Anda di halaman 1dari 18

DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA

MOHNES KUMAR
PENDIDIKAN RENDAH
PENGENALAN

• Pendidikan rendah ialah program pendidikan yang disediakan kepada murid


yang berumur antara 6+ hingga 11+ tahun untuk menyediakan asas yang
kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul;
pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran
generik; serta penerapan nilai-nilai murni.

• Pendidikan rendah menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan


domain kognitif, afektif dan psikomotor murid yang selari dengan FBK.
PERNYATAAN DASAR
• Memastikan semua anak warganegara Malaysia yang telah mencapai umur
enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan
anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan
terus menjadi murid sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib
(Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996).
• Memberi peluang kepada kanak-kanak bukan warganegara diterima masuk
untuk mendapat pendidikan di sekolah mengikut peruntukan Akta Pendidikan
1996 [Akta 550].
• Memastikan 60 peratus guru di sekolah rendah ialah guru siswazah
menjelang tahun 2015 (RMKe-10)
STRATEGI PELAKSANAAN
• Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan rendah selaras
dengan keperluan Dasar Pendidikan Wajib pada peringkat rendah.
• Meningkatkan penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran sosial
dan kemahiran asas komputer.
• Meningkatkan kapasiti kepimpinan instruksional barisan pengurusan
sekolah.
• Menyediakan bantuan persekolahan dan pemantauan berterusan untuk
memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat pendidikan wajib pada
peringkat rendah
• Meningkatkan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid sebelum
memasuki tahap dua sekolah rendah.
• Mengkaji keperluan penambahbaikan norma perjawatan guru dengan
enrolmen dari semasa ke semasa.
• Menambah baik latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan
yang bersesuaian dengan perkembangan pendidikan.
• Menambah baik infrastruktur, peralatan dan saiz kelas berdasarkan piawai
pembangunan sekolah yang ditetapkan.
• Meningkatkan program integrasi TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cara memperluas konsep pembestarian di semua
sekolah.
• Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dan rangkaian
sekolah - jaringan murid di peringkat antarabangsa.
• Meningkatkan tahap keselamatan, kesihatan, keceriaan untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
PENDIDIKAN MENENGAH
PENGENALAN
• Pendidikan menengah menyediakan program pendidikan yang komprehensif
dan berkualiti serta menerapkan nilai murni kepada murid yang berumur 12+
tahun hingga 17+ tahun.
• Struktur pendidikan menengah memberi fokus kepada pendidikan umum
pada Tahun 7 hingga 9 (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) agar setiap
murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. Pada Tahun 10
dan 11 (Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima), murid dijuruskan kepada
aliran sastera, sains, agama, teknikal, vokasional dan kemahiran. Tahun 12
dan 13 (Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas) menyediakan murid untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam pekerjaan
KENYATAAN DASAR
• Memastikan murid mempunyai kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif, inovatif, mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang tinggi
serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Memastikan murid lepasan menengah berupaya meneruskan
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat
Latihan Kemahiran Industri, Matrikulasi, Tingkatan Enam,
Prauniversiti, atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
• Memastikan 90 peratus guru di sekolah menengah ialah guru
siswazah menjelang tahun 2015 (RMKe-10).
STRATEGI PELAKSANAAN
• Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti.
• Menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 termasuk mengaplikasikan
TMK.
• Menyasarkan 60 peratus murid dalam aliran sains dan teknologi berbanding
peratus murid dalam aliran sastera.
• Menekankan program pembangunan insan dalam menghasilkan murid yang
mengamalkan sikap positif dan berdaya saing dalam era yang lebih
mencabar.
• Menyediakan guru yang mencukupi serta terlatih, berkemahiran,
berpengetahuan dan berketerampilan.
• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui penyertaan aktif
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
• Meningkatkan aksesibiliti dengan menambah bilangan sekolah berdasarkan
lokasi.
• Mengkaji dan menerapkan keperluan baru dalam skop dan reka bentuk
sekolah menengah.
• Meningkatkan kemahiran akademik, asas industri, pertanian dan vokasional
serta pengurusan kendiri murid.
• Mengukuhkan program pemulihan dan intervensi bagi murid yang belum
menguasai pembelajaran.
• Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer, makmal sains, pusat
bahasa, bengkel dan bilik khas pembelajaran di sekolah.
• Menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan memperkenalkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran baru.
• Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi murid
kelas peralihan
PROGRAM SEKOLAH
KLUSTER
KECEMERLANGAN
DEFINISI
• Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada
sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya
daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian
murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi
oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di
luar klusternya.
PELAKSANAAN
• Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster.
Jawatankuasa tersebut ialah:-
• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
• Panel Penasihat dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman
Arshad;
• Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
.
• Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan
stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam
pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi
Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac
2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran
mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
PRASYARAT
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang
berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

• Bagi Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan


awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 3 tahun berturut-turut:

• SBP: GPS 2.50 dan ke bawah


• SMKA: GPS 3.00 dan ke bawah
• SMT: GPS 4.00 dan ke bawah
• SM Harian: GPS 4.00 dan ke bawah
• Bagi sekolah Rendah,

• 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
• GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3
tahun kebelakangan, berturut-turut.
SYARAT PEMILIHAN
• Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan
sahsiah.
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
• Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
• Keberkesanan pelaksanaan program Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
• Sekolah berperwatakan.
IMPAK
• Program Kecemerlangan Kokurikulum
• Program Kerjaya
• Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem : 5.8% daripada 5.2
juta pelajar
• Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
• Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah
kluster
• Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
• Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
• Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
• Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada
350,000 guru)
• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai