Anda di halaman 1dari 48

Peraturan-peraturan Am

Pertandingan
PERATURAN 140
Fasilitas Olahraga

• Sebarang permukaan yang kukuh dan rata, yang


mematuhi spesifikasi dalam Manual Fasilitas Balapan
dan Padang IAAF, hendaklah digunakan untuk
olahraga.

• Pertandingan-pertandingan Padang dan Balapan


yang dijalankan mengikut Peraturan 1,1(a), hanya
hendaklah dijalankan atas balapan berpermukaan
sintetik yang mempunyai Sijil Fasilitas Olahraga
IAAF Kelas semasa yang sah
• Hendaklah disarankan, jika fasilitas sedemikian
hendaklah didapati, pertandingan-pertantingan
mengikut Peraturan 1.1(b) hingga (j) hendaklah
dijalankan di atas fasilitas tersebut.

• Bagaimanapun Sijil Fasililas Olahraga IAAF Kelas 2


semasa yang sah diperlukan bagi semua fasilitas yang
digunakan untuk pertandingan-pertandingan bawah
Peraturan 1.1(b) hingga (j)
PERATURAN 141
Umur dan Kategori Jantina
Kumpulan Umur:

I .Pertandingan di bawah Peraturan-Peraturan ini akan


dibahagikan kepada klasifikasi kumpulan umur seperti
berikut:

• Remaja lelaki dan perempuan : Atlet yang berumur 16-17


tahun pada Disember tahun pertandingan.

• Lelaki dan Wan Junior : AtIet yang berumur 18 atau 19 tahun


Pada 31 Disember tahun pertandingan.

• Lelaki dan Wanita Master: Atlet yang mencapai hari lahir ke-
35
2. Mana-mana atlet layak bertanding dalam kategori
umur yang ditentukan sekiranya beliau berada
dalam linkungan umur yang ditetapkan.

Atlet mesti menunjukkan bukti umur jika


diperlukan dengan mengemukakan passport yang
sah atau mengemukaan bukti-bukti rasmi yang lain
sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang
pertandingan tersebut.

Atlet yang enggan atau tidak memberikan bukti


tersebut tidak boleh bertanding.
Kategori Jantina

• Peraturan ini telah menentukan pertandingan


dibahagikan kepada Lelaki dan Wanita(kecuali dalam
keadaan tertentu di bawah Peraturan 147 di mana
campuran dibenarkan).
• Seorang atlet Iayak bertanding dalam pertandingan
kategori lelaki jika ia diiktirafkan sebagai lelaki dari segi
undang-undang dan jika ia layak bertanding mengikut
Peraturan dan Undang-undang ini.

• Seorang atlet layak bertanding dalam pertandingan


kategori wanita jika Majlis IAAF mengesahkan beliau
sebagai wanita mengikut undang-undang untuk diguna
pakai bagi menentukan kelayakan untuk bertanding
dalam kategori wanita Majlis IAAF boleh meluluskan
Peraturan yang menentukan kelayakkan untuk
bertanding dalam Kejohanan Wanita bagi:
(a) wanita yang menukarkan jantinanya dari lelaki ke
wanita
(b) wanita yang mempunyai kejantinaan yang berbeza

• Mana-mana atlet yang gagal atau tidak mahu melalui


proses undang-undang tersebut tidak Iayak
bertanding.
PERATURAN 142
Penyertaan

• Pertandingan-Pertandingan di bawah Peraturan-


peraturan IAAF terhad kepada atlet yang memenuhi
syarat mengikut Peraturan Kelayakkan IAAF.

• Seseorsng atlet tidak dibenarkan bertanding di luar


Negara tanpa kelayakkan dijamin dan dibenarkan oleh
Persekutuan Kebangsaannya.

• Dalam semua pertandingan antarabangsa, jaminan


kelayakkan tersebut dikuatkuasakan melainkan ada
bantahan dibuat kepada Wakil(-WakiI) Teknikal
Penyertaan Serentak
• Sekiranya seseorang atlet itu menyertai dalam
kedua-dua Acara Balapan dan Padang atau dalam
lebih daripada satu Acara Padang yang berjalan
serentak, Referi yang berkenaan hendaklah, untak
satu pusingan atau pada satu-satu masa, atau pada
setiap percubaan dalam Lompat Tinggi atau Lampat
Bergalah, membenarkan atlet tersebut membuat
percubaanya tidak mengikut giliran yang telah
diputuskan sebelum pertandingan.
• Bagaimanapun sekiranya atlet itu tidak hadir ketika
gilirannya, itu hendaklah dikira atlet itu
memutuskan untuk tidak membuat percubaannya
jika tempoh masa yang dibenarkan telah berlalu.
• Dalam kes Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah
sekiranya seseorang atlet itu tidak hadir apabila
semua atlet yang lain hadir telah menyudahkan
pertandingan, Referi hendaklah memutuskan atlet(-
atlet) telah meninggalkan pertandingan, apabila
tempoh masa untuk satu percubaan seterusnya telah
berlalu.
Gagal Bertanding

• Dalam semua pertandingan mengikut Peraturan


1.1(a), (b), (c) dan (f), kecuali seperti yang ternyata
di bawah, seseorang atlet tidak hendaklah
dibenarkan untuk terus mengambil bahagian dalam
acara-acara selanjutnya, termasuk lari berganti-
ganti, sekiranya
(a) Pengesahan terakhir telah pun dibuat yang atlet
tersebut hendaklah memulakan acara-acara tetapi
gagal berbual demikian;

(b) Beliau layak dalam pusingan awal sesuatu acara


untuk ke pusingan selanjutnya tetapi gagal
rnenyertainya;
• Pemberian sijil perubatan yang disahkan oleh
pegawai perubatan yang dilantik atau yang disahkan
oleh IAAF dan / atau Jawatankuasa Pengelola,
hendaklah diterima sebagai alasan yang memadai
untuk atlet tidak bertanding selepas pengesahan
ditutup atau selepas bertanding dalam pusingan lalu
tetapi dapat bertanding dalam acara selanjutnya pada
hari yang berikut.
• Alasan-alasan lain yang menasabah (contoh: faktar-
faktor tindakan atlet sendiri yang bebas seperti
masalah-masalah dengan sistem pengangkutan
rasmi) mungkin, hendaklah juga diterima Wakil(-
Wakil) Teknik selepas pengesahan.
PERATURAN 143
Pakaian, Kasut dan Nombor Bib
Pakaian
• Peserta-peserta dalam senlua acara mesti berpakaian
sesual, bersih dan tidak menjolok mata.

• Pakaian tersebut juga mesti diperbuat daripada bahan


kain yang tidak menampakkan kulit/susuk badan atlet
walaupun basah.

• Atlet-atlet tidak dibenarkan memakai pakaian yang


menghalang penglihatan Hakim-Hakim.

• Vest atlet hendaklah mempunyai warna sama di depan


dan belakang.
• Dalam semua pertandingan mengikut Peraturan, dan
bila mewakili Negaranya Perataron 1.1(d) dan (h)
atlet-atlet hendaklah memakai pakaian seragam yang
mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan mereka.

• Upacara Meraikan Kemenangan dan sebarang


lintasan hormat dianggap sebahagian daripada
pertandingan bagi tujuan menguatkuasakan
peraturan pakaian ini.
Kasut
• Allet-atlet hendaklah bertanding dengan berkaki
ayam, berkasut atau memakai hanya sebelah sahaja
kasut.

• Tujuan berkasut hendaklah untuk memberi


perlindungan dan kestabilan kepada kaki supaya
dapat mewujudkan cengkaman yang lebib mantap
dengan bumi.
• Namun begitu, kasut-kasut tersebut tidaklah
hendaklah dicipta sedemikian rupa sehingga
memberikan bantuan tambahan yang tidak adil
termasuk pembentukan sebarang teknologi yang
memberi pemakai sebarang kelebihan yang tidak
adil.

• Tali kasut yang meneliti kekura dibenarkan.

• Semua jenis kasut yang digunakan dalam


pertandingan hendaklah disahkan oleh 1AAF
Bi!angan Pepaku

• Tapak dan tumit kasut hendaklah direka sebegitu


rupa supaya membolehkan sehingga 11 batang
pepaku dipasang. Beberapa batang pepaka hendaklah
dipasang asalkan tidak melebihi 11 batang.
Ukuran Pepaku

• Sekiranya pertandingan dijalankan di atas muka sintetik


bahagian setiap pepaku yang menjulur dari tapak atau
tumit hendaklah tidak melebihi 9mm kecuali dalam
Lompat Tinggi dan Merejam Lembing di mana ianya
tidak melebihi 12mm.

• Pepaku hendaklah dibina, di mana sekurang-kurangnya


separuh daripada penjangnya dari hujung hendaklah
memasuki satu jangka ukur berbentuk segi empat sama
bersisi 4mm.
Tapak dan Tamit Kasut
• Tapak dan/atau tumit kasut hendaklah berbunga,
berlorek also berbonjol asalkan ia dibuat daripada bahan
yang sama dengan tapak asas kasut tersebut.

• Dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Jauh, tapak


kasul hendaklahlah mempunyai ketebalan maksimum
13mm manakala ketebalan maksimum tumitnya bagi
lompat tinggi pula hendaklah 19mm.

• Dalam acara-acara lain, tebal tapak dan/atau tumit tidak


ditetapkan.
Alat-alat Tambahan Kepada Kasut
• Atlet-atlet tidak dibenarkan menambah apa-apa alat
sama ada di luar atau dalam kasut yang memberikan
kesan kepada ketebalan kasut melebihi had
maksimum yang dibenarkan, atau, yang hendaklah
memberikan pemakainya kelebihan yang hendaklah
tidak diperolehi kasut asalnya seperti yang
dinyatakan di atas.
Nombor Bib

• Setiap atlet hendaklah diberikan dua nombor bib, yang


hendaklah dipakai semasa bertanding, dilekatkan di tempat
mudah dilihat di dada dan belakang, kecuali dalam acara
Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah di mana satu bib atlet
hendaklah dipakai samada di dada atau belakang.

• Nombor bib hendaklah serupa dengan nombor mereka yang


didaftarkan yang tertera dalam senarai buku acara rasmi.

• Sekiranya memakai baju trek ketika bertanding, bib tersebut


hendaklah dilekatkan serupa pada baju trek tersebut.
• Nama peserta atau pengenalan sesuai yang lain pada bib
hendaklah dibenarkan bagi menggantikan nombor bib.

• Nombor bib hendaklah dipakai dalam keadaan ia diterima,


tidak dipotong, dilipat atau terlindung semasa memakainya.

• Dalam acara jarak jaub, bib ini boleh ditebuk-tebuk bagi


memudahkan kitaran udara tetapi jangan sampai mencacatkan
tulisan di atasnya.

• Jika Sistem Foto Penamat digunakan, Jawatankuasa Pengelola


memerlukan atlet-atlet memakai nombor tambahan yang
ditampal pada sisi seluar.

• Atlet-atlet tidak dibenarkan mengambil bahagian tanpa


memakai nombor pengenalan yang berkaitan.
PERATURAN 144
Bantuan Kepada Atlet
Pemakluman Masa Perantaraan

• Masa perantaraan dan masa kemenangan awal


hendaklah diumum secara rasmi.

• Jika tidak masa-masa tersebut tidak disampaikan


kepada atlet oleh sesiapa yang berada di kawasan
pertandingan tanpa terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran Referi yang berkenaan.
• Kebenaran ini hendaklah diberikan hanya jika tidak
ada alat paparan masa yang diletakkan di tempat-
tempat tertentu yang boleh dilihat oleh semua atlet
yang bertanding.

• Kawasan pertandingan haruslah diasingkan dan


bersempadan, dikhaskan untuk pertandingan dan
hendaklah dimasuki oleb atlet-atlet yang bertanding
dan pegawai-pegawai yang berhak berada di kawasan
itu sahaja mengikut Peraturan dan Udang- undang
yang berkaitan.
Memberi Bantuan
• Seorang atlet yang memberi atau menerima bantuan di
dalam arena semasa acara dijalankan hendaklah diberi
amaran oleh Referi dan jika diulangi atlet tersebut akan
dibatalkan dari acara tersebut.

• Pencapaian atlet dalam pusingan itu dalam acara


tersebut sehingga masa itu tidak diambilkira.

• Walaubagaimanapun pencapaian dalam pusingan


sebelum dalam acara itu adalah sah.
Maklumat Tentang Angin
• Sebuah (atau lebih) sarung angin hendaklah
diletakkan dalam kedudukan sesuai semua acara
lompatan, Lemparan Cakera dan merejam lembing,
supaya atlet dapat mengetahui arah dan kelajuan
tiupan angin.
Minuman/Pembasahan
• Bagi acara-acara 5000m atau lebih, pihak
jawatankuasa Pengelola hendaklah menyediakan
kemudahan air dan pembasahan kepada atlet-atlet
jika keadaan cuaca memerlukannya.
PERATURAN 145
Pembatalan

• Sekiranya seseorang atlet itu dibatalkan dalam satu acara


disebabkan pelanggaran sebarang Peraturan (kecuali
Peraturan 125.5 stan /62.5) Sebarang pencapaian yang
dibuat dalam pusingan itu tidak dikira sah.

• Walaubagaimanapun pencapaian yang dibuat dalam


pusingan yang lalu hendaklah dikira sah. Namun,
pembatalan ini tidak hendaklah menghalang atlet itu
dari mengambil bahagian dalam acara-acara seterusnya.
• Sekiranya seseorang atlet dibatalkan dalam satu acara
disebabkan berkelakuan tidak bensemangat
kesukanan atau tidak senonoh, rujukan kesalahan
tersebut hendaklah dicatatkan di dalam keputusan
rasmi.

• Sekiranya seorang atlet diberl amaran kali kedua


bawah Peraturan 125.5 kerana berkelakuan tidak
bersemangat kesukanan atau tidak senonoh atau
bawah Peraturan 162.5, beliau hendaklah
disingkirkan dari acara tersebut.
• Jika amaran kali kedua diberi dalam acara lain, atlet
tersebut hendaklah hanya disingkirkan dari acara kedua
tersebut.

• Sebarang pencapaian yang dibuat dalam pusingan yang


sama tidak dikira sah.

• Walaubagaimanapun, pencapaian yang dibuat dalam


pusingan yang lalu acara itu, dalam acara yang lalu atau
dalam acara individu Acara Bercampur yang lalu
hendaklah dikira sah.
• Pembatalan dari sesuatu acara kerana berkelakuan tidak
bersemangat kesukanan atau tidak senonoh boleh
mengakibatkan atlet tersebut disingkirkan oleb Referi
daripada mengambil bahagian dalam semua acara
seterusnya , termasuk acara individu Acara Bercampur,
dalam pertandingan itu.

• Sekiranya kcsalahan tersebut dianggap serius, Pengarah


Pertandingan hendaklah melaporkan perkara tersebut
kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk diambil
tindakan tatatertib selanjutnya mengikut Peraturan 60.4
(f)
PERATURAN 146
Bantahan dan Rayuan
• Bantahan mengenai status seseorang atlet yang mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan mesti dikemukakan,
sebelum bermulanya pertandingan tersebut kepada Wakil
Teknikal.

• Setelah Wakil Teknikal membuat keputusan maka mereka


yang berkenaan berhak membuat rayuan kepada Juri Rayuan.

• Sekiranya tidak dapat diseleaaikan dengan memuaskan


sebelum pertandingan, atlet terbabit hendaklah dibenarkan
bertanding “dalam bantahan” dan perkara ini hendaklah
dirujukkan kepada pihak Majlis IAAF.
• Bantahan mengenai keputusan atau pengendalian
sesuatu acara hendaklah dibuat dalam tempoh masa
30 mint selepas keputusan rasmi acara tersebut
diumumkan.

