Anda di halaman 1dari 41

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN
• Risalah Ilahi di bawa oleh semua Nabi dan
Rasul yang dikenali sebagai ‘Islam’
• Perkataan ‘Islam’ tidak dikaitkan pada individu
tertentu mahupun tempat tertentu
• ‘Islam’ bermaksud tunduk, patuh menyerah
diri dan sejahtera.
• Islam diturunkan untuk membawa
manusia ke arah kesatuan aqidah
kepada Allah tanpa sebarang
keraguan
• Ia merupakan peraturan hidup yang
lengkap
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

• Ianya terkandung dalam ajaran al-Quran dan al-Sunnah


• Ianya tidak terbatas kepada bangsa, suku, kaum, warna
kulit dll.
• Beberapa konsep penting dalam perbincangan tentang
pandangan semesta tamadun Islam, antaranya;
1. Konsep Keimanan
 Asas pembinaan tamadun Islam
 Konsep kepercayaannya adalah menurut perintah
Allah dan meninggalkan laranganNya.
2. Konsep Kekuasaan
• Allah adalah Pencipta, Penguasa, Pemilik
mutlak bagi alam termasuk diri manusia
3. Konsep Kemanusiaan
• Manusia diberi t/jawab untuk memenuhi
hakikat kemanusiaanya, meliputi hbg dengan
Allah, manusia dan alam
KONSEP TAMADUN ISLAM
• Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka
Islam sebagai al-din.
• Di asaskan dengan aqidah, syariat dan akhlak
• Sesetengah tamadun meletakkan ukuran
tamadun dari aspek kebendaan seperti mana
pemikir-pemikir tamadun barat, spt:
J.K Fieblemen
“Tamadun ialah kepandaian masyarakat
mengeksplotasi material”
Arnold Toynbee
“Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil
pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai
empat unsur, iaitu bahan2 ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni”
SUMBER TAMADUN ISLAM
1. Al-Quran
• Iaitu wahyu Allah yang diturunkan kepada
Rasulullah melalui Jibril
• Al-Quran merupakan mukjizat, mengandungi
prinsip2 asas agama dan ilmu pengetahuan
• Al-Quran sebagi pendorong kepada manusia
untuk menggunakan akal fikiran dan segala
sumber yang ada
• Segala kegiatan dan kemajuan dikehendaki
mengikut apa yang telah ditetapkan.
2. Hadith/Sunnah
• Ia berperanan memperincikan al-Quran
• Sebagai pelengkap kepada al-Quran
• Tamadun Islam tidak boleh bertentangan
dengan al-Quran dan Sunnah
3. Ijithad
• Akibat perkembangan yang berlaku serta
ketiadaan hukum yang jelas drp al-Quran dan
al-Hadith, maka peranan ulama melakukan
usaha untuk mengolah hukum terhadap
perkara baru
• Ini memberi gambaran tamadun Islam
dihasilkan oleh dua tenaga iaitu tenaga
naqli(wahyu) dan aqli(akal)
4. Tamadun dan Budaya lain
• Islam bersifat terbuka dan menerima nilai2
dan idea tamadun lain asalkan tiada
percanggahan dengan Islam
• Ia dapat membantu memperkayakan lagi
bidang kelilmuan Islam
ASAS TAMADUN ISLAM
1. AKIDAH
• Ia merupakan kepercayaan kepada hakikat dan
nilai2 mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa umat
Islam
• Ia merupakan perjanjian antara makhluk dan
penciptaNya
• Hasan al-Banna menyatakan, “akidah adalah
hal2 yang berhubung dengan kepercayaan dan
keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa
itu menjadi tenteram, tidak ragu2 dan bimbang,
bersih dan murni dari segala syak wasangka”
• Ia berbeza dengan ideologi ciptaan
manusia seperti sekularisme,
kapitalisme dll
• Ia bersandarkan kebendaan dan
menolak yang diluar pancaindera
• Dua aspek penting yang dibicarakan
iaitu;
a. Aspek Kepercayaan
• Ia merupakan aspek asas yang wajib diimani
setiap muslim, antaranya ialah;
 Beriman Kepada Allah
 Beriman Kepada Malaikat
 Beriman Kepada Rasul
 Beriman Kepada Kitab
 Beriman Kepada Hari Akhirat
 Beriman Kepada Qadar dan Qadar
b. Aspek Kaedah
• Iaitu aspek pelaksanaan akidah dalam
membangunkan tamadun
• Terdapat tiga prinsip yang menjadi kriteria asas
akidah, iaitu;
i. Kesatuan
• Manusia yang dicipta dengan pelbagai bentuk
fizikal dapat disatukan dibawah akidah Islam
• Kesemuanya mencari matlamat yang sama iaitu
keredaan Allah
ii. Rasional
• Islam mengiktiraf penggunaan akal fikiran yang rasional
bagi mencari kebenaran dan kesahihan akidah Islam
• Islam menganjurkan manusia sentiasa menyelidik,
mengkaji dan memahami kejadian alam yang menjadi
bukti keagungan Allah
• Antara aspek rasionalnya ialah:
a. Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti
• Segala bentuk tahyul, khayalan, sihir, khurafat dll
ditolak
b. Menolak pertentangan antara akal dan wahyu
• Semua yang terkandung dalam wahyu tidak berselisih
dengan akal
C. Bersifat terbuka kepada penemuan baru
• Penemuan sains dan teknologi diterima
• Ianya menafikan sifat jumuk dan fanatik dalam
tamadun Islam
• Antara syaratnya, ialah;
 Tidak bertentangan dengan al-Quran dan Hadith
 Tidak membawa kemudaratan
 Tidak membawa kemaksiatan
 Meningkatkan keimanan kepada Allah
iii. Toleransi
• Ianya hendaklah berlandaskan prinsip akidah dan
syariat
2. Syariat
• Umumnya Syariat ialah undang2, aturan dan ketetapan
Allah
• Mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia dan
alam
• Demi kesejahteraan dunia dan akhirat
Keistimewaan Syariat
 Sempurna dan memenuhi keperluan manusia
 Lengkap
 Bersepadu (dunia dan akhirat)
 Bersifat universal tanpa batasan geografi
 Bermatlamat mendapat keredaan Allah
 Bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan
Manifestasi Syariah dan Tamadun Islam

• Mengatur manusia atas dasar makruf dan


mengelak kemungkaran
• Prinsip2 Syariat;
i. Memelihara agama
• Islam adalah teras dan perlu dipertahankan
• Orang Islam wajib menunaikan t/jawab sbg
muslim
• Keluar Islam dikira murtad
ii. Memelihara nyawa
• Hak untuk hidup-dilarang
membunuh tanpa hak
• Islam juga melarang membunuh diri
iii. Memelihara akal
• Akal membezakan manusia dengan haiwan
• Akal dapat membezakan antara baik dan
buruk
• Islam melarang menghilangkan fungsi akal ,
spt minum arak, dadah dll
iv. Memelihara dan kehormatan
• Maruah perlu dijaga dan dikawal
• Spt jauhkan drp zina, seks bebas, luar tabii dll
v. Menjaga harta
• Islam mengariskan hak memiliki harta dan
mempertahankanya
• Islam mengharamkan mencuri dll
• Islam mengatur aktiviti2 eko berpandukan
syariah
3. Akhlak

• Akhlak bermaksud budi pekerti, tingkah laku


dan tabiat
• Al-Ghazali, “akhlak sebagai sifat yang
tertanam kukuh dalam jiwa dan darinya
terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih
dahulu”
• Akhlak ialah sikap kerohanian yang
memuliakan tingkahlaku manusia terhadap
Allah, diri sendiri dan makhluk lain sesuai
dengan suruhan dan larangan
• Akhlak erbahagi dua iaitu mahmudah dan
mazmumah
• Akhlak membezakan manusia dengan haiwan
• Akhlak berbeza dengan etika
KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN
KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
• Kelahirannya di kaw. padang pasir yang kontang
dan wajah kesempurnaan tamadun Islam di
Madinah
• Tamadun Islam telah mengubah kebudayaan
m’kat bukan Arab sehingga Afrika Utara dan
sebahagian Eropah, China dan Asia Tenggara
• Tamadun Islam telah mengubah drp tamadun
primitif, suka berdendam dan disatukan dibawah
kesatuan akidah, kebebasan dan keadilan
• Kerajaan Abbasiyyah sebagai kemuncak
tamadun Islam. Berlakunya kegiatan
intelektual, aktiviti penterjemahan
• Lahirnya ilmuan Islam Ibn Sina(sains dan
perubatan), Ibn Haitham(fizik dan matematik)
dan al-Ghazali( falsafah dan tasawuf) dll
• Islam berkembang ke Andalusia.
Berlakunya perkembangan ilmu
pengetahuan
• Pada zaman Abdul Rahman al-Ausat
banyak universiti ditubuhkan seperti
Seville, Granada, Toledo, Velencia dan
Cordova
• Kerajaan Uthmaniyyah di Turki telah mencapai
kemuncak apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya
menguasai Constantinople dan melebarkan sayapnya
ke Eropah Timur
• Di India tertubuhnya kerajaan Ghaznawi yang diasaskan
oleh Sabuktigin. Lahirnya beberapa kerajaan Islam di
India seperti
 Ghori
 Kesultanan Delhi
 Khilji
 Tughluq dan
 Kerajaan Moghul
• Akhir abab ke 18, Kerajaan Uthmaniyyah Turki
mulai lemah dan banyak wilayahnya di Eropah
Timur, Afrika jatuh kepada kuasa Eropah
• Kerajaan Uthmaniyah didirikan selama 637
tahun runtuh apabila Sultan Abdul Hamid II
digulingkan oleh The Young Turks pimpinan
Mustaffa Kamal
• Akhirnya masyarakat Islam dijajah dan diresapi
dengan ideologi sekularisme barat
PRINSIP TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam menekankan pembangunan
manusia di dunia dan akhirat yang berpaksikan
akidah, nilai kemanusian,keharmonian hidup dan
tugasnya sebagai khalifah di bumi.
• Islam menekankan asas dalam pembinaan
tamadunnya iaitu;
 Hubungan dengan Allah
 Hubungan dengan manusia
 Hubungan dengan alam
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

i. Bersifat rabbani
• Segala kuasa adalah milik Allah dan manusia
sebagai pemegang amanah
• Wahyu yang diturunkan kepada Rasulnya
merupakan panduan kepada manusia
ii. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
• Wahyu dan akal tiada pertentangan
iii. Tidak membebankan
• Manusia mampu melaksanakan dan pada
masa yang sama diberi keringanan dalam
perlaksanaan
iv. Sempurna dan menyeluruh
• Islam untuk semua manusia, semua tempat
dan masa
V. Keseimbangan rohani dan jasmani
• Tanpa memisahkan antara
kedua2nya
vi. Sesuai sepanjang zaman
• Sampai akhir akhirat
vii. Terbuka dan toleransi
• Islam tidak terbatas pada sempadan
• Penerimaan unsur2 tamadun lain
selagi tidak bertentangan
viii. Kesatuan dan kepelbagaian
• Kewujudan pelbagai bahasa dan bangsa
tidak menghalang kesatuan Islam umat
• Islam ditegapkan di atas prinsip keadilan
dan kesaksamarataan yang melampui
batas perbezaan manusia
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
i. Akidah tauhid
• Islam membebaskan perhambaan dan
penyembahaan sesama makhluk
ii. Sosial
• Memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan,
kehormatan dan kemuliaan insan
iii. Ekonomi
• Islam memperkenalkan prinsip keadilan dan
mengharamkan riba
iv. Politik
• Islam menetang kezaliman dan menegapkan
keadilan
• Kuasa da pemerintahan adalah amanah
• Rakyat wajib mentaati pemimpin selagi tidak
melanggari batas syariat
v. Ilmu Pengetahuan
• Ayat pertama diturunkan adalah berkaitan
dengan ilmu
• Manusia diarahkan sepaya mengkaji,
menyelidik rahsia2 alam
vi. Kesenian
• Termasuklah seni bahasa dan tulisan,
kesusasteraan, senibina, seni ukir,
muzik, lagu dll.
JIHAD
• Jihad bermaksud setiap usaha memerlukan
pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala
keupayaan untuk memertababkan Islam
• Antaranya jihad nafsu, ilmu, jihad ekonomi,
politik dan sebagainya.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai