Anda di halaman 1dari 27

MPU 3052 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN 3: PEMBENTANGAN KUMPULAN


ISU UTAMA: ISLAMOFOBIA

NAMA: TING XIN YUE


KHU JIA HUI
GRACE TIONG LIK YING
BRENDA TING SHU TIEN

UNIT: T9
PENSYARAH: EN. MD. SHAHAIDIL AB. RAHMAN
What is Islamophobia?
Definisi
• Islamophobia ialah suatu perasaan sangsi atau kebencian atau takut terhadap orang-
orang Islam.
• Perkataan ‘Islamophobia’ kian meluas semenjak berlakunya peristiwa serangan 11
September 2001 ke atas negara Amerika.
• Islamophobia didefinasikan sebagai kontroversi yang merangkumi prasangka dan
diskriminasi terhadap Islam. Islamophobia juga merupakan satu bentuk “NEOLIGISME”
yang merujuk kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam.
• Ianya juga diberi maksud ketakutan yang berlebih-lebihan terhadap Islam namun
disebaliknya ia digunakan untuk menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk
terhadap orang islam.
Fakotr-faktor
Berlakunya
islamofobia
Penghijrahan

Prejudis dan Kesan


Serangan Menara Faktor Kekurangan Ilmu
Pusat Perdagangan Pengetahuan dan
New York Luaran Pendedahan

Pengaruh
Media
1) Penghijrahan
• Faktor kemunduran ekonomi dan masalah
kesempitan hidup.
• Menyebabkan persaingan peluang pekerjaan
kepada rakyat negara itu dan menggugat
taraf ekonomi.
• Segelintir umat Islam melakukan pelbagai
jenayah dan tidak menghormati budaya
negara itu.
• Menyebabkan masyarakat negara itu melihat
imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.
) Kekurangan Ilmu Pengetahuan dan
Pendedahan
• Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus
untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam.
• Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya
hidup dan ganas.
• Termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabila
melibatkan hak-hak wanita.
3) Prejudis dan Kesan
Serangan Menara Pusat
Perdagangan New York
• Serangan menara Pusat Perdagangan Dunia pada 11 September
2001 .
• Islam telah dijenamakan dengan keganasan.
• Peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011 yang
mengorbankan lapan nyawa dan beberapa jam selepas itu
pembunuhan beramai-ramai 69 remaja di Utoya Island, Norway.
• Akhbar-akhbar utama dunia seperti New York Times telah
mengesyaki bahawa penjenayah terbabit adalah Muslim.
Serangan menara Pusat
Perdagangan Dunia pada 11
September 2001

Peristiwa pengeboman di
Oslo pada 22 Julai 2011
di Utoya Island, Norway
4) Pengaruh Media
• Menanamkan perasaan kebimbangan
dan kebencian kepada Islam.
• Antara badan yang membiayai gerakan
Islamofobia ini ialah ‘William
Rosenwald Family Fund’ dan ’Fairbrook
Foundation’.
• Salman Rushdie telah dibayar
sejumlah 850 ribu pound sterling
untuk menghasilkan buku ‘Satanic
Verses’ yang diterbitkan oleh
penerbitan Viking.
Salah faham Kelemahan
Terhadap Penyebaran
Konsep Jihad Maklumat

Kebangkita
Faktor
n Negara
Islam Dalaman

Isu Siapa
Mewakili
Islam?
1) Kelemahan Penyebaran
Maklumat
Tidak ada maklumat yang tepat mengenai keganasan gerakan agama .
Tiada data yang lengkap negara Islam yang menjadi mangsa
keganasan akibat daripada Islamofobia.
Media yang dimiliki institusi Islam kurang efisyen dan kurang
berjaya menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan
persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.
2) Isu Siapa Mewakili Islam?
Ada di kalangan masyarakat melihat bahawa Osama bin Laden,
Ayman Al Zawahiri dan lain-lain mewakili umat Islam dan ini telah
memberikan gambaran negatif terhadap Islam.

Pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang


bertanggungjawab atas serangan 11 September
di Amerika Syarikat dan serangan pembunuhan
beramai-ramai

Dianggap sebagai pengganti


Osama bin Laden

Osama bin Laden Ayman Al Zawahiri


3) Kebangkitan Negara Islam
Kekuatan ekonomi negara-negara Islam menimbulkan keraguan
dan kebimbangan ramai terhadap Islam.
Iran sering kali dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di
Timur Tengah.
Sedangkan pada hakikatnya Israel yang tidak menghormati
undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia ialah punca
sebenar ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.
4) Salah faham Terhadap
Konsep Jihad
Konsep jihad yang sebenarnya menuntut untuk semua umat Islam
berjuang di jalan Allah dengan mematuhi prinsip syariat dan etika.
Gerakan ISIS = kelompok yang telah memburukkan nama Islam.
Membawa satu perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam.
Kesan-kesan
Islamophobia
(SOSIOBUDAYA,
MASYARAKAT,
NEGARA)
Gambaran yang diputarbelitkan oleh Barat tentang Islam adalah tidak
benar sama sekali. Ini telah memberikan pelbagai implikasi negatif
kepada umat Islam sejagat.
1. Perlanggaran hak asasi ummah
Islam.
• Telah berlaku Switzerland.

• Di mana pindaan perlembagaan Negara


tersebut yang mengharamkan pembinaan
menara-menara masjid.

• Tindakan ini dikecam oleh pelbagai pihak antaranya Amnesty International


dan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, namun tetap diteruskan.

• Para perenang Muslim disekat kelayakan untuk bertanding ekoran memakai


pakaian renang yang menutup aurat.
2. Muslim dijadikan mangsa
diskriminasi kaum dan xenophobia.
• Mereka menghadapi penerimaan agama
yang negatif dan penghinaan khususnya di
Eropah dan negara bukan Islam yang lain.

• Menurut kajian oleh Today Gallup Poll, 4


dari 10 : Rakyat Amerika mengakui
mempunyai prejudis kepada Muslim
sehingga mereka tidak mahu berjiran
dengan mana-mana Muslim.
• Terpaksa menanggung keperitan melihat
proses pembakaran naskah Al-Quran di
Amerika bermula dari September 2010
sehingga April 2011. Selama 9 bulan Muslim
di Amerika terpaksa melalui pengalaman
segetir ini.

• Tambahan pula dengan penerbitan kartun


yang menghina Junjungan Besar Nabi
Muhammad saw.
3. Muslim di Eropah menghadapi
diskriminasi.
• Terpaksa menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan, penjagaan
kesihatan dan pendidikan.

• Menurut The Pew Forum on Religion and Public Life, diskriminasi terhadap
Muslim adalah tinggi iaitu sebanyak 58%.

• Sebagai contoh, seorang Muslim warga Itali yang kerjanya hanya sebagai
seorang tukang cuci namun wanita tersebut telah dianggap sebagai ancaman
kepada keselamatan kepada negara lalu dia diberhentikan.
• Berlakunya ketidakadilan dalam penjagaan kesihatan apabila seorang
doktor Jerman yang enggan merawat seorang pesakit Muslim yang tenat.

• Tidak ketinggalan Muslim terus diperkotak katikkan apabila seorang


pelajar Muslim diusir dari persekolahan di Kanada hanya kerana dia ingin
terus berhijab.
4. Muslim menerima impak
keganasan.

• Keselamatan diri dan keluarga sangat terancam.

• Berlaku kes tembakan di Amerika oleh pihak berkuasa terhadap Muslim


yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

• Di Nevada, pihak polis bertindak ganas terhadap Muslim yang sedang


menunaikan solat di tempat letak kereta.
5. Mumat muslim di seluruh dunia
menghadapi sekatan perjalanan.

• Termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.

• Sukar bagi mereka untuk pergi ke sesuatu destinasi disebabkan mereka


merupakan seorang Muslim.

• Menurut USA Today Gallup Poll, 18% rakyat Amerika berasa gementar dan
tidak selesa jika ada wanita atau lelaki Muslim berada di dalam kapal
terbang yang sama.
Kesimpulan
Semua pihak harus bekerjasama mengatasi isu ini.
Para cendekiawan harus bersuara, berdialog dan memperbetulkan
kembali konsep masyarakat yang salah tentang agama Islam.
Masyarakat harus memberi perhatian dan meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang isu ini.
Isu ini harus diatasi demi membentuk negara yang aman dan bersatu
padu.
Sesi Menyoal Jawab
1) Berikan dua akibat berlakunya Islamofobia.

2) Nyatakan dua langkah yang perlu dilakukan untuk


mengatasi isu ini.
Rujukan
• Hafiz Rahman (2013). Tiada Yang Mustahil! Dicapai daripada
http://mhafizrahman91.blogspot.com/2013/07/islamophobia.html

• Zulkifli Hasan (2013). MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA


PERSEPSI DAN REALITI. Dicapai daripada
https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-
islamofobia-antara-persepsi-dan-realiti/

Anda mungkin juga menyukai