• Jawatankuasa Pengelola pertandingan hendaklah


bertanggungjawab memastikan waktu pengumuman
semua keputusan direkodkan.
Dalam Acara Padang, sekiranya seorang atlet
membuat bantahan spontan secara lisan terhadap
pencubaannya yang difaulkan, Referi acara
berkenaan boleh menggunakan budi bicaranya,
mengarahkan percubaann tersebut diukur dan
direkodkan bagi menjaga kepentingan semua pihak
yang berkaitan.
• Juri Rayuan hendaklah mendapatkan keterangan dari
semua pihak yang berkenaan. Jika Juri Rayuan was-was,
bukti lain yang diperolehi hendaklah dipertimbangkan.
Jika bukti tersebut termasuk bukti video tidak dapat
memberikan rumusan, keputusan Referi atau Ketua
Hakim Lumba Jalan Kaki hendaklah diterima pakai

• Juri Rayuan boleh menimbang semula sesuatu


keputusan jika terdapat bukti baru yang menyakinkan
dengan syarat keputusan baru masih boleh digunakan
• Keputusan mengenai hal-hal yang tidak terkandung
dalam Peraturan hendaklah dilaporkan kemudian
oleh Pengerusi Juri Rayuan kepada Setiausaha Agung
IAAF

• Keputusan Juri Rayuan adalah maksud dan tiada lagi


hak untuk merayu, termasuk kepada Mahkamah
Arbitrari Sukan.
PERATURAN 147
Pertandingan Campuran
• Dalam semua pertandingan yang sepenuhnya dijalankan di
dalam stadium, acara-acara campuran lelaki dan perempuan
tidak dibenarkan.

• Walaubagaimanapun acara campuran dalam acara padang dan


acara 5000mke atas hendaklah dibenarkan dalam semua
kejohanan

• Dalam pertandingan mengikut Peraturan, pertandingan


campuran tersebut hendaklah dibenarkan datam sesuatu
pertandingan tertentu jika diluluskan oleh badan berkuasa
Wilayah berkaitan
PERATURAN 148
Pengukuran
• Bagi Acara Balapan dan Padang dalam pertandingan
mengikut Pesaturan 1.1(a), (b), (c) dan (f). Semua
pengukuran hendaklah dibuat dengan menggunakan
pita atau tolok pengukur keluli tentukur disahkan,
atau tolok atau dengan alat pengukur saintifik.
• Pita keluli , tolok atau alat pengukuran saintifik
hendaklah disahkan oleh IAAF dan ketepatan alat
pengukur yang digunakan dalam pertandingan
hendaklah disahkan oleh sesustu organisasi yang
dilantik oleh pihak berkuasa timbang dan ukur
kebangsaan supaya semua pengukuran tersebut
hendaklah berdasarkan kepada pengukuran standard
kebangsaan dan antarabangsa.

• Dalam pertandingan-pertandingan lain, alat


pengukur kaca gentian boleh digunakan.
PERATURAN 149
Kesahihan Pencapaian
I. Sebarang pencapaian yang dibuat oleh seseorang atlet
tidak akan dikira sab melainkan ia dibuat dalam satu
pertandingan rasmi yang dijalankan mengikut
Peraturan-Peraturan IAAF.

2. Pencapaian di acara yang lazimnya dikendalikan di


stadium , luar tradisi ( saperti yang diadakan dataran,
padang perbandaran, gelanggang atau di pantai, dll)
adalah sah dan diiktiraf demi kegunaan semua sekiranya
ia akur dengan syarat syarat berikut:
a) Badan yang berkuasa telah mengeluarkan permit
mengikut Peraturan I hingga 3
b) Pegawai Teknikal yang bertauliah dilantik untuk
bertugas di Kejohanan tersebut
c) Bila perlu, peralatan dan alat-alat adalah mengikut
peraturan digunapakai.
d) Acara dijalankan atau di kemudahan yang mengakur
dengan Peraturan 135 di mana Sijil Pengesahan telah
dikeluarkan oleh seorang Jurukur Rasmi pada hari
acara tersebut
PERATURAN 150
Rakaman Video
• Dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan
mengikut Peraturan l.l(a), (b) dan (c), jika dapat
dalam pertandingan lain, rakaman video rasmi
semua acara, yang merakamkan ketepatan pencapain
dan pelanggaran Peraturan, hendaklsh dibuat.

• Wakil Teknikal hendaklah berpuas hati dengan tahap


rakaman tersebut.
PERATURAN 151
Penskoran
• Dalam pertandingan yang ditentukan dengan
pungutan mata, cara penskoran ini hendaklah
dipersetujui terlebih dahulu oleh Negara-negara
yang mengambil bahagian.

Anda mungkin juga menyukai