Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN KEPADA

KAEDAH PENGAJARAN
DAN PENTAKSIRAN
T. Shanmugam
Jabatan Pendidikan Teknik
Vokasional
IPG KPT
PENGENALAN KEPADA KAEDAH
PENGAJARAN DAN PENTAKSIRAN

Kandungan Pembelajaran:
• Definisi strategi, kaedah dan teknik
• Kepentingan pelbagai strategi, kaedah dan teknik
pengajaran
• Konsep pentaksiran dan penilaian
• Bentuk pentaksiran dan penilaian
Pengenalan Strategi, Kaedah Dan Teknik

• Ramai guru-guru permulaan terkeliru dengan ketiga-tiga konsep tersebut.


Akibatnya, konsep tersebut sebenarnya digunakan bertukar ganti yang kadang-
kadang membawa kepada konotasi/makna yang berbeza.
• Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah
sama dengan cara pengajaran sahaja.
• Mengapa terjadinya demikian?
• Ini adalah kerana penjelasan ketiga-tiga konsep tersebut sebenarnya sangat erat
hubungannya antara satu sama lain.
• Walau bagimana pun, dalam konteks pendidikan kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dan pengertian yang berbeza.
Pengenalan Strategi, Kaedah Dan Teknik

• Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana
konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
• Penjelasan tentang perhubungan di antara ketiga-tiga konsep adalah amat
berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya
ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Maksud Kaedah

Pengertian KAEDAH: Contoh Pengertian KAEDAH dalam


• Mengikut Kamus Dewan kehidupan seharian:
bermaksud cara atau aturan • Jika kita ingin memasak ikan maka kaedah-
(membuat sesuatu), hukum kaedah memasak yang kita boleh gunakan
atau prinsip. ialah seperti menggoreng, merebus,
• Justeru itu, sesuatu kaedah memanggang atau mengukus.
terdiri daripada sesuatu siri • Kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah
tindakan yang sistematik dan menyepak bola, maka kaedah-kaedahnya
tersusun untuk mencapai adalah seperti sepakan sering, sepakan
sesuatu matlamat/objektif tinggi, sepakan grounder, sepakan banana dll
Maksud Teknik

Pengertian TEKNIK: Contoh Pengertian TEKNIK dalam kehidupan seharian:


• Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah
• Ia merangkumi aktiviti, menggoreng.
pelakuan dan kemahiran- • Untuk menggoreng ikan,
kemahiran khusus yang • kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum
mencurahkan minyak ke dalamnya.
digunakan untuk
• untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik
menjayakan pemilihan ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah
kaedah tadi panas di kuali.
• api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas.
• Ringkasnya, semua kaedah • Kesemua tindakan yang spesifik ini disebut sebagai
mempunyai teknik-teknik teknik menggoreng.
tertentu yang disusun • Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara
dengan sistematik. memanggang pula adalah amat berbeza.
Contoh Tambahan : Kaedah & Teknik
• Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan.
• Kaedah-kaedah yang boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat,
menikam atau menombak.

• Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah


• Teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk
membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

• Dalam zaman moden ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak
begitu berkesan.
• Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan
seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Terdapat kaedah lain yang lebih
berkesan
• Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah
baik.

• Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini, kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul selaras dengan perubahan masa.
• Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak
akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini
Maksud Pendekatan

Pengertian Pendekatan: Contoh Pengertian PENDEKATAN dalam


• Dimaksudkan sebagai arah atau kehidupan seharian:
hala yang kita ambil untuk • Dalam pendekatan memasak ikan yang boleh
menuju sesuatu sasaran. digunakan ialah seperti pendekatan masakan
• Dalam pengertian yang lebih Timur atau pendekatan masakan Barat.
luas, pendekatan diertikan • Bagi pendekatan Barat – keutamaan ditegaskan
sebagai “to come near to in any pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat
sense” atau jalan yang diambil makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.
untuk melakukan sesuatu. Banyak berkait dengan sains dan teknologi
• Pendekatan yang dipilih makanan dan hubungannya dengan kesihatan.
biasanya berasaskan teori-teori • Bagi pendekatan Timur – keutamaan adalah
atau generalisasi yang tertentu. pada rasa dan selera makanan dan bukan
kepada nilai kalori dan makanan seimbangan.
Maksud Strategi

Pengertian Strategi: Contoh Pengertian STRATEGI dalam


• Merujuk kepada susunan kehidupan seharian:
pendekatan dan kaedah • Dalam masakan ikan, jika kita ingin memasak
untuk mencapai sesuatu seekor ikang yang agak besar (10 kg), kita
matlamat dengan perlu merancangkan strategi mamasak agar
menggunakan tenaga, masa kita dapat mencapai kepuasan dan faedah
serta kemudahan secara yang maksima dengan menggunakan masa,
optimum tenaga serta sumber yang minima.
• Contoh, kepala ikan digoreng, ekor direbus,
tulang dipanggang dan dididih dalam sup.
Telurnya dijerut dll.
• Kaedah mana…. Timur atau Barat.
Hubung Kait Antara Teknik, Kaedah,
Pendekatan Dan Strategi
Perkaitan Antara Teknik, Kaedah,
Pendekatan Dan Strategi
Hubung Kait Antara Kaedah,Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP

Kaedah PnP:

• Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan


yang mempunyai urutan yang tertentu.
• Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang guru untuk
menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang
pelajar
• Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah,
brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soal-jawab dan lain-lain
lagi.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP

Teknik PnP:

• Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus


yang terdapat dalam sesuatu kaedah.
• Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak
berhasil.
• Misalnya katakanlah seorang guru ingin menggunakan kaedah bercerita
untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran.
• Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara,
penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat
murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid
semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Teknik PnP (sambungan….):

• Kaedah PnP lain seperti kaedah penyoalan.


• Kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik
seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,
pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan
soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan
yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid,
suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang
ditanya dan sebagainya.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Teknik PnP (sambungan….):
• Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih
kaedah-kaedah yang sesuai.
• Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak
berkesan.
• Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.
• Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya
kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
 
• Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya
teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti
mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Ringkasan Kaedah & Teknik
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Pendekatan PnP:

• Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan


untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran,
sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu
kemahiran.
• Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang
kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama.
• Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana
jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan
untuk meneliti proses pengajaran.
• Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara
pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau
pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. 
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Pendekatan PnP (sambungan…):

• Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti


pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan
kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.
• Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang
difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
• Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah
pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi
isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Pendekatan PnP (sambungan…):
• Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid.
• Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah
seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala
• kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah
bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
• Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum
dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
• Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh
sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Ringkasan Pendekatan PnP :
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Strategi PnP:
• Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
• Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan
dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. 
• Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran
harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah
yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau
pendekatan kumpulan kecil?
• Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif?
• Di samping itu, apakah kaedah pengajaran lain yang boleh kita gunakan.
• Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang
manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
• Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah
adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Strategi PnP (sambungan…):
• Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza.
• Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar
kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.
• Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan.
• Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai,
norma serta latar belakang sekolah dan murid.
• Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi
pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Strategi PnP (sambungan…):
• Tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali.
• Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk
membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses
pengajaran itu berlaku.
• Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian
matlamat pengaajaran.
• Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah
lain.
 
• Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali.
• Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling
sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling
maksimum
Hubung Kait Antara Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP
Ringksan Strategi PnP :
Strategi Pemusatan
Guru dalam PnP
Strategi Pemusatan
Murid dalam PnP
Strategi Pemusatan
Bahan dalam PnP
Ringkasan Kaedah, Teknik, Pendekatan
dan Strategi dalam PnP

Anda mungkin juga menyukai