Anda di halaman 1dari 62

Sosialisasi

JKA 101
Pengantar Antropologi Sosiologi
Sosialisasi We l e a d

Agen-agen Sosialisasi
1. Keluarga
Pada awal kehidupan manusia – agen sosialisasi – nuclear family (ayah, ibu, adaik
beradik) dan extended family (datuk, nenek, pakcik, makcik)- significant others

Bayi belajar berkomunikasi secara verbal atau non verbal – bukan sahaja melalui
pendengaran, penglihatan tapi juga sentuhan

Kemampuan berbahasa diajarkan pada tahap ini

Mula mempunyai diri – play stage – mula mengidentifikasikan – anak laki-laki atau
perempuan

Keluarga – peranan penting – memegang peranan sosial yang wajar dalam


masyarakat – kerjasama, persaingan, kasih sayang
We l e a d

2.Teman bermain – jiran, saudara mara, kawan sekolah

Mempelajari berbagai kemahiran baru

Jika di rumah interaksi yang dipelajari melibatkan hubungan


yang tidak sederajat – anak – bapa, cucu-datuk

Pada tahap ini anak-anak mula memasuki game stage –


mempelajari peraturan-peraturan yang mengatur peranan
orang-orang yang kedudukannnya setaraf- kanak-kanak perlu
belajar keadilan
We l e a d

3. Sekolah – sosialisasi disengajakan

Seseorang mempelajari hal-hal baru yang belum


dipelajarinya dalam keluarga ataupun kawan
bermain

Pendidikan formal memberikan peranan-peranan


baru untuk kehidupan di masa hadapan apabila
seseorang tidak lagi bergantung pada orang lain
We l e a d

Robert Dreeben (1968)- apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah


selain membaca, menulis dan mengira ialah:

 Berdikari (independence) tanpa orang tua

 Melakukan tugas-tugas yang diberikan oleh guru tanpa bantuan orang tua

 Prestasi (achievement)
Individu yang menonjol di sekolah berdasarkan prestasi
Di rumah – jantina (laki-laki, perempuan, adik – kakak.
We l e a d

 Universalism (universalisme)
Di rumah mendapat perhatian khusus kerana hubungan anak –
ibubapa, anak orang lain tidak dilayan sama seperti anak sendiri
Disekolah semua pelajar dilayan sama tidak dikhususkan

 Specifisity
Penilaian terhadap tingkah laku pelajar didibataskan secara spesifik.
Cth; penilaian guru matematik tidak mempengaruhi penilaian guru
bahasa Inggeris

Di rumah penilaian tidak spesifik - balik lambat, ponteng, bergaduh,


tak buah kerja sekolah – penilaian sama – nakal, rotan
We l e a d

4.Media massa – model-model, idola, mengajar


tingkah laku yang betul, meluaskan pandangan
kanak-kanak
Kaedah Sosialisasi We l e a d

• Participatory socialization – anak diberi


imbalan jika berkelakuan baik, hukuman dan
imbalan bersifat simbolik, kebebasan,
penekanan pada interaksi, komunikasi bersifat
lisan, keluarga
We l e a d

• Repressive socialization – menekankan


penggunaan hukuman, imbalan - benda,
penekanan kepada kepatuhan anak,
komunikasi satu arah, non verbal, perintah,
penekanan sosialisasi pada keinginan orang
tua, keluarga – significant other
Pembentukan Diri We l e a d

Diri manusia berkembang melalui beberapa


tahap – meniru, play stage, game stage
(generalized other)

 Peringkat peniruan – meniru tingkahlaku


orang dewasa tanpa memahami apa yang
mereka lakukan
We l e a d

 Peringkat bermain (play stage) – seorang kanak-kanak


mula bermain peranan orang dewasa /belajar
mengambil peranan orang yang berada
disekelilingnya – menirukan peranan yang dilakukan
orangtuanya atau peranan orang dewasa lain yang
sering berinteraksi dengannya – nenek, datuk,
pembantu, kakak

Pada tahap ini kanak-kanak belum memahami


sepenuhnya makna-makna peranan – cth meniru orang
tua pergi kerja tapi kanak-kanak tidak tahu alasan ibu dan
ayah pergi kerja
We l e a d

 Peringkat permainan (game stage) – mula belajar


memegang beberapa peranan secara serentak. Contoh –
perlawanan bola sepak - matlamat sebagai pasukan,
pemain perlawanan bola sepak – penjaga gol, kawan-
kawan sepasukan, pengadil, penjaga garisan

Pada tahap ketiga seseorang dianggap telah mampu


memahami peranan-peranan yang dilakukan orang lain dan
peranan dirinya dalam masyarakat – anak dan ibubapa,
pelajar dan guru ,perlawanan bola sepak – penjaga gol,
kawan-kawan sepasukan, pengadil, penjaga garisan
KONFORMITI (Conformity)
(kepatuhan)
JKA 101
Pengantar Antropologi Sosiologi
We l e a d

• Setiap ahli baru masyarakat yang disosialisasi agar bertingkah laku sama
dengan nilai, norma yang diamalkan atau dianuti

• Konformiti adalah penting dan berhubungan erat dengan sosialisasi.


Disebabkan sosialisasi menghasilkan konformiti

• Jon M. Shepard mendefinisikan konformiti - bentuk interaksi yang di


dalamnya seseorang bertingkah laku terhadap orang lain sesuai dengan
harapan kumpulannya – Cth: mengapa orang lelaki cenderung bertingkah
laku sesuai dengan apa yang diharapkan lelaki dan perempuan bertingkah
laku dengan apa yang diharapkan oleh perempuan – kerana identiti diri
kita sebagai perempuan dan lelaki diberikan kepada kita melalui
sosialisasi. Sejak lahir ibubapa membentuk anak-anak bertngkah laku
sesuai dengan jantina dengan jantina anak-anak – pakaian, mainan,warna,
cara bercakap, dsb.
We l e a d

• Walaupun masyarakat berusaha agar setiap


ahlinya berkelakuan sesuai dengan harapan
masyarakat namun terdapat ahli masyarakat
yang menyeleweng – Cth: anak lelaki/lelaki
berkelakuan seperti anak
perempuan/perempuan
DEVIAN (Deviant) (Penyelewengan, lencongan)
We l e a d

Kornblum (1989)
• Definisi devian bergantung kepada penilaian orang

• Devian atau bukan devian – melihat apakah penilaian yang dibuat


oleh masyarakat terhadap seseorang yang berbuat sesuatu

• Apakah reaksi orang terhadap tingkah laku tersebut dan tindakan


kepada meeka yang melakukan tingkah laku tersebut

• Reaksi terhadap pelaku devian – sindiran, pujian, penghinaan,


hukuman
We l e a d

• Devian – tingkah laku yang berlainan daripada tingkah laku


norma masyarakat, tingkah laku yang dianggap luarbiasa
atau buruk, menimbulkan perasaan marah masyarakat,
mengambil tindakan untuk melarang, mengutuk, mengeji,
menghukum, datangkan kesusahan pada orang lain

• Devian – jenayah – langgar undang-undang

• Tidak langgar undang-undang namun bertentangan dengan


norma-norma masyarakat – orang bukan islam – minum
arak boleh tetapi mabuk tak boleh – memandu mabuk
langgar undang-undang
We l e a d

• Tingkah laku devian – relatif – setengah tingkah laku – hisap candu,


memakai pakaian mandi, wanita memandu kereta – penyelewengan

• W.I.Thomas – definisi situasi – definisi situasi yang dibuat oleh


masyarakat – moral, hukum

• Pada 60an – remaja Amerika – “hippies” meninggalkan rumah


orangtua, menggembara, hidup bersama tidak menikah, rambut
panjang- merupakan penyelewengan kerana melawan tradisi
Amerika, tidak mencerminkan kejantanan, bertentangan dengan
kitab injil (Tony Simpson, 1973)

• Agama Sikh mewajibkan kaum lelaki dalam kalangan umatnya


berambut panjang
TEORI- TEORI DEVIAN
We l e a d

1.Teori Biologi
• a- Abad ke 19 - teori awal – pendapat seorang doktor Itali – Cesare Lombroso (1836 – 1909)

