Anda di halaman 1dari 24

SENI BAHASA DAN

ALIRAN MAKNA
Kuliah 2-3
ALIRAN SASTERA
 Klasisisme
 Romantisme
 Realisme
Klasisisme dalam
Kesusasteraan
 Pengaruh teori klasik sangat besar.
 Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti gaya,
istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian, prinsip
ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori gaya atau
stilistik.
 Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya pertengahan,
Gaya mudah.
 Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran
Aliran Klasisisme
 Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera
sebagai medium pendidikan.
 Tanggung jawab terhadap masyarakat
bersifat kolektif dan milik bersama.
 Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi
yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa
dibaluti rasa keburukan.
 Sastera yang terhasil adalah karya yang
bersifat bersih dan suci.
Prinsip Aliran Klasisisme
 Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan
berhasil memancarkan kebijaksanaan
berdasarkan makna-makna yang diungkapkan
secara luaran dan dalaman.
 Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya
mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan.
 Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila,
dan kehalusan berbahasa.
 Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun
dan memilih kata yang persis yang akhirnya
makna dapat disampaikan dengan persis.
 Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat
atau diperoleh.
Kategori Gaya Berdasarkan
Aliran Klasisisme
 Cicero memberikan 3 kategori gaya
dalam seni pengucapan
 Gaya tinggi
 Gaya pertengahan
 Gaya Mudah
Gaya Tinggi
 Mengandungi mutiara fikir atau falsafah
 Bahasanya bersifat impresif,
mengesankan dan dicipta mengikut gaya
seni bahasa – kehalusan
 Mempunyai kesan keharuan.
Gaya Pertengahan
 Isinya mengandungi fikir dan moral
 Diksi sederhana – tetapi bukan bahasa
biasa.
 Kesannya menyeronokkan.
Gaya Mudah
 Isinya berfenomena biasa.
 Bahasanya menggunakan kiasan
semasa.
 Ragamnya konvensional dan sesuai untuk
menggambarkan sesuatu yang biasa.
 Kesannya biasa.
Kualiti Gaya
 Kemurnian (Purity) –
 Ketepatan bahasa sebagai piawai pertama.
 Bahasa perlu baik iaitu terlepas daripada
kesalahan yang boleh menyalahi maksud
atau terkeluar daripada maksud.
 Kejelasan (clearity)
– Bahasa yang mudah difahami
 Kewajaran (decorum)
 Seni bersatu dengan alam. Pengucapan seni
perlu sesuai dengan konteks, nada, suasana
dan sasar khalayaknya.
Aliran Romantisme
 Penulis melahirkan gagasan atau ideanya
yang indah-indah tanpa cacat cela atau
sebarang kekurangan.
 Jika kebahagian, maka kebahagian
digambarkan dengan penuh kesempurnaan.
 Jika kesedihan, penulis menggambarkannya
sehingga mampu menitiskan air mata
pembaca.
 Aliran romantisme berteraskan sensitiviti
atau sensori yang sentimental sifatnya.
 aliran ini menonjolkan perasaan dengan
mengkesampingkan pemikiran rasional
dan lain-lain pertimbangan.
 Sifat emosional yang terungkap
menyebabkan karya-karya sastera
beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata
dan kurang mementingkan aspek
kebenaran.
Seni Bahasa Berdasarkan
Aliran Romentisme
 Seni sastera adalah produk hati dan rasa.
Hanya dengan intuisi dan perasaan rahsia alam
dan fenomenanya dapat diterokai.
 Isi karya – Biasanya objek-objek biasa dalam
kehidupan seperti pengembaraan, kesatriaan
dan percintaan yang berkait dentggan sejarah
silam, makhluk atau tokoh-tokoh istimewa dalam
alam semesta.
 Sudut Pandangan : Bersifat ‘omnicient point of
view’ iaitu pengarang serba tahu. Pengarang
terlibat sama dengan cara memberi sempati
atau antipati kepada kehidupan dan
fenomenanya.
 Watak bersifat superhuman dan
supernatural iaitu memperlihatkan unsur-
unsur keluarbiasaan dan keajaiban dari
segi kelakuan dan tindakan.
 Seniman – bersifat opologetik dan
menolak moral dalam sastera kerana
tujuan yang demikian akan merosakan
seni itu sendiri.
 Teknik – menggunakan unsur fantasi dan
imaginasi. Gaya bahasa menjadi cukup
romantis = halus dan hiperbolistik sifatnya.
Aliran Realisme
 Aliran ini menggambarkan sesuatu
berdasarkan keseluruhan kenyataan atau
realiti yang sebenarnya ada.
 Pemaparan kejadian dan peristiwa
dilihatkan secara teliti.
 Sesuatu itu diperlihatkan secara logik
tanpa membawakan sesuatu yang
berlebih-lebihan sehingga terkeluar
daripada garis kerasionalan dan realitinya.
Seni Bahasa dalam
Aliran Realisme
 Aliran realisme yang menggambarkan
realiti secara jujur dan objektif seperti yang
dilihat dan dirasa indera.
 Seni realisme menekankan realiti iaitu
kebenaran indera. Kewujudan manusia
bukan disebabkan paksaan nasib tetapi
berdasarkan sebab dan akibat seperti
keturunan, kemiskinan, penyakit,
fenomena alam,
 Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak
dan perwatakan dalam sesebuah karya
wujud secara alamiah.
 Dapat ditafsir secara zahir dengan mata
hati tanpa diwarnai oleh sesuatu yang
boleh mengaburi kebenaran dan
sesahihan dalam dunia nyata.
 Pengarang bersifat empati iaitu tidak
terlibat di dalam penceritaannya.
 Pelukisan manusia dan kehidupan bersifat
semulajadi – ‘panoramic dan impresi’.
 Penggunaan imaginatif dan kreativiti tidak
ditolak oleh pengarang
 Watak dan kehidupan adalah sebagai
manusia biasa – Ada kelebihan dan
kekurangan.
 Semua unsur intrinsik disesuaikan
mengikut konteks.
CIRI BAHASA
KESUSASTERAAN
Gaya Bahasa Fungsional dan
Gaya Bahasa Sastera
 Gaya Bahasa Rasmi
 Fungsi : Mengadakan hubungan / urusan
rasmi
 Teks : Isinya bersifat arahan dan perintah
 Unsur Stilistik : Struktur ayat rumit. Tidak
mengandungi perasaan
Gaya Bahasa Ilmu
 Fungsi :Menyampaikan kebenaran ilu.
Bersifat logik dan objektif.
 Teks : Isinya bersifat ilmiah, komentar,
kritikan dan ulasan.
 Unsur stilistik :
 Kata bersifat netural daripada nilai sastera.
 Tanpa emosi

 Istilah monosemi, jarang menggunakan istilah


sastera
 Ayat terjalin dengan padu.
Gaya Bahasa Wartawan
 Fungsi
 Menyampaikan maklumat atau informasi
 Memberi penjelasan dengan tepat dan jelas
 Teks
 Artikel majalah dan akhbar
 Unsur stilistik
 Kata sebagai lukisan tentang perkara-perkara
dan kejadian, penggunaan slogan dan kata
pemula yang menarik
Gaya
 Fungsi
Bahasa Seharian
 Untuk pergaulan santai yang alamiah
 Teks
 Isinya berkaitan harian; ada unsur emosi, tegang dan
santai
 Unsur stilistik
 Bahasanya mudah, lancar dan santai
 Unsur stilistik
 Bahasanya mudah
 Ada hambatan dalam perbincangan
 Cenderung kepada ayat dasar; pendek-pendek
 Tidak mementingkan tatabahasa dan ketepatan
Gaya Bahasa Sastera
 Fungsi
 Menyampaikan fikiran dan perasaan
 Teks
 Karya Sastera
 Unsur stilistik
 Bahasa yang bergaya
 Gaya yang terbentuk daripada gaya di atas
 Menghasilkan segala kemungkinan kesan
bahasa.

Anda mungkin juga menyukai