Anda di halaman 1dari 9

ICE BREAKING

Disediakan oleh:
Ketua Bidang MPU2452 / MPU3452 Community Service
Universiti Selangor
2

PENGENALAN
• Setiap pelajar dalam kursus Community Service memiliki motivasi yang
pelbagai, ada yang ingin menguasai bidang tertentu, ada yang ingin
mempertajam ketrampilan, ada yang sekadar berkumpul bersama rakan
dan ada yang mempunyai alasan keterpaksaan.
• Semua alasan tersebut adalah cara untuk menghayati dan merespon
setiap aktiviti yang diikuti dalam kursus. Ada yang bersemangat dan ada
juga yang bersikap acuh tak acuh bahkan kaku.
• Hal ini seringkali menjadi penghalang dalam kursus sehingga memerlukan
sebuah aktiviti iaitu “ice-breaker” yang berfungsi untuk menghancurkan
halangan tersebut.

Community Service
3

DEFINISI
• “Ice-breaking” adalah padanan dua perkataan Inggeris yang bermaksud
“pemecah ais”.
• Istilah ini sering digunakan dalam mesyuarat, kelas latihan, sesi pembinaan
pasukan atau peristiwa lain dengan maksud menghilangkan halangan-
halangan di antara peserta kursus sehingga mereka saling mengenal,
mengerti dan boleh berinteraksi dengan baik antara satu dengan lainnya.
• “Ice-breaking” adalah aktiviti, permainan atau peristiwa yang digunakan
untuk mengalu-alukan dan memanaskan perbualan dalam kalangan
pelajar.

Community Service
4

TUJUAN
1. Mencipta keadaan yang sama dalam kalangan pelajar.
2. Menghilangkan halangan-halangan di antara pelajar.
3. Mencipta situasi yang dinamik di antara pelajar.
4. Menimbulkan keghairahan dan motivasi sesama pelajar untuk melakukan
aktiviti selama kursus berlangsung.

Community Service
5

KAEDAH
Banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan ice breaking ini
seperti :
1. Kaedah ceramah : pensyarah melakukan terlebih dahulu ceramah
pembuka yang pada hakikatnya menjelaskan tentang beberapa perkara
seperti pentingnya kesatuan dalam komuniti, persamaan hak antara
sesama pelajar, perlakuan yang sama, kerja sepasukan, kesedaran
potensi, kerjasama antara kelompok dan sebagainya.

2. Kaedah kajian topik : pensyarah memberi kesempatan kepada pelajar


untuk turut sama memecahkan persoalan-persoalan praktik seharian yang
dilalui pelajar, tujuannya adalah;

Community Service
6

i. Melihat potensi awal yang dimiliki oleh setiap pelajar baik dari segi afektif, kognitif
mahupun psikomotornya.

i. Membiasakan pelajar untuk berinteraksi dengan kelompoknya yang baru dengan


bertanya , menyapa atau beramah mesra dengan pelajar lain.

i. Memberikan pengertian bahawa sejak hari itu mereka akan menjadi sebuah
keluarga sampai bila-bila pun.

3. Metode Sinetik , iaitu kaedah pengembangan sumbang saran di mana suatu


pemecahan masalah dipadukan berbagai pendapat dari pelbagai disiplin
ilmu sehingga memunculkan solusi yang lebih kreatif terhadap persoalan yang
muncul.

4. Kaedah Simulasi dan Permainan, kaedah yang paling mudah dilakukan,


pensyarah mempersiapkan beberapa permainan yang bertujuan untuk
memecah kebuntuan peserta.
Community Service
7

MODUL ICE BREAKING


Aktiviti : Kenal Diri Saya Siapa?

Tujuan
Modul ini bertujuan untuk mewujudkan kejelikitan dan menggalakkan
pelajar berkenalan di samping mengingati nama antara satu sama lain.

Objektif
i. Untuk mengetahui dan mengingatkan nama rakan-rakan sekursus.
ii. Untuk berkenalan di antara satu sama lain.

Community Service
8

Masa : 15 minit
Bilangan pelajar : Tidak terhad
Peralatan : Tiada
Kaedah Pelaksanaan :
i. Pelajar-pelajar dan pensyarah duduk di kerusi dalam susunan bentuk
bulatan.
ii. Pensyarah memulakan dengan mengenalkan Namanya serta panggilan
(yang ingin digunakan dalam kursus )
iii. Pelajar pertama di sebelah kanan pensyarah memperkenalkan nama
pensyarah, hobi dan Namanya.
iv. Begitulah juga pelajar kedua memperkenalkan nama pensyarah.

Community Service
9

v. Hobi, pelajar pertama dan dirinya.


vi. Aktiviti begini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua pelajar
memperkenalkan dirinya.
vii. Pensyarah berbincang dengan pelajar-pelajarnya apakah pengajaran
yang mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara perbincangan ialah :
a. Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.

b. Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan
nama.

c. Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka
waktu yang singkat.

Community Service