Anda di halaman 1dari 21

PENGAJIAN

ULUM
AL-QURAN
KONSEP ILMU DALAM PEMAHAMAN AL-
QURAN

- Ulum - asal perkataan; ilmu atau ilmu-ilmu

- Al-Quran – Qara’a bererti baca.

Iaitu kalam Allah atau kitab yang diturunkan kepada


Nabi Muhammad (s.a.w) melalui perantaraan Malaikat
Jibril dalam bahasa Arab dengan keterangan dan
maknanya yang tepat, diriwayat secara mutawatir dan
membacanya suatu ibadah bermula daripada surah al-
Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas.
Al-Quran merupakan kitab terakhir diturunkan oleh
Allah, (iaitu pada malam 17 Ramadhan).

Nama lain al-Quran – al-Furqan (pembeza), al-Tanzil


(yang diturunkan), al-Zikr (peringatan), al-Kitab (satu
kitab)

Gelaran al-Quran – Nur (cahaya), Huda (petunjuk),


Rahmah (pemberi kerahmatan), Majid (agung), Mubarak
(yang diberkati), Bashir (pemberita berita gembira),
Nazir (pemberi peringatan)

Mengandungi 114 surah, 30 juzuk, diturunkan di Mekah


(ayat Makkiyah) dan di Madinah (ayat Madaniyyah)
PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Generasi Sahabat – orang yang paling


mengetahui dan menguasai uslub bahasa Arab.

Mendapat bimbingan terus dari Rasulullah


(s.a.w) untuk memahami ayat al-Quran.
Contoh:

َ‫ظ ۡلم ُ ُ ْولَ ٰـٓ كِٕ ََ لَ ُه ُم ُمامۡ ُن َو ُُم مهۡ َ َ ُُون‬ ُ ‫ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ َولَ ۡم يَ ۡل ِب‬
ُ ‫س ٓواْ ِإي َم ٰـنَ ُهم ِب‬
Al-An’am:82
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah
orang-orang yang mendapat petunjuk”

‫ظ ۡل ٌم‬
ُ َ‫ٱلش ۡر ََ ل‬ ِۖ َّ ِ‫ى لم َ ُ ۡش ِر َۡ ب‬
ِ ‫ٱَّلل ِإ َّن‬ ُ ‫َو ِإ ۡذ قَا َل لُ ۡق َم ٰـ ُن ِل ِۡبنِ ِهۦ َو ُُ َو يَ ِع‬
َّ َ‫ظهُ ۥ يَ ٰـبُن‬
‫َع ِظي ٌم‬
Luqman: 13
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran
kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mepersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”
 Keadaan berbeza selepas kewafatan Rasulullah SAW
terutamanya selepas pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab diikuti khalifah Uthman, Ali, Bani Umayyah dan
Abbasiyyah.

 Perkembangan Islam di tempat yang berbeza dalam


kalangan pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.

 Lahir berasaskan keperluan pembukuan al-Qur’an dan


menyusun pendekatan pengkajian al-Qur’an.
 Justeru lahirlah pelbagai ilmu berkaitan al-
Quran (ulum al-Quran) antaranya Ilmu:

i. al-Rasm al-Quran (al-’Uthmani)


(ilmu membuku dan menyelaraskan tulisan dan
bacaan al-Quran secara sistematik)
ii. I’rab al-Quran – dibina oleh Abu Aswad al-Duwali
(kaedah bagi memelihara keaslian bahasa Arab)
iii.Tafsir – abad pertama hijrah
(ilmu mentafsir maksud ayat al-Quran)
Muncul pada abad ke 3 hijrah

iv. Asbab al-Nuzul


(ilmu membincangkan sebab-sebab ayat al-
Quran diturunkan)
v. Makki Wal Madani
(membincangkan asal ayat atau surah diturunkan
samada di Mekah atau Madinah)
vi. Nasikh Wal Mansukh
(Membincangkan ayat-ayat yang telah
dimansukhkan samada bacaan atau hukumnya)
vii. Gharib al-Quran –abad ke 4 hijrah
(membahaskan maksud perkataan-perkataan
yang ganjil yang tidak selalu digunakan dalam
percakapan biasa)
viii. Qiraat –abad ke 5 hijrah
(ilmu kaedah-kaedah membaca al-Quran)
Muncul abad ke 6 dan seterusnya
ix. Bada’ul Quran
(membincangkan pelbagai jenis keindahan makna
dan perumpamaan di dalam ayat-ayat al-Quran)
x. Hujajil Quran
(membincangkan hujah-hujah dan dalil-dalil yang
digunakan di dalam ayat-ayat al-Quran)
xi.Aqsam al-Quran
(membincangkan kata-kata sumpah yang
digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran)
Tokoh-tokoh terawal ilmu-ilmu Al-Quran

 Kalangan sahabat; Khulafa’ Al-Rasyidin, Ibnu


Abbas, Ibnu Mas’ud, Zaid bin Thabit, Ubay bin
Kaab, Abu Musa al-Asy’ari dan Abdullah Ibn Zubair
 Kalangan Tabi’in; Mujahid, Ata’ ibn Jasar, ‘Ikrimah,
Qatadah, Hassan al-Basri, Said bin Jubair dan
Zaid bin Aslam
 Kalangan Tabi Tabi’in; Malik bin Anas
Kemunculan kitab al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an karangan
‘Ali Ibn Ibrahim Ibn Sa’ad al-Hufy menjadi titik awal
munculnya istilah ‘Ulum al-Qur’an.

Jika al-Qur’an dikaji dengan teliti, wujud 77450 jenis ilmu


berdasarkan perdaraban semua kalimah dalam ayat al-
Qur’an dengan 4 aspek: zahir, batin, makna sebenar dan
kata terbitan.
SEJARAH PEMBUKUAN AL-QUR’AN
Peringkat awal, penulisan wahyu di atas pelepah
tamar, kulit binatang, tulang-tulang dan batu secara
tersusun mengikut susunan ia diturunkan.

Ramai penghafaz al-Qur’an terbunuh selepas


kewafatan Rasulullah, khususnya semasa
peperangan Yamamah, Umar al-Khattab
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar
membukukan al-Qur’an dalam satu mashaf.
 Zaid bin Thabit telah melaksanakan tugas dengan
baik sehingga berjaya mengumpulkan semua
tulisan wahyu ke dalam satu mashaf.
 Mashaf diserahkan kepada Saidina Umar r.a.
 Apabila beliau meninggal dunia mashaf
diletakkan di bawah jagaan Saidatina Hafsah.
 Mashaf ini menjadi asas bagi penulisan mashaf
yang standard dan seragam semasa
pemerintahan Saidina Uthman yang dinamakan
Mashaf Uthmani.
 Semasa pembukuan Saidina Uthman
memelihara perbezaan bacaan.
 Mashaf telah disalin dalam beberapa
salinan oleh Zaid bin Thabit, Abdullah bin
Zubair, Sa’ad bin al-’As dan Abd Rahman
bin al-Haris.
 1 naskah disimpan oleh Saidina Uthman
dan bakinya dihantar ke seluruh pelusuk
dunia.
 Bagaimanapun ayat al-Quran dalam mashaf
Uthmani ini pada awalnya tidak
mempunyai titik dan baris.
 Masalah timbul apabila lebih ramai orang
bukan Arab menerima Islam.
 Ada keperluan untuk meletakkan titik dan
baris bagi membolehkan al-Quran dibaca.
Peringkat meletakkan titik dan baris
pada ayat al-Quran:
i. Meletakkan titik. Dilakukan oleh Abu
Aswad al-Duwali pada zaman Khalifah
Mu’awiyah.
ii. Meletakkan titik bagi membezakan
huruf. Oleh Nasir bin ‘Asim dan Yahya
bin Ya’mur pada zaman Abdul Malik bin
Marwan
iii. Meletakkan tanda baru;
huruf ( ُُ ) waw kecil di atas- baris hadapan
huruf alif kecil – tanda baris atas
huruf ya kecil- tanda baris bawah
huruf ha’- tanda sukun
huruf kepala ‘ain- hamzah

-oleh Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi.


PENGAJARAN UTAMA DALAM AL-QUR’AN

- Konsep ketauhidan atau ketuhanan kepada Allah.


- Menjelaskan tentang konsep ketuhanan iaitu hanya
Allah yang patut disembah.

- Menjelaskan dan menekankan tentang kehebatan


Allah serta sifat Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

- Menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai


khalifah Allah.

- Menjelaskan prinsip akhlak sebagai panduan


kehidupan manusia.

- Ketaatan manusia akan dibalas di dunia dan


dijanjikan Syurga semasa di akhirat kelak.
KEISTIMEWAAN AL-QUR’AN
- Merupakan panduan dalam semua aspek kehidupan manusia.

- Menjadi sumber pelbagai jenis pengkajian.

- Orientalis-orientalis Barat yang mengkaji Islam mengakui al-Qur’an


kitab paling hebat.

- Beriman kepada kitab-kitab juga salah satu rukun iman.

- Sumber rujukan dan panduan hidup.

- Meliputi peraturan dan undang-undang Allah.

- Sumber pengetahuan, kepercayaan dan amalan yang benar bagi


manusia.
- Tidak berubah walaupun satu kalimah.

- Merupakan mukjizat berbentuk maknawi.

Firman Allah,
maksudnya:

“Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab


Suci (al-Qur’an) dengan mengandungi kebenaran,
yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang
menurunkan Kitab Taurat dan Injil”
(Ali Imran:3)

Anda mungkin juga menyukai