Anda di halaman 1dari 56

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

MORAL
Pengenalan:
Perkembangan moral adalah satu perkara
penting yang mesti diketahui sebelum
program pendidikan moral dapat digubal.
Pengetahuan mengenai perkembangan ini
perlu kerana pemilihan kaedah pengajaran,
penggunaan bahan atau isi pelajaran serta
pemberian tugasan kepada murid-murid di
peringkat pemikiran yang tidak sesuai
dengan perkembangan mereka itu boleh
menyekat perkembangan mereka. Ini salah
dari segi pendidikan.
Pelbagai penerangan
mengenai perkembangan moral
telah dikemukakan oleh para
penyelidik yang mempunyai
fahaman, pandangan dan
pendapat yang berbeza. Kay
(1968) misalnya,
mengkategorikan penerangan
tentang perkembangan moral
serperti berikut:
 1. Peringkat-peringkat
perkembangan yang mudah.

 2. Isbat-isbat moral.

 3. Pertimbangan moral.

 4. Perkembangan psikososial.
Selain meneliti teori perkembangan
kognitif yang berkaitan dengan
pertimbangan moral sebagai satu
penerangan perkembangan moral,
Wright (1978) telah meneliti teori-teori
psikoanalisis dan pembelajaran tingkah
laku. Wright juga membincangkan
pandangan teori kelompok sosial oleh
Hoffman (1970) yang menyatukan teori-
teori psikoanalisis dan pembelajaran
tingkah laki di bawah judul teori
pembelajaran sosial.
Teori pembelajaran sosial ini,
mengikut Hoffman menitikberatkan
pengaruh persekitaran sosial,
terutaman teknik-teknik sosialisasi
orang dewasa terhadap
perekembangan moral kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, tidak semua
teori perkembangan moral yang
dicatatkan di atas mendapat sokongan.
Pada masa ini, sama ada wajar ataupun
tidak, perhatian hanya diberikan
kepada teori pembelajaran sosial dan
teori perkembangan kognitif yang
menawarkan kaedah-kaedah alternatif
dalam mengkaji perkembangan moral.
Menurut Edwards
(1983), teori-teori ini
mewakili dua
perspektif teoritikal
yang bertanding di
antara satu dengan
yang lain.
Perkembangan Moral boleh didefinisikan
mengikut tiga aspek perkembangan iaitu:

 1. Perkembangan pemikiran moral:


penaakulan tentang apa yang benar dan apa
yang salah.

 2. Perkembangan perasaan moral: ingin


melakukan perkara yang baik.

 3. Perkembangan tingkah laku moral: tindakan


yang benar.
TEORI
PERKEMBANGAN
MORAL KOGNITIF
Pengenalan:
Teori perkembangan kognitif mendakwa
perkembangan moral dibayangi oleh
perubahan-perubahan dalam pertimbangan
moral. Perubahan ini berlaku mengikut
perkembangan dan kematangan intelek
individu itu. Memang benar, penyelidikan
yang dijalankan oleh Jean Piaget
mencadangkan bahawa perkembangan
intelek boleh mengubah sikap kanak-kanak
terhadap peraturan moral.
Dengan kata lain, perkembangan
mental, kognitif dan intelektual
kanak-kanak membolehkan kanak-
kanak itu mengalami pertumbuhan
yang mengeluarkannya daripada
peringkat kemoralan
heteronomous ke peringkat
kemoralan autonomi.
Sungguhpun Piaget adalah tokoh yang
pertama menerangkan pendekatan
perkembangan kognitif dalam
perkembangan moral dan walaupun
penyelidikannya menjadi kajjian
terpenting dalam bidang ini, namun ramai
berpendapat mulai akhir tahun 1950-an,
pelopor utama teori perkembangan
kognitif ialah Lawrence Kohlberg. Oleh itu,
penerangan lanjut tentang teori
perkembangan kognitif akan ditumpukan
kepada karya Kohlberg.
Dalam skema Kohlberg, terdapat
tiga tingkat perkembangan moral
dan setiap satunya dibahagikan
kepada dua peringkat. Menurut
Shaver dan Strong (1982), ketiga-
tiga tingkat dann enam peringkat
perkembangan moral Kohlberg ini
ialah seperti berikut :
Peringkat:
 1. Orientasi dendaan dan kepatuhan.

 2. Orientasi instumental relativis.

 3. Orientasi persetujuan antara individu.

 4. Orientasi undang-undang dan peraturan.

 5. Orientasi contract-legalistic sosial.


Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif
tidak bersetuju dengan pendapat ahli-ahli
psikologi behaviorisme (tingkah laku). Mereka
dapati proses perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak adalah berterusan
dan tidak selalunya melalui pengaruh dan
asuhan. Ahli-ahli psikologi gestalt seperti Kurt
Koffka, Wolfgang Kohler, Jean Piaget dan Max
Wertheimer mendapati proses perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi dengan
perkembangan kognitif. Setiap kanak
membentuk struktur kognitif dalam
ingatannya.
Tokoh Jean Piaget
Berpendapat bahawa perkembangan
moral kanak-kanak adalah mengikut
perkembangan empat zaman ini. Pada
peringkat awal kanak-kanak akan
menyesuaikan dirinya dengan
persekitaran dan hubungan sosial. Sikap
kanak-kanak terus berubah apabila
memahami bahasa dan dapat
berinteraksi dengan persekitaran.
Pada masa ini, kanak-kanak akan
mematuhi semua peraturan sosial
dan banyak menyoal tentang
kewujudan persekitaran. Setelah
memahami nilai moral, mereka
akan menghormati dan
menghargai apa yang ada
disekelilingnya.
Piaget membahagikan perkembangan moral kanak-
kanak akan dipupuk kepada tiga bahagian iaitu:

 1. Peraturan-peraturan dalam permainan iaitu


bagaimana kanak-kanak dapat menerima peraturan-
peraturan permainan dan bertindak ke atas
peraturan-peraturan itu.

 2. Realisme Moral iaitu keupayaan menilai dan


bertindak bagi memenuhi keperluan diri dan orang
lain.

 3. Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu


adea saksama dan sama.
TEORI KOLHBERG
Beliau berpendapat bahawa
sikap moral bukan sahaja hasil dari
sosialisasi tetapi juga dari kebiasaan
dan kebudayaan. Perkembangan
moral kanak-kanak mempunyai
hubungan dengan latar belakang
keluarga, perbentukan peribadi,
pendidikan dan aktiviti sosial.
Menurut Kolhberg, tahap
perkembangan moral kanak-
kanak adalah sama dalam
semua masyarakat.
Kebudayaan dapat
mempengaruhi
perkembangan moral kanak-
kanak.
Bagi mencapai perkembangan moral
yang lebih tinggi lagi, Kolhberg
berpendapat bahawa seseorang individu
itu perlu lebih kerap berinteraksi dengan
orang dewasa. Orang dewasa yang
memberi ajaran atau nasihat itu haruslah
mempunyai tingkah laku yang sesuai
dengan masyarakat. Keadaan ini amat
penting khasnya pada masa kanak-kanak
itu menerima konflik dalam penerima
moral itu.
Kolhberg mendapati semakin
tinggi tahap perkembangan
moral seseorang, semakin
mantap penaakulan moral dan
tanggungjawab individu itu.
Teori
Perkembangan
Moral Sosial
Teori pembelajaran sosial ini
menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara
memerhatikan dan mengikut (tiru)
orang lain melakukan sesuatu.Ini
dilakukan dengan cara
memerhatikan tingkah laku,gerak
balas,bahasa dan sifat-sifat
personaliti yang ditonjolkan oleh
orang lain.
Tokoh Bandura
 Bandura (1963)
terdapat banyak
tingkah laku
yang dipelajari
melalui contoh,
teladan, tiruan,dan
penggunaan bahasa.
Menurut Tokoh Bandura:

 1. Tiruan secara langsung: ini dilakukan


dengan melihat orang lain atau model itu
sendiri.

 2. Peniruan dapat dibahagikan kepada sekat


lakuan dan tidak sekat lakuan. Sekat lakuan
merupakan tingkah laku yang sesuai pada
sesuatu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi
lain.Tingkah laku ini harus diteguh demi
membentuk disiplin yang baik. Peniruan tidak
sekat lakuan ialah individu terus meniru
amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi.
3. Peniruan secara elisitasi: proses
ini menunjukkan seseorang itu
terus melakukan apa sahaja orang
lain lakukan setelah individu tahu
melakukannya.

Tiruan ini merupakan mengulangi


gerak geri tindakan orang lain.
Teori Personaliti
Personaliti berasal daripada
perkataan Latin “Persona” yang
membawa maksud topeng atau
pelindung muka iaitu merujuk kepada
penampilan luaran seseorang individu.
Menurut ahli psikologi, personaliti
merangkumi pemikiran, persepsi, nilai,
sikap, watak, keupayaan, kepercayaan,
kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan
sebagainya.
Teori Perkembangan Sigmund
Freud
Sigmund Freud mendefinisikan
personaliti sebagai sifat-sifat yang
menggambarkan diri seseorang
individu, iaitu merujuk kepada
tingkah laku yang boleh
diperhatikan oleh orang lain atau
merujuk kepada perasaan-perasaan
yang dialami oleh seseorang dalam
dirinya sendiri.
Menurut Freud, dalam usaha
membentuk personaliti yang
diinginkan, didikan dan layanan yang
diterima oleh individu semenjak kecil
perlu diberi perhatian. Oleh itu,
ibubapa, guru dan masyarakat
sekeliling perlu membantu
perkembangan kendiri kanak-kanak
supaya mereka dapat mengatasi
konflik-konflik yang timbul pada
setiap peringkat perkembangan.
Menurut Freud, dalam usaha
membentuk personaliti yang
diinginkan, didikan dan layanan yang
diterima oleh individu semenjak kecil
perlu diberi perhatian. Oleh itu,
ibubapa, guru dan masyarakat
sekeliling perlu membantu
perkembangan kendiri kanak-kanak
supaya mereka dapat mengatasi
konflik-konflik yang timbul pada setiap
peringkat perkembangan.
Teori Perkembangan
Psikososial
Dalam teori psikoanalisis berhubung
dengan perkembangan moral, konsep
super ego adalah penting. Sebelum
diteliti komponen super ego dan fungsi-
fungsinya yang berkaitan dengan
pendidikan moral, mestilah terlebih
dahulu dilihat, walaupun secara ringkas,
ketiga-tiga sistem berstruktur utama,
yang terdapat dalam fikiran dan sahsia
manusia. Kesemua sistem ini telah
diperkenal dan dibezakan oleh Freud.
Super ego dapat diumpamakan
seperti seorang bapa yang garang.
Dia boleh berhadapan dengan ego
dengan cara menggunakan
peraturan moral untuk mengawal
id. Ego pula mesti mendamaikan
desakan-desakan id, super ego
dan kenyataan luaran yang
kesemuanya berkonflik atau
bertentangan,
Seperti yang dibayangkan atau
dinyatakan dalam penerangan ringkas ini,
super ego ialah gabungan suara batin
dan ego-unggul yang berfungsi untuk
menentukan tingkah laku. Menurut
Wright (1979), fungsi suara batin ialah
menekan, melemah atau mengalihkan
kuasa-kuasa naluri yang jika
dibenarkan bertindak akan mencabul
peraturan moral masyarakat.
Teori Perkembangan
Psikososial Erikson
 1. Perkembangan kepribadian manusia terjadi
sepanjang rentang kehidupan.

 2. Perkembangan kepribadian manusia


dipengaruhi oleh interaksi sosial hubungan
dengan orang lain.

 3. Perkembangan kepribadian manusia


ditentukan oleh keberhasilan atau kegagalan
seseorang mengatasi krisis yang terjadi pada
setiap tahapan sepanjang rentang kehidupan.
Hubungkait teori-teori
perkembangan moral
dengan perubahan individu
dari penaakulan, emosi
moral dan tingkah laku
moral.
Perkembangan moral dapat
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu
perkembangan pemikiran, perasaan
(emosi) dan juga tingkah laku moral.
Perkembangan dalam ketiga-tiga
aspek ini akan membawa kepada
kematangan dan kehandalan moral
kanak-kanak.
Teori pembelajaran pemikiran,
perasaan dan tingkah laku
menekankan kepentingan pengaruh
orang dewasa dalam pembentukan
sikap dan nilai moral kanak-kanak.
Amalan dan campur tangan awal
oleh orang dewasa adalah penting
dalam pembentukan perkembangan
moral kanak-kanak.
Di samping itu, hal ini bergantung
kepada kanak-kanak yang menerima
disiplin dan latihan yang sesuai dalam
kehidupan harian mereka. Penggunaan
dendaan dan ganjaran yang kurang
sesuai akan menimbulkan kerisauan
dan pergaduhan di kalangan kanak-
kanak. Jadi kesannya ialah akan
menjejaskan perasaan dan pemikiran
kanak-kanak dalam jangka masa yang
pendek.
Dalam proses melihat dan
memerhati perasan, fikiran dan tingkah
laku orang dewasa, kanak-kanak akan
mempelajari banyak perkara. Sikap
orang dewasa akan menjadi model untuk
kanak-kanak untuk meniru.
Kesimpulannya, bak kata pepatah
“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”
Jadi, orang dewasa seharusnya
mengamalkan nilai moral yang baik dan
menjadi contoh yang berkesan supaya
melahirkan generasi muda yang bermutu
sekali pada masa depan.
Kesimpulan:
Banyak penulis bersetuju bahawa
semua penerangan atau teori
perkembangan moral memberi
sumbangan kepada pemahaman tentang
perkembangan moral. Tetapi mereka
juga membuat kesimpulan bahawa
antara teori-teori ini, tidak ada satu
teori pun yang boleh menerangkan
sepenuhnya perkembangan moral.
Misalnya, Wright menyatakan
semua teori perkembangan moral
yang telah dikajinya adalah penting
tetapi dia mendapati teori-teori itu
tidak mencukupi. Hoffman juga
berpendapat bahawa tidak ada satu
teori yang mempunyai monopoli
dalam menerangkan perkembangan
moral.
Oleh sebab teori-teori yang
sedia ada tidak memberikan suatu
gambaran yang lengkap mengenai
perkembangan moral, banyak
penyelidik (yang ingin mendapatkan
pemahaman yang lebih baik tentang
perkembangan moral) cuba
menyatukan atau mengusahakan
suatu sintesis bagi teori-teori
perkembangan moral tersebut.
Peters (1978) mencadangkan bahawa
teori Skinner adalah suatu tambahan
penting dan perlu kepada teori Kohlberg.
Downey dan Kelly (1978) pula
berpendapat bahawa sungguhpun teori-
teori perkembangan moral memberi
penerangan yang nampaknya
bertentangan, sebenarnya ia adalah
komplementari dan memberi celik akal
kepada beberapa aspek tentang
pertumbuhan dan perkembangan moral
kanak-kanak.
Terdapat beberapa
penyelidik yang lain seperti
Mischel dan juga Hoffman
yang telah cuba menyatukan
teori-teori perkembangan
moral berkenaan.
Rujukan:
Pendidikan Moral

ABDUL RAHMAN
MD.AROFF
CHANG LEE HOON
Sekian, Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai