Anda di halaman 1dari 13

UJIAN DAYA TAHAN OTOT

Ujian Bangkit Tubi Satu Minit

 Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot abdomen dan


dijalankan selama satu minit.
 Peralatan dan kemudahan : Jam randik, tilam latihan,
pembantu.
 Prosedur :

1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan


pada 90°.
2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap
bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan
kaki peserta semasa ujian dijalankan.
3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan
baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal.
4. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula
menyentuh lantai sebelum bangkit semula.
5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik
dan kembali semula ke kedudukan asal.
Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti

 Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot trisep dan otot
deltoid dan ujian inimemerlukan peserta melakukan tekan
tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti.
 Peralatan dan kemudahan : Kawasan lapang.
 Prosedur :

1. Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong


oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada
hampir mencecah lantai.
3. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah
dan naik semula ke kedudukan asal.
3. Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika.
4. Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga
dada mencecah lantai.
Wall Sit

 Objektif : Ujian ini menilai ketahanan otot bahagian bawah


tubuh terutamanya otot kuadrisep.
 Peralatan dan kemudahan : Dinding, jam randik.
 Kelebihan : Ujian yang kurang menggunakan peralatan,
mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam bilangan
peserta yang banyak.
 Prosedur :

1. Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu
dan berdiri membelakangkan dinding.
2. Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan
lutut dibengkokkan dan berada dalam sudut 90°. Masa dimulakan
apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan bertahan
selama yang boleh.
3.Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kekal dalam posisi
nya dan kaki telah dijatuhkan ke atas lantai.
5. Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah
lagi.
6. Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa terbaik akan
diambil.
Split Jump

 Objektif : Diakhir ujian penyelidik dapat mengukur daya


tahan otot kuadrisep,hamstring dan gastronemius.
 Peralatan : Penanda, kawasan lapang
 Prosedur :

1. Pelaku berdiri tegak, gunakan sebatang kayu, meja atau kerusi yang
boleh digunakan sebagai penanda. Penanda sepatutnya berada pada
paras di bawah lutut.
2. Kedua belah tangan berada di belakang kepala, mata memandang
ke hadapan dan langkah sebelah kaki sedikit ke hadapan.
3. Lompat setinggi yang boleh dan mendarat dengan satu kaki berada
di hadapan dan yang satu lagi berada di belakang. Kedudukan lutut
adalah bengkok dalam keadaan lebih kurang 90 darjah.
4. Ulangi lompatan sehingga letih.

 Pengukuran : Kiraan dibuat pada tiap-tiap ulangan yang dibuat


dengan betul. Lompatan tidak boleh disambung jika berhenti.
Ujian Gayut Tangan

 Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas


tubuh iaitu deltoid,bisep dan trisep.
 Peralatan : Jam randik, ‘horizontal overhead bar’
 Kelebihan :Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan serta
dapat dibuat dalam masa yang singkat.
 Prosedur :

1. Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara ‘overhand grip
(tapak tangan menghala ke luar badan) atau ‘underhand grip’
(tapak tangan menghala ke arah badan).
2. Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam
keadaan fleksi dan dagu berada di bahagian atas bar.
3. Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki
dibiarkan dalam keadaan lurus.
4. Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya
dan masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau
berada di bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu
direkod juga.
5.Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang
paling lama akan diambil.
Double Leg Rise

 Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian


perut dan bahagian bawah belakang.
 Peralatan : Jam randik, tilam.
 Kelebihan :Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan
kerana menggunakan berat badan bahagian kaki.
 Prosedur :

1. Berbaring dengan bahagian belakang di atas tilam.


2. Kaki diluruskan dan lutut dibengkokkan sedikit.Tangan
berada dibahagian sisi badan.
3. Kemudian naikkan kedua-dua belah kaki secara seiring pada
sudut 90 darjah daripada bahagian badan dengan pantas.
4.Lakukan ulangan sehingga penat.
5.Jumlah lakuan dicatatkan.

Anda mungkin juga menyukai