Anda di halaman 1dari 40

..

\Video

FUNGSI
BMM1024\Kemb
ara - Keroncong
Untuk Ana.mp4

SASTERA
MELAYU
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR
Pengenalan
• Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan
pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi
maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan
kehidupannya. Mereka menggunakan sumber daripada
persekitaran, pengalaman, pemerhatian
atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu
yang menarik untuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah
karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau
tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad
Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa
teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi
pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat
dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun
kerohanian
• Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut
mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri
berdasarkan pertimbangan dan pengamatan
pengarangnya.Dalam konteks ini, Muhammad Haji
Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan
fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan
pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan
bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata
lebih besar berbanding dengan fungsinya pada
zaman moden agak menipis.
Rumusnya
• Berdasarkan dua pandangan tersebut dapat
dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya kreatif
dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan
fungsi tertentu penghasilannya. Dalam hal ini beberapa
sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka
telah menggariskan pelbagai berhubung dengan fungsi
sastera. Antaranya, pandangan daripada Ramli Isin,
Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim
Awang. Berdasarkan pendapat tersebut dapat
dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera
merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat
dikesan melalui genre sastera tradisional mahupun
genre moden
FUNGSI
SASTERAMELAYU
• Hiburan
• Pendidikan ..\Video
BMM1024\Tah

• Dakwah
un 2 Bahasa
Melayu
Membaca

• Kritikan Sosial
Karya
Sastera.mp4
Kritikan Sosial
• Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali
dan menyelongkar kehidupan manusia daripada
pelbagai dimansi dan sudut pandang yang
berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam
sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi
dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini kerana
sastera adalah gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A.
Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya
sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang
luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah
dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
• Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera
berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia,
tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga
entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat
yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari
menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka.
Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab
sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat
pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu
dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu
mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana
diamanahkan.
Analisis Karya
• Misalnya berhubung konsep perjuang terdapat
pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk
dua buah Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah
Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel
menggunakan landasan yang sama iaitu
menggunakan watak dapat di kesan walaupun
terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan
tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini dikesan dalam
contoh petikan di bawah :
• “…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu
dengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk
membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak
kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-
undang.”
• (Harga Sebuah Maruah)
• Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa
konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan
akal . Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan
sampai membelakangi undang-undang.”
• Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat
Helmy memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan.
Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
• “… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah
kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
• Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan
bahawa perjuangan untuk menegakkan hak
memerlukan pengorbanan dan memerlukan
pertumpahan darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa
“biar darah kita kering di badan, namun sesekali
menyerah tidak sama sekali”.
Hiburan
• Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah.
Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang yang
tesusun, kemampuan karya sastera untuk
membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur
kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai
karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada
suatu ketika.
• Pantun misalnya merupakan karya sastera yang
cukup popular kerana keupayaannya membawa
keindahan yang menghiburkanHal ini dilihat dalam
sebuah pantun lama berbunyi seperti berikut :

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

..\Video
BMM1024\IKLAN LUCU
MALAYSIA YANG
PALING BANYAK DI
NONTON ORANG
INDONESIA.mp4
• Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup
banyak. Rentak dan rima yang bersukat
membentuk irama dalam pantun. Malah pantun
pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri
yang menghasilkan keindahan dalam
pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan pula
dalam pelbagai variasi yang semakin
menambahkan fungsi menghiburkan seperti
dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu
popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan
pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang
popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini
amat banyak dalam pantun
Pendidikan/Pengajaran
• Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi
pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat.
Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu
bahan yang dapat membawa kesedaran kepada
masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang
untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang
dibawa dalam karya sastera. Cerita Sang Kancil
dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-
mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi
keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur
moral dan pengajaran yang berguna kepada
masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam
asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa
sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-
menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya
sikap tidak mengenang budi
Dakwah
• Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci
Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan
melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai objek dakwah (Mad’u). Medium atau
saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa
sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efetif
atau keberkesanannya.
• Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai kesusasteran.
Ruang dialektika yang terdapat dalam dunia
kesusasteraan, menjadikannya mampu
menemukan warna baru dalam rangka
menyampaikan pesan suci Tuhan yang diebut
dengan dakwah. Pertemuan antaraagama
dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat
dalam realiti peradaban Islam sebagai agama
Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan
agama sebagai sistem mengatur hubungan
manusia dengan Tuhannya dan sosial mengatur
hubungan antara manusia dengan lingkungan
sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.
Definis Dakwah
• Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin
mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia
untuk berbuat kebajikam dan mencegah mereka
dari perbuatan mungkar, agar mereka mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat
• A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan
mengajak orang lain untuk menyakini dan
mengamakan kaedah dan syariat Islam yang
terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru
dakwah itu sendiri.
• Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat
menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya,
melalui aneka bentuk dan ragam estetika ,
metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang
dada dalam kehidupan. Ia juga dapat
menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium
yang lebih neutral untuk menjelajahi medan makna
dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Oleh
sebab itu bahasa dakwah dalam kesusasteraan
dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh
manusia dalam jangkauan trensendensi, spiritualitsa
dan religiusitas.
Sejarah Perkembangan
Sastera Islam
• Secara umumnya perbezaan teori kedatangan Islam
merupakan petunjuk kepada permulaan pengaruh dan
penerimaan Islam dalam masyarakat Melayu. Dari sudut
perbincangan sejarah kebudayaan dan kesusasteraan
Melayu, teori ini dapat digunakan kerana
perkembangan kesusasteraan dan budaya adalah
mengikut peringkat pembentukan pusat-pusat
perkembangan Islam di Nusantara.
• Para sarjana pengajian sastera Melayu telah
membahagikan perkembangan kesusasteraan Melayu
pengaruh Islam mengikut peringkat pembentukan pusat
perkembangan Islam kepada empat zaman iaitu :
Zaman Samudera-Pasai
(1280-1400)
• Tarikh permulaan Islam pada zaman kerajaan ini
dapat dibuktikan dengan catatan sejarah Dinasti
Yuan tentang kedatangan dua orang utusan dari
Sumatera yang beragama Islam ke Istana
Maharaja China pada 1282. Pengislaman kerajaan
Samudera, Pasai dan Perlak turut disebut dalam
Sejarah Melayu yang mengisahkan raja Islam yang
pertama iaitu Malik al-Salih serta kedudukan ulama
Pasai sebagai tempat rujukan bagi menyelesaikan
segala masalah berhubung agama
• Pada zaman Samudera-Pasai ini, bentuk awal kesusasteraan
Melayu berunsur Islam yang terhasil adalah cerita-cerita
berbentuk lisan mengenai kisah Nabi Muhammad, cerita para
nabi dan juga cerita para sahabat. Misalnya ‘Qisas al-
Anbiya’ diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.
Tidak terkecuali lahirnya ‘Hikayat Nabi Wafat’, ‘Hikayat Nur
Muhammad’, ‘Hikayat Bulan Berbelah’, ‘Kalimah
Syahadah’ dan lain-lain lagi. Para pendakwah Islam
menggunakan pendekatan penceritaan untuk menarik minat
masyarakat Melayu untuk mengenali ajaran Islam. Ini kerana
masyarakat pada masa itu telah terbiasa dengan dengan
kaedah penceritaan epik Hindu seperti ‘Hikayat Ramayana’.
Selain itu ‘Hikayat Raja-raja Pasai’ yang mengisahkan asal usul
raja-raja Pasai dan keagungan kerajaannya, juga lahirnya
beberapa kitab yang menerangkan persoalan akidah dan
hukum-hukum Islam sebagai tempat rujukan raja-raja.
