Anda di halaman 1dari 22

GURU DAN

INTERVENSI
KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN
KHAS

PAKK3353
TAJUK 1
PENGENALAN
KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
DAL AM PAKK
DEFINISI KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
• Kanak-kanak yang diperakukan oleh:
– Pengamal perubatan
– Ahli optic
– Ahli audiologi
– Ahli psikologi
sebagai kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan
– Penglihatan
– Pendengaran
– Pertuturan
– Fizikal
serta masalah pembelajaran atau kombinasi ketidakupayaan atau masalah
JENIS-JENIS KEPERLUAN KHAS
• Autisma
• Syndrome Down
• Spastik (Cerebral Palsy)
• Masalah Penglihatan
• Masalah Pendengaran
• Masalah Pertuturan
• Masalah pembelajaran
• Masalah tingkah laku
• Kecacatan fizikal
• Pintar Cerdas
• ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)
• Terencat akal (mild)
• Disleksia
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS -
AUTISME
• Autisme merupakan keadaan yang mempengaruhi pemprosesan, integrasi
dan pengurusan maklumat yang memberi kesan secara signifikan kepada :
• Komunikasi
• Interaksi sosial
• Kemahiran berfungsi
• Prestasi pembelajaran
• Terdapat banyak manifestasi dan tahap keseriusan
dalam spektrum autism
(Autisme Spectrum Disorder @ ASD)
• Komunikasi ekspresif dan reseptif serta kurang bersosial
• Berkeras mahukan rutin dan menolak perubahan
• Kelihatan seperti ‘berada dalam dunianya sendiri’
• Menolak hubungan fizikal seperti pelukan
• Sayang kepada permainan yang ‘pelik’ seperti barangan dapur
• Bermain permainan selari (bermain sendiri dan bukan bermain dengan
kanak-kanak lain) dan kurang bermain permainan imaginative
• Marah dan mengamuk secara tiba-tiba tanpa sebab
• Tingkah laku yang berulang-ulang dan kecelaruan obsesif-kompulsif
• Kemahiran splinter (sangat baik dalam kemahiran tertentu menjangkaui
paras IQ mereka)
• Kelihatan seperti mengalami beban deria dalam persekitaran yang
normal
• Kesukaran Berkomunikasi
– Ekolalia, iaitu keadaan di mana kanak-kanak mengulangi perkataan yang
dicakapkan kepadanya, adalah suatu pola pertuturan yang dapat dilihat
dalam kecelaruan spektrum autisme.
– Tindakan ini merupakan satu usaha untuk memahami
bahasa, iaitu daripada menjawab satu soalan dengan
dengan satu jawapan, kanak-kanak ini sebaliknya
mengulangi soalan tersebut.
– Kanak-kanak autism juga mengalami kesukaran dalam kemahiran
komunikasi bukan lisan
– Sukar untuk memahami, menggunakan dan mentafsir tanda bahasa
bukan lisan yang tidak ketara, seperti ekspresi muka atau nada suara,
serta sukar menterjemahkan semua itu ke dalam bahasa yang bermakna.
– Kesukaran berkomunikasi menyebabkan kekurangan lain dalam autism
terserlah
– Kekecewaan adalah masalah yang lazim bagi seorang kanak-kanak yang
tidak berupaya menyatakan keperluannya yang paling asas
– Kekecewaannya sering mencetuskan kemarahan
– Kanak-kanak autistic akan berhempas pulas untuk
berkomunikasi atau sebaliknya cuba menjauhkan diri
jika tidak mampu menyampaikan fikiran dan
perasaannya kepada orang lain.
• Masalah berkaitan Pemikiran Konseptual
– Sukar memahami idea berbentuk konseptual dan corak pemikiran
– Contoh: kanak-kanak dengan autism mungkin akan mewujudkan
kaitan antara tindakan berpakaian kemas, atau bangun awal dengan
sekolah.
– Jika hari cuti, ibunya memakaikan dia dengan pakaian yang kemas atau
membangunkannya awal pagi, dia melihatnya sebagai ‘pergi ke sekolah’
– Disebabkan mereka sukar memahami konsep, banyak perkara menjadi
terhad dalam hidup mereka.
– Ketidakupayaan kanak-kanak dengan autisme berfikir secara
konseptual menambahkan kesukaran mereka untuk berkomunikasi.
• Kemarahan dan sikap agresif

