Anda di halaman 1dari 76

AL QAZAF

Siti Nazatul Murnirah Mahadzir


Abiidah Fadzlan Shahidi
Anis Najwa Alwi
Iffah Diyana Ezani
DEFINISI

2
‫قذف‬
◈ Bahasa: Lontaran tuduhan.
◈ Istilah: Tuduhan berzina pada tempat celaan
& mengaibkan.
◈ Menuduh seseorang melakukan zina, liwat
atau menafikan nasab.
HUKUM QAZAF

4
Kitab al-Fiqh al-Manhaji;
Haram ke atas seorang Muslim untuk menuduh
saudara seislamya dengan tuduhan melakukan
perbuatan yang keji sama ada tuduhannya itu
benar atau pun dusta daripada pihak dirinya.
Sabda Nabi SAW;
“Jauhilah 7 perkara yang membinasakan. Lalu para sahabat
bertanya: Apakah perkara-perkara tersebut wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, sihir,
membunuh jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan
adanya hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling
daripada medan perang, dan menuduh wanita yang telah
kerkahwin yang beriman melakukan zina.”
Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina
kepada perempuan-perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4
orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebat
dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang-orang
yang fasik.
(An-Nur:4)
RUKUN-RUKUN QAZAF
Perbuatan Menuduh;
◈ Menuduh zina atau liwat atau menafikan nasabnya
daripada bapanya tanpa dapat dibuktikan kebenaran.
◈ Contoh lafaz:
◆ “Hai penzina”; atau
◆ “Engkau telah melakukan liwat”; atau
◆ “Kamu bukanlah anak sipulan”.
◈ Jika tidak dapat datangkan 4 orang saksi atau pengakuan
mangsa - hukuman had qazaf.
◈ Jika tiada kaitan dengan qazaf - hukuman takzir sahaja.
CARA-CARA TERJADINYA
QAZAF
Bentuk Qazaf Hukuman
Ucapan secara langsung/sendaan/sindiran Kalau jelas (Had Qazaf)
Kalau sindiran:
1) Imam Abu Hanifah - Ta’zir sahaja
2) Fuqaha’ Shafie & Maliki - Had qazaf
jika memang niatnya sebagai qazaf

Bentuk Perutusan Rakan yang diutuskan tidak dikenakan


had qazaf kerana dia hanya bertindak
Contoh: “Pergilah kepada si fulan dan sebagai penyampai sahaja.
katakan padanya; “Hai penzina”.

Bentuk Isyarat (tidak mampu bercakap/ Tidak dikenakan hukuman had qazaf.
bisu).
Bentuk Qazaf Hukuman
Bebas dari sebarang syarat & tidak Tidak dikenakan had qazaf kepada pemberi syarat.
terikat dengan sesuatu

Contoh: “Jika kamu masuk ke dalam


rumah ini,maka kamu adalah penzina”.

Berlaku dalam negara Islam Namun, Fuqaha’ Maliki, Shafie & Hambali
(penuduh masih dikenakan had qazaf jika berlaku
dalam Dar al-Harb/Dar al-Baghy (penderhaka)
selama mana dia tidak terikat dengan hukum-hukum
Islam.

Qazaf yang diulang-ulang ● Dihukum dengan 1 had qazaf sahaja.


● Tetapi, jika dia telah dihukum dengan qazaf
pertama, kemudian buat tuduhan yang baru,
maka dikenakan 1 lagi had qazaf.
Bentuk Qazaf Hukuman

Jika dilakukan kepada sekumpulan Hanya 1 hukuman had qazaf


orang dengan 1 qazaf sahaja. dikenakan.

Jika dilakukan kepada setiap Setiap tuduhan itu dikenakan bagi


seorang dalam kumpulan tersebut. setiap had qazaf itu.
SYARAT-SYARAT QAZAF
Syarat pada penuduh & syarat pada yang dituduh

14
Lafaz Qazaf
Lafaz Qazaf;
1. Jelas & Terang (sorih)
◈ Ulama’ sepakat mestilah didatangkan 4 orang saksi
lelaki yang adil dan cukup syarat.
1. Sindiran (kinayah)
◈ Imam Abu Hanifah: Apa jua jenis tuduhan
berbentuk sindiran dikenakan hukuman ta’zir.
◈ Imam Shafie & Malik: Jika berniat dan terbukti
berniat, maka dikenakan had qazaf.
Orang yang Melafazkan Qazaf (Qadhif);
◈ Mukallaf
◆ Berakal
◆ Baligh
◆ Kemahuan sendiri (bukan dipaksa)
◆ Tahu haramnya Qazaf
◈ Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh
Orang yang Melafazkan Qazaf (Qadhif);
◈ Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum
baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka.
Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
“Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-
kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun
dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari
gilanya.” (Riwayat Bukhari Fi Muslim)
Orang yang Dituduh (al-Maqdhuf Alayh);
◈ Muhsan
◆ Baligh, Berakal, Muslim, Suci & Terpelihara
Kehormatannya
◈ Masih hidup
◈ Cukup umur
◈ Tidak bisu
◈ Merdeka
NIAT MELAKUKAN
JENAYAH
◈ Pengetahuan penuduh bahawa tuduhan ke atas
mangsa tuduhan tidak benar.
◈ Tercapai apabila ketidakupayaannya untuk
mensabitkan kesahihan tuduhannya itu, tanpa
melihat sama ada penuduh ingin memudaratkan
mangsa tuduhan ataupun tidak.
PEMBUKTIAN KES QAZAF

22
Cara Pengakuan Had Qazaf;

1 Sumpah

2 Kesaksian Para Saksi

3 Pengakuan Penuduh

4 Maklumat Hakim
Sumpah
◈ Penuduh dan si dituduh harus diminta bersumpah dalam
suasana tertentu sama ada untuk mengenakan pembalasan
had qazaf ke atas penuduh atau menggugurkannya.

Mazhab Syafie & setengah Boleh disabitkan apabila tiada bukti


Mazhab Hanafi yang kukuh yang dimiliki mangsa
tuduhan.

Jumhur ulama’ Tidak harus mensabitkan.


Kesaksian Para Saksi
◈ Disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki bersyaratkan syarat yang sama
dengan saksi jenayah zina.
◈ Saksi mestilah:
* Islam
* Baligh
* Sempurna akal
* Boleh melihat - tidak buta * Bersifat
adil
* Ingat apa yang dilihat & didengar * Boleh bercakap
* Tiada halangan kesaksian diterima * Mendengar sendiri
pihak kehakiman
tuduhan
◈ Memerlukan aduan daripada mangsa tuduhan kerana dia adalah
orang yang bertanggungjawab menjaga maruahnya.
Pengakuan Penuduh
Syaratnya ● Baligh & berakal
● Pengakuan dalam bentuk ucapan &
bukan tulisan atau isyarat

Tidak Disyaratkan ● Dapat melihat


● Merdeka
● Bilangan tertentu
● Masa tertentu
Maklumat Hakim
◈ Fuqaha’ Hanafi: Hakim boleh menggunakan maklumat
peribadinya ketika menjalankan tugas kehakimannya dan
untuk mensabitkan kesalahan qazaf.
◈ Jika sabitan ketika luar masa kehakiman, terdapat 2 pendapat:
◆ Hakim boleh menghukum berdasarkan pengetahuannya.
◆ Hakim tidak boleh berbuat demikian kerana suasana
masyarakat yang telah rosak termasuk para hakim
sendiri.
HUKUMAN QAZAF
Hukuman Ma’nawi dan Hukuman Jasmani

28
Hukuman Jasmani

80 kali sebatan
Dosa besar

HUKUMAN
MA’NAWI

Penyaksian
Menjadi
tidak
diterima orang yang
sehingga fasiq
bertaubat
Hilang Kelayakan Sebagai Saksi;

Abu Hanifah dan Malik Hilangnya kelayakan menjadi saksi


ini apabila dia menjalani hukuman
had qazaf.

Shafie dan Ahmad Kelayakan dirinya akan gugur pada


saat sabit kesalahan walaupun pada
masa itu dia belum menjalani
hukuman had qazaf.
HALANGAN-HALANGAN
TERHADAP PELAKSANAAN
HUKUMAN QAZAF

32
◈ Penarikan balik kesaksian oleh para saksi
tentang wujudnya peristiwa qazaf terhadap
mangsa.
◈ Pengakuan mangsa tuduhan dengan benarnya
penuduh.
PENGAMPUNAN MANGSA
TUDUHAN & SEJAUHMANA
MENGGUGURKAN HUKUMAN
HAD
34
Fuqaha’ Hanbali & Shafie Had qazaf gugur dengan pengampunan dari
mangsa tuduhan.

Abu Hanifah Hak pendakwaan dalam dakwaan qazaf


adalah di tangan mangsa tuduhan seorang
sahaja jika dia masih hidup. Selepas matinya,
gugurlah hak tersebut.

Majoriti Fuqaha’ Hak pendakwaan dalam dakwaan qazaf boleh


diwarisi kerana kesan malu atas qazaf itu
bersangkut dengan semua waris-warisnya.
◈ Keampunan daripada mangsa tuduhan sebelum
pendakwaan bermula tidak menghapuskan sifat kesalahan
daripada perbuatan penuduh.
◈ Pengampunan tidak menggugurkan kesalahan, hanya
menggugurkan hak mangsa tuduhan dalam pendakwaan.
◈ Hak Allah tidak gugur, yang mungkin boleh digerakkan
hukuman ta’zir.
JENAYAH QAZAF DALAM
UNDANG-UNDANG JENAYAH
SYARIAH NEGERI-NEGERI
Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia
(Pencelah) & Kes Lain [2009] 2 CLJ 54

Isu: Peruntukan Seksyen 10 (Menghina atau mengingkari pihak


berkuasa agama) dan Seksyen 14 (Penerbitan agama yang
bertentangan dengan hukum syarak) Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dicabar di
mahkamah kerana bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Keputusan;

Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad


memutuskan bahawa peruntukan yang dicabar termasuk dalam
kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam, dan
disebabkan tidak terdapat kesalahan serupa dalam undang-
undang persekutuan dan kesalahan yang dipersoalkan itu hanya
merangkumi Muslim dan berhubung dengan Islam sahaja
menjadikan peruntukan jenayah tersebut sah di sisi
perlembagaan.
Jenayah Qazaf merupakan sebahagian kesalahan Jenayah Syariah
Negeri kerana;

◈ Jenis kesalahan yang bertentangan dengan perintah agama


Islam;
◈ Tidak terdapat kesalahan serupa dalam undang-undang
persekutuan (Contoh: Kanun Keseksaan); dan
◈ Kesalahan qazaf hanya melibatkan Muslim dan berhubung
dengan Islam sahaja.
DEFINISI QAZAF MENGIKUT NEGERI
TIADA PERUNTUKAN QAZAF QAZAF HANYA
PERUNTUKAN UMUM MELIBATKAN MELIBATKAN
TUDUHAN ZINA TUDUHAN ZINA
DAN LIWAT

● Perlis ● Melaka ● Kedah ● Pulau Pinang


● Kelantan ● Pahang ● Perak ● Selangor
● Terengganu ● Negeri ● Wilayah
Sembilan Persekutuan
● Johor
● Sabah
● Sarawak
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR)
1995;
S.36: Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang
menuduh orang lain melakukan zina tanpa
mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat orang
saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya.
Enakmen Hukuman Qazaf bagi Negeri-negeri
Negeri Enakmen Qazaf
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Denda tidak melebihi RM5000
Selangor, Wilayah Persekutuan, atau penjara selama tempoh
Negeri Sembilan, Melaka, tidak melebihi tiga tahun atau
Johor, Sabah & Sarawak kedua-duanya.
Enakmen Hukuman Qazaf bagi Negeri-negeri
Negeri Enakmen Qazaf
Pahang Denda tidak melebihi RM3000
atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
TUDUHAN LI’AN
Adakah qazaf merangkumi tuduhan li’an?
◈ Li’an: keadaan apabila seorang suami menuduh isterinya
berzina.
◈ Tidak merangkumi tuduhan li‘an.
◈ Suami tidak perlu mengemukakan empat orang saksi lelaki yang
adil untuk mendakwa isterinya berzina.
◈ Suami hanya perlu bersumpah laknat sebanyak 4 kali sebagai
ganti 4 orang saksi lelaki dan sumpah kelima ialah sumpah
laknat, iaitu Allah SWT akan melaknat suami itu jika dia
berdusta dalam dakwaannya.
Adakah qazaf merangkumi tuduhan li’an ?
◈ Prosedur li‘an terkandung dalam Surah An-Nur ayat 6 & 7.
◈ Pasangan yang mengangkat sumpah dengan mengikut hukum
syarak di hadapan Hakim Syarie boleh diperintahkan oleh
Hakim Syarie supaya difarakkan, dipisahkan dan hidup
berasingan selama-lamanya.
◈ Contoh: S.50A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984
◈ Hukuman Li’an mempunyai enakmen undang-undang yang
terpisah dari hukuman qazaf.
TUDUHAN LIWAT
Liwat
◈ Bahasa: Merujuk kepada perbuatan yang
dilakukan oleh kaum Nabi Lut disebabkan tidak
ada yang melakukan perbuatan jenayah ini
sebelum kaum Lut. (Surah al-A’raf:80)
Apakah Perspektif Hukum Syarak
Mengenai Qazaf Dalam Kes Tuduhan
Liwat?
Liwat
◈ Hukum Liwat : Para ulama’ telah bersepakat
akan pengharaman liwat dan menyatakan
bahawa ia merupakan antara sebesar-besar
perbuatan yang keji.
Hujah 1;

◈ Jumhur ulama: Tuduhan liwat ke atas seseorang adalah


kesalahan qazaf, jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi
lelaki atau pengakuan ikrar orang yang dituduh.
Hujah 1;
◈ Kitab al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (33/9):
“Barangsiapa yang menuduh seorang lelaki dengan perbuatan
kaum Lut, sama ada dengan tuduhan sebagai peliwat atau yang
diliwat, maka ke atas orang yang menuduh itu hukuman had
qazaf. Ini kerana dia menuduh seseorang melakukan
persetubuhan yang mewajibkan hukuman had, maka ia
menyerupai tuduhan qazaf dengan zina.
(Pendapat al-Hasan, al-Nakhaie, al-Zuhri, Malik, al-Syafie,
Ahmad, Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, dan Abu Thaur)”
Hujah 2;
Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam kitab Raudhah al-Tolibin
(10/90):
“Pendapat kami (Mazhab Syafie): Tenggelamnya faraj (alat sulit)
dalam faraj (alat sulit) termasuk dalamnya ialah perbuatan liwat, yang
merupakan salah satu daripada perbuatan keji dan dosa besar. Jika
seseorang meliwat seorang lelaki, maka tentang hukuman pelakunya
ada dua pendapat; pendapat yang azhar adalah hukumannya sama
seperti hukuman zina. Maka direjam sekiranya dia seorang yang
muhsan, atau dirotan serta dibuang negeri sekiranya bukan muhsan.”
Hujah 3;

Beliau juga berkata:


“Jika seseorang menuduh seseorang mendatangi seseorang pada
dubur, seperti dia berkata: “Kamu telah meliwat” atau “Seseorang
telah meliwat engkau”, maka itu adalah qazaf, sama ada jika ia
ditujukan kepada lelaki atau wanita.” (Raudhah al-Tolibin, 8/311)
Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

َ‫ع َم َل‬
ََ ‫ل‬ ََ ََ‫ لَعَن‬، َ‫ل قَو َِم لهوط‬
ََ ‫ّللاه َمنَ َع ِم‬ ََ ‫ل َع َم‬ ََ ََ‫ لَعَن‬، َ‫ل قَو َِم لهوط‬
ََ ‫ّللاه َمنَ َع ِم‬ ََ ‫ل َع َم‬ ََ ََ‫لَعَن‬
ََ ‫ّللاه َمنَ َع ِم‬
َ‫قَو َِم لهوط‬.

Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan


perbuatan kaum Lut. Allah melaknat mereka yang
melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat mereka
yang melakukan perbuatan kaum Lut.
Riwayat al-Nasa’ie (7297)
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
َ‫ل ِب ِه‬ ََ ‫اقتهلهوا الفَا ِع‬
ََ ‫ل َوال َمفعهو‬
Maksudnya: Bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
Riwayat al-Tirmizi (1456)

Ibn Abd al-Bar berkata:

( ‫َي ْع ِني ِفي اللُّو َط َِة ( ْاقتُلُوا ا ْلفَا ِع ََل َوا ْل َم ْفعُو ََل ِب َِه‬

Maksudnya: Bunuhlah pelaku dan yang dilakukan (yang diliwat)


yakni dalam amalan liwat atau homoseks.
(Lihat al-Istizkar, 7/495)
Apakah Menuduh Orang Lain
Melakukan Liwat Secara Paksa
Dianggap Qazaf?
◈ Beban pembuktian kes liwat secara paksa
memerlukan keterangan dan bukti yang kukuh
bagi membuktikan bahawa adanya elemen
paksaan.
Adakah Peruntukan Undang-undang
Mengenai Qazaf Merangkumi Kesalahan
Menuduh Orang lain melakukan Liwat
atau Ia Terhad Hanya Pada Kesalahan
Zina?
◈ Mahkamah Syariah adalah institusi yang
berbidang kuasa untuk mentafsirkan sebarang
peruntukan undang-undang termasuk isu khilaf
dalam pentafsiran tuduhan liwat dalam kes
Qazaf.
◈ Peruntukan berkenaan qazaf boleh ditafsirkan dengan
makna yang lebih luas sesuai dengan hukum syarak dan
pandangan fuqaha muktabar termasuk ulama mazhab
Shafii.
◈ Berdasarkan kes-kes yang diputuskan sebelum ini,
Mahkamah Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan
dan Selangor enggan menerima tafsiran bahawa
tuduhan liwat untuk dimasukkan di bawah
kesalahan qazaf.
◈ Ini kerana menurut para hakim Syarie, akta atau
enakmen berkenaan hanya menafsirkan zina sebagai
hubungan kelamin antara lelaki dan wanita sahaja,
dan tidak memasukkan perbuatan liwat.
◈ Justeru, pihak Mahkamah Syariah tidak mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar kes qazaf melibatkan
tuduhan liwat.
KES QAZAF DI MAHKAMAH SYARIAH
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim lwn Shamsuddin bin Hussain
& Ors. [2010] 4 ShLR 119
Permohonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memperoleh
satu perintah mahkamah agar memberikan arahan kepada pendakwa
syarii untuk mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Saiful Bukhari)
atas kesalahan qazaf. Saiful Bukhari mendakwa bahawa DSAI
meliwatnya dan DSAI menganggap pertuduhan tersebut sebagai
jenayah qazaf.
Isu utama: Sama ada mahkamah syariah boleh mengeluarkan
perintah kepada pendakwa syarii agar memulakan sesuatu
pendakwaan bagi kesalahan jenayah syariah.
● Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MTSWPKL)
tidak memberikan fokus pada inti pati peruntukan jenayah qazaf dalam
seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1997 (AKJS 1997), sebaliknya memberikan perhatian terhadap
bidang kuasa mahkamah syariah untuk memerintahkan pendakwa syarii untuk
memulakan apa-apa kes pendakwaan jenayah syariah.
● Kuasa ketua pendakwa syarii bersifat separa kehakiman (quasi judicial) untuk
memutuskan pendakwaan boleh diteruskan atau tidak bagi sesuatu kes.
Pertimbangan profesional dibuat berdasarkan pengalaman perundangan ketua
pendakwa syarii yang tidak melibatkan pandangan peribadi terhadap latar
belakang suspek atau mangsa, pendirian politik, dan sebagainya untuk
membuat keputusan.
● Memutuskan bahawa sebarang campur tangan daripada pihak luar atau
daripada pihak penguasa atau pihak pemerintah dalam urusan kehakiman dan
keadilan seseorang hakim dianggap sebagai suatu maksiat. Oleh itu,
permohonan DSAI ditolak.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim lwn Ketua
Pendakwa Syarie JAWI & lain-lain (tidak dilaporkan)
◈ DSAI merayu di Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS) Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan berhujah secara khusus bahawa tuduhan zina untuk
jenayah qazaf yang diletakkan di bawah seksyen 41 AKJS 1997 meliputi
tuduhan liwat. Tafsiran ini membolehkan mana-mana individu yang menuduh
seseorang lelaki melakukan liwat juga boleh didakwa di bawah seksyen 41
AKJS 1997 berdasarkan pelbagai dalil yang dikemukakan dalam kitab fiqh
mazhab Syafii.
◈ Namun, MRyS tidak bersetuju dengan hujah perayu kerana definisi zina
diberikan dengan jelas oleh seksyen 2 AKJS 1997, iaitu “persetubuhan antara
lelaki dengan perempuan tanpa nikah”, maka tidak mungkin definisi zina ini
merangkumi definisi liwat kerana liwat bermaksud perhubungan seks sesama
lelaki. Oleh tu, seksyen 41 AKJS 1997 hanya terpakai untuk tuduhan zina
sahaja.
◈ MRyS mengambil maklum bahawa pandangan yang dikanunkan
dalam AKJS 1997 berkenaan dengan jenayah qazaf mengambil
kira pandangan Imam Abu Hanifah yang hanya menerima
tuduhan zina sebagai jenayah qazaf. Sebaliknya, pandangan
mazhab Syafii, Maliki dan Hanbali menganggap bahawa
tuduhan liwat sama dengan tuduhan zina, maka tuduhan liwat
juga adalah sebahagian daripada jenayah qazaf. Namun, MRyS
terikat dengan peruntukan AKJS 1997 yang dikanunkan dan
tiada pilihan lain, selain bersetuju dengan tuduhan liwat yang
tidak termasuk di bawah jenayah qazaf. Oleh sebab itu, rayuan
DSAI ditolak oleh MRyS.
Re Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (tidak
dilaporkan) (2016)
DSAI mendakwa bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (Tan Sri Shafee)
menuduhnya meliwat Saiful Bukhari tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang
adil. Disebabkan dakwaan Tan Sri Shafee dibuat di Kelana Jaya, Selangor, maka DSAI
membuat aduan bersumpah ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bahawa Tan Sri
Shafee mengeluarkan penyataan palsu (qazaf) terhadapnya dan tuduhan tersebut
merupakan suatu jenayah syariah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995 (EKJS 1995).
Persoalan: Sama ada tuduhan melakukan perbuatan liwat juga boleh ditafsirkan sebagai
zina berdasarkan pandangan ulama. Hakim mengakui bahawa secara umumnya, ulama
berbeza pendapat berkaitan dengan isu ini dan sebahagian besar ulama berpendapat
bahawa tuduhan liwat termasuk dalam tuduhan zina. Setelah merujuk pelbagai kitab fiqh,
Hakim bersetuju bahawa pandangan Imam Abu Hanifah diterima oleh pihak penggubal
untuk menetapkan hanya tuduhan zina sahaja yang dianggap sebagai qazaf, manakala
tuduhan liwat dianggap sebagai kesalahan takzir
Dewan Negeri Selangor selaku penggubal undang-undang negeri tidak membuat
sebarang kesilapan untuk mentafsirkan takrifan zina (tidak merangkumi liwat)
kerana pihak penggubal memilih untuk menerima pakai pandangan yang dirasakan
bersesuaian dengan keadaan semasa masyarakat di negara ini, walaupun bukan
berdasarkan pandangan mazhab Syafii. Mahkamah juga memahami bahawa pihak
penggubal sememangnya tidak berhasrat untuk mentafsirkan perbuatan liwat
sebagai sebahagian daripada perbuatan zina. Oleh itu, tafsiran tersebut hendaklah
diterima bersesuaian dengan kaedah fiqh yang berbunyi: ‫األصل يف الكالم احلقيقه‬
Maksud: Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki.
Oleh itu, mahkamah syariah tidak boleh mengubah atau membetulkan peruntukan,
dan undang-undang yang sudah jelas maksudnya seperti yang dikanunkan oleh
pihak penggubal. Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 hanya mengehadkan kuasa mahkamah syariah kepada pentadbiran keadilan
sahaja dan bukannya mengubah atau membetulkan peruntukan undang-undang yang
sudah jelas maksudnya.
Walaupun Hakim mengakui tafsiran zina tersebut perlu diperluas jika
memberikan kebaikan kepada masyarakat bagi menjaga maqasid
syariah, termasuklah untuk menjaga maruah seseorang. Namun,
bukanlah tanggungjawab mahkamah syariah untuk berbuat demikian
tetapi menjadi amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan
terhadap keseluruhan pihak legislatif, iaitu badan penggubal undang-
undang sama ada di Dewan Rakyat (parlimen) atau Dewan Undangan
Negeri. Oleh sebab itu, permohonan qazaf DSAI ditolak oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Re Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (tidak dilaporkan)
DSAI seterusnya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS) Negeri
Selangor, sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi hukum syarak
dan undang-undang apabila tidak mentafsirkan kesalahan menuduh seseorang melakukan
liwat sebagai suatu kesalahan di bawah seksyen 36 EKJS 1995
Dr. Abdul Qadir ‘Audah dalam kitabnya Tasyri’ al-Jinaie al-Islami bahawa tuduhan
liwat pada pandangan mazhab Maliki, Syafii dan Hanbali berhukum dengan tuduhan zina
kerana mereka menganggap liwat sama dengan zina. Peliwat dianggap sebagai penzina
sama ada peliwat atau yang kena liwat itu lelaki atau perempuan. Apabila sabit si
penuduh sengaja menuduh orang yang kena tuduh melakukan liwat, maka dia hendaklah
dikenakan hukuman had. Walau bagaimanapun, Imam Abu Hanifah berpandangan
hukuman had tidak dikenakan bagi tuduhan liwat, bahkan dikenakan hukuman takzir
kerana liwat tidak dianggap sebagai zina. Oleh sebab itu, tuduhan liwat tidak termasuk
dalam tuduhan zina
Ini ialah perkara khilafiah, maka terserah dan atas budi bicara Badan
Perundangan Negeri untuk memilih atau menentukan pendapat yang
manakah yang mahu ditakninkan. Apabila pendapat itu telah ditakninkan
atau diperundangkan, maka itulah pendapat yang dianggap telah diterima
oleh masyarakat ketika ia diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri dan
ia hendaklah diterima oleh badan kehakiman dan masyarakat.
MRyS juga turut bersetuju dengan penghakiman MRyS Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dalam kes DSAI No. 2 yang menyatakan
bahawa mahkamah selaku badan kehakiman terikat oleh undang-undang
yang dikuatkuasakan. Oleh itu, MRyS tidak mempunyai pilihan lain
selain bersetuju dengan maksud zina dalam seksyen 41 AKJS 1997 yang
hanya terhad pada makna persetubuhan haram antara lelaki dengan
perempuan sahaja dan tidak termasuk kesalahan liwat.
Meskipun MRyS Selangor terpaksa bersetuju dengan tafsiran qazaf yang
hanya terhad untuk pertuduhan zina sahaja berdasarkan EKJS 1995,
namun MRyS Selangor membuat pengiktirafan kehakiman (judicial
notice) bahawa zaman mutakhir ini semakin banyak berlakunya perbuatan
menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat. Maka, sudah tiba
masanya pemerintah dan badan perundangan negeri Selangor meminda
seksyen 36 EKJS 1995 bagi membolehkan seseorang yang menuduh
orang lain melakukan perbuatan liwat dituduh di mahkamah syariah yang
bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyatakan: ‫تصرف اإلمام على الرعية‬
‫منوط باملصلحة‬Maksud: Tindakan seseorang pemimpin terhadap apa-apa
yang dipimpinnya (rakyat) hendaklah berdasarkan kemaslahatan.
Berhubung kes video songsang antara sesama lelaki yang menjadi perbualan umum
sekarang, seorang daripada ‘pelakon’ sudah membuat pengakuan bahawa dia adalah
lelaki di dalam video itu. Persoalannya kini, adakah pengakuan lelaki berkenaan boleh
mensabitkannya dan pasangan yang didakwanya itu atas kesalahan liwat?
Mengikut undang-undang, pengakuan itu hanya terpakai kepada lelaki yang membuat
pengakuan itu saja dan tidak boleh mensabitkan orang lain. Itupun sekiranya dapat
dibuktikan pengakuan berkenaan benar-benar dibuat olehnya dan tiada paksaan ugutan
ataupun kekerasan dilakukan kepadanya, dengan pengakuan perlu dilakukan di hadapan
hakim.
Sekiranya pasangan lelaki itu menafikan perkara itu (seks luar tabii) maka orang yang
mendakwa perlulah membuktikan perlakuan itu bagi mensabitkannya. Lelaki yang
membuat pengakuan itu hanya boleh didakwa, sama ada di Mahkamah Sivil ataupun
Mahkamah Syariah dan tidak boleh pula pada masa sama, didakwa di kedua-dua
mahkamah terbabit.
Kekeliruan soal qazaf
Adakah lelaki yang mengaku melakukan seks luar tabii itu boleh dituduh atas kesalahan
qazaf di Mahkamah Syariah kerana gagal membawa empat saksi yang melihat perbuatan
itu? Di sinilah timbul kekeliruan mengenai soal qazaf kerana undang-undang syariah di
setiap negeri berbeza.
Dalam kes video lucah itu, pasangan lelaki terbabit sudah membuat laporan qazaf di
Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 13 Jun lalu. Namun
merujuk kes dakwaan liwat membabitkan seorang individu ternama suatu ketika dahulu,
perbicaraan qazaf tidak dapat dilakukan berikutan terdapat undang-undang negeri tidak
memasukkan liwat dalam qazaf.