Anda di halaman 1dari 54

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPG KAMPUS DARULAMAN

BNK1044
PENDIDIKAN BIMBINGAN
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

INTERAKSI 10
TAJUK 7:
KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG
KEIBUBAPAAN

• Komunikasi berkesan
• Gaya kepemimpinan ibu bapa
• Intrapersonal dan interpersonal
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

INTERAKSI 10
TAJUK 7:
KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG
KEIBUBAPAAN

• Komunikasi berkesan
• Gaya kepemimpinan ibu bapa
• Intrapersonal dan interpersonal
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Pengenalan
• Aspek keibubapaan begitu hangat diperkata dan
diperbincangkan di semua peringkat dalam masyarakat.
Manakala, permasalahan sosial yang semakin meruncing
terutamanya di kalangan anak-anak generasi muda
menyebabkan institusi keibubapaan berhadapan dengan
banyak tekanan.
• Masalah ini seolah-olah mahu dibebankan sepenuhnya di
atas bahu kedua ibu bapa. Ibu bapa hari ini menjadi
bingung dan kecewa apabila corak dan gaya keibubapaan
yang diwarisi dari generasi lalu tidak sepenuhnya berjaya
mencetuskan hasil yang diidam-idamkan.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Pengenalan (sambungan)
• Situasi ini memberi gambaran bahawa kemahiran
bimbingan bidang keibubapaan amat penting untuk diberi
perhatian yang serius.
• Antara kemahiran bidang keibubapaan yang akan
dibincangkan dalam kuliah ini ialah:

 Komunikasi berkesan
 Gaya kepemimpinan ibu bapa
 Intrapersonal dan interpersonal
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Komunikasi Berkesan
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang


berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-
 Mesej yang disampaikan difahami dengan
tetap dan jelas oleh penerima.
 Makna mesej difahami dan dikongsi bersama
oleh penghantar dan penerima.
 Perubahan yang berlaku akibat daripada
mesej seperti perubahan yang dikehendaki
oleh penghantar.
 Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Berkomunikasi dengan anak-anak


memang tidaklah mudah jika
dibandingkan dengan berkomunikasi
dengan orang dewasa.
Para ibu bapa sering mengalami kebuntuan
ketika untuk cuba berkomunikasi dengan
anak ketika anak sedang menunjukkan
perilaku mahupun perangai yang tidak tidak
sepatutnya seperti mogok makan mahupun
tidak mahu pergi sekolah bagi anak kecil.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Bagi anak remaja pula, mungkin


mereka melakukan perkara yang
lebih membimbangkan seperti
tidak pulang ke rumah.
Hasil kajian mendapati ibu bapa hanya
berkomunikasi 5 – 10 minit sahaja dengan anak-
anak. Fakta ini pasti mengejutkan banyak
pihak. Bila berlakunya jurang komunikasi di
antara ibu bapa dan anak-anak ataupun dengan
ahli keluarga yang lain, akan tercetuslah
kepincangan di dalam keluarga.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Komunikasi akan efektif dan efisien di antara ibu


bapa dan anak jika ibu bapa mengambil kira
beberapa perkara yang berkaitan dengan sifat
semulajadi anak-anak.
Jika ibu bapa cuba untuk memahami dan bertindak
dengan sewajarnya, mereka mampu menyampai
mesej dengan berkesan terhadap anak-anak
mereka.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Dr. Tengku Asmadi telah menggariskan empat


petua agar komunikasi ibu bapa dengan anak-
anak menjadi berkesan.

1. Komunikasi mestilah dua hala.


Apabila komunikasi kita perlu pastikan ia
berlaku secara dua hala dan bukannya satu hala
sahaja. Sebab itulah pastikan anak-anak dalam
keadaan bersedia bagi menerima apa yang
mahu disampaikan.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Semak sama ada apa yang disampaikan itu


difahami atau sebaliknya. Minta anak-anak
ulang semula apa yang disampaikan oleh
kita kepada mereka.
 Makna komunikasi ialah tindak balas yang
kita terima. Jika tindak balasnya tidak
seperti apa yang kita mahukan bermakna
ada sesuatu yang silap dalam komunikasi
kita dengan anak-anak.
 Usah terus membuat kesimpulan dengan
menyalahkan anak-anak semata-mata.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

2. Cara penyampaian itu penting.


 Apa yang disampaikan itu penting tetapi
keberkesanannya bergantung kepada
bagaimana ia disampaikan.
 Professor Albert Mehrabian, pakar
psikologi daripada UCLA, menyatakan
apabila berkomunikasi, kesannya
berdasarkan kepada perkara berikut.
7 peratus fakta
38 peratus nada suara
55 peratus gaya dan bahasa gerak badan
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Oleh itu, ibu bapa perlu faham


betapa pentingnya sesuatu mesej itu
disampaikan dengan suara yang jelas
dan bersungguh-sungguh.
 Ada ketikanya ibu bapa
menyampaikan sesuatu itu dengan
cara yang sambil lewa.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Contohnya, hanya dengan menjegilkan


mata seorang anak kecil tahu ibunya
sedang marah lalu terus duduk diam
semasa berada dalam majlis keramaian.
Sebab 55% kesan komunikasi adalah
daripada daripada bahasa badan.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Begitu juga apabila anak sedang memanjat


pokok lalu ibunya bersuara dalam nada
meninggi dan tegas;
“Ha.. panjat tinggi lagi, belum cukup tinggi
itu. Panjat lagi, panjat lagi!”
Anak itu terus turun daripada pokok
sedangkan kalau diikutkan fakta si ibu suruh
memanjat, tetapi nada si ibu itu membawa
maksud yang berbeza.
Nada suara memberi kesan kepada
komunikasi.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

3. Bercakap biarlah ikhlas daripada hati.

Deria keenam (keupayaan persepsi halus)


anak-anak dapat mengesan sama ada
apa yang disampaikan oleh ibu bapa itu
datangnya daripada hati yang ikhlas
ataupun sebaliknya.
Sesuatu yang datang daripada hati
terpahat di hati. Ia kekal disitu dan
diingati bagi tempoh masa yang lama.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Apabila kita menyuruh anak-anak belajar,


nyatakan dengan nada yang menunjukkan
keikhlasan. Bukan disebabkan kita bimbang
yang kita malu apabila anak tidak berjaya.

 Kita nasihatkan mereka sebab kita tahu kerana


pelajaran akan banyak membantu mereka
pada masa akan datang.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Apabila kita menasihati dan menegur dengan


ikhlas, maka kita tidak boleh merasa penat, jemu
dan hilang sabar. Kita terus lakukan apa yang
sepatutnya seorang ibu atau bapa lakukan.

 Kemudian tawakkal supaya Allah membuka pintu


hati anak dan memberikan petunjuk untuk
berubah dan berjaya.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

4. Pelbagaikan cara berkomunikasi.

Seperti yang dinyatakan awal-awal tadi, sesuatu


yang diucapkan itu mudah dilupakan.
Lebih-lebih lagi terlalu banyak perkara yang
mahu difikirkan oleh mereka dalam sehari.
Oleh itu jangan sekadar bercakap, tetapi susuli
juga dengan SMS, memo, surat, ditulis pada
papan putih dan sebagainya.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Mempelbagaikan cara berkomunikasi itu


membuktikan kita benar-benar
maksudkan apa yang diucapkan. Ia juga
memudahkan anak-anak mengingati apa
yang kita mahukan.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Penutup:
 Jangan pernah menganggap remeh pada soal
komunikasi dengan anak-anak. Setiap anak
mempunyai keunikan tersendiri.
 Jangan juga membandingkan anak dengan
sesiapa pun apatah lagi dibandingkan dengan
saudara kandung mereka sendiri.
 Diharapkan agar para ibu bapa dapat dan
setidak-tidaknya untuk cuba berkomunikasi
secara efektif dan efisien dengan anak-anak
dengan penggunaan bahasa yang sesuai
dengan usia dan memahami kondisi yang
sedang dialami oleh anak pada waktu itu.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Gaya Kepemimpinan Ibu Bapa


Perbincangan Pengamalan gaya
kepemimpinan keibubapaan ini penting
untuk dikaji bagi mengenal pasti tahap
personaliti individu yang terbentuk. Ini
adalah kerana ibubapa memainkan peranan
yang sangat penting untuk membina individu
yang mempunyai sahsiah yang baik dan
seterusnya menjadi ahli masyarakat yang
dapat menyumbang ke arah pembangunan
masyarakat yang harmoni dan bertamadun.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Al Ghazali (1296 H) mengatakan:


Sesungguhnya cara yang digunakan untuk melatih
kanak-kanak merupakan hal yang penting dan
utama. Kanak-kanak merupakan amanah dan
tanggungjawab di tangan ibu bapanya, jiwanya
yang suci murni merupakan permata mahal yang
bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran,
dan ia boleh menerima setiap ukiran dan
cenderung kepada apa yang dicenderungkan
kepadanya (Hasan, 1979, ms. 15-16).
Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam: Suatu Analisa Sosio-Psikologikal.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Seterusnya Rousseau (1762) ada menyebutkan:


Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi
kanak-kanak terbentuk yang pengaruhnya besar
sekali kepada kehidupan selanjutnya, ... sebab
kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk
menerima baik atau buruk. Hanya ibu bapanyalah
yang mencenderungkan kepada salah satu di
antaranya (Hasan, 1979, ms. 16).

