
masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila seorang kanak-kanak
membaling alat permainannya, karak masa ditandakan.
• Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa tidak
ditandakan. Walau bagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat permainan
yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja. Borang bagi
mengukur jarak masa boleh didapati pada jadual di bawah.
Lembaran Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)

Nama Murid : Tarikh Lahir:


Kelas :
Penilai :

Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL sasaran) :

Tingkah laku Lokasi


Duduk Berdiri Goyang Dapur Ruang Bilik
Masa tamu Tidur Ulasan
8.00 pg

9.00 pg

10.00 pg

11.00 pg

12.00 tgh

1.00 ptg

2.00 ptg
7. Skil Kadar
• Skil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku
membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang
diperhatikan dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah
bilangan tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh
masa.
• Kadar dihitung dengan membahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini
dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun
berapa kali seorang pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas
matematik dijalankan dapat dicatatkan sebagai kadar tempoh masa
pemerhatian diketahui.
• Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa
kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini, kadar purata
pelajar meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan. Jadual di bawah
menunjukkan bagaimana kita dapat mencatatkan tingkah laku meninggalkan
tempat duduk sebagai kadar.
Lembaran Data Sekil Kadar (Rate Scale Data Sheet)

BUTIR-BUTIR DIRI MURID


Nama Murid : …………………………………….
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................

PERLAKUAN YANG KETARA


Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA

Nama : .............................................................................
No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................
Bil Keterangan Tingkah Laku Tahap Tingkah Laku Ulasan
1 2 3 4 5

1. Perlakuan Agresif
1.10Merosakkan harta sendiri/ orang lain
1.11Selalu berkelahi/ bertindak Skala :
1.12Cepat marah/ meradang
1.13Mengacau/ Menguasai orang lain 1- tidak memuaskan
1.14Mencederakan diri 2- kurang memuaskan
1.15Mencederakan orang lain 3- sederhana
1.16Panas baran 4- baik
1.17Perlakuan negatif berlaku dengan tiba-tiba 5- sangat baik
1.18Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
Bil Keterangan Tingkah Laku Tahap Tingkah Ulasan
Laku
1 2 3 4 5
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
Skala :
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar 1- tidak memuaskan
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah 2- kurang memuaskan
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3- sederhana
3.10 Tidak bekerjasama 4- baik
3.11 Tidak bertimbang rasa
5- sangat baik
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota
badan tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan
8. Rekod berterusan
Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut
urutan masa kejadian berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk
ataupun berdiri dari jarak beberapa meter daripada murid dan mula
mencatat apa sahaja kejadian yang berlaku dalam masa yang telah
ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun mungkin diulang
beberapa kali pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod
anekdot kerana ia merekod semua kejadian yang berlaku bukan
hanya kejadian dipilih ataupun yang diperlukan sahaja. Catatannya
juga menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan
menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan
teknik penulisan ringkas jika boleh.
Kebaikan Dan Keburukan Rekod Berterusan

Kebaikan rekod berterusan:


 Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.
 Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.
 Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.

Keburukan rekod berterusan:


 Memerlukan banyak masa.
 Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.
 Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara
kumpulan.
9. Rekod Spesimen
Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih
lengkap, lebih jelas dan kriterianya sudah ditetapkan
seperti masa dan kanak-kanak yang terlibat. Rekod ini
selalu digunakan oleh penyelidik yang memerlukan catatan
menyeluruh dan lengkap berkenaan satu-satu tingkah laku.
Kebaikan dan keburukannya juga hamper sama dengan
rekod berterusan.
TAMAT