UNTUK MINDA :
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau
dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan
sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No.
2886).
DOA MENGUATKAN INGATAN
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah
lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah
Kami ciptakan."
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang
tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,).“ (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)
Penjelasan daripada faedah Doa mudahkan urusan
Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah .سبحانه وتعالىSekalipun sesuatu yang sukar,
boleh menjadi mudah jika Allah سبحانه وتعالىmengkehendakinya. Hati hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah سبحانه
,وتعالىbukan bergantung pada diri sendiri yang lemah. Jika hati terlalu terlalu yakin atau mempercayai diri sendiri sahaja
sehingga melupakan Allah ,سبحانه وتعالىmaka semestinya apa saja yang dilakukan atau sesuatu urusan tersebut akan
menjadi semakin sukar. Ingatlah bahawa sesiapa yang sentiasa bertawakkal pada Allah ,سبحانه وتعالىmaka Allah سبحانه
وتعالىakan memudahkan setiap urusannya. Manusia mempunyai kehendak. Tetapi kehendak tersebut hanya boleh
direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh kerana itu, hati seharusnya bersandar pada
Yang Maha Khaliq iaitu Allah .سبحانه وتعالى
Perlunya beriman kepada takdir Ilahi dengan baik dan redha supaya tidak menjadikan seseorang semakin dukacita di atas
segala musibah atau kesukaran yang menimpanya. Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah!
Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua
yang terjadi itu. Semoga doa ringkas ini bermanfaat dan dapat diamalkan ketika antum semua berada dalam keadaan sukar
dan ketika mengharapkan pertolongan, kesenangan dan kemudahan dari Allah . سبحانه وتعالىSegala puji bagi Allah سبحانه
وتعالىyang dengan nikmat-Nya setiap kebaikan menjadi lengkap dan sempurna.
Disamping doa, kita juga boleh mengamalkan aktiviti-aktiviti lain untuk menguatkan daya ingatan.
1.Selalu Membaca
Membaca semestinya dapat menambah ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi di zaman serba moden ini, membaca akan
memastikan kita lebih kehadapan dalam ilmu pengetahuan. Di samping itu , membaca boleh menguatkan daya ingatan
anak-anak. Selalu membaca akan dapat menerangi minda dengan ilmu yang bermanfaat, menenangkan perasaan dan
menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
3. Jaga Pemakanan
Selain daripada mengamalkan doa kuat ingatan, ibu-bapa juga perlu mengawasi corak pemakanan anak-anak. Makanan
yang diambil oleh anak-anak mestilah cukup nutrisi dan sesuai untuk perkembangan minda anak-anak. Tidak lupa juga
bagi ibu bapa yang ingin mengamalkan produk kesihatan minda, haruslah berwaspada. Kadang-kadang, ada sesetengah
produk yg dijual tidak sesuai dengan kita. Walaupun dikatakan boleh meningkatkan daya ingatan, ibu bapa masih perlu
berwaspada. Apa yang dirisaukan ialah ianya boleh memberi kesan sampingan yang lain.
PENGAJARAN DARIPADA DOA MEMOHON PETUNJUK
• Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah S.W.T Tiada seorang
pon yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah yang memberikannya.
• Setiap orang perlu meminta hidayah daripada Allah, agar dibimbing untuk
mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta
akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
• Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang
muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati
yang damai dan terhindardaripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya
kepada Allah S.W.T, bukan kepada yang lain.
• Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam
hadith tersebut