Anda di halaman 1dari 45

Disediakan oleh: Chin Han Wei

TOPIK 1: APA ITU SOSIOLOGI?


PENGENALAN

 Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang


tingkahlaku manusia.
 Menunjukkan kepada kita bagaimana
manusia bertingkahlaku dan
bertindak, apakah ciri-ciri kumpulan dan
masyarakat, dan bagaimana semua ini
bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku
manusia.
1.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGI

 Imaginasi Sosiologi
 Sosiologi dalam Sains Sosial

 Sosiologi dan Asas Logik


1.1.1 IMAGINASI SOSIOLOGI

 Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang


manusia dan tingkahlakunya, mereka
memfokus kepada bagaimana manusia
dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh
masyarakat.
 Tidak kira apa pengalaman peribadi
kita, pasti kita akan dipengaruhi oleh arus
sosial masyarakat walau di mana pun kita
berada.
 C.Wright Mills (1916-1962) menyatakan
imaginasi sosiologi adalah keupayaan untuk kita
melihat pengalaman dan kepayahan yang kita
lalui sebagai mencerminkan perancangan
struktur masyarakat dan zaman tersebut.
 Lazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita
dengan memikirkan tentang aktiviti yang
berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran
tetangga.
 Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk
kita mengaitkan pengalaman kita dengan
masyarakat serta peristiwa silam.
 Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu
masyarakat saling bertindih untuk
membentuk struktur sosial dan kehidupan
masyarakat yang lebih luas.
 Imaginasi sosiologi memberi kita ruang untuk
memahami kehidupan masyarakat pada
ketika itu dalam konteks faktor seperti
persekitaran tempat kerja serta masyarakat
keseluruhannya.
 Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi
kita peluang untuk mengenalpasti hubungan
di antara kehidupan peribadi kita dengan
kehidupan sosial masyarakat di sekeliling
kita.
1.1.2 SOSIOLOGI DALAM SAIN SOSIAL
 Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku
manusia seiring dengan bidang sains sosial
yang lain seperti:
 Ekonomi
 Sejarah
 Sains politik
 Psikologi
 Antropologi
 Kerja sosial
EKONOMI

 Adalah kajian tentang pengeluaran dan


pengagihan bahan dan perkhidmatan.
 Ahli sosiologi juga berminat mengkaji
perkara ini.
 Mereka mengkaji tentang bagaimana
manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan
dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi
kehidupan manusia.
SEJARAH
 Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu.
 Sejarawan bukan sahaja menggambarkan
peristiwa lalu tetapi juga menerangkan
peristiwa bersejarah berdasarkan kepada
petunjuk sosial.
 Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah
tetapi mereka menggunakan fakta sejarah
untuk menerangkan tentang sikap sosial dan
tingkahlaku masa kini.
SAINS POLITIK

 Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri, dan


operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam
pelbagai masyarakat.
 Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji
bagaimana institusi keluarga dan sistem
pendidikan mempengaruhi sikap politik dan
tingkahlaku pengundi.
PSIKOLOGI
 Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains
sosial.
 Kajian tentang proses pemikiran dan
tingkahlaku individu.
 Perkara yang dikaji adalah fisiologi otak
manusia dan sistem urat
saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, person
aliti dan tingkahlaku yang tidak normal.
 Mereka mengkaji masalah daripada aspek
individu.
 Manakala ahli sosiologi memfokus kepada
masyarakat yang moden dan kompleks.
 Akhir ini,ahli antropologi semakin berminat
mengkaji tentang cara hidup zaman moden
disebabkan manusia sudah mula
berpendidikan.
ANTROPOLOGI
 Seperti psikologi adalah gabungan di antara bidang
biologi dan sains sosial.
 Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi
biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal
diantara kumpulan manusia seperti kaum.
 Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang
budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat.
 Manakala ahli sosiologi memfokus kepada
masyarakat yang moden dan kompleks.
 Akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji
tentang cara hidup zaman moden disebabkan
manusia sudah mula berpendidikan.
KERJA SOSIAL

 Ahlisosiologi lebih tertumpu kepada mencari


ilmu tentang tingkahlaku manusia.
 Manakala mereka yang bergiat dalam kerja
sosial mengkaji tentang bagaimana
menggunakan ilmu sosiologi untuk
membantu manusia menyelesaikan
masalah-masalah sosial seperti keretakan
rumahtangga dan penagihan dadah.
1.1.3 SOSIOLOGI DAN ASAS LOGIK

 Ilmu
logik ada sekurang-kurangnya dua
kelemahan:
 Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara
sistematik tetapi secara subjektif, iaitu
berdasarkan perasaan, kepercayaan atau
pengalaman seseorang itu. Iajuga merupakan
kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh
sesebuah komuniti.
 Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang
lapuk dan tidak konsisten.
 Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan
idea yang sistematik dan diuji berdasarkan
bukti.
 Ini akan memberi kita peluang untuk
mempelajari sesuatu yang baru.
 Manakala ilmu logik adalah subjektif, tidak
konsisten dan tidak semestinya diterima oleh
masyarakat.
 Ahli sosiologi mencari sesuatu yang
objektif, konsisten dan baru.
 Untuk mencapai hasrat ini, mereka
menggunakan kaedah saintifik.
 Ini merupakan salah satu sebab mengapa
sosiologi ini menarik.
 Ini menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu
yang menjadi kebiasaan dan logik boleh
bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan
tidak umum.
 Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara
yang logik adalah ketara.
1.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI

 Auguste Comte
 Harriet Martineau

 Herbert Spencer

 Emile Durkheim

 Max Weber

 Karl Marx
1.2.1 AUGUSTE COMTE
 Sosiologi melihat masyarakat daripada satu
perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang
mementingkan kaedah pemerhatian yang
sistematik, pengujian kajian dan analisis
perbandingan sejarah.
 Membahagikan pengajian masyarakat kepada:
 Dinamika sosial
 Melibatkan
proses kehidupan sosial yang mencorakkan
perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.
 Statik sosial
 Melibatkan aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan
peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat
kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.
1.2.2 HARRIET MARTINEAU

 Menterjemahkan penulisan Comte daripada


bahasa Perancis kepada BI.
 Banyak mengutarakan tentang gejala
perhambaan dan menekankan perlunya
undang-undang untuk menjaga pekerja
kilang dan kedudukan kaum wanita.
 Martineau juga telah memperkenalkan satu
disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap
tinglahlaku orang di Amerika dan England.
 Kajian keatas masyarakat merupakan satu
bidang saintifik.
 Antara sumbangan beliau adalah sebuah
buku kaedah kajian sosial yang bertajuk How
to Observe Manners and Morals (1838).
 Memperjuangkan kemajuan kaum wanita.
 Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral
negara yang muda seperti Amerika
mencorak penyusunan institusinya.
 Beliaujuga menekankan persamaan di
antara kedudukan wanita dalam masyarakat
Barat dan hamba di Amerika di mana beliau
memperjuangkan kebebasan dan keadilan
untuk mereka.
1.2.3 HERBERT SPENCER
 Seorang ahli sosiologi Inggeris, bersependapat
dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik
sosial.
 Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem
biologi yang terdiri daripada bahagian yang
saling berhubungan.
 Menurut beliau, masyarakat terdiri daripada
institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan
dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia
yang terdiri daripada pelbagai organ.
 Beliau memfokus kepada struktur dan
sumbangan fungsi struktur ini kepada
kewujudan sesebuah masyarakat.
 Pada masa ini, masyarakat yang berstruktur
sedemikian disebut dalam teori fungsional-
struktur.
 Spencer percaya bahawa dunia akan
berkembang dengan lebih baik.
 Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak
seharusnya campur tangan dalam
perkembangan dalam masyarakat.
 Manusia dan corak masyarakat yang kukuh
akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh
akan mati.
 Sekiranya prinsip dibenarkan wujud dengan
bebas, manusia dan institusi sosial akan
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
perkembangan ke tahap yang lebih tinggi.
 Pandangan Spencer menunjukkan bahawa
persepsi kita terhadap diri kita dan juga
persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial
yang kita lalui.
1.2.4 EMILE DURKHEIM
 Menumpukan perhatian kepada cara masyarakat hidup
bersama dan mengekalkan keharmonian.
 Sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang
melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan
sekumpulan manusia.
 Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan
menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta
bermakna.
 Penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian
dan kesejahteraan individu.
 Beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu
mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencari
sesuatu yang bermakna di luar dirinya.
 Perkara ini wujud dalam konteks penglibatannya
dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya.
 Menerangkan bahawa keruntuhan hubungan
sosial (misalnya penceraian) akan
mengakibatkan kesan negatif.
 Dalam sesetengah keadaan, ini akan
mendorong seseorang itu untuk membunuh diri.
 Kita perlu memfokus kepada kumpulan dan
bukannya individu.
 Menekankan fakta sosial yang merujuk kepada aspek
kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara
biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut.
 Manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman
luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada
pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya.
 Fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang
melibatkan peraturan, nilai,moral, undang-undang
serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan
mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Aspek
peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan
individu.
 Seseorang individu tidak boleh lepas daripada dipandang serong
oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini.
 Bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan
institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan
pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam
masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan
populasi dan sebagainya).
 Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah
seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada
simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada
fakta sosial ini.
 Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba
berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan
disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian.
1.2.5 MAX WEBER
 Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan
sosial yang merangkumi topik seperti
politik, organisasi, stratifikasi
sosial, perundangan, agama, kapitalisme, muzik
, bandar dan perbandingan budaya.
 Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia
daripada aspek seperti niat, nilai, kepercayaan
dan sikap.
 Beliau menggunakan pendekatan “memahami”
atau “melihat” dalam menggambarkan
hubungan manusia dengan tingkahlakunya.
 Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan
dirinya dalam keadaan orang lain dan
mengenalpasti apakah yang difikirkan olehnya
dan apakah perasaan mereka.
 Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi
perlu menyiasat lebih daripada apa yang
terdapat dalam tingkahlaku manusia.
 Weber percaya adalah penting untuk ahli
penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi
yang digunakan oleh manusia dalam
membentuk tingkahlaku mereka.
 Sosiologi ialah konsep “kesempurnaan”.
 Misalnya jabatan polis dan bomba mempunyai
perbezaan dalam banyak aspek seperti
matlamat, prosedur dan bagaimana setiap
jabatan memberi khidmat kepada masyarakat.
 Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan
mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi.
 Konsep kesempurnaan ini mempunyai
kepiawaian yang menjadi pengukur dalam
menilai kes-kes sebenar.
 Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan
peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa
kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri
spesifik, maka mereka boleh membuat
perbandingan di antara kesempurnaan ini
dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya
memberikan penjelasan mengapa terdapat
perbezaan di antara kedua-dua birokrasi.
 Dengan itu, kita boleh mempelajari apakah
perbezaan yang wujud di antara cara organisasi
tersebut berfungsi.
1.2.6 KARL MARX

