Anda di halaman 1dari 38

EKONOMI T5

BAB 1
EKONOMI & KERAJAAN
PERANAN KERAJAAN DALAM
EKONOMI
 Kerajaan – Suatu unit ekonomi yang menjalankan
kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
 Sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial
dalam ekonomi.
 Barang Awam – barang yang dapat digunakan oleh
individu tanpa mengurangkan faedah penggunaan
individu lain dan tidak boleh menghalang individu lain
daripada menggunakannya.
 Barang Sosial – barang atau perkhidmatan yang
membawa manfaat terbesar kepada semua masyarakat.
MONOPOLI SEMULA JADI
KERAJAAN
 Monopoli Semula jadi – monopoli kerajaan iaitu
pengeluaran barang atau perkhidmatan dibenarkan untuk
dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan (GLC).
 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) – Syarikat yang
mempunyai objektif komersial dan kepentingannya dikawal
secara langsung oleh kerajaan Malaysia.
 Pengeluaran barang awam dan barang sosial memerlukan
kos modal yang tinggi.
 Dibiayai melalui dana daripada masyarakat iaitu CUKAI.
 Menghalang pengeluar swasta memasuki industri tersebut.
 Kerajaan mengawal harga barang keluaran kerana menjadi
pemilik tunggal.
 Pengawalan harga barang dapat menjamin kebajikan
masyarakat.
 Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi:
 Satu firma sahaja
 Keluaran tidak ada pengganti
 Penentu harga pasaran
 Tiada kebebasan keluar masuk industri.
PERANAN KERAJAAN SEBAGAI
MAJIKAN
 Majikan terpenting di Malaysia dengan menawarkan peluang
pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.
 Peluang pekerjaan yang disediakan dapat menjana
pendapatan kepada penjawat awam > meningkatkan taraf
hidup > kuasa beli ditingkatkan > mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dalam negara.
 Faedah sampingan kepada kakitangan awam seperti:
 Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA)
 Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
 Imbuhan tetap khidmat awam
 Pencen selepas bersara
 Cuti tahunan mengikut kelayakan
 Cuti bersalin
PERANAN KERAJAAN UNTUK MENCAPAI
OBJEKTIF MAKROEKONOMI NEGARA

 Makroekonomi – Kajian mengenai ekonomi secara


menyeluruh dalam isu umum seperti pendapatan atau
keluaran negara, guna tenaga dan masalah
pengangguran.
 Objektif makroekonomi kerajaan adalah untuk
mencapai;
 Guna Tenaga Penuh (GTP)
 Kestabilan harga
 Pertumbuhan ekonomi
 Kestabilan imbangan pembayaran
 Guna Tenaga Penuh
 Guna Tenaga Penuh – Merujuk kepada kadar
pengangguran di sesebuah negara berada pada paras
yang rendah iaitu kurang daripada 4%.
 Guna Tenaga – Jumlah tenaga buruh yang digunakan
oleh sesebuah negara dalam pengeluaran barang dan
perkhidmatan.
 Pengangguran – tenaga buruh yang ingin dan sanggup
bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.
 Guna tenaga tinggi / Pengangguran yang rendah >>
Banyak kegiatan ekonomi dijalankan >> Jumlah barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan di pasaran tinggi >>
Tingkat pendapatan negara meningkat >> Pertumbuhan
ekonomi akan bertambah baik >> Taraf hidup .
 Situasi GTP - Tenaga buruh digunakan dengan optimum
dan jumlah keluaran negara adalah maksimum
Kadar Keluaran negara
Pencapaian guna
pengangguran pada tahap
tenaga penuh
yang rendah maksimum

Taraf hidup Pendapatan


masyarakat negara
meningkat meningkat

Kesan Pencapaian Guna Tenaga Penuh (GTP)


 Kestabilan Harga
 Ketidakstabilan harga yang menyeluruh dan berterusan
akan menjejaskan taraf hidup masyarakat.
 Inflasi – Tingkat harga umum meningkat secara
berterusan
 Deflasi / Kemelesetan ekonomi – Tingkat harga umum
menurun secara berterusan

Tingkat harga Tingkat harga


umum naik umum jatuh
berterusan berterusan

Firma mengalami
Kos sara kerugian dan
terpaksa
hidup naik membuang
pekerja

Kuasa beli Kadar


pengguna pengangguran
menurun meningkat

INFLASI DEFLASI
 Pertumbuhan Ekonomi
 Pertumbuhan Ekonomi – Peningkatan jumlah keluaran
barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada
sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan Penambahan
Peningkatan
ekonomi yang peluang
kegiatan ekonomi
tinggi pekerjaan

Kadar Peningkatan
Peningkatan guna
pengangguran pendapatan
tenaga
menurun negara

Peningkatan
kuasa beli dan Peningkatan taraf
permintaan hidup masyarakat
agregat

Kesan Pertumbuhan Ekonomi Terhadap Negara


 Kestabilan Imbangan Pembayaran
 Imbangan Pembayaran – Satu penyata kewangan yang
merekodkan aliran wang masuk dan keluar kesan
daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh
setahun.
 Lebihan Imbangan Pembayaran – Aliran wang yang
masuk ke sesebuah negara lebih tinggi daripada aliran
wang yang keluar ke negara lain.
 Defisit Imbangan Pembayaran – Aliran wang ke luar
negara melebihi aliran wang masuk ke dalam negara.
 Kerajaan berusaha mewujudkan imbangan pembayaran
lebihan dengan meningkatkan nilai eksport barang dan
perkhidmatan dan menggalakkan kemasukan pelabur
asing.
 Imbangan pembayaran akan menguntungkan negara.
Imbangan pembayaran Imbangan pembayaran
lebihan defisit

Rizab pertukaran asing di Rizab pertukaran asing di


bank pusat bertambah bank pusat berkurang

Nilai mata wang tempatan Nilai mata wang tempatan


semakin meningkat semakin merosot

Kegiatan ekonomi dalam Kegiatan ekonomi dalam


negara semakin pesat negara semakin merosot

Kesan lebihan imbangan pembayaran dan defisit imbangan pembayaran


PERANAN KERAJAAN DALAM
MENGAWAL SELIA PENGELUAR DAN
EKSTERNALITI NEGATIF
 Pengeluar @ Firma mungkin menjejaskan kebajikan
masyarakat dengan mengeksploitasi pengguna dan
menimbulkan kesan eksternaliti negatif semata-mata
ingin mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan.
 Mengeksploitasi pengguna – Menetapkan harga yang
tinggi atas barang keperluan @ menjual barang yang
tidak selamat / tidak berkualiti kepada pengguna.
 Eksternaliti negatif – Kos luaran yang ditanggung oleh
masyarakat selain pengeluar dan pengguna barang itu.
 Contoh eksternaliti negetif seperti pencemaran udara,
pencemaran air dsb.
 Kerajaan mengawal dan memantau aktiviti pengeluar
melalui pelaksanaan undang-undang dan peraturan,
pemberian subsidi dan cukai.
 Undang-undang dan Peraturan
 Kerajaan menetapkan peraturan dan undang2 tertentu
dalam operasi sistem pasaran untuk mengawal selia
aktiviti pengeluaran.
 Tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat.
 Undang-undang – peraturan yang digubal oleh kerajaan
yang mesti dipatuhi oleh masyarakat. Contohnya Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.
 Peraturan – segala yang telah ditentukan dan harus
dipatuhi. Contohnya mempamerkan harga jualan barang
dan perkhidmatan dengan jelas.
 Mengawal Eksploitasi Pengguna
 Kerajaan telah mengisytiharkan sesetengah barang
penggunaan asas sebagai barang kawalan
 Peniaga tidak dibenarkan menaikkan dan menurunkan
harga barang kawalan tanpa persetujuan kerajaan.
 Kerajaan juga mengenakan dasar harga dan kuota untuk
mengawal harga pasaran.
 Pengeluar juga diwajibkan mempamerkan bahan yang
digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput.
Dasar Harga Dasar Harga
DASAR Kuota
Maksimum Minimum
Dasar penetapan Dasar penetapan Had penawaran
harga yang lebih harga yang lebih sesuatu barang
Definisi rendah daripada tinggi daripada pada suatu tingkat
tingkat harga tingkat harga kuantiti yang
keseimbangan keseimbangan tertentu
Kebajikan Kebajikan Mengatasi masalah
pengguna dapat pengeluar dapat lebihan atau
dijaga supaya dijaga supaya kurangan barang
Kesan pengguna dapat pengeluar di pasaran
membeli barangan mendapat
dengan harga keuntungan yang
berpatutan lebih tinggi
 Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif
 Kerajaan mengawal kesan eksternaliti negeti melalui
beberapa cara seperti;
a) Pemberian lesen kepada firma pengeluar
b) Menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan
, industri berat dan industri ringan
c) Menjalankan pemantauan aktiviti pengeluaran firma.
 Subsidi
 Subsidi – Bantuan kewangan yang diberikan oleh
kerajaan kepada sesuatu perniagaan atau sektor
ekonomi
 Motifnya untuk menstabilkan harga barang dan
mengurangkan kos pengeluaran.
 MengawalEksploitasi Pengguna
 Kos pengeluaran meningkat >> pengeluar pindahkan beban
kos kepada pengguna >> harga barang meningkat
 Kerajaan beri subsidi untuk mengelakkan pengeluar
meningkatkan harga barang.
 Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif
 Kerajaan menggalakkan pengeluar menggunakan kaedah
pengeluaran yang lebih mesra alam.
 Kerajaan juga menggalakkan pengeluaran sesuatu barang
dan perkhidmatan.
 Penukaran kepada kaedah teknologi hijau memerlukan kos
modal yang tinggi pada peringkat awal.
 Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar untuk
mengurangkan kos.
 Cukai
 Cukai – Mekanisme yang mengumpulkan hasil daripada
individu atau syarikat dan entiti lain untuk
membangunkan negara dengan menyediakan
kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.
 Mengawal Eksploitasi Pengguna
 Akan menambahkan kos pengeluaran pengeluar.
 Mengurangkan jumlah penawaran di pasaran.
 Contohnya cukai minuman keras dan rokok.
 Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif
 Dikenakan keatas pengeluaran barang dan perkhidmatan
yang membawa kepada pencemaran alam sekitar.
 Contohnya cukai karbon.
MATLAMAT KERAJAAN UNTUK MENJAGA
KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN MENINGKATKAN
KEMAKMURAN NEGARA