Ismail Ibrahim. 2002. Ibubapa Penentu Sahsiah Anak-anak. Kuala Lumpur:


Malaysian Institute of Islamic Understanding (IKIM)
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Pandangan A1 Ghazali dan Rousseau itu dapat


menggambarkan bahawa gaya didikan ibu bapa
sejak kanak-kanak memainkan peranan yang
utama lagi berkekalan di dalam pembentukan
personaliti seseorang individu.
 Gaya didikan yang dilaksanakan oleh ibu bapa
pula berbeza tertakluk kepada kefahaman, latar
belakang, pendidikan dan cara berfikir yang ada
kepada mereka.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Menurut Ismail (2002), ibubapa harus


memastikan hubungan mereka dan anak
dalam keadaan yang baik bagi memudahkan
proses mendidik dilakukan. Selain itu,
ketiadaan koordinasi antara ibu dan bapa juga
boleh membawa kepada kewujudan anak
yang bermasalah.

Ismail Ibrahim. 2002. Ibubapa Penentu Sahsiah Anak-anak. Kuala Lumpur:


Malaysian Institute of Islamic Understanding (IKIM)
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Rogers (1981) mengatakan kanak-kanak sejak di peringkat


awal lagi mesti disediakan tiga keadaan untuk mewujudkan
suasana galakan pertumbuhan bagi individu dapat
berkembang mengikut keupayaannya. Keadaan tersebut ialah
ketulenan, penerimaan tanpa syarat dan empati.
• Jika sikap ini tidak digunakan sejak peringkat awal kanak-
kanak, akan lahirlah personaliti defensif, bersikap tertutup
dan tidak mengikut lunas-lunas sosial dalam berkelakuan
serta tidak konstruktif.
• Begitu juga melalui teori Analisis Perlakuan oleh Eric Berne
mengatakan personaliti individu juga bergantung kepada
larangan-larangan dan pantang larang yang dialami oleh
kanak-kanak sejak di awal kehidupan mereka.

Rogers, P. (1981). Adolescence and Youth. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.


JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Menurut Baumrind (1971) gaya kepemimpinan ibu


bapa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
autoritatif, autoritarian, dan permisif. Ketiga-tiga gaya
kepemimpinan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar
mereka dapat memilih jenis gaya kepemimpinan atau
asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi
dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu
terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah
sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut
keperluan mendisiplinkan anak-anak.

Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developmental


Psychology Monographs, 4, part 2.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Gaya Kepemimpinan Autoritatif

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan


bertanggungjawab terhadap anak-
anak mereka. Gaya kepemimpinan
mereka yang bersifat rasional dan
demokratik dapat membentuk anak-
anak yang berfikiran positif, aktif
bersosial, bertanggung jawab, dan
mempunyai kompeten daripada aspek
kognitif.
Sambungan Gaya Asuhan Autoritatif…

Gaya kepemimpinan autoritatif


juga merupakan situasi ibu bapa
menyediakan satu peraturan
dalam keluarga tetapi bersikap
terbuka terhadap pandangan
anak-anak.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Menurut Clark dan Sheilds, (1997) melalui kajian yang


telah dijalankan mendapati komunikasi antara ibu bapa
dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram
dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan
menghasilkan remaja yang bersikap positif.
 Kajian yang dijalankan oleh Wintre & Sugar (2000),
mendapati kesepaduan keluarga seperti komunikasi
yang baik mempunyai hubungan dengan sifat daya saing
sosial dalam kalangan remaja. Oleh itu, ibu bapa perlu
menilai semula gaya keibubapaan mereka. Banyak
kajian menunjukkan gaya keibubapaan autoritatif boleh
membentuk tingkah laku anak yang positif.

Clark, R.D. & Sheilds, G. 1997. Family Communication and Delinquency


Adolescence 32(125): 81- 92.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Alice Rani (1998), telah mengkaji terhadap hubungan


antara gaya asuhan keluarga dan pembentukan
personaliti remaja. Sampel kajian adalah terdiri
daripada pelajar lelaki dan seramai 74 orang.
Penyelidik menggunakan soal selidik Parental
Behaviour Inventory (PBI) dan Junior Eysenck
Personaliti (JEPI). Dapatan kajian menunjukan bahawa
kebanyakan responden yang diasuh dalam keluarga
yang mengamalkan bentuk kepemimpinan
demokratik iaitu kebanyakan ibu bapa remaja telah
terdedah dengan cara mendidik dan mengasuh anak-
anak yang lebih baik dan bertimbang rasa .
Alice Rani, A.S. (1988). Gaya Asuhan Keluarga dan Pembentukan Personaliti
Remaja. UKM: Tesis Ijazah Sarjana Muda (Tidak diterbitkan).
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Kajian ini memberi gambaran kepada ibu


bapa supaya mempertingkatkan usaha
untuk memperbaiki semula kemerosotan
pengaruh gaya didikan anak-anak . Ibu bapa
perlu sentiasa mendalami ilmu pengetahuan
terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan
dengan perhubungan antara ibu bapa dan
anak.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Menurut Baumrind (1968), kanak-kanak


yang dibesarkan oleh ibu bapa yang
demokratik cenderung menjadi lebih
bertenaga, suka menjelajah, mempunyai
perasaan ingin tahu tinggi, berdedikasi,
dapat mengawal diri, puas hati dengan diri
dan bersikap positif terhadap rakan
sebaya.

Baumrind, D. (1968). Autoritarian vs Autoritative Parental Central


Adolescence. New Jersey: Prentice Hall Inc.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Gaya Asuhan Autoritarian


Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan
autoritarian pula mempunyai sifat kawalan
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab.
Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai
ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering
memberontak, pendendam, bimbang, cemas,
khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah
dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka
akan bertindak bermusuhan sekiranya
dikecewakan.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Gaya kepemimpinan ini menggambarkan ciri-ciri kesan


negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak akan
mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu
yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai
mood yang tidak menentu (Bee dan Boyd, 2002).

 Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang seringkali


dihukum dan seringkali menyaksikan tingkah laku devian
atau tingkah laku agresif dalam keluarga mempunyai risiko
yang tinggi dan menghadapi kesukaran dalam penyesuaian
kendiri (D’Angelo et al., 1995).
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Bandura dan Walters (1959), penyelidikan mendapati


bahawa remaja yang delinkuen dan agresif berasal
daripada keluarga yang ibu bapa mereka
menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan dan
menegakkan disiplin kepada anak-anak.

 Kajian oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986), mendapati


remaja yang diberi kasih sayang terlalu keras atau
tidak ambil peduli, autokratik, pasif serta diskriminasi
oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja
yang bermasalah, memberontak dan menuju tingkah
laku yang terpesong dan menyeleweng.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Gaya Kepemimpinan Permisif


Gaya kepemimpinan permisif pula adalah merujuk
kepada ibu bapa mesra dan bertanggung jawab, tetapi
lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anak-
anak terlalu bergantung, mempunyai permintaan yang
tinggi dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya
kepemimpinan permisif juga tidak mengambil berat
terhadap anak-anak dan akan melahirkan sikap
kecewa di kalangan anak-anak. Mereka merasakan ibu
bapa lebih mementingkan hal mereka berbanding
urusan menguruskan anak-anak (Santrock, 1972).
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

 Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang


permisif cenderung bersifat tidak dapat mengawal
diri, impulsif, kurang berdikari dan kurang
menjelajah. Anak-anak mereka sentiasa tidak
berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku
menolak dan selalu merasa kekurangan dari
semua aspek kefungsian psikologi. Walau
bagaimana pun, mereka lebih gembira dan cepat
sembuh daripada sesuatu tekanan atau pun krisis
berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara
autokratik (Baumrind, 1989).
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Setiap ibubapa memiliki kepemimpinan


dalam mendidik anak-anak bagi proses
perkembangan kognitif.

Menurut Hassan Mohd Ali (1996) dalam


buku berjudul Mendidik Anak Pintar &
Cerdas, ciri-ciri kepemimpinan yang perlu
ada kepada ibu bapa ialah:
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

1. Memberikan kasih sayang


Memberikan kasih sayang kepada anak-anak
adalah elemen penting yang mempengaruhi
perkembangan fizikal & kognitif anak-anak.
Ketenteraman emosi kedua-dua pihak ibu
bapa dan anak diperlukan bagi meransang
daya fikir dan intelek anak. Ketenangan dan
kestabilan emosi ini membolehkan anak-anak
menyerap seberapa banyak pembelajaran &
pengalaman yang diterima daripada ibubapa
& persekitarannya.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

2. Mendidik anak menggunakan disiplin positif


Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan oleh ciri-
ciri suka bertanya dan gemar mendesak supaya
perasaan ingin tahu dipenuhi dengan segera.
Sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas
seharian sehingga tidak bersedia melayan karenah
anak-anak, ini menyebabkan anak berasa tidak
dipedulikan. Keadaan ini juga menyebabkan naluri
penerokaan anak terbantut dan meninggalkan kesan
negatif pada perkembangan kognitifnya. Bagi
mengatasi masalah ini, ia memerlukan bantuan
disiplin supaya anak berupaya mengawal diri.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

3. Bersikap empati
Empati ialah berusaha memahami dan
menunjukkan rasa pemahaman yang sebenar
berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan
dialami oleh orang lain dalam diri sendiri.
Perasaan empati pada keadaan anak dapat
membantu anak mengembangkan kebolehannya
sebaik mungkin.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

4. Komunikasi berkesan
Perhubungan yang sihat bagi perkembangan
kognitif anak-anak adalah dengan menggunakan
perbincangan dan teknik komunikasi yang
berkesan. Semasa berkomunikasi, ibu bapa
perlu menyampaikan mesej secara berterus
terang kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu
membina asas kemahiran interaksi di kalangan
anak-anak.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

5. Menanamkan keyakinan diri anak-anak.


Dalam meningkatkan potensi diri anak-anak,
dorongan dan sokongan daripada ibubapa
diperlukan. Keyakinan diri yang terbina
menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi
anak supaya belajar, memajukan diri,
mempertajamkan daya intelek dan
mengatasi cabaran yang dihadapi oleh
mindanya.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

6. Pendidikan melalui teladan.


Ibubapa memainkan peranan penting dalam
membentuk peribadi anak-anak. Setiap tingkah
laku dan gaya ibubapa menjadi model yang
akan dirakam dan dilakonkan semula oleh anak-
anak. Ibubapa mengharapkan anak yang pintar
dan cerdas. Maka ibu bapa sewajarnya
mengambil inisiatif bagi membentuk
kesempurnaan diri sendiri dan mengambil
peluang memaparkan segala contoh yang
terbaik supaya diikuti oleh anak-anak.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

7. Meransang otak melalui bahan mainan.


Sudah menjadi kelaziman bagi anak-anak kecil
meminati segala jenis bentuk permainan. Kita
sering melihat anak-anak kecil leka bermain
sehingga tidak mempedulikan aktiviti-aktiviti
lain yang berlaku di sekeliling mereka. Bagi
anak-anak kecil bermain adalah seperti belajar.
Semasa bermain semua sensori
pancainderanya digunakan selain daripada
gerak laku fizikal yang berlaku berikutan
dengan itu.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

8. Meransang otak melalui pemakanan.


Makanan adalah satu tuntutan asasi. Menurut
Birch dan Gussow (1970), kanak-kanak yang
mendapat nutrisi yang cukup, ukuran
kecerdasannya adalah tinggi. Ibu bapa perlu
peka apabila merancang, membeli, memasak
dan menyajikan makanan supaya makanan itu
secara langsung dapat membantu meningkatkan
keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak.

Sumber diperolehi daripada buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, tulisan


Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Penutup
Ibu bapa yang berjaya sentiasa menerima kehadiran anak,
mendidik dan memberikan kasih sayang serta menjalankan
amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Tugas ibu bapa adalah sepanjang hayat. Ibu bapa yang berjaya
mengendalikan perhubungan antara ibu bapa dan anak, akan
melahirkan suasana yang mesra dan harmoni serta dapat
menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan genarasi
seterusnya. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mempraktiskan mana-mana gaya kepemimpinan untuk
membentuk sahsiah anak-anak. Sebelum itu, ibu bapa sendiri
perlu mengubah diri dan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Anak-anak ini, belajar daripada pemerhatiannya.
Bak kata pepatah 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

Tutorial
1. Kumpulan anda dikehendaki memilih sebuah
filem atau drama Melayu yang menerapkan
bidang keibubapaan. Dengan mengambil
contoh-contoh adegan yang berkaitan,
bentangkan aspek seperti berikut:
1.1 komunikasi berkesan
1.2 gaya kepemimpinan ibu bapa
(Setiap kumpulan mestilah memilih filem atau
drama yang berlainan.)
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai