Anda di halaman 1dari 5

GPP 1063

Definisi psikologi
Pendidikan
Definisi psikologi
‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental, dan emosi dan‘psikologi’
pula adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi.

Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan


‘logos’.
‘Psyche’ bermaksud jiwa/minda.
‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai
pemikiran/jiwa yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme).

Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental
dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan.
Pola pemikiran dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu
dengan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Definisi psikologi

• “Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku


manusia dan pengalaman”.
(Kalat,1999).
• “Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik
untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960).
Daripada Falsafah • “Psikologi ialah sains tingkah laku–kajian mengenai jiwa
Barat atau aspek rohani manusia secara
saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To
Psychology).
• Fikiran manusia bekerja dan bagaimana
hal itu mempengaruhi perilaku atau pengaruh karakter
orang tertentu tentang perilaku mereka “.
(Cambridge International Dictionary of English).
Psikologi dalam pendidikan

■ Barlow (1985, dalam Tardif, 1987) mendefinisikan psikologi pendidikan sebagai


sebuah pengetahuan berdasarkan psikologi yang menyediakan serangkaian
sumber-sumber untuk membantu dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru
dalam proses belajar dan mengajar.
■ Dalam buku Educational Psychology yang diterjemahkan Buchori (1978), psikologi
pendidikan adalah pembelajaran sistematik tentang proses-proses dan faktor-faktor
yang berhubungan dengan pendidikan manusia.
■ Borich dan Tambori(1997), psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang
memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal
mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
■ Grinder(1981), psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke
dalam situasi bilik darjah.