Anda di halaman 1dari 39

JOW 460 Psikologi Pengurusan

Sidang Video 2 – Nov 18, 2017

Bab 3-Personaliti dan Perbezaan Individu

Dr. Wan Afezah Rahman


afezah@usm.my
653 4565
FB: DrAfezah PJJ
FB JOW 460:
https://www.facebook.com/groups/705110866183447/
Personaliti
1. Personaliti merujuk kepada satu set ciri
peribadi yang tersendiri, termasuk motif,
emosi, nilai, minat, sikap dan
kecekapan.
2. Cara di mana individu bertindak balas
kepada dan berinteraksi dengan orang lain.
Personaliti
3. Ciri yang menghubungkan pekerja dengan
tingkah laku organisasi.
4. Fenomena yang kompleks yang terbina dari
pelbagai sifat fizikal, mental , etika dan sosial
yang khusus bagi setiap individu (McKenna,
2006).
5 Ciri Utama Personaliti
1. Mempunyai sikap terbuka.
2. Mempunyai kesedaran.
3. Bersifat sosial/suka bergaul.
4. Senang mencapai kata sepakat.
5. Bersifat neurotik (emosi).
Personaliti dan Perbezaan Individu
1. Menerangkan dan menjelaskan cara seseorang
berbeza dan kesan atau akibat mempunyai
perbezaan ini.
2. Perbezaan yang membuatkan semua orang
unik.
Personaliti dan perbezaan individu
3. Penting untuk memahami individu yang berbeza
di tempat kerja kerana perbezaan ini boleh
memberi kesan pada teamwork, latihan, dan
tindak balas individu terhadap tekanan dan
produktiviti.
4. Personaliti seseorang, kebolehan, kecerdasan,
latar belakang, sikap, persepsi, motivasi, budaya,
peranan, jantina, bangsa dan hilang upaya adalah
antara faktor asas yang menjadikan individu itu
berbeza antara satu sama lain.
Personaliti dan Perbezaan Individu
3. Perbezaan aspek personaliti seseorang
menjadikan mereka berbeza daripada orang lain.
4. Pengurus selalu berhadapan dengan cabaran
untuk bekerja dengan orang yang mempunyai
pelbagai ciri personaliti, jika pengurus memahami
perbezaan ini dengan lebih baik, kerjanya akan
menjadi lebih bermakna/mudah.
Faktor yang membezakan individu
• Kualiti peribadi (personal qualities)
• Personaliti
• Kepandaian (intelligence)
• Nilai moral
• Keadaan kesihatan
• Bangsa
• Kebudayaan
• Jantina
• Kepercayaan (beliefs)
• Didikan, taraf perkahwinan dll
Bagaimana kesan positif dan negatif mempengaruhi
tingkah laku di tempat kerja
1. Kesan positif: kecenderungan seseorang individu
untuk menyerlahkan aspek positif tentang dirinya,
orang lain dan dunia luar secara amnya.
 Mereka yang mempunyai kesan positif lebih cenderung untuk
membantu orang lain di tempat kerja dan juga lebih banyak
melibatkan diri dalam urusan organisasi.
2. Kesan negatif: kecenderungan seseorang individu
untuk menonjolkan aspek-aspek negatif tentang
dirinya, orang lain dan dunia luar secara amnya.
 Individu yang negatif bukan sahaja menjejaskan prestasi mereka,
malah mereka lebih cenderung untuk mempunyai tekanan kerja.
Perspektif Utama Teori Personaliti
1. Menggunakan pendekatan kemanusiaan, tingkah
laku, kognitif, jenis dan sifat.
2. Menggunakan teori formal atau tersirat (implicit)
terhadap keperibadian seseorang dalam membuat
penilaian atau pendapat tentang orang yang kita
jumpa dalam kehidupan seharian.
3. Berpunca daripada keperibadian dan
penggabungan sikap, kepercayaan, nilai budaya
dan cara kita membesar.
Personaliti & Teori Tidak Formal
(Informal theories of personality)
1. Berdasarkan perkembangan peribadi dan
penggabungan sikap, kepercayaan dan nilai
budaya dimana individu dibesarkan.
2. Kita membuat penilaian terhadap
seseorang/individu berdasarkan kepada
cara/apa yang kita lihat >> stereotype.
Personaliti & Teori Tidak Formal
4. Selalu menjejaskan pertimbangan yang dibuat
mengenai personaliti seseorang kerana
kebanyakan kita mempunyai berbagai
jangkaan/stereotaip tentang perbezaan jantina
atau cara budaya lain bertindak.
5. Contoh: seorang kanak-kanak yang dibesarkan
oleh beberapa ibu bapa angkat yang berlainan
dijangka berkelakuan berbeza berbanding
dengan kanak-kanak yang dibesarkan oleh
sebuah keluarga yang normal.
Teori Saintifik Personaliti
1. Melibatkan ukuran saintifik dan kaedah penilaian.
2. Mempengaruhi beberapa teori tersirat (implicit)
seperti “dia menafikan ketagihannya kepada
rokok/dadah “.
Recap: Personaliti
• https://www.youtube.com/watch?v=AZs86
o1Q3eE
• 4.49
Pendekatan kemanusiaan/ The
Humanistic Approach
Kesan Halo dan Horns:
a. Membuat penilaian yang baik (halo). Contoh:
grad sama universiti (penilaian: individu itu
mempunyai kebolehan yang bagus).
b. Membuat penilaian yang negatif (horns) iaitu
penilaian umum seseorang berdasarkan
penghakiman awal/maklumat terlebih dahulu.
Contoh: datang lewat interview (penilaian:
malas).
Pendekatan kemanusiaan/ The
Humanistic Approach
1. Kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada kita
kerana kuasa ada dalam tangan kita. Kita bukan sekadar
didorong dan dikawal oleh kuasa jahat dalam personaliti kita.
2. Personaliti memfokuskan kepada pengalaman semasa dan
zaman kanak-kanak yang tidak mempunyai kesan yang besar
pada personaliti kita.
3. Menekankan kepentingan perkembangan peribadi -
seseorang yang tidak berpuas hati dengan kemajuan mereka
pada masa sekarang perlu berusaha untuk cuba maju ke arah
matlamat yang lebih besar seperti menjadi yang terbaik
supaya mereka mencapai kepuasan diri.
Kepuasan Diri/Self-actualization
1. Orang yang menerima diri mereka seadanya,
mengiktiraf kekuatan serta kelemahan mereka.
2. Mengekalkan rasa ingin tahu mereka daripada
tertarik dengan kegiatan luar.
3. Mereka melihat setiap hari sebagai perkembangan
yang menarik.
4. Mempunyai pengalaman yang paling baik di mana
mereka pernah mempunyai perasaan yang kuat
atau kuasa yang sangat besar. Pengalaman ini
dikaitkan dengan perkembangan peribadi. Mereka
lebih spontan dan lebih menghargai kehidupan
(Maslow, 1970).
Self-actualization
• https://www.youtube.com/watch?v=L5-
E7R-0hvw
• 2.17
Pendekatan Behaviorisme dan Kognitif -
Behaviorisme
1. Menekankan peranan pusat pembelajaran dalam
bentuk personaliti.
2. Dicipta oleh John Watson (1878-1958),
berasaskan kepada prinsip bahawa manusia
dilahirkan sebagai tabula rasa atau “tabung
kosong”.
3. Ini bermakna semua tingkah laku dipelajari dari
awal, bukan secara semulajadi yang ditakdirkan
untuk berkelakuan dalam cara tertentu.
Pendekatan Behaviorisme
4. Pada pendekatan yang ekstrim, behaviorisme
percaya bahawa semua tingkah laku adalah
disebabkan keadaan disekeliling. Sifat (genetik
dan firasat) tidak memainkan bahagian.
5. Proses mental dalaman (pemikiran, penghakiman)
dan minda bawah sedar (pendekatan
psychodynamic) telah diabaikan dan tidak dikaji
dalam pendekatan ini.
Kelemahan Pendekatan Behaviorisme
1. Membentuk tingkah laku dan keadaan untuk
melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya.
2. Contoh: jika seseorang telah beberapa kali
dipenjarakan kerana melakukan jenayah, dia percaya
ia bukan suatu jenayah yang berat, maka ada
kemungkinan besar dia akan mengulangi tindakan itu
tanpa memikirkan akibat dari tindakan beliau.
3. Pada tahap tertentu genetik membentuk kelakuan kita
(contohnya, jika seseorang yang mempunyai tahap
yang luar biasa tinggi testosteronnya, maka tingkah
laku beliau boleh menjadi lebih agresif daripada orang
biasa ).
Kelemahan….
3. Prinsip utama: manusia adalah agensi bebas, mereka
boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu,
bukannya tidak berdaya atau terperangkap dengan
keadaan sekeliling mereka.
4. Pelaziman operan dan klasik (operant and classical
conditioning) tidak dapat menjelaskan secara
semulajadi semua tingkah laku yang berlaku kepada
manusia.
5. Banyak bukti kajian dalam pendekatan behaviorisme
(behaviorist approach) adalah hasil yang dibuat
daripada ujikaji haiwan yang tidak boleh diaplikasikan
kepada manusia yang jauh lebih kompleks (kucing dan
burung merpati).
Pelaziman Klasik dan Pelaziman Pperan
(Classical Conditioning & Operant Conditioning)
Pelaziman klasik/classical conditioning:
1. Rangsangan yang berpasangan yang
menyebabkan tindak balas bersyarat , dan
rangsangan itu kehilangan sikap neutral /
berkecuali .
2. Ditemui oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936 ).
3. Dua rangsangan berkaitan untuk menghasilkan
tindak balas yang baru dipelajari oleh seseorang
ataupun haiwan .
Pelaziman Operan/Operant
Conditioning
1. Satu keadaan di mana manusia dan haiwan
belajar untuk bertindak dalam apa jua cara untuk
mendapatkan ganjaran dan mengelakkan
hukuman.
2. Ia juga nama bagi paradigma dalam bidang
percubaan psikologi di mana pembelajaran dan
proses tindakan yang dipilih dikaji.
Operant Conditioning
• http://www.youtube.com/watch?v=I_ctJqjlr
HA
Pendekatan Kognitif - Behaviorisme
1. Satu bentuk psikoterapi yang menekankan
pentingnya peranan berfikir, cara kita merasa dan
apa yang kita lakukan.
2. Melihat seseorang sebagai pelajar yang aktif
dalam memperolehi ilmu pengetahuan dan faham
tentang pendedahan terhadap situasi yang
berlainan dan cara menyelesaikan masalah.
3. Menggunakan kaedah perkembangan peribadi,
program latihan, bimbingan, mentor, prestasi dan
perbincangan kumpulan.
Jenis-jenis Pendekatan Personaliti
1. Extrovert- berorientasikan kepada dunia luar dan
peristiwa. Dikaitkan dengan tahap kepuasan
bekerja yang lebih tinggi.
2. Introvert- berorientasikan kepada dunia dalaman
pemikiran dan idea.
Jenis-jenis Pendekatan Personaliti
3. Type A – suka/kuat kerja, sentiasa sibuk, agak
tidak sabar, suka bersaing, sering marah dan
agresif. Didorong oleh keinginan untuk berjaya
dalam usaha mereka untuk membuktikan diri
sendiri.
4. Type B- lebih santai, mudah berurusan, tidak suka
bersaing. Mempunyai pandangan yang lebih
objektif terhadap isu di hadapan mereka.
Jenis-jenis Pendekatan Personaliti
5. Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)
Extroversion/Introversion
Intuition/Sensing
Thinking/Feeling
Judgement/Perception
Pendekatan Sifat
1. Mempunyai ciri yang berterusan. Contoh: emosi,
tingkah laku yang mempengaruhi cara seseorang
dengan cara yang tetap dan konsisten.
2. Teori Sifat: ciri asas yang memberi penerangan
bermakna terhadap personaliti seseorang dan
mengukur sifat mereka dengan menggunakan
teknik psikometrik.
Pendekatan Sifat
3. Faktor analisis adalah alat statistik yang utama
yang digunakan untuk memperbaiki model
personaliti.
4. Penilaian personaliti di tempat kerja selalunya
digunakan dalam pemilihan pekerja iaitu dalam
pengambilan dan kenaikan pangkat, kaunseling,
latihan, bimbingan kerjaya, prestasi kumpulan dan
kepimpinan.
Cara menilai pekerja (assessment)
a) High validity/kaedah kesahihan tinggi –
berdasarkan tujuan kajian. Contoh: pusat
penilaian, ujian kebolehan, soal selidik dan
inventori.
b) Low validity/kesahihan yang rendah - lebih
subjektif. Contoh:berstruktur dan temubual yang
digunakan berdasarkan sesuatu teknik.
Kepandaian/Intelligence
1. Kebolehan untuk menyelesaikan masalah.
Penting sebagai sebahagian personaliti
seseorang individu.

2. Melibatkan kebolehan seperti pemikiran,


perancangan, memahami idea yang kompleks,
memahami keadaan persekitaran dan
memikirkan apa yang perlu dilakukan.
Kepandaian emosi /Emotional Intelligence
1. John Mayer & Peter Salovey (1990, 1993)-
keupayaan untuk melihat, memahami, mengurus dan
menggunakan emosi supaya jelas akan situasi
sebenar.
2. Kebolehan untuk mengiktiraf perasaan sendiri dan
lain-lain (Goleman, 1995). 5 ciri model Goleman:
 Kesedaran diri
 Pengurusan emosi
 Motivasi diri
 Empati -keupayaan untuk faham tentang perasaan orang lain.
 Mengendalikan hubungan seperti membina hubungan baik,
mencari kesesuaian yang sama, dan berhadapan dengan konflik.
EQ
• Mempunyai kebolehan ini membolehkan individu
menjadi cekap dalam pekerjaan.

• https://www.youtube.com/watch?v=pcEFj
Up88Ak
• 1.07
Kreativiti
Keupayaan untuk tampil dengan pengetahuan baru
dan berbeza, idea yang berguna dan menyusun
semula pengetahuan tertentu untuk mendapatkan
maklumat baru.
Inovasi
1. Menggunakan maklumat daripada pelbagai
sumber yang berbeza untuk mencipta
penyelesaian yang unik kepada masalah.
2. Contoh: penyesuaian produk atau proses baru
dari luar organisasi.
Assignment/tugasan
1. Dibuat dalam satu kumpulan yang mengandungi 5-7 orang. Kumpulan
yang tidak mempunyai bilangan yang cukup, tugasan tidak akan
diterima.
2. MESTI dibuat mengikut APA format beserta citations dan rujukan.
3. Bilangan muka surat 12 sahaja.
4. Berdasarkan buku teks dan bahan bacaan lain, tugasan mesti dibuat
bagi menjawab soalan berikut:
a. Jelaskan bagaimana memahami personaliti dan perbezaan individu dapat memberi
kesan yang sangat baik dalam membantu pekerja dalam organisasi (bab 3).
b. Hubungkaitkan cara “emotional intelligence” dapat mempengaruhi motivasi, kepuasan
bekerja dan hubungan di tempat kerja (bab 5 dan 6) supaya dapat membantu
masalah di tempat kerja dengan memperolehi persekitaran yang lebih baik.
5. Tugasan mesti di hantar sebelum atau pada 2hb Januari, 2018.
Kelewatan menghantar tidak akan diterima.
Questions?