Anda di halaman 1dari 21

SULALATUS SALATIN

BAB 4
SINGAPURA DILANGGAR TODAK
• Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah
menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan
Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya.
Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib
telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah
dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.

• Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin
ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang.
Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu
dibunuh.

• Raja yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. Raja Iskandar Syah
mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun
nama timangannya Raja Besar Muda. Raja Besar Muda dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul
Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
AKIBAT KHIANAT, SINGAPURA DIKALAHKAN
MAJAPAHIT

• Anak bendahari raja Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah
berbuat jahat dengan orang lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan
surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia
untuk belot dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung
selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah habis. Bila
rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura
telah dikalahkan.
RAJA ISKANDAR BERLEPAS KE DARAT

• Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi
batu kerana derhaka kepada raja. Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu
Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk. Baginda
pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu menjadi buruk. Lalu dinamakan
Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari sini pindah lagi ke Bertam.
MEMBUKA NEGERI MELAKA
• Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk
putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka
dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3
tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah
Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40
orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana..
• Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah
mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah.
Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah.
Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur Raja Kecil Besar mendapati
tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para
dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan.
KEDATANGAN ISLAM KE MELAKA
• Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya,
kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti.
Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah
turun bersembahyang di pantai. Syed Abdul Aziz telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun
telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada Syed Abdul Aziz itu. Raja mengubah
namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri Wak Raja. Perdana Menteri
bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
• Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna
kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang
gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan
teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak.
Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana
perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan
dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.
SUSUNAN TERTIB ADAT ISTIADAT RAJA
• Upacara mengadap di balairung seri.
•  Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar dan sida-sida duduk di seri balai.
•  Anak-anak raja duduk di kelek-kelekan balai kiri dan kanan.
•  Sida-sida yang muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.
•  Hulu balang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.
•  Kepala bentara di kiri daripada anak cucu menteri yang patut jadi Bendahara, Penghulu Bendahari dan
Temenggung.
•  Kepala bentara di kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana dan Seri Bija Diraja.

• Gelaran :
• Sang Setia : bakal menjadi Seri Bija Diraja.
• Sang Guna : bakal menjadi Laksamana.
• Tun Pikrama : bakal menjadi Bendahara.

• Acara menjunjung duli :


•  Yang pertama kepala bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk di seri balai.
•  Nakhoda Cempa pilihan duduk di seri balai.
•  Anak tuan-tuan duduk di selasar balai.
•  Perkakas raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
•  Puan dan pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.
•  Pedang dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.
• Protokol menyambut utusan dari Pasai dan Haru. Bagi utusan-utusan dari negeri lain, adat
sambutan akan dikurangkan.
•  Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan.
Diletakkan had bendahara.
•  Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat.
•  Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara,
payung putih dua berapit melainkan mendeli.
•  Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan
penghulu biduanda kecil.
•  Gajah dikepilkan di hujung balai.
•  Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala bentara yang di kiri).
•  Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah raja kepada utusan.

• Adat menjemput tamu :


• Jika Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.
• Jika Persangan dijemput oleh orang kecil.
• Jika Pertuanan dijemput oleh orang sedang.

• Penggunaan payung ;
• Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar.
• Payung ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
• Payung biru dan hitam untuk orang bergelar.
Adat persalinan.
• Bakal bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
• Anak raja dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
• Bentara sida-sida hulubalang 3 ceper: kain, baju dan destar.
• Ada juga yang tiada berceper.

Istiadat / peraturan apabila raja berangkat di hari raya.


• Penghulu Bendahari di kepala usungan kanan.
• Laksamana di sebelah kiri.
• Di belakang menteri keduanya.
• Rantai dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.
• Bentara dan hulubalang berjalan di hadapan raja.
• Alat kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara memegang pedang.
• Dihadapan sekali pembawa lembing.
 Dibawa juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
 Bendahara, kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang raja.
Peraturan ketika raja bergajah.
• Temenggung di kepala gajah.
• Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut.
• Bentara memikul pedang kerajaan.
• Acara bernobat.
• Orang besar-besar dari kanan gendang.
• Orang kecil-kecil dari kiri gendang.
•  Orang yang kena sirih nobat: Bendahara, anak raja-raja, Penghulu Bendahari,
Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija Diraja, Sida yang tua-
tua dan sesiapa yang dikehendaki oleh raja.
Peraturan apabila bekerja / pekerjaan raja.
•  Penghulu bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.
•  Temenggung mengatur orang di balai.
•  Orang biasa makan empat orang sehidangan.
•  Bendahara makan sehidangan dengan anak raja.

Peraturan berkunjung ke masjid di malam 27 ramadhan.


•  Temenggung mengepalakan gajah.
•  Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu siang.
•  Raja berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih.
•  Pakaian raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.

Protokol sambutan Hari Raya.


•  Semua pembesar masuk berkumpul di istana.
•  Penghulu Bendahari membawa masuk usungan raja.
•  Gendang dipalu dan nafiri dimainkan.
•  Raja berangkat ke masjid naik usungan.
• Peraturan dan protokol sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis
penghadapan di Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut
kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada
ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di
masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan
mengagungkan raja berkenaan.

• Di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan
luasnya. Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke
Beruas Ujung Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Nusyirwan
Adil dan Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka sebagai Malakat yang beerti
tempat perhimpunan segala dagang.
• Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke
Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam
membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia
berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini
dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.
• Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama
Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap isterinya itu dan
dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim.
• Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar
Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri Nara
Diraja. Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan
Melaka.
ISTANA DI BAWAH PENGARUH RAJA REKAN.

• Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu
dia masih kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka.
Raja Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana
bernama Maulana Jalaluddin datang ke Melaka.
PERISTIWA RAMPAS KUASA.

• Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid. Mereka juga
dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati
bersama-samanya.
• Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin yang mahu
mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke
atas angin.
• Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana Seri Nara
Diraja itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara Seri Wak Raja tidak
begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia
sudah lama di balai penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan tidak
berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan.
• Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak bendahara
Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun Kudu diperisterikan oleh
Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai penghulu.
WATAK DAN PERWATAKAN

• TUAN JANA KHATIB


• * Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah dan telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah
dua.
• BUDAK CERDIK
• * Seorang budak cerdik yang memberi cadangan agar berkubukan batang pisang
• RAJA ISKANDAR SYAH
• * Raja Iskandar Syah seorang yang tegas dengan menjatuhkan hukuman sula kepada anak perempuan Sang Rajuna
Tapa.
• SULTAN MUHAMMAD SYAH
• * Sultan Muhammad Syah bertanggungjawab memerintah dan menjaga rakyat Melaka.
• SULTAN MUZAFFAR SYAH
• * Sultan Muzaffar Syah mempunyai budi pekerti yang baik dan mengasihi rakyat baginda
PEMBANGUNAN INSAN

• 1. ILMU
• TUAN JANA KHATIB
• KHAYAL LILLAH
• *Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura dan dia
telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua.

• BUDAK CERDIK
• PEPERANGAN
• *Seorang budak cerdik yang memberi cadangan agar berkubukan batang pisang. Akhirnya
serangan todak berakhir dan Singapura kembali aman.
2. JATI DIRI
• RAJA ISKANDAR SYAH

• TEGAS
• *Raja Iskandar Syah seorang yang tegas dengan menjatuhkan hukuman sula kepada anak perempuan Sang Rajuna Tapa kerana
difitnahkan oleh gundik-gundik lain yang dengki kerana lebih disayangi oleh Raja Iskandar Syah.

• BERDIKARI
• *Raja Iskandar Syah dan pengikutnya pergi ke Muar dan cuba membuat penempatan baru sebagai menggantikan Singapura
yang telah diserang oleh Majapahit ekoran pengkhianatan Sang Rajuna Tapa
• *Raja Iskandar Syah telah membuka negeri baru iaitu “Melaka” sempena pohon Melaka sebagai tempat berteduh baginda di
Sg.Bertam
• SULTAN MUHAMMAD SYAH
• BERTANGGUNGJAWAB
• *Sultan Muhammad Syah bertanggungjawab memerintah dan menjaga rakyat Melaka.
• SULTAN MUZAFFAR SYAH
• KASIH SAYANG
• *Sultan Muzaffar Syah mempunyai budi pekerti yang baik dan mengasihi rakyat baginda.
• BUDAK KECIL
• BIJAKSANA
• *Seorang budak cerdik yang memberi cadangan agar berkubukan batang pisang untuk menghalang serangan todak dan
Singapura kembali aman.
3.KEAGAMAAN

• SULTAN MUHAMMAD SYAH


• MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
• *Raja Kecil Besar(Sultan Muhammad Syah) bermimpi berpandangan dengan Rasulullah s.a.w. Raja Kecil Besar
diajar mengucap dua kalimah syahadat.

• MENUNTUT ILMU
• *Sultan Muhammad Syah telah memeluk islam dan menuntut ilmu dengan Syed Abdul Aziz.

• MENUNAIKAN SOLAT
• *Sultan Muhammad Syah menunaikan solat jumaat dan menunaikan solat terawih pada bulan ramadhan di
masjid.
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

• 1. PENDIDIKAN
• *Sultan Muhammad Syah dan rakyat Negeri Melaka mempelajari ilmu agama dengan Syed Abdul Aziz.

• 2. SOSIAL
• Budaya
• *Mengadakan majlis pada bulan puasa dan syawal.
• Perpaduan
• *Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah)bersama-sama dengan Maulana Jalalu’Din ,Bendahara Seri Nara Diraja
dan orang-orang Besar bersatu untuk menumbangkan Raja Rekan.

• 3. MOBILITI SOSIAL
• *Raja Kassim telah menaiki takhta bagi menggantikan adiknya iaitu Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid) yang
telah mati dibunuh oleh Raja Rekan dan Raja Kassim telah bergelar sebagai Sultan Muzaffar Syah.
PEMBANGUNAN NEGARA
• 1. POLITIK
• KEPIMPINAN
• *Sultan Muzaffar Syah bersikap adil dan saksama ketika memerintah kerajaan dan rakyat Melaka.
• PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
• *Peraturan dan larangan ini merangkumi perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh rakyat dalam segala aspek
kehidupan,pakaian dan sebagainya.

• 2. EKONOMI
• PERTANIAN
• Pokok Pisang
• *Menanam pokok pisang di sekeliling Singapura.
• KEUSAHAWAN
• Kuih Bikang
• *Aktiviti pembuatan dan penjualan kuih bikang.
• *Aktiviti nelayan mengail ikan di laut.
• PERDAGANGAN
• *Ketibaan kapal Syed Abdul Aziz dan Maulana Jalalu’Din yang datang berlabuh di Melaka.