Misalnya di Pasai, sebuah kitab ‘Bahr al-Lahut’yang
menerangkan tentang ajaran Islam karanganSyeikh Abdullah
al-Arif. Zaman Samudera-Pasai ini merupakan fasa permulaan
bagi penciptaan karya-karya sastera berunsurkan Islam yang
sebelum ini bentuk kesusasteraan Melayu diwarnai dengan
pengaruh Hindu-Budhha. Sehubungan itu terdapat hanya
sedikit sahaja karya sasteranya. Pusat awal perkembangan
kesusasteraan Melayu pengaruh Islam ini akhirnya hilang
pengaruhnya setelah dikalahkan oleh Minangkabau
Zaman Melaka(1400-1511)
• Selepas kejatuhan Pasai, Melaka mengambil alih pusat
perkembangan Islam di Nusantara. Menurut Sejarah
Melayu yang menyebut mengenai kecenderungan
sultan-sultan terhadap pegajian agama Islam. Pada
zaman ini, perkembangan bahasa Melayu mencapai
kemuncaknya kerana diangkat menjadi bahasa ‘lingua
fanca’ dan perkembangan bidang kesusasteraan turut
sama menjadi pesat. Ini kerana para penyebar Islam
menggunakan bidang kesusasteraan sebagai medium
penyampaian dakwah mereka kepada masyarakat
Melayu pada ketika itu. Pada zaman ini lahir karya-karya
yang berbentuk hikayat yang popular dan diceritakan
di istana dan juga kepada rakyat jelata seperti ‘Hikayat
Muhammad Hanafiah’, ‘Hikayat Iskandar
Zulkarnain’ dan ‘Hikayat Amir Hamzah’ yang
diterjemahkan dari karya Arab
• Pada zaman Melaka ini juga, selain epik Melayu iaitu ‘Hikayat
Hang Tuah’, karya epik Hindu seperti ‘Hikayat
Ramayana’ diberi wajah baru iaitu ‘Hikayat Seri
Rama’dengan memasukkan unsur Islam seperti nama dewa
ditukar kepada nama Allah dan budaya Hindu yang tidak
bertentangan dengan akidah Islam dikekalkan. Selain itu
karya tulisan berbahasa Melayu yang digarap dalam zaman
Melaka ialah ‘Hukum Kanun Melaka’ dan ‘Undang-undang
Laut Melaka’. Walaupun para sarjana mengkategorikannya
sebagai kitab berbentuk undang-undang atau
ketatanegaraan, tetapi bentuk bahasa indah dan halus yang
digunakan tidak dapat lari daripada konsep sastera itu sendiri.
• Hasil analisis mendapati kebanyakan hasil karya bercorak
Islam yang terhasil dalam zaman ini dikarang dan diterjemah
kembali daripada sumber Arab dan Parsi. Kemerosotan
Melaka sebagai pusat perkembangan Islam dan
kesusasteraan Melayu berlaku pada tahun 1511 setelah
Portugis datang menyerang dan berjaya menakluki Melaka.
Akhirnya perkembangan sastera Melayu pengaruh Islam
beralih ke Johor dengan perpindahan Sultan Mahmud
Syahbersama puteranya Raja Ahmad. Pada masa inilah
munculnya beberapa orang pengarang seperti Tun Seri
Lanang yang menulis ‘Sejarah Melayu’ pada tahun 1612.
Zaman Acheh(1551-1650)
• Kemunculan kerajaan Acheh selepas kejatuhan Melaka
merupakan kemuncak kegemilangan kepada perkembangan
dalam bidang kesusasteraan Melayu pengaruh Islam. Ini kerana
kesemua raja Acheh khususnya Raja Iskandar Muda (1607-1636),
Sultan Iskandar Thani (1636-1641) dan Sultan Safiyat al-Din taj al-
Alam (1641-1675) amat tegas dalam menjalankan syariat Islam.
Penciptaan karya-karya asli seperti kitab bahasa Melayu dan
syair sufi banyak dihasilkan pada zaman Sultan Iskandar Muda.
Pengarang yang masyhur pada zaman itu ialah Hamzah Fansuri,
Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dan Bukhari al- Jauhari.
Antara karya yang dihasilkan ialah Bustanus Salatin, Tajus Salatin,
Syair Perahu, Syair Pungguk dan lain-lain.
• Terdapat karya yang hanya tinggal nama sahaja kerana
timbulnya polemik Islam di Acheh di antara Hamzah Fansuri
yang beraliran Wahdat al-Wujud dengan Nuruddin al-Raniri dari
golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Pada zaman Sultan Iskandar
Thani ini, hampir semua karya Hamzah Fansuri dibakar oleh
pemerintah kerana dikatakan menyeleweng dari ajaran Islam
yang sebenar.
Zaman Johor-Riau
(1650-1800)
• Dalam zaman ini, perkembangan dunia kesusasteraan
Melayu pengaruh Islam diteruskan oleh penulis Johor-
Riau yang terkenal iaitu Raja Ali Haji yang telah
menghasilkan karya sastera seperti ‘Thuhfat al-Nafis’
serta ‘Salasilah Melayu dan Bugis’. Pada zaman ini,
bahasa Melayu mencapai tahap keemasan kerana lahir
pelbagai laras mengikut bidang wacana sepertibidang
sastera, perundangan, sejarah dan lain-lain. Menjelang
tahun 1824, perkembangan sastera di Johor-Riau mulai
merosot dengan penguasaan Belanda ke atas kerajaan
Johor-Riau. Walau bagaimanapun perkembangan
kesusasteraan terus menerus berjalan di daerah lain
seperti Pattani, Kelantan dan lain-lain
• Dapatlah disimpulkan penghasilan karya sastera
pengaruh Islam dalam zaman kerajaan Samudera-Pasai
dan Melaka banyak disadur atau diterjemah kembali
dari bahasa Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu
bertulisan jawi pengaruh Arab. Kemudian pada zaman
Acheh,barulah lahir karya-karya asli yang ditulis oleh
ulama-ulama terkenal seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin
al-Raniri dan lain-lain. Sehingga kini sebahagian besar
karya sastera pengaruh Islam telah diterjemahkan atau
ditulis kembali dalam bahasa Melayu menggunakan
askara melayu klasik dan masih mengekalkan bentuk
ayat Arab dan mengandungi kata pinjaman Arab
Hikayat Tentang Nabi
Muhammad (SAW)
• Siri hikayat ini bertujuan untuk menceritakan kemuliaan
Rasullullah SAW sebagai insan kamil di sisi Allah SWT. ‘Hikayat
Nur Muhammad’ mencerminkan sifat Rasullullah yang mulia
dan ini disokong dengan gambaran mukjizat dalam ‘Inilah
Hikayat Peri Menyatakan Mukjizat Nabi’. Dalam ‘Hikayat Raja
Khandaq’ pula memaparkan tentang kemenangan
Rasullullah dalam peperangan. Selain jalan cerita yang
bersandarkan kepada nas-nas, ia juga ada memasukkan
unsur rekaan dan khayalan bagi menarik minat penganut
Islam untuk menghayati karya sastera ini. Gambaran tentang
sifat pembentukan diri melalui mujahadah dan ketaatan
Rasullullah yang tidak berbelah bagi terhadap perintah Allah
SWT serta kebijaksanaan Baginda dalam menyampaikan
dakwah Islamiah menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik
kepada seluruh umat Islam
Hikayat tentang Nabi-
nabi
• Hikayat ini baik yang berbentuk lisan atau tulisan amat
popular sama sepertiHikayat Nabi Muhammad.
Misalnya ‘Qisas al-Anbia’ yang menceritakan kisah
kesungguhan para Nabi dan Rasul dalam
menyampaikan seruan Islam kepada umat manusia dan
gambaran mukjizat serta pertolongan Allah kepada
para Nabi dan Rasul yang dalam menghadapi ujian
dari Allah SWT. Antaranya kisah Nabi Adam, Nabi Nuh,
Nabi Sulaiman, Nabi Yunus, Nabi Musa dan Nabi Isa
yang mengemukakan pelbagai pengajaran kepada
umat Islam. Sungguhpun begitu, terselit juga unsur-unsur
yang kurang benar daripada segi sejarah dan
pengajaran Islam. Hal ini terjadi kerana pengaruh Israiliat
yang banyak terdapat dalam karya Parsi dan juga
kepercayaan masyarakat setempat
Hikayat tentang Para
Sahabat
• Fungsi hikayat ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para
pembaca atau pendengar dengan watak yang terdiri
daripada kalangan orang biasa. Keteguhan keimanan dan
ketaatan dalam membantu perjuangan Rasullullah, maka
para sahabat berjaya memperolehi kemuliaan dan kejayaan.
Melalui penceritaan berbentuk lisan mengenai kepahitan
yang dilalui oleh Bilal ibn Rabah, kebijaksanaan Abu Bakar al-
Siddiq r.a serta kezuhudan Saiyidina Umar al-Khatab r.a
dijadikan sebagai isi pengajaran dan pembelajaran akhlak di
masjid dan madrasah. Antaranya ‘Hikayat Abu Bakar’,
‘Hikayat Amir al-Mu’minin Umar’ dan lain-lain. Penceritaan
kisah para sahabat lebih bercorak realistik dan benar. Hal ini
berbeza dengan ‘Hikayat Tamim al-Dari’ yang penuh fantasi
dan kehidupan di alam ghaib. Walaupun begitu, semua
karya ini berfungsi bagi pemaparan contoh akhlak dan
peribadi mulia para sahabat dalam mendapatkan
keredhaan dari Allah SWT.
Hikayat tentang Pahlawan
Islam
• Hikayat jenis ini boleh dikategorikan sebagai epik Islam
kerana memberi gambaran mengenai kedudukan
yangantinggi dan mulia kepada para pahlawan Islam
yang mati syahid dalam menegakkan syiar Islam.
Contoh ‘Hikayat Muhammad Hanafiah’ dan ‘Hikayat
Amir Hamzah’ dan‘Hikayat Iskandar Zulkarnain’ yang
diterjemahkan dari Parsi dan mengandungi unsur
Israiliat. Walaupun memiliki bentuk yang kompleks, ia
dapat melahirkan semangat kepada para pejuang
dalam menentang musuh. Contohnya ‘Sejarah
Melayu’ ada menceritakan tentang pembacaan
cerita ‘Hikayat Muhammad Hanfiah’ kepada
hulubalang Melaka dalam menghadapi serangan
Portugis bagi menaikkan semangat untuk berjuang
sepertimana keberanian Muhammad Hanafiah dan
pengikutnya
Hiikayat tentang Ulama
dan Orang Alim
• Hikayat jenis ini boleh dikategorikan sebagai epik Islam
kerana memberi gambaran mengenai kedudukan
yangantinggi dan mulia kepada para pahlawan Islam
yang mati syahid dalam menegakkan syiar Islam.
Contoh ‘Hikayat Muhammad Hanafiah’ dan ‘Hikayat
Amir Hamzah’ dan‘Hikayat Iskandar Zulkarnain’ yang
diterjemahkan dari Parsi dan mengandungi unsur
Israiliat. Walaupun memiliki bentuk yang kompleks, ia
dapat melahirkan semangat kepada para pejuang
dalam menentang musuh. Contohnya ‘Sejarah
Melayu’ ada menceritakan tentang pembacaan
cerita ‘Hikayat Muhammad Hanfiah’ kepada
hulubalang Melaka dalam menghadapi serangan
Portugis bagi menaikkan semangat untuk berjuang
sepertimana keberanian Muhammad Hanafiah dan
pengikutnya
Memanfaatkan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21
PENGENALAN

• Kemunculan abad baru sudah pasti membawa


bersamanya cabaran terhadap perkembangan
dunia pendidikan dan bahasa Melayu. Yang
penting adalah bagaimana pendidikan bahasa
Melayu harus berhadapan dengan keperluan
abad baru ini. Pada hari ini kita ingin melihat pula
kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
dalam arus abad ke-21. Jika sastera mampu untuk
mengisi ruang tersebut, bagaimana pula coraknya
dapat mewarnai dan menangani proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
1. Definisi bahasa dan
Sastera
• Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
(antara individu dengan individu yang lain). Bahasa juga
merupakan percakapan yang baik dan penuh sopan santun.
Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan
tingkah laku yang baik. Bahasa dirumuskan sebagai satu
sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi
medium manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua
komponen utama, iaitu: bunyi ucapan, dan satuan
pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui
bahasa, kita dapat: berkomunikasi, meluahkan perasaan,
menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya,
mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan
mewariskan ilmu, budaya, peradaban, dan agama
• Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai
hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala
bahasa mampu memancarkan keindahan yang
terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa
menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan
tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya
sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat
pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap,
nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994)
karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika
atau keindahan manakala bahasa sastera lahir
bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi
kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak
dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang
ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan
kemasyarakatan.
2. Hubungan antara
bahasa dan sastera
• Titik pertemuan antara bahasa dan sastera adalah sifat
sastera itu sendiri yang memerlukan bahasa sebagai
wahana komunikasi. Melalui bahasa isi dan tujuan karya
itu dapat difahami pembaca. Bahasa memungkinkan
pembaca menghayati pengalaman dan emosi yang
terkandung dalam karya sastera. Bahasa sastera
dilahirkan melalui imaginasi, fikiran, dan emosi. Bahasa
bukan sastera bermaksud untuk memberikan
keterangan manakala bahasa sastera di dalamnya
merangkumkan adunan emosi, imaginasi dan
pemikiran. Bahasa sastera membawa unsur ketaksaan
dalam maknanya berbanding bahasa bukan sastera
yang lebih objektif sifat maknanya.
• Bahasa sastera mempunyai sistem bahasa yang tersendiri.
Bahasa sastera tidak terikat pada sistem bahasa yang amat
ketat seperti mana yang perlu ada pada bahasa sains atau
bahasa ilmu. Bahasa sastera juga bukanlah suatu yang
sewenang-wenangnya diungkapkan. Keterikatan dan
sekatan makna pada bahasa sastera tidak akan
menghidupkan sastera kerana ia gagal berfungsi
meperagamkan emosi dan bayangan. Susun kata dalam
sastera juga tidak boleh sewenang-wenangnya kerana ia
akan gagal melahirkan kesan keindahan yang diharapkan
dalam sastera.
Keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang
penuh estetika terletak pada kebijaksanaan pengarang
mengolah bahasa yang melahirkan kesan mendalam
terhadap pembaca. Pengarang berkemampuan untuk
menjadikan bahasa beranekaragam kesan penggunaannya
serta melahirkan kesan rasa dalaman terhadap pembaca.
Pengarang menggunakan kata untuk melahirkan makna
konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau frasa yang
digunakan. Hidupnya karya sastera bergantung kepada
hidupnya bahasa yang digunakan oleh seseorang
pengarang.
• Selain estetika bahasa, sastera juga mengandungi
unsur keindahan yang terkandung dalam susunan
cerita seperti perwatakan, plot, sudut pandangan,
latar, dan bentuk. Sastera mempunyai bentuk
berdasarkan genrenya sama ada pantun, syair,
sajak, drama, cerpen, atau novel. Meskipun
bahasa menjadi wahana karya sastera namun ia
terbina atas organisasi atau strkutur yang tersendiri.
Dalam puisi ada imej dan bunyi sebagai unsur yang
menyumbang kepada pembentukan makna puisi
itu sendiri. Dalam cerpen pula ia dibina oleh urutan
plot, latar, watak dan perwatakan serta nilai yang
dibawa oleh karya berkenaan.
Pengajaran bahasa menggunakan bahan
sastera
Hubungan pembaca dengan teks
• Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran
bahasa bertujuan untuk memupuk minat
membaca dan melahirkan kenikmatan membaca
serta penghayatan terhadap bahan sastera. Bahan
sastera dapat memberi kefahaman terhadap
pelajar dari aspek penikmatan hasil karya yang
indah, pelahiran emosi, serta pelajar dapat
membuat apresiasi dan penghayatan terhadap
karya sastera.
• Aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan bahan
sastera adalah kebolehan pelajar untuk memahami dan
memberi respons peribadi terhadap karya sastera. Ia dapat
dilakukan melalui penceritaan semula sesebuah karya sastera,
mengenalpasti perkara yang menarik dalam karya sastera,
menyatakan bentuk dan nada puisi, menyatakan jenis, ciri, tema
dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Di samping
itu pelajar berkebolehan untuk menghuraikan maksud, gaya
bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi, dan mengulas karya
sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya
bahasa, dan sudut pandangan.
Penggunaan bahan sastera dapat membantu merangsang
pelajar supaya memberikan pelbagai tindak balas dalam
kegiatan pengajaran-pemelajaran di dalam bilik darjah
(Marohaini Yusoff : 2001). Pelajar boleh menggunakan bahasa
secara aktif sewaktu pengajaran kemahiran bahasa seperti
membaca, mendengar, bertutur, dan menulis. Kegiatan
membaca, membuat perbincangan, dan menulis tentang
kesusasteraan dapat membantu pelajar memahami teks yang
dibaca dengan lebih baik. Pembacaan bahan sastera dapat
memberikan pelajar latihan dari segi kemahiran pemahaman
dan memperkukuhkan perbendaharaan kata dan kebolehan
mereka untuk berfikir secara kritis.
..\Video BMM1024\Di
Perhentian Puduraya
[1983] KEMBARA.mp4 PENUTUP
Sulamlah kain sastera berbenang bahasa
pakailah ke taman ilmu ke kolam pujangga
serikanlah taman dengan muzik sastera dan suara
bahasa
dendangkanlah puisi sabda bahasa lidah sastera
di kolam sastera ada cermin budaya ada citra
bahasa
sulamlah kain sastera berbenang bahasa
hiasan anak muda di bangku ilmu
gemerlap sutera bahasa serinya cahaya sastera
membiak nusa membina negara
Tutorial
Bentuk 4 Kumpulan (Setiap Kumpulan 30 minit)
1. Kumpulan 1 anlisis cerpen Pensel Sebatang karya Ali
Majod dan sebuah cerpen pilihan sendiri dalam aspek
pendidikan
2. Kumpulan 2 analisis cerpen Kemelut karya Shahnon
Ahmad dan cerpen Ibu dan Sungai Ceper karya
Shahnon Ahmad dalam aspek kekeluargaan
3. Kumpulan 3 analisis cerpen Longkang karya A. Samad
Said dan sebuah cerpen pilihan sendiri dalam aspek
kemasyarakatan
4. Kumpulan 4 analisis cerpen Sampah-sampah yang
Hanyut dan sebuah cerpen pilihan sendiri dalam aspek
kritikan sosial.