• Lanjutkan teori evolusi Darwin

• Jenis penjenayah boleh dikesan pada peringkat awal evolusi manusia

• Mengkaji banduan di penjara – ukur kepala, luas bidang dada, tinggi badan, berat badan, bentuk
bulu kening, lengkung tulang belakang

• 1911 – buat kesimpulan – “semua penjenayah mempunyai bentuk fizikal yang rendah, dagu
panjang, dahi sempit, telinga dan bibir yang terkeluar

• Pernyataan tersebut telah disangkal – tidak berguna dari kaca mata sains – doktor berbangsa
Inggeris – Charles Goving (1913) – penemuannya – ciri fizikal penjenayah dan bukan penjenayah
tidak berbeza
We l e a d

b. Teori abad 20 – ahli psikologi dan doktor bangsa Amerika –


William H. Sheldon (1940) – bandingkan tingkah laku jenis
anjing yang berlainan dengan tingkah laku manusia yang
berkaitan dengan jenis bentuk badan

• Gemuk – rendah – endomorph – suka bersosial, suka


makan, mempunyai falsafah hidup yang mudah

• Kurus - lemah lembut – ektomorph – sensitif – mudah


merajuk, tidak begitu bersosial

• Tegap,kuat – mesomorph – mudah resah, banyak tenaga,


tidak sensitif
We l e a d

c. Faktor kromosom

• Biasanya – lelaki – kromosom x dan Y


Perempuan – 2 kromosom xx

• Kadangkala mempunyai kromosom xy berlebihan – xxy atau xyy

• Kajian Price (1966, 67) pesakit di penjara Scotland – mereka yang mempunyai kromosom Y
berlebihan meningkat dan tingkat kecerdasan menurun

• Ahli kriminologi – lelaki yang mempunyai kromosom Y berlebihan cenderung lakukan jenayah

• Masalah kepada teori ini – lelaki kromosom XYY jarang berlaku, terdapat 1 orang daripada
1500 – 3000 orang

• Tidak terdapat dalam kalangan wanita


We l e a d

Kelemahan teori biologi


• Ciri-ciri fizikal tidak mempengaruhi jenayah –
penyeleweng - tetapi kesan ciri-ciri tersebut kepada
masyarakat

• Cth: kanak-kanak lelaki yang kurus dan pendek tidak


mungkin dipilih sebagai ketua kumpulan – biasanya
yang dipilih badan besar, tegap

• Masyarakat memberi reaksi terhadap ciri-ciri fizikal dan


reaksi tersebut membentuk tingkah laku kita dan
bukannya ciri-ciri fizikal tersebut
We l e a d

2. Teori Psikologi
• Menurut teori psikologi dan psikiatri – penyelewengan
adalah hasil neurotik atau terganggu

• Teori Personaliti – menekankan kepada pengalaman awal


kanak-kanak

• Pengalaman awal (pahit) – pada peringkat kanak-kanak


memberi kesan buruk kepada perkembangan persoaliti

• Teori Psikologi – bahawa proses ini tidak dipengaruhi oleh


kebudayaan sekeliling
We l e a d

3. Teori Sosiologi
• Melihat kepada faktor masyarakat dan kebudayaan yang menyebabkan orang dilabel sebagai
penyelewengan dan kemudian diberi layanan yang sewajarnya

Terdapat 5 teori sosial mengenai penyelewengan


a.Teori Anomie Durkheim
• - Penerangan tentang penyelewengan

• Suicide – Durkheim (1875) – membahaskan bahawa mana-mana manusia yang membunuh


diri disebabkan oleh keadaan masyarakat bukan individu

• -Salah satu keadaan masyrakat ialah anomie – satu keadaan yang tidak ada norma atau
peraturan dan nilai-nilai serta peraturan tradisional telah tidak dipatuhi oleh ahli-ahli
masyarakat

• - Kajian klasik beliau – 1897 – di Eropah – Durkheim – telah membuktikan bahawa kadar
pembunuhan diri – tinggi pada zaman – ekonomi meleset sama dengan zaman kegemilangan
ekonomi
We l e a d

b.Teori Anomie Merton


• Teori makro Durkheim – telah dipinda oleh Robert K Merton (1938)

• Beliau percaya bahawa penyelewengan adalah disebabkan oleh jurang antara


matlamat sesebuah masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui mencapai
matlamat tersebut

• Katakanlah semua orang inginkan kehidupan yang senang. Semua orang sukakan
kejayaan. Media massa memberi liputan kepada kejayaan-kejayaan individu.
Kalau nak hidup senang – mempunyai pendidikan tinggi – tidak semua
berkemampuan mendapat pendidikan tinggi – mencari jalan mudah untuk kaya

• Menurut Merton – orang-orang yang gagal capai matlamat yang ditetapkan


masyarakat akan cuba menyesuaikan diri mereka dengan kegagalan tersebut
dengan berbagai-bagai cara
Cara-cara adaptasi individu (Merton) We l e a d

Cara Adaptasi Tujuan Budaya Cara yang


diinstitusionalkan
1. Conformity + +
2. Inovation + -
3. Ritualism - +
4. Retreatism - -
5. Rebellion +- +-
We l e a d

Beliau membahagikan orang-orang yang gagal ini kepada 5 bahagian

Conformity – tingkah laku mengikuti tujuan yg ditentukan masyarakat dan


mengikuti cara yang ditentukan masyarakat
Innovation – cara dalam tingkah laku mengikuti tujuan yang ditentukan
masyarakat tetapi menggunakan cara yang di larang masyarakat, cth :
loteri haram, peras ugut,meniru semasa peperiksaan, pemalsuan ijazah
ritualism– berpegang teguh – tingkah laku seseorang telah tinggalkan tujuan
budaya namun masih tetap berpegang kepada cara-cara yang digariskan
masyarakat, menerima apa adanya, takut gagal, kecewa
Retreatistism–tingkah laku seseorang tidak mengikuti tujuan budaya dan
tidak mengikuti cara untuk mencapai tujuan - penagih dadah, pemabuk,
pemberontak – tidak mengakui struktur sosial yang ada dan berusaha
membentuk struktur sosial yang lain - ahli politik yang radikal,
perkahwinan sesama jantina
We l e a d

4. Teori Penyaluran Kebudayaan


• a. Sellin (1938) – penyelewengan adalah hasil daripada konflik yang
terdapat pada norma-norma kebudayaan

• Menganalisa kenapa terdapat kelompok-kelompok kecil dalam


masyarakat yang mempunyai pandangan tertentu terhadap
undang-undang

• Kebudayaan kecil seperti gangsterism mempunyai skop yang


berlainan daripada masyarakat biasa terhadap polis dan undang-
undang

• Ahli kumpulan gangster mempelajari norma-norma kumpulan


tersebut dan akibatnya membentuk personaliti memberontak
We l e a d

b.Miller (1958)
• Mengembangkan lagi idea-idea Sellin –kaitan kebudayaan dengan tingkah laku penyelewengan -
menyatakan di kalangan gangster atau ahli kongsi gelap terdapat satu kebudayaan yang nyata

• Di kalangan kumpulan tersebut sifat-sifat seperti “handal” “kuat” “berani melawan polis” adalah
disanjung tinggi

• Sellin & Miller – menyatakan lencongan adalah hasil daripada seseorang yang cuba mengenalpasti
dirinya dengan satu kebudayaan kecil yang mempunyai norma bertentangan dengan kebudayaan
besar

• Soalan, Kenapakah terdapat mereka yang menerima kebudayaan penyelewengan manakala


kumpulan lain menolak kebudayaan tersebut?

• Jawapan Edwin Sutherland (1939) – menyatakan segala tingkah laku peyelewengan adalah
dipelajari. Kita menerima norma satu-satu kebudayaan apabila kita berbaik dengan ahli-ahli dari
kebudayaan tersebut
We l e a d

5. Teori Label
• Teori interaksi yang menjadi pendekatan utama untuk menjadi penyeleweng

• Teori label dikemukakan oleh Howard Becker – The Outsider (1963) – menolak teori-teori psikologi
dan sosial yang lain – teori-teori tersebut anggap penyelewengan – penyakit/masalah yang hanya
boleh disembuh melalui proses kawalan oleh masyarakat

• Penyelewengan terjadi – terdapat kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang boleh


memaksa peraturan kepada kelompok-kelompok lain

• Kelompok yang berkuasa menentukan apakah yang dianggap sebagai penyelewengan dan apa pula
yang tidak

• Penyelewengan bukanlah dinilai dari segi kesan atau akibat tingkah laku tersebut terhadap orang
lain

• Menurut ahli sosiologi – tindakan melabel seseorang sebagai penyeleweng akan membawa kepada
kenyataan
We l e a d

Apakah kesan label terhadap seorang?


• Menyebabkan stigma iaitu satu cap atau tanda buruk
yang telah dilekatkan kepada orang yang menyeleweng

• Mereka yang dianggap sering menyeleweng akan


menerima stigma tersebut

• Masyarakat juga akan mengelakkan interaksi dengan


orang menyeleweng, menghukum, memulau
We l e a d

Terdapat 3 jenis interaksi yang dikaitkan dengan melabel


a. Streotaip
Memberi gambaran sepenuhnya mengenai seseorang berdasarkan maklumat yang sedikit
Orang yang muka masam – sombong, kurus – kedekut
Masyarakat majemuk – streotaip berdasarkan ras

b.Tafsiran restrospektif
Identiti seseorang ditukar dengan sekelip mata apabila menyeleweng
Rakyat biasa – membunuh, merogol – pembunuh, perogol
Tingkah laku baik sebelumnya tidak ditonjolkan lagi – tingkah laku yang membuktikan kenapa dia patut
dianggap penyeleweng

c. Perundingan
Proses interaksi yang berlaku antara di antara orang yang dilabel menyeleweng dengan pegawai undang-
undang – jenis keputusan atau hukuman yang dibuat oleh pihak berkuasa bergantung kepada proses
perundingan
We l e a d

6. Teori konflik
Dikenali juga sebagai teori kriminologi

Dikemukakan oleh ahli-ahli sosiologi – Taylor, Walton, Young (1973)


menolak kesemua teori biologi, psikologi, sosial

Tumpuan kepada keadaan masyarakat

Soalan-soalan yang dikemukakan – kenapakah hanya separuh sahaja


undang-undang yang dikuatkuasakan? Kenapakah pula hanya
setengah orang yang melanggar undang-undang ditangkap dan
yang lain tidak
We l e a d

Menurut teori sosial – kawalan sosial perlu untuk mengekalkan nilai dan
susunan masyarakat . Ia mengandaikan kebanyakan orang mempunyai set
nilai yang sama dan menerima susunan masyarakat yang sedia ada –
pandangan fungsional ini tidak dipersetujui oleh ahli-ahli teori konflik

Mereka menyatakan tidak semua orang dalam masyarakat mempunyai nilai ,


norma dan tingkah laku yang sama

Nilai, norma tingkah laku dari sokongan masyarakat yang berkuasa mengatasi
dan menindas golongan bawahan

Segala undang-undang dan peraturan dikatakan digubal untuk menjaga


kepentingan kelas-kelas tertentu

Mereka menegaskan kelompok yang berkuasa mempunyai hak untuk


melaksanakan kepercayaan bagi kepentingan mereka sendiri
We l e a d

Kejadian-kejadian tingkah laku penyelewengan

Teori jenayah dikemukakan oleh Edwin H.Sutherland – menurutnya sebab-


sebab berlaku jenayah adalah seperti berikut

1.Tingkah laku jenayah adalah dipelajari – melalui proses interaksi simbolik


dengan rakan sebaya

2.Pengaruh sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkah laku jenayah

3. Penjenayah merasakan akan mendapat keuntungan daripada melakukan


jenayah

4. Penjenayah telah mempelajari teknik untuk melakukan jenayah


We l e a d

Jenis-jenis jenayah

Ahli sosiologi pula mengelaskan jenayah mengikut bilamana jenayah itu dilakukan dan
apakah pula pandangan masyarakat terhadap kejadian jenayah tersebut

1.Jenayah ganas – rompak, bunuh, rogol, tidak dikenali, cuba dapatkan wang/barang

2.Jenayah Profesional – sebagai satu kerjaya, mengkhusus dalam jenayah tertentu,


merancang

3. Jenayah harta benda – berhadapan mangsa atau tidak

4. Jenayah kolar putih – diperkenalkan oleh ahli kriminologi A.S. – Edwin Sutherland –
1940an dulu
We l e a d

5. Jenayah tanpa mangsa – tidak melibatkan mangsa atau


pihak kedua kecuali orang yang terlibat dengan jenayah
tersebut
Amerika Syarikat – 1973 – pengguguran merupakan
jenayah sekarang sah di sisi undang-undang

Arak, judi, zina – hukum berat di negara-negara islam

6. Jenayah negara – genocide – pencucian etnik


We l e a d

Sebab-sebab peningkatan kadar jenayah


1. Komposisi umur dalam jumlah penduduk telah berubah – ramai penduduk
golongan muda – 19 – 25 th – terlibat jenayah ganas

2. Kesan urbanisasi yang kian pesat – penumpuan penduduk pada pusat metroplitan
dan kawasan sekitarnya – kadar jenayah lebih tinggi di bandar berbanding luar
bandar

3. Banyak barangan yang boleh dicuri atau dirompak – kawalan sosial yang kurang
berkesan

4. Mangsa jenayah melapor ke polis

5. Golongan minoriti mengharapkan peningkatan taraf sosial dengan cara mudah


menyebabkan peningkatan kadar jenayah

6. Kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat


We l e a d

Bunuh Diri

Tindakan mengambil nyawa diri sendiri secara sengaja dan sukarela

Pembunuhan diri – Emile Durkheim – Suicide 1897 – kelaskan Suicide kepada 3 kategori

a. Pembunuhan diri egoistik –Orang melakukan bunuh diri kerana merasa terpisah dari masyarakat.
Menyendiri, tidak mempunyai ikatan yang kuat dgn msykt, Individu tidak mengambil berat tentang
masyarakat atau komuniti

b. Pembunuhan diri altruistik – perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat – Seppuku atau Harakiri –
askar-askar Jepun pada masa perang Dunia Kedua , pilot kamikaze, aktivis bom berani mati –
dipandang tinggi oleh kelompok

c. Pembunuhan diri anomie – tidak sedia menghadapi perubahan sosial, contoh – ekonomi meleset –
harga pasaran saham jatuh – bunuh diri – tidak sanggup menderita atau hadapi kenyataan hidup
telah berubah
We l e a d

Kawalan Sosial
Talcott Parsons (1951)

Tujuan memperbaiki tingkah laku menyeleweng

Kawalan Sosial – Formal


Terdiri daripada organisasi dan peraturan yang ditubuhkan untuk menentukan
segala undang-undang dan peraturan itu dipatuhi – polis, penjara, hospital
sakit jiwa

Tujuan Kawalan Sosial Formal


a. Balasan kepada orang yang bersalah setimpal dengan kesalahan yang telah
dilakukan - amaran
b. Hukuman ke atas penjenayah
c. Memulihkan – bentuk program rawatan, latihan
We l e a d

Cara-cara Kawalan Sosial


1. Pengasingan – pisahkan dengan masyarakat – terdapat
usaha pulihkannya – banduan di penjara

2. Insulasi – menghadkan hubungan orang yang


menyeleweng dengan orang lain tetapi mengasingkannya
terus dengan masyarakat – setelah pulih kembalikan
semula ke masyarakat – hospital sakit jiwa – Tampoi,
Tanjung Rambutan

3. Pemulihan – setelah melalui program pemulihan –


penyeleweng bersedia kembali ke pangkuan masyarakat –
pusat pemulihan akhlak – diajar kemahiran, agama
We l e a d

Kawalan Sosial Tidak Formal


Berlaku dalam kelompok kecil – kritikan, ejekan, sindiran, memulau (Crossbie, 1975)

Cara-cara Kawalan Sosial Tidak Formal


1. Ganjaran sosial – persetujuan kelompok – naik pangkat
Tujuan supaya patuh kepada nilai atau norma kelompok

2. Kawalan negatif – hukuman, asing, pulau, kritik

3. Pujukan – kembali ke pangkal jalan


Kelompok Sosial
JKA 101
Pengantar Antropologi Sosiologi
Social Group We l e a d

Kelompok Dalam (In-group) dan Kelompok Luar (Out-group)


• Diperkenalkan oleh William Graham Sumner dalam bukunya Folkways pada awal
abad ke 20.

• Sekiranya seseorang itu menjadi ahli dalam satu kelompok maka individu tersebut
tidak boleh menjadi ahli dalam kelompok lain.

• Perasaan kekitaan sangat kuat dan disebabkan oleh kelompok luar

• Bertentangan dengan kelompok dalam ialah kelompok luar iaitu mereka yang
dianggap sebagai terkeluar dan berasingan daripada kelompok dalam.

• Konflik dalam kalangan ahli kelompok akan diketepikan kerana usaha dan
perhatian adalah tertumpu kepada orang luar
We l e a d

Solidariti Mekanik dan Solidariti Organik

Solidariti Mekanik – terjadi pada masyarakat


yang masih sederhana (segmental), kelompok
manusia tinggal secara tersebar, hidup
terpisah antara satu sama lain , memenuhi
keperluan sendiri
Durkheim (The Division of Labour in
society, 1968) We l e a d

Solidariti organik – bentuk solidariti yang


mengikat masyarakat kompleks , pembahagian
kerja, bergantung antara bahagian

Tiap anggota menjalankan peranan berbeza dan


bergantung antara satu sama lain – organ
biologi
Ferdinand Toennies (1963) We l e a d

Gemeinschaft (komuniti) – digambarkan sebagai


kehidupan bersama rapat, peribadi dan
eksklusif – keterikatan yang dibawa sejak lahir

Gemeinschaft by blood – ikatan-ikatan


persaudaraan

Gemeinschaft of place – ikatan yang berdasarkan


tempat tinggal, tempat kerja

Gemeinschaft of mind – persahabatan –


persamaan keahlian, pekerjaan, pandangan -
berhubungan
We l e a d

Gesellschaft (masyarakat) – digambarkan


sebagai kehidupan awam – orang-orang
kebetulan hadir bersama tetapi masing-
masing berdikari

Gesellschaft – struktur mekanik


Ras dan Etnik
JKA 101
Pengantar Antropologi Sosiologi
Ras dan Etnik We l e a d

RAS - Perbezaan ciri-ciri fizikal manusia


Ras - Perbezaan berdasarkan ciri fizikal, jenis atau golongan, pola
keturunan, tingkah laku unik diwarisi
Ras adalah suatu kelompok manusia yang agak berbeza dengan
kelompok-kelompok lainnya dari segi ciri-ciri fizikal

ETNIK - Perbezaan adat istiadat seperti pakaian, makanan dan


lain-lain ciri-ciri khas
We l e a d

ETNIK – Francis (1947) komuniti yang menunjukkan persamaan


bahasa, adat resam, wilayah, sejarah, sikap, sistem politik

Ciri-ciri Etnik
Sebagai suatu kelompok yang diakui oleh masyarakat dan oleh
kelompok itu sendiri sebagai satu kelompok yang tersendiri.

Kelompok (sama ada kelompok ras atau bukan ras) yang secara
sosial dianggap kewujudannya dan telah mengembangkan
sub budayanya sendiri.
We l e a d

Kumpulan orang yang memiliki kawasan kekuasaan tertentu


(domain) tertentu

Kumpulan orang yang mempunyai kebudayaan atau


kebudayaan kecil yang sama diturunkan dari satu generasi
kepada generasi yang lain. Ahli-ahli dalam kumpulan etnik
mempercayai mereka berasal dari satu keturunan – contoh
orang-orang Melayu di Cape Town – Afrika Selatan –
kelompok etnik bukan ras
Perspektif tentang Ras dan Kelompok Etnik
We l e a d

Perhubungan majoriti-minoriti
Berpunca daripada persaingan untuk mendapat kuasa
dan sumber-sumber alam yang terhad
Di kebanyakan negara – kelompok minoriti ditindas oleh
kelompok majoriti kecuali di Afrika Selatan – kelompok
minoriti (kulit putih) menindas kelompok majoriti (kulit
hitam)

Kelompok minoriti dapat dikenalpasti daripada rupa atau


tingkahlaku mereka dibandingkan dengan kelompok lain
We l e a d

Terdapat lima dasar majoriti terhadap golongan minoriti


1. Asimilasi – Pembauran budaya di mana dua kelompok
melebur kebudayaan mereka sehingga melahirkan satu
kebudayaan

Proses ini memakan masa yang lama- beberapa generasi

2. Amalgamasi – pembauran biologis dua kelompok


manusia yang masing-masing memiliki ciri-ciri berbeza
sehingga keduanya menjadi satu rumpun
We l e a d

2.Pluralisme budaya – suatu bentuk penyesuaian diri di


mana kelompok-kelompok etnik tetap memegang nilai-
nilai budaya dan tradisi mereka yang berbeza,
bekerjasama dalam politik, ekonomi, sosial berdasarkan
hak-hak yang sama

Cth. Negara plural –Switzerland – orang-orang Katolik dan


Protestant hidup secara aman di bawah satu sistem
pemerintahan – menggunakan bahasa Perancis, Jerman,
Itali
Kanada – penutur Inggeris dan Perancis
Belgium – (penutur bahasa Perancis dan bahasa Flemish)
We l e a d

3.Pemindahan penduduk – golongan minoriti dihantar ke tempat


lain supaya golongan majoriti kekal di tempat tersebut.

Cth. Pada 1838 - Kerajaan Amerika Syarikat – memindahkan satu


kumpulan Red Indian – terdiri daripada beratus ribu kaum
Cherooke dari Carolina Utara dan Selatan, Georgia, Tennesse dan
Alabama ke Oklahoma – proses pemindahan – kira 2500 km –
ramai yang mati
We l e a d

Penindasan berterusan – orang kulit putih di Afrika


Selatan mempunyai kuasa memegang kesemua
jawatan penting - dari segi kuasa dan undang-
undang – majoriti
Orang-orang kulit hitam ramai – dianggap golongan
minoriti kerana berterusan ditindas – mereka tidak
dihalau tetapi orang kulit putih tidak mahu
menerima mereka sebagai golongan yang sama
atau diasimilasikan dalam golongan kulit putih –
dasar apartheid
We l e a d

Penghapusan – genocide cara yang paling keras dan


ekstrim – tindakan sedar untuk memusnahkan satu
kelompok manusia - dasar yang dikuatkuasakan
oleh golongan majoriti

Cth- Bosnia – Kaum kulit putih terhadap Red Indian,


Perang Dunia kedua –Kerajaan Nazi – membunuh
Yahudi, Gipsi, Slav –menghapuskan bangsa yang
rendah. Uganda – menghalau orang keturunan
India, orang Armenia dibunuh oleh Turki (1915).
We l e a d

Sikap dan Tingkah Laku Golongan Majoriti terhadap


Minoriti

1.Kekerasan fizikal – salah satu cara mengawal


golongan minoriti – dilakukan secara spontan oleh
individu atau kumpulan, diatur atau secara rahsia –
Genocide, Holocaust – pembunuhan orang Yahudi di
Eropah oleh Nazi Jerman – Perang Dunia Kedua 1945
We l e a d

2. Jarak Sosial – mengekalkan sistem susun lapis etnik


dengan cara memisahkan kedua-dua kelompok

Cth. Amerika Syarikat – 1960an – orang kulit hitam


tidak boleh bersekolah di sekolah kulit putih,
menggunakan tandas awam yang sama, di Malaysia
pada zaman penjajahan – anak tempatan tidak boleh
bersekolah di sekolah Inggeris kecuali golongan
bangsawan
We l e a d

3.Prasangka (prejudice) – sikap negatif atau


pandangan rendah terhadap kelompok ras,
etnik, agama atau negara atau ahli-ahli dalam
kumpulan sosial – konsep rasisme – yang
berkembang pada akhir abad ke 18 – anggapan
terdapat ras yang lebih tinggi atau rendah
We l e a d

4. Stereotaip (stereotype) - satu imej yang tetap mengenai


sifat dan ciri-ciri satu kelompok dan kepercayaan ini tidak
mementingkan kenyataan – tidak semua negatif tetapi
mempengaruhi pemikiran golongan majoriti mengenai
golongan minoriti

Contoh - stereotaip (stereotype) – Orang Amerika


mengenai keturunan Poland – bodoh, kotor, tidak
berpendidikan, tidak berbudaya (Kornblum, 1983:304) –
abad 19 – Poland yang berhijrah – petani yang tidak
berpendidikan