Penghidap autism mempunyai emosi yang sama


seperti orang lain. Masalah timbul apabila mereka
tidak berupaya mengenali emosi yang ada pada orang
lain dan menyatakan empati terhadap emosi itu.
Jangan dianggap mereka tidak mempunyai perasaan
kerana mereka tidak menunjukkannya, sebab
mereka sebenarnya mempunyai perasaan.
• Sikap agresif pada penghidap autism adalah simptom biasa
• Malahan cetusan kemarahan dan mengamuk juga adalah perkara
biasa
• Tingkah laku ini adalah pelbagai daripada kemarahan singkat kepada
amukan tidak terkawal.
• Kanak-kanak dengan autism juga mungkin menyerang dengan
memukul atau menggigit serta merosakkan objek dan barang
miliknya.
• Sikap marah dan agresif mereka ini tidak bermakna mereka berlagak
‘manja’ atau ‘nakal’ atau akibat kemahiran keibubapaan yang lemah,
sebaliknya ia adalah simptom bagi suatu bentuk gangguan
• Interaksi Sosial
– Kekurangan atau ketiadaan hubungan mata, ekspresi muka, dan/atau
bahasa tubuh
– Ketidakupayaan untuk menjalin persahabatan dalam kalangan rakan
– Keengganan atau ketidakupayaan berkongsi keseronokan atau
pencapaian dengan orang lain
Kelemahan kemahiran sosial kanak-kanak dengan
autism menjadi lebih jelas kepada ibu bapa ketika
mereka masih kecil. Apabila mereka membesar,
kemahiran interaksi bersama rakan sebaya
membuatkannya lebih memencilkan diri kerana dia
tidak mampu berhubung dengan kanak-kanak dan
orang dewasa yang lain
• Hipersensitiviti terhadap Bunyi
– Perkara biasa dalam diri kanak-kanak dengan autism ialah menutup
telinga secara tiba-tiba
– Perlakuan ini adalah untuk menyekat semua jenis bunyi kerana kanak-
kanak autism tidak dapat mendiskriminasikan bunyi.
– Hal ini kerana mereka mendengar semua bunyi sama sahaja dan pada
tahap kekuatan yang sama dengan individu normal.
– Oleh itu mereka tidak boleh mendengar terlalu lama kerana boleh
menyebabkan beban deria yang berlebihan
– Beban deria yang berlebihan adalah menyakitkan dan keadaan ini
boleh mencetuskan kemarahan mereka sekiranya tidak diredakan.
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK AUTISME
• Tingkah laku penghidap autism merupakan simptom yang paling
ketara selepas kurangnya pertuturan
• Tingkah laku Obsesif-Kompulsif
Terbahagi
kepada Obsesi : Pemikiran yang tidak terkawal dan tidak dikehendaki. Oleh sebab
dua mereka tidak boleh bertutur atau kebolehan bertutur yang terhad, maka
bahagian sukar untuk menentukan pemikiran ini wujud dalam diri mereka

Kompulsif : tindakan gerak rasa tanpa berfikir


– Menyusun objek dalam barisan seperti kereta api mainan, blok, kereta
mainan atau kaset pita video
– Membuka dan menutup pintu kabinet, almari atau pintu rumah
Berpusing-pusing dalam bulatan atau berjalan-jalan dalam bulatan
– Mengepak-ngepak tangan atau lengan
– Mengayun badan ke belakang dan ke hadapan
– Mengira objek berulang kali tanpa sebab yang kukuh
– Menyembunyikan atau mengumpul objek
– Asyik dengan objek yang diletakkan pada satu-satu tempat
– Gerak isyarat dan pergerakan muka yang serupa dengan sindrom
Tourette
– Pemilihan makanan yang dihadkan, dan seringkali berdasarkan warna atau
bentuk
• Perbuatan menyusun objek dalam barisan dan mencipta garisan
adalah iusaha penghidap autism untuk mewujudkan sesuatu yang
teratur terhadap sesuatu yang mereka anggap sebagai dunia yang
tidak terkawal dan tidak teratur. Garisan adalah sesuatu yang
teratur dan mencipta garisan itu memberikan mereka kawalan.
• Sesetengah ibu bapa tidak menggalakkan anak autistic mereka
mencipta garisan. Akibatnya mereka mempunyai anak-anak yang
kecewa dan kuat meragam.
• Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil peduli tentang garisan
tersebut walaupun garisan itu seperti dapat mengurangkan
tekanan dan perasaan marah kanak-kanak autistic.
• Aspek negatif tingkah laku ciptaan garisan :
– Boleh menimbulkan keasyikan dan kekhusyukan
• Solusi :
– Alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang tidak mengancam
kebolehannya mencipta garisan
• Tingkah laku membuat garisan berkurangan seiring dengan
kematangan penghidap autisme
• Mengepak-ngepak adalah satu tingkah laku kompulsif
• Ia adalah pergerakan tangan dan/atau lengan dengan begitu
pantas dan berulang-ulang yang menyerupai lambaian.
• Kebiasaannya tingkah laku ini adalah simptom pertama
yang diperhatikan ibu bapa kerana ia merupakan tingkah
laku luar biasa bagi kanak-kanak
Adakah perbuatan mengepak-ngepak selalunya menandakan autism?
• Tidak, sebab tingkah laku ini lazim dilakukan oleh semua bayi.
• Perbezaannya dengan autism boleh dilihat ketika kanak-kanak membesar
kerana akan hilang semakin mereka membesar
• Sekiranya pada usia 18 bulan hingga 2 tahun masih mengepak-ngepak,
keadaan ini perlu diberi perhatian
• Mengepak-ngepak bukan satu-satunya tingkah laku berulang yang
dapat dilihat pada autism.
– Berpusing-pusing
– Menghayunkan badan
– Menghentak kepala
– Mengherotkan muka
– Pergerakan mata dan sorak suara yang luar biasa
LAIN-LAIN CIRI MBK - AUTISME
• KOMUNIKASI:
– Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
– Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan
apa yang dikatakan orang
– Jarang menggunakan Bahasa dan sukar diajak bercakap
– Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap sahaja
– Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
– Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (Echolalia)
– Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya
– Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS –
SINDROM DOWN

Anda mungkin juga menyukai