Anda di halaman 1dari 17

EDUP3023

PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

PERSONALITI

AZMI BIN ABDUL HAMID


IPG KAMPUS IPOH
Perkembangan Personaliti
• Apakah personaliti?

Personaliti

Tabiat belajar, Definisi dan


Personaliti,
Motivasi dan Konsep kendiri
Watak & Tret
Teknik belajar
Definisi Personaliti
• Abdul Majid (1997)
~ perkaitan antara pemikiran,emosi,dan perasaan dengan
perlakuan sesorang.
• Gordon Allport (1980)
~ tingkahlaku individu yg berubah-rubah mengikut keadaan
dan persekitaran yg dapat menyesuaikan diri.
• Boon dan Ragbir (1998)
~ Jangkaan tingkahlaku secara keseluruhan yg boleh
diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh orang lain.
• Rumusan
~ Tingkahlaku individu dan cara individu menyesuaikan
dirinya keadaan di sekelilingnya.
Jenis Personaliti

Ekstrovert

Ambivert

Introvert
Jenis Personaliti
• Ekstrovert
~ Sikap yg lebih mementingkan hal lahiriah, suka
menonjolkan diri dan lebih bersikap terbuka.
• Eysenck dan Cookson (1961) mendapati pelajar
berpersonaliti ekstrovert mempunyai kecerdasan yg
tinggi.
• Introvert
~ Sikap yang mementingkan batiniah atau hal-hal yg
berkaitan diri sendiri,pemalu,pendiam dan kurang yakin.
• Ambivert
~ Memiliki kedua-dua sikap ekstrovert dan interovert
Pengaruh Perubahan Personaliti
• Genetik
~ Bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi
personaliti seseorang.
~ Kecerdasan yg tinggi dapat membentuk
personaliti yg positif begitu juga sebalik nya.
~ Emosi mempengaruhi personaliti sesorang
kerana ia mempunyai tindak balas terhadap
ransangan.
Pengaruh Perubahan Personaliti
• Persekitaran
~ keluarga - perkembangan personaliti dapat dilihat spt
berikut : - Kanak-kanak yang …….
dibesarkan dengan dikritik, dia belajar membenci
dibesarkan dengan perseteruan, dia belajar berkelahi
dibesarkan dengan ketakutan, dia belajar kebimbangan dan cemas
dibesarkan dengan diperli, dia belajar menjadi malu
dibesarkan dengan dikasihani, dia belajar merasa kesal
dibesarkan dengan sifat tolak ansur, dia belajar menjadi sabar
dibesarkan dengan galakan, dia belajar yakin diri
dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai
dibesarkan dengan keadaan cemburu, dia belajar merasa bersalah.
Pengaruh Perubahan Personaliti
• Pengaruh Sekolah
~ Keadaan bilik darjah
Bilik darjah yg kemas dan teratur dapat menimbulkan
suasana keselesaan untuk belajar.
~ Guru
Personaliti guru menjadi teladan kepada murid-muridnya
• Pengaruh Fizikal
~ Penyakit
Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang
tidak stabil,selalu berdiam dan bersifat terlalu
bergantung kepada orang lain.
Memahami Personaliti Pelajar

• Memahami Pelajar Bermasalah


~ masalah sebagai pelajar
~ masalah sebagai remaja
~ masalah sebagai individu
• Bagi memenehuni kehendak : -
rakan sebaya
persekitaran
Pendekatan Memahami Pelajar
Bermasalah

• Kaedah Komunikasi
~ menggunakan komunikasi yg sesuai dan
berkesan
~ komunikasi yang positif
~ mempunyai sikap yg terbuka
~ sedia mendengar keluhan pelajar
Perkembangan Konsep Kendiri Pelajar

• Tidak ramai pelajar yang mempunyai personaliti


jenis ekstrovert.
• Pelajar masih mencari-cari matlamat hidup,cita-
cita, keperluan,perasaan,
kebolehan,perancangan dan kemahiran diri
yang dimiliki.
• Pembinaan konsep kendiri adalah amat penting
diwujudkan diperingkat yang awal dalam usaha
membentuk personaliti yg baik.
MEKANISME HELAH BELA DIRI

Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang lemah


atau negatif kebiasaannya suka menggunakan alasan atau
helah bela diri dalam sesuatu masalah. Helah bela diri atau
dalam bahasa Inggeris “defence mechanisme” yang
dipinjam daripada teori Freud membawa maksud proses
yang biasa dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar
dalam penyesuaian untuk mengatasi kebimbangan, konflik,
tekanan jiwa dan kemungkinan ancaman yang dihadapi.
Terdapat dua helah bela diri iaitu helah bela diri aktif dan
helah diri pasif.

Mengikut Davidoff (1976), helah bela diri merujuk kepada


cara atau taktik seseorang mereka memberi alasan tentang
sesuatu tindakannya sedangkan alasan yang diberikan itu
bukan sebab yang sebenarnya. 12
Helah Bela Diri Aktif
Rasionalisasi – digunakan oleh seseorang untuk menutup
keadaan yang sebenarnya berlaku dengan cara
memberikan alasan yang logik. Dengan cara ini tekanan
dapat dikurangkan kerana alasan secara rasional telah
dijelaskan kepada orang yang berkenaan. Bagaimanapun
alasan yang diberikan adalah tidak betul. Ini menunjukkan
bahawa seseorang itu ingin menjaga harga diri dan ego.
Sublimasi – helah bela diri bagi individu untuk menyalurkan
kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami
kepada aktiviti lain yang sihat. Ia merupakan satu helah
yang dianggap matang kerana seseorang itu berjaya
menyelesaikan konflik psikologi dengan dorongan lain yang
boleh diterima oleh masyarakat.
Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang
kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang
13
boleh menerimanya.
Helah Bela Diri Aktif
Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang
kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang
boleh menerimanya.
Projeksi – dilakukan oleh seseorang apabila tidak boleh
menerima kelemahan sendiri dan sebaliknya
menyalahkan orang lain.
Introjeksi – menyerapkan ke dalam dirinya dengan
menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau
disanjungi.
Pembentukan reaksi – dilakukan oleh individu untuk
menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan
dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
Kompensasi – melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama
dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak
berupaya dilakukannya.
Fantasi – membentuk khayalan atau angan-angan dengan
tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak
diingini. 14
Helah Bela Diri Pasif

Menurut Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif, Shahrin Hashim,


Yusoff Boon (2005), telah menyatakan beberapa jenis
helah bela diri pasif yang biasa individu gunakan untuk
pertahankan diri antaranya, Represi, Penafian,
Keagresifan, dan Regresi.

Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam


minda dengan cara melupakannya. Contohnya,
saudara bergaduh, individu terbabit tidak mahu mengingati
nama atau wajah dan menolak kehadirannya.

Penafian: Meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak


akan berlaku atau tidak ada. Ia berlaku apabila individu
terbabit tidak dapat menerima kenyataan. Contohnya
kematian suami, isteri cuba lindungi kerisauan. 15
Keagresifan: Tindakan mencederakan atau merosakkan
punca kekecewaan atau ancaman. Contohnya, kanak-
kanak menendang almari apabila ibubapa enggan
membawa ke kedai atau ingin mendapatkan sesuatu.

Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku


yang kurang menyenangkan seperti menangis. Ia
berbalik kepada zaman perkembangan.
Contohnya,kanak-kanak 9 tahun akan membuat tindakan
yang pernah dilakukan pada zaman awal kanak-kanak
seperti, menghisap jari, menangis, atau menjerit apabila
dia merasakan tidak diterima rakan-rakan.

16
OK… Sudah le tu…