Anda di halaman 1dari 11

GKK1043

KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN

TAJUK 2.1:DEFINISI DAN KEPENTINGAN


KECERGASAN

NAMA:TEOH ZHUAN CI
OPSYEN:SEJARAH (SJKC)
PENSYARAH:EN.ROSLI B.ABDULLAH
 Perkataan kecergasan atau fitness biasanya
berkait rapat dengan sukan.
 Kecergasan sebenarnya meliputi semua aspek
iaitu kecergasan jasmani, kecergasan emosi,
kecergasan rohani, dan kecergasan intelek.
 Kecergasan dikaitkan dengan sukan iaitu lebih
kepada kecergasan jasmani ataupun kecergasan
fizikal.
 Kecergasan boleh memfaktori kejayaan seseorang
dalam melakukan sesuatu aktiviti atau
pertandingan yang melibatkan fizikal.
 Menurut Haji Gapor Ahmad
 Kecergasan merupakan keupayaan dan
kemampuan seseorang melakukan sesuatu
dengan sempurna
 Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan
sosiologikal.
 Digambarkan sebagai keupayaan menjalani
kehidupan yang sempurna dan keupayaan
memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang
terbaik.
 Merangkumi aspek fizikal, mental,emosi dan
sosial.
 Setiap aspek mempunyai hubungan yang rapat
antara satu sama lain.
 Apabila salah satu daripada aspek tersebut
terjejas,makna aspek lain juga akan terjejas.
ASPEK KECERGASAN

MENTA
FIZIKAL SOSIAL
L

EMOSI ROHANI
a. Kecergasan Fizikal
 keupayaan individu untuk berfungsi secara
berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja
fizikan harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif disamping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

b. Kecergasan Mental
 keupayaan individu untuk berfikir dan
menggunakan maklumat untuk meningkatkan
kualiti hidup seharian dan berfungsi secara
optimal.
c. Kecergasan Sosial
 keupayaan individu untuk berinteraksi dengan
orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang
bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti
hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan
ini.

d. Kecergasan Emosi
 keupayaan individu menangani kehidupan
seharian serta perasaan sendiri secara membina,
proaktif, dan optimisk.
e. Kecergasan Rohani
 keupayaan individu untuk membentuk satu sistem
nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan
seta menetapkan dan melaksanakan matlamat
kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
 Membantu dalam pembangunan sosial individu
dan menolong menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling dan masyarakat.
 Menguasai kemahiran intrapersonal dan
interpersonal
 Intrapersonal merupakan kebolehan untuk
memahami diri sendiri.
 Interpersonal merupakan keupayaan untuk
memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
 Dapat berfikir secara kritis.
 Membantu meningkatkan kefahaman,kejelasan dan
keupayaan untuk menggunakan matlumat secara
berkesan.
 Membuat pertimbangan yang lebih bijak dan
berkesan untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

 Membantu mengawal emosi


 Tubuh badan yang cergas berupaya membantu
mengawal perasaan
 Berupaya mengenalpasti cara mengawal atau
melepaskan perasaan.
 Merangsang individu berfikiran positif dan rasional
 Melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran
positif dalam menangani sebarang situasi.
 Membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi
sihat dan meningkatkan daya kecerdasan.
 Menyihatkan tubuh badan dan menyingkirkan toksin.
 Meningkatkan stamina.
 Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
 Mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
 Badan akan berfungsi dengan efisien apabila
menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian
disamping mempunyai tenaga untuk beriadah dan
mengatasi kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai