Anda di halaman 1dari 11

Sejarah Dan Pendidikan

Alam Sekitar

Stockholm (1974)
Tblisi (1977)

nur hafizah jamasri 2012


Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
• Menggalakkan kesedaran dan
keprihatinan terhadap ekonomi, sosial,
politik, and saling bergantungan
ekologikal di bandar dan luar bandar.
• Menyediakan peluang kepada semua
orang untuk memperoleh pengetahuan,
nilai, sikap, komitmen dan kemahiran
untuk melindungi dan memperbaiki alam
sekitar.
• Menghasilkan corak tingkah laku baru
terhadap alam sekitar dalam kalangan
individu, kumpulan dan masyarakat
seluruhnya
nur hafizah jamasri 2012
Objektif Pendidikan Alam Sekitar
• Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial
dan individu memperoleh kesedaran dan
sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan
permasalahan alam sekitar.
• Pengetahuan: untuk membantu kumpulan
sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis
pengalaman dan kefahaman asas terhadap
alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.
• Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan
individu memperoleh satu set nilai dan
perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar
dan motivasi untuk aktif terlibat dalam
pemeliharaan dannurpembaikan
hafizah jamasri 2012
alam sekitar
• Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial
dan individu memperoleh kemahiran untuk
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
alam sekitar.
• Penglibatan: untuk menyediakan peluang
kepada kumpulan sosial dan individu terlibat
secara aktif pada semua peringkat bagi
menghasilkan resolusi terhadap masalah alam
sekitar.

Menurut Muthoka (1985), objektif utama


Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk
memperbaiki kesedaran, membangkitkan
prihatin yang berupaya membawa kepada
perubahan komitmen dan mengambil tindakan
nur hafizah jamasri 2012
Persidangan Stockholm (1972)

• diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm,


Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam
Sekitar Manusia” (Human Environment and
Principles)
• mencapai satu keputusan tentang
pendekatan global yang diperlukan bagi
mencari penyelesaian terhadap situasi
kemerosotan alam sekitar yang semakin
hari semakin bertambah.

nur hafizah jamasri 2012


Persidangan Tblisi (1977)
• persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang
pertama di dunia dan melibatkan ramai
pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia
• diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada
14-26 Oktober 1977
• garis panduan, matlamat, serta objektif
Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum dan latihan dalam dan pra-
perkhidmatan bagi guru-guru telah
diputuskan
nur hafizah jamasri 2012
Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga
terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam
Sekitar telah ditetapkan iaitu:
(i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar
termasuklah alam sekitar semula jadi dan
buatan, teknologi dan sosial seperti
ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan
estetika.
(ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat,
bermula dari peringkat prasekolah dan
disambung sehingga peringkat pendidikan
formal dan bukan formal
nur hafizah jamasri 2012
(iii) Menggunakan pendekatan merentas
kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai
alam sekitar kepada mata pelajaran
khusus setiap disiplin dalam bentuk
perspektif yang holistik dan seimbang.
(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari
pandangan tempatan, nasional dan
antarabangsa.
(v) Memfokuskan kepada potensi situasi
alam sekitar terkini dengan mengambil
kira perspektif sejarah.

nur hafizah jamasri 2012


(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan
berasaskan tempatan, nasional dan
kerjasama antarabangsa dalam mencegah
dan menyelesaikan masalah alam sekitar.
(vii) Mengambil kira dengan terperinci setiap
aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan
dan pembangunan.
(viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam
merancang pengalaman pembelajaran dan
mendapat peluang untuk membuat dan
menerima keputusan bersama

nur hafizah jamasri 2012


(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar,
pengetahuan, kemahiran penyelesaian
masalah dan nilai yang jelas kepada semua
peringkat umur dengan memberi penekanan
khusus terhadap sensitiviti alam sekitar.
(x) Membantu pelajar meneroka simptom dan
penyebab bagi masalah sebenar alam
sekitar

nur hafizah jamasri 2012


(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam
sekitar dan keperluan untuk membina
pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian
masalah.
(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar
secara pelbagai dan pendekatan pendidikan
yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan
dari alam sekitar dengan menekankan kepada
aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar

nur hafizah jamasri 2012

Anda mungkin juga menyukai