 Ketiga-tiga peranan kerajaan saling berhubung kait


antara satu sama lain untuk menjaga kebajikan
msyarakat dan meningkatkan kemakmuran negara.
Mencapai objektif Mengawal selia
makroekonomi pengeluar dan
negara eksternaliti negatif

Menggaji pekerja
dalam sektor
awam
Sebagai pengeluar Undang-undang dan
Guna tenaga penuh
dan majikan subsidi
Menyediakan
barang awam dan
barang sosial Mengawal harga
Kestabilan harga
pasaran

Menggalakkan Pertumbuhan
aktiviti pelaburan ekonomi

Aliran modal ke Kestabiln imbangan


dalam negara pembayaran

Hubung kait antara ketiga-tiga peranan kerajaan


PENUNJUK EKONOMI

 Penunjuk Ekonomi – Data-data makroekonomi yang


digunakan oleh penganalisis untuk mentafsir prestasi
sesebuah ekonomi secara keseluruhan atau mengkaji
peluang pelaburan semasa dan akan datang.
 Termasuk laporan perolehan dan ringkasan ekonomi
seperti;
 Pengangguran
 Perumahan
 Indeks harga penguna (IHP)
 Jualan runcit
 Inflasi
 Indeks pasaran saham
 Perubahan dalam bekalan wang
 Indeks Harga Pengguna (IHP)
 Indeks harga pengguna (IHP) merupakan penunjuk
ekonomi yang boleh digunakan untuk mengkaji
perubahan tingkat harga umum dalam ekonomi.
 Digunakan untuk menunjukkan kos sara hidup
masyarakat.
 Peningkatan tingkat harga umum (inflasi) dikesan
melalui peningkatan dalam IHP.
 Indeks harga pengguna (IHP) – Mengukur perubahan
harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan
yang terpilih dalam ekonomi bagi suatu tahun
berbanding dengan suatu tahun dasar.
 Pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP)
 Proses pengiraan harga purata barang dan perkhidmatan
tidak dapat mengambil kira semua barang dan
perkhidmatan dalam pasaran.
 Barang dan perkhidmatan yang terpilih dalam pengiraan
IHP merupakan item-item yang boleh mewakili corak
purata pembelian oleh sekumpulan penduduk.
 Item-item ini dikelaskan kepada 12 kumpulan barangan
dan perkhidmatan utama mengikut Klasifikasi Penggunaan
Individu Mengikut Tujuan (COICOP) [Classification of
Individual Consumption Acording to PurposeI] yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Wajaran 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan utama dalam indeks harga pengguna (IHP)
 Tahun Dasar dan Tahun Semasa
 IHP diukur dengan membandingkan harga purata barangan
dan perkhidmatan yang diperoleh pada tahun dasar dengan
harga purata barang pada tahun semasa.
 Tahun Dasar – Suatu tahun yang tingkat harganya dijadikan
asas perbandingan dengan tingkat harga bagi tahun yang
berbeza.
 Tahun Semasa – tahun yang ingin dikira indeks harga
penggunannya.
 Tahun dasar diberikan nilai indeks 100.
Indeks harga pengguna di Malaysia
 Indeks Harga Pengguna di Malaysia
 Peratus peningkatan dalam tingkat harga umum boleh
diketahui melalui perbezaan mata indeks harga pengguna
pada tahun yang berbeza.
 Indeks harga pengguna yang semakin meningkat dari
setahun ke setahun menunjukkan peningkatan dalam
tingkat harga umum secara berterusan.
 Ini menunjukkan berlakunya inflasi dalam ekonomi.
 Inflasi
 Kadar Inflasi – peratus perubahan tingkat harga umum
pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
 Formula pengiraan kadar inflasi;
𝐼𝐻𝑃1 − 𝐼𝐻𝑃0
× 100
𝐼𝐻𝑃0
 𝐼𝐻𝑃1 = IHP tahun semasa
 𝐼𝐻𝑃0 = IHP tahun sebelumnya
 Inflasi boleh dikelaskan kepada;
 Inflasi sederhana – kadar inflasi antara 2% - 3%
 Inflasi merangkak/merayap – kadar inflasi antara 4% - 5%
 Inflasi melampau/hiperinflasi – kadar inflasi terlalu tinggi
sehingga mencapai beberapa ratus peratus.
 Inflasi dibahagikan kepada 3 jenis mengikut punca
berlakunya seperti;
 Inflasi tarikan permintaan
 Inflasi tolakan kos
 Inflasi diimport

 Inflasi Tarikan Permintaan


 Inflasi tarikan permintaan – Kenaikan tingkat harga umum
apabila permintaan masyarakat terhadap barang dan
perkhidmatan melebihi penawarannya di pasaran.
 Punca berlakunya peningkatan jumlah permintaan dalam
inflasi tarikan permintaan ialah;
 Peningkatan tingkat pendapatan
 Pertambahan penawaran wang
 Inflasi Tolakan Kos
 Inflasi tolakan kos – kenaikan tingkat harga umum apabila
kos pengeluaran meningkat.
 Peningkatan kos menyebabkan pengeluar memindahkan
beban tersebut kepada pengguna demi mengekalkan
margin keuntungan mereka.
 Margin keuntungan – nisbah keuntungan dibandingkan
dengan hasil jualan

 Inflasi diimport
 Inflasi diimport – kenaikan tingkat harga umum apabila
harga barang yang diimport dari luar negara meningkat.
 Kesan Inflasi
 Kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran >> Kos
sara hidup yang semakin meningkat >> Kewangan pengguna
semakin membebankan >> Kesan inflasi dalam kehidupan
 Kesan inflasi dilihat dalam aspek2 yang berikut
 Harga barang
 Tabungan
 Pendapatan
 Pengangguran
 Eksport
 Kadar faedah
 Kesan Inflasi terhadap Harga Barang
 lnflasi berlaklu apabila lingkal harga umum meningkat
secara berterusan.
 Harga barang dan perkhidmatan di pasaran semakin
meningkat.
 K am hidup ..emakin mcrungkal clan masyarakal
menjadi kurang mampu unluk mcmbel1lMran dan
perkhldmalan yang boleh memenuhi kepuasan dan
ehendak 111 reka.
 •
 Jeh ill! larae kehaJikaD masvaral,al .kan ltrjejas.
 •
 Bagi mereka yang berpendapalan lelap alau menerima
pencen, kos sara hidup yang sernakin tinogi nkan
membebankan kehidupan d. n menjejaskan kebajikan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai