sebelum sesuatu jenis motor itu dipilih menjalankan sesuatu tugas ialah:-
1. Beban yang digunakan – biasanya
kekuatan motor dinyatakan dalam unit KK. Dari sini dapatlah ditentukan nilai beban yang mampu di tanggungnya. 2. Daya kilas yang diperlu oleh beban – iaitu daya kilas semasa motor mula-mula berputar samada pada beban penuh atau tanpa beban. Setiap motor mempunyai daya kilas yang berlainan. 3. Keadaan suhu sekeliling – iaitu keadaan suhu sesuatu tempat itu boleh mempengaruhi usia sesebuah motor. Oleh itu, sesebuah motor itu direka untuk sesuatu suhu yang tertentu sahaja. 4. Penjagaan – samada sesebuah motor itu mudah atau sukar dijaga dan bagaimana keadaan tempat motor itu akan dipasang samada kedudukan itu menyebabkannya sukar diperiksa, lembab, berminyak dsb nya. 5. Jangkamasa digunakan – ada motor yang direka untuk kegunaan sepanjang waktu tetapi ada juga untuk waktu yang sementara atau sekejap-sekejap sahaja. 6. Voltan bekalan – samada bekalan AT, AU; 1 fasa atau 3 fasa. 7. Kelajuan yang diperlukan – iaitu sekiranya motor itu hendak digunakan sebagai motor kawalan kelajuan, maka faktor ini perlu diambil kira. 8. Harga – meskipun faktor ini kurang mustahak tetapi dari segi penjimatan, jika ada motor yang boleh memberikan keupayaan yang sama tetapi herganya murah, maka faktor ini diutamakan. 9. Kedudukan motor- samada menegak, mengufuk, 1aci, 2 aci dsb nya.