Anda di halaman 1dari 25

MUHAMMAD SYUKRI BIN MUSTAFFA

PKES3033
• Sistem Imunisasi berada di tahap yang sangat sangat baik
kerana ia mengandungi antibodi dan vaksin semulajadi kepada
bayi. Susu ibu juga dapat membantu mengurangkan risiko bayi
mendapat kanser di masa akan datang.

• IQ yang tinggi berbanding bayi yang minum susu formula kerana


ia mengandungi sejenis lemak yang membantu pertumbuhan
tisu saraf bayi.

• Bayi yang minum susu ibu memiliki system penghadaman yang


lebih baik berbanding bayi yang minum susu formula. Ia dapat
mengelakkan bayi daripada mendapat alahan terhadap makanan
dan cirit-birit.

• Kulit yang lebih halus dan licin kerana susu ibu dapat
mengurangkan risiko alahan kepada bayi.
• Bayi yang menyusu susu ibu memiliki tahap penglihatan yang
lebih tajam.

• Sistem endoktrin bayi lebih baik kerana ia dapat mengurangkan


risiko penyakit diabetes.

• Penyusuan susu ibu membantu dalam perkembangan otot muka


bayi.

• Bayi yang minum susu ibu lebih mudah apabila diperkenalkan


makanan pejal kerana rasa susu ibu yang pelbagai(mengikut
makanan yang yang dimakan oleh ibu).
• Bayi yang minum susu ibu akan mempunyai tahap kolestrol yang
rendah apabila dewasa kelak. Ini akan mengurangkan risiko
penyakit jantung.

• Susu ibu amat mudah dicerna kerana ia mempunyai kandungan


garam dan protein yang rendah dan tidak membebankan buah
pinggang bayi.

• Bayi yang minum susu ibu kurang terdedah kepada masalah


pernafasan,selsema ,sembelit , penyakit tonsil, jangkitan telinga,
apendiks, masalah sendi & otot dan masalah saluran kencing.
Walaupun susu badan dianggap makanan terbaik untuk bayi,
namun namun tidak semestinya sesuai untuk semua ibu dan
bayi.

• Dikilangkan dalam keadaan bebas kuman, susu formula


direka untuk menyamai susu badan dengan
menggabungkan protein, gula, lemak dan vitamin yang
kompleks untuk memastikan khasiat yang diterima oleh bayi
membantu pembesarannya.
1. KEMUDAHAN
Ibu mungkin sibuk dengan kerjaya atau kerja rumah sehingga
proses penyusuan ibu menjadi mustahil. Bila menggunakan
susu formula, sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada
bayi. Ini memberi peluang untuk suami turut merasai
pengalaman menyusukan bayinya dan meningkatkan ikatan
kekeluargaan.

2. MASA PENGHADAMAN YANG PERLAHAN


Apabila makanan dihadam secara perlahan-lahan, bayi akan
berasa kenyang lebih lama dan ini memberi peluang bayi untuk
tidur dengan lebih lama.
3. FLEKSIBEL
Ibu sudah tidak terikat dengan jadual untuk menyusukan bayi.
Sesiapa sahaja boleh sediakan susu untuk bayi. Ibu tidak perlu
mengepam susu di pejabat dan tidak perlu mencari tempat
khusus untuk menyusu di khalayak.

4. PEMAKANAN IBU
Ibu tidak perlu mengawal makanan dan tidak perlu bimbang
tentang makanan yang boleh menjejaskan bayi melalui susu
ibu.
Kumpulan makanan 6 bulan 7-9 bulan 10-12 bulan

Bijirin dan hasil 5 sudu makan bubur 2 cawan bubur 1 ¾ cawan nasi
bijirin cair pekat lembik

Ikan/ayam/daging/k 1 sudu makan 2 sudu makan 4 sudu makan


ekacang

Sayuran hijau 1 sudu makan 3 sudu makan 3 sudu makan

Buah-buahan 2 sudu makan 2 sudu makan 2 sudu makan

Susu ibu Mengikut kehendak Mengikut kehendak Mengikut kehendak


bayi bayi bayi

Minyak masak 1 sudu teh 2 sudu teh 2 sudu teh

Telur ½ biji kuning telur ½ biji kuning telur 1 biji


PROTEIN YANG MENCUKUPI
• Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting
untuk kesihatannya.

• Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh


untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk
membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang
rosak.

• Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended


Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang
berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak
14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di
antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm
protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda
mendapat protein yang secukupnya.
PASTIKAN CUKUP ZAT
• Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting
untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel
darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

• Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan


peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-
kanak perlukan zat besi yang secukupnya.

• Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil


tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti
brokoli.

• Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan


sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber
bukan daging.
JANGAN GUNAKAN GARAM
• Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran
bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya
mengandungi terlalu banyak garam.

• Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak.


Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak.
Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk
anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau
boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan
mereka terutamanya bagi makanan bayi.
• Apabila seorang bayi itu mula diberikan makanan selain
daripda susu ia seolah olah meluahkan makanan itu
dari mulutnya.

• Ini bukanlah bermakna yang bayi tidak sukakan


makanan itu tetapi ialah kerana bayi itu Cuma tahu
menghisap dan belum tahu mengunyah.
• Dari segi penukaran bentuk makanan yang dahulunya
Cuma cairan iaitu susu tetapi sekarang ditukar kepada
pepejal, yang rasanya berbeza daripada susu.

• Masalah ini boleh diatasi dengan memperkenalkan


makanan baru ini sedikit demi sedikit. Elok juga jika
makanan ini dicairkan dengan susu hingga makanan ini
boleh diterima
1. TEMPAT DUDUK YANG SELESA
• Kerusi yang tegap dan sesuai untuk anak itu semasa
makan perlu supaya ia boleh mencapai makanannya
dengan mudah. Ini juga mengelakkan daripada makanan itu
tumpah.

• Pinggan, mangkuk dan alat lain haruslah jenis yang tidak


mudah pecah.
2. MAKANAN YANG SESUAI
• Makanan itu mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu
berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan
lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan
rasanya seakan-akan susu.

• Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah


sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu
banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda
makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan
anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang
sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui
botol susu
3. JAGA KEBERSIHAN

• Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah


makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk
mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang
serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat,
memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka
lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.
3. PASTIKAN BAYI LAPAR

• Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi


makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada
waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.
Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk
mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka
minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya
dengan memberi makan.
BIBLIOGRAFI

• Editorial Pama. (2013). Cara memberi bayi makan. Diakses pada 19/1/2016 daripada
http://pama.karangkraf.com/bayi/cara-memberi-bayi-makan-1.161140.

• Editorial Pama. (2012). Makanan berkhasiat, anak sihat. Diakses pada 19/1/2016 daripada
http://pama.karangkraf.com/bayi/makanan-berkhasiat-anak-sihat-1.84960.

• Fatimah Arshad. (1988). Makanlah sayang!. Selangor : Times Book International.

Anda mungkin juga menyukai