 Melihat setiap bidang melalui cara saintifik di


mana beliau menggunakan sains untuk
memahami masyarakat dan juga sebagai
alat untuk membentuk masyarakat.
 Marx ingin mengubah struktur institusi
kapitalis dan menubuhkan institusi baru
untuk memberi khidmat kepada masyarakat.
 Marx cuba mencari prinsip asas dalam
sejarah.
 Marx menumpukan pencariannya ke atas
persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang
membangun, terutamanya daripada aspek
teknologi dan cara mereka merancang
pengeluaran mereka (memburu, mengumpul
hasil pertanian, industri).
 Pada setiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek
inilah yang akan mengimplakkan sesebuah
kumpulan dalam masyarakat di mana mereka
ini yang akan menguasai dan juga kumpulan
yang akan dikuasai.
 Marx berpendapat bahawa sesebuah
masyarakat dibahagikan kepada mereka yang
mempunyai keupayaan untuk menjana
kemewahan dan mereka yang tidak mampu
berbuat demikian.
 Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik
kelas dalam masyarakat.
 Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh
konflik di antara kelas-kelas dalam
masyarakat, misalnya konflik di antara
masyarakat patricians dan plebeians dan di
antara hamba dan tuan pada zaman Rom.
 Beliau berpandangan bahawa
perkembangan masyarakat bergantung atas
perkembangan pendapat yang berlainan dan
ini mengakibatkan wujudnya struktur yang
lebih hebat.
 Merurut beliau, dunia ini bukannya
mengandungi struktur yang statik tetapi
melalui proses penstrukturan yang dinamik.
1.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20
 Apabila
sosiologi diaplikasikan dalam
kehidupan seharian, kita akan mendapat
manfaat-manfaat berikut:
 Menolong kita menilai kebenaran asas logik.
Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia
bertanya:
 Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau
tidak.
 Sejauh manakah ia benar atau tidak.
 Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh
masyarakat.
 Perspektifsosiologi membuat kita melihat
sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita
secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu
melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan
bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat
dalam menentukan sesuatu tetapi
masyarakatlah yang berhak membuat penentuan
terakhir. Maka lebih banyak kita memahami
tentang kehidupan, semakin bijaklah kita
mengendalikan kehidupan kita. Sosiologi
membantu kita mencapai matlamat kita dengan
lebih berkesan.
 Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan
diri secara aktif dalam masyarakat. Sekiranya
kita memahami bagaimana masyarakat
berfungsi, kita mampu menjadi ahli masyarakat
yang aktif. Kepada sesetengah pihak, ini
bermakna mereka memberi sokongan kepada
masyarakat, manakala yang lain pula cuba
mengubah masyarakat atau dunia dengan
menggunakan pelbagai cara. Dalam kita
mengukur mana-mana aspek masyarakat, kita
perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji
kesannya.
 Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup
dalam berbagai “dunia”. Setiap kaum dalam
negara-negara didunia ini hidup dengan cara
mereka tersendiri. Setiap masyarakat akan
mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah
yang “terbaik” dan “lebih baik” daripada
masyarakat yang lain. Perspektif sosiologi akan
menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang
kekuatan dan kelemahan semua cara hidup
masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat
kita sendiri.
 Sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita
untuk meneroka akan sosial yang kita lalui secara
objektif dan kritikal.
 Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakan
dengna ilmu yang boleh membantu kita memahami
bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita
sebagai manusia.
 Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih
relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan
asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia
dalam konteks masyarakat sekeliling?
RUMUSAN
 Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan
bidang-bidang lain seperti
ekonomi, sejarah, sains politikm
psikologi, antropologi dan kerja sosial.
 Perspektif sosiologi berlainan daripada
perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat
kajian berdasarkan fakta manakala mereka
yang berpegang kepada perspektif asas logik
lebih tertumpu kepada kepercayaan dan
perkara yang subjektif.
 Di antara tokoh sosiologi yang terkenal
termasuklah Auguste Comte, Harriet
Martineau, Herbert Spencer, Emile
Durkheim, Max Weber dan Karl Marx.
Mereka merupakan pengasas kepada bidang
sosiologi.
 Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang
yang sangat penting kerana ia boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai