Unit : T9 Pensyarah : En. Zaharah Abd Manaf Definisi Persatuan • Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. • Persatuan biasanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti. • Persatuan bertujuan untuk mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Ciri-ciri Aktiviti Berpersatuan Ciri-ciri Aktiviti Berpersatuan Keberkesanan Berterusan Peluang pembelajaran Interaksi / pendedahan KEBERKESANAN Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dilakukan perlu mempunyai satu kesan jangka panjang. Contohnya tujuan murid menyertai persatuan bahasa cina adalah supaya dapat memperbaiki kemahiran berbahasa cina. • Elakkan mengadakan aktiviti atau program yang kurang memberi impak atau fokus yang mendalam. • Gunakan strategi publisiti yang sesuai. Nama aktiviti yang menarik harus digunakan supaya dapat menarik peserta untuk menyertai aktiviti tersebut. Jemputan VIP yang sesuai untuk perasmian aktiviti juga dapat mendatangkan kesan publisiti yang positif. BERTERUSAN • Perjumpaan harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti mengadakan perjumpaan sekali seminggu.
Bagi aktiviti besar seperti karnival kebudayaan, ia
perlu dilakukan secara berterusan setiap tahun. Antara masalah yang timbul akibat aktiviti dijalankan secara tidak berterusan: – Kebanyakkan aktiviti tidak mewujudkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan AJK kerana kebiasaannya kitaran masa suatu projek yang dilakukan terlalu pendek dan tidak mampu menjalin hubungan yang erat antara ahli. – Keadaan ini tidak bermanfaat untuk jangka panjang, kerana projek jangka panjang memerlukan ahli pasukan yg mempunyai persefahaman yang tinggi dan saling mengenali antara satu sama lain. – Memerlukan tahap perancangan yang rendah. Semakin kecil aktiviti yang diadakan, semakin sedikit persediaan yang diperlukan, maka semakin kurang daya pemikiran digunakan.
Justerunya, ahli jawatankuasa bagi sesuatu
persatuan haruslah melatih keupayaan kognitif sebagai persediaan untuk merancangkan sesuatu aktiviti. PELUANG PEMBELAJARAN Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun AJK perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Menjemput penceramah yang bertauliah dan berbeza untuk memberi ceramah bagi pelbagai topik atau tajuk. INTERAKSI/PENDEDAHAN Menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi mendapat ilmu pengetahuan. Mengelakkan ahli daripada berada dalam kumpulan yang sama dalam semua aktiviti kerana pemikiran akan menjadi kurang dinamik dan pengulangan idea kerap berlaku. TEORI/ KONSEP • Mengenali dan meningkatkan pengetahuan murid dari segi kebudayaan masyarakat Tiong Hua. • 认识及增广对中华文化的知识。
• Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan
murid. • 培养学生的优良价值观。 • Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dalam Bahasa Cina.
• Mengeratkan hubungan silaturahim
antara murid. • Diharap ahli persatuan mempunyai inisiatif untuk memperkembangkan budaya cina supaya diwarisi secara turun-temurun.
• Mewujudkan peluang kepada murid-murid
mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan. • Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi
• Berkongsi pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang yang diminati dan digemari. Sekian Terima Kasih