Anda di halaman 1dari 7

KEISTIMEWAAN PUASA DARI

PERSPEKTIF SAINS KESIHATAN


MODEN

NAMA: NURUL SAKINAH BINTI SALIMAN


NURUL USNA BINTI ZULKEPLY
Apa itu PUASA ?
• Puasa dari segi syarak
- Menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari di
sertakan dengan niat.
• Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.
• Puasa merupakan ibadah yang wajib bagi setiap umat islam
yang cukup syarat.
Puasa bermanfaat untuk kesihatan
• Ramadan dan kesihatan
- Puasa tidak mendatangkan kemudaratan sebaliknya ia mampu mencegah serta
merawat penyakit yang di hadapi manusia seperti diabetes dan kolestrol
tinggi.

-Walau bagaimanapun pengecualian daripada berpuasa diberikan kepada


penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung, buah
pinggang, migrain yang bersangatan, batu karang dalam buah pinggang dan
yang seumpamanya. Pengecualian ini memang diizinkan.

- Jika penyakit yang menimpa seseorang begitu serius sehingga tidak ada
harapan lagi untuk sembuh, beliau tidak perlu berpuasa sama sekali.
Sebagai gantinya beliau diwajibkan membayar fidyah sebagai
menggantikan puasa yang terpaksa ditinggalkannya. Hal ini telah
disebutkan dalam Fatawa Muaasirat
-Satu kajian telah diadakan dengan memeriksa darah orang yang berpuasa
untuk mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, sodium, potassium, urea,
glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada ketika yang sama, berat badan
mereka ditimbang di awal dan di akhir Ramadan.

- Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini
menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan.
Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan
sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan
dengan lebihan gula dan lemak.
• Puasa serta kesihatan mental

-Puasa juga merangsang pengeluaran hormon yang dikenali sebagai


endorphin. Hormon tabii ini berfungsi seperti dadah jenis candu (opiates)
yang menghilangkan kesakitan serta mendamaikan minda justeru
mencegah daripada serangan penyakit mental

-Kajian dari Universiti Kentucky pula mendapati berpuasa dapat


mengurangkan kesan negatif ke atas pesakit yang mengalami kecederaan
sederhana di bahagian otak. Kajian yang diketuai oleh Patrick Sullivan dari
UK Spinal Cord and Brain Injury Research Center ini mendapati proses
kesembuhan ke atas otak yang cedera berlaku secara signifikan apabila
pesakit-pesakit berkenaan berpuasa selama 24 jam

-Puasa juga membantu tidur dan hal ini adalah penting terutamanya bagi
golongan tua. Oleh sebab proses pemulihan badan berlaku ketika tidur
kemampuan untuk tidur dengan nyenyak menjamin kualiti proses
pemulihan.
• Bersahur dalam kesihatan
- Penekanan agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan dan
saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian
semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam
ialah sarapan pagi.

- Golongan yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk,


mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.

- Golongan yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih


rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar
gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

- Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan


sahur tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka
berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan. Lebih daripada itu, bersahur
adalah ibadah kerana ia adalah sunah nabi dan waktu sahur juga
merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.
Kesimpulan
Tidak syak lagi puasa adalah kuasa. Hal ini disebabkan Ramadan bermanfaat
untuk manusia moden dan kemanfaatannya pula adalah berbentuk
menyeluruh terutama dalam aspek kesihatan. Ia merangsang kebaikan
dalam pelbagai aspek, antaranya ialah:

• Kesihatan Fizikal: Melalui metabolisme badan yang terkawal.


• Kesihatan Mental: Melalui tafakur, reda serta pengeluaran hormon
endorphin yang mendamaikan.
• Mementingkan Kualiti: Melalui kesedaran bahawa ibadah puasa perlu
dihalusi kerana ia bukan sekadar meninggalkan makan minum.
• Pengurusan Masa: Melalui sistem waktu solat dan puasa yang perlu dijaga.
• Pembinaan Akhlak dan Jati Diri: Melalui latihan kesabaran, pengawalan
pancaindera serta ketabahan memikul tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai