Anda di halaman 1dari 49

MOHD JEFRI ABDUL MANAP

PRAUNIVERSITI SMK AHMAD


Sistem Ejaan

• Sistem ejaan diperkenalkan oleh R.J.Wilkinson


pada tahun 1902.
• Sistem ejaan rumi mengalami perubahan
kepada sistem Ejaan Rumi Za’ba dan diguna
pakai sebagai ejaan rasmi agak lama di
Malaysia
• 16 Ogos 1972 diganti oleh Sistem Ejaan Rumi
Baharu BM
Pedoman Umum Ejaan dan
Sebutan Baku
• Abjad – 26 abjad
– Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ]
– Konsonan – 21
– Diftong – 3 [ ai au oi ]
– Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ]
Pola Keselarasan Vokal
18 pola keselarasan vokal
Keselarasan vokal Contoh perkataan

a - a amal baka masak


a - i masjid balik alih

a - u barut patut datuk

e (pepet ) – a sedar jelas emak

e (pepet) – i elak ekar engkar

e (pepet) – u -- telur belum tebus

e (taling) –a elak ekar engkar

e taling e leleh telek remeh


e taling o esok bengkok cedok

i-a bilang pinang kilas

i- i pilih didih sirih

i- u tidur hibur hidup

o-a otak rosak bosan

o - e (taling) oleh boleh celoteh

o-o obor borong keropok

u-a ulat bulat ketupat

u- i ulit kulit seruling

u- u untuk buluh seluruh


Kekecualian Keselarasan Vokal bagi Kata Pinjaman
Pola Vokal Contoh Perkataan

a - e (taling) aneh pamer


a - o calon lakon
e (pepet) – o gabenor setor

e (pepet) – e (taling) gembeleng

i - e (taling) simen tiket

i - o transistor pistol

u - e (taling) tulen subjek

u-o kupon konduktor

e (taling) - i tesis objektif

e (taling) - u spektrum
e pepet – e pepet pepet
i- e (pepet) iseng filem
o-i fosil hipokrit
o-u bonus forum
u- e (taling) skuter
e taling e taling meter
o-e pepet Oktober
Ejaan Kata Pinjaman

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu


- cc - ks access menjadi akses
- x - ks express menjadi ekspres

b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf


konsonan yang sama
- ff - f traffic menjadi trafik
a) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal
- ia – ia dialect menjadi dialek
- oo - u boot menjadi but

b) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris


dengan penyesuaian
- Block menjadi blok
- Draft menjadi draf
e. Huruf/g/ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut
sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g]
dalam BM
- generation menjadi generasi
- agent menjadi agen

f. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -


tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, --sional
-lotion menjadi losen; section menjadi seksyen
g. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism
- nationalism menjadi nasionalisme

h. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa


Inggeris yang telah mantap
- pencil menjadi pensel
- action menjadi aksi
- dial menjadi dail
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU
BAHASA MELAYU
Penulisan Kata Dasar

Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu


dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya:

i. Keputusan itu adalah tidak adil.


ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang.
iii. Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan

Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar


yang berimbuhan ( sama ada imbuhan awalan,
akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis
14
serangkai dengan bentuk kata yang lain.
Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan
Imbuhan Kata Kata Terbitan
Awalan Dasar

Anti karat antikarat


Auto graf autograf
Dwi bahasa dwibahasa
Juru mudi jurumudi
Poli klinik poliklinik
Pra sekolah prasekolah
Pro kerajaan prokerajaan
Sub kategori subkategori
Swa daya swadaya
Tata susila tatasusila
Tuna karya tunakarya
15
Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah
daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:

1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau


bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar
yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas
yang lain. Contohnya:

Allah Yang Maha Esa

2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis


secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya:

bersikap anti
pro dan kontra
16
3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se-
diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf
besar, contohnya:

se-Nusantara
se-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran

Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut:

Akhiran Kata Kata Terbitan


Dasar

-an minum minuman


-ah ustaz ustazah
-isme ego egoisme
-kan masuk masukkan
-man budi budiman
-nita biduan biduanita 17

-wan harta hartawan


Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan
Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut:

Apitan Kata Dasar Kata Terbitan

ber…an anggap beranggapan


ber…kan dasar berdasarkan
di…i iring diiringi
di…kan umum diumumkan
diper…kan tingkat dipertingkatkan
ke…an sejuk kesejukan
me…i kirim mengirimi
me…kan hadiah menghadiahkan
memper…i isteri memperisteri
memper..kan hamba memperhambakan
pe…an rasa perasaan
penge..an had pengehadan
ter..kan kata terkatakan 18
Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan
Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

-el- tunjuk telunjuk


-em- kuning kemuning
-er- gigi gerigi
-in- sambung sinambung

Penulisan Kata Sendi Nama

Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata
yang diimbuhkan dengannya.

1. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata
nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan
sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:
i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu.
ii. Mereka berlayar menuju ke selatan.

2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata
nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya:

i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.


ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

3. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada
kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai
kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya:

i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja.


ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.
20
Penulisan Singkatan Kata Ganti Nama
• 4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya

– Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari

• Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja


menggunakan huruf besar pada huruf pertama
dan ditulis dengan menggunakan tanda
sempang

– Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan.


– Mereka memohon rahmat-Nya.
4. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata
nama tempat atau nama khas, contohnya:

i. Adiknya tinggal di Kajang.


ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik)

Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku,
mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis
serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:

kaulihat kuamati
kautulis kubaca
kaubisik kudengar
kauberi kuterima
22
Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis
serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya,
contohnya:

kasihku kasihmu kasihnya


rinduku rindumu rindunya
temanku temanmu temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi
sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai
huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya
dengan menggunakan tanda sempang, contohnya:

i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku?


ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini!
iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan
petunjuk-Nya.

23
Penulisan Partikel
4 partikel - -lah, -kah, - tah, & pun

Partikel –lah, -kan, dan –tah ditulis serangkai


dengan kata dasar yang mendahuluinya
• Contoh: berilah, diakah, manatah

Partikel pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis


terpisah daripada kata sebelumnya
• Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya

Partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan


yang telah ditentukan, iaitu:
• adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
Penulisan Partikel

Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah,
kah, dan pun.
Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis
serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

ada-lah adalah
bimbing-lah bimbinglah
siapa-kah siapakah
bila-kah bilakah
apa-tah apatah

Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis
secara terpisah.
25
1. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis
secara terpisah. Contohnya:

i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2. Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai,


iaitu:

adapun ataupun
andaipun bagaimanapun
biarpun kalaupun
kendatipun lagipun
mahupun meskipun
sekalipun sungguhpun
walaupun 26
Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)

Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini
ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata
ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata
ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang
berimbuhan.

Penulisan Kata Ganda Semu:

anai-anai biri-biri
hati-hati kuda-kuda
kupu-kupu labah-labah
labi-labi tupai-tupai
laki-laki undang-undang

27
Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)

Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini
ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata
ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata
ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang
berimbuhan.

Penulisan Kata Ganda Semu:

anai-anai biri-biri
hati-hati kuda-kuda
kupu-kupu labah-labah
labi-labi tupai-tupai
laki-laki undang-undang

28
2. Penulisan Kata Ganda Jamak

jawatan-jawatan borang-borang
projek-projek dewan-dewan
program-program aktiviti-aktiviti

3. Penulisan Kata Ganda Berentak

bolak-balik gerak-geri
mundar-mandir lauk-pauk
kuih-muih ramah-tamah
serba-serbi kucar-kacir

4. Penulisan Kata Ganda Berimbuhan

keanak-anakan akhir-akhirnya
bersiar-siar segala-galanya
karang-mengarang menulis-nulis 29
Penulisan Kata Majmuk
3 jenis kata majmuk

• Kata bebas yang membentuk kata umum ditulis


sebagai terpisah
– Cth: air hujan, sama ada, luar biasa, terima kasih

• Gabungan parataksis atau rangkai kata setara


– Cth: hidup mati, ibu bapa, tunjuk ajar, makan minum

• Simpulan bahasa ditulis secara terpisah


– Cth: buah hati, makan angin, puas hati
• Kata umum yang menerima awalan dan akhiran ditulis
serangkai
– Cth: ambil alih – pengambilalihan
– Ijab kabul - diijabkabulkan
– Lipat ganda – melipatgandakan
– Sama rata – menyamaratakan

• Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata


hendaklah ditulis serangkai
– Cth: beritahu – pemberitahuan
– Kemas kini – dikemaskinikan
– Warganegara – kewarganegaraan

• Pengulangan kata majmuk


– Balai raya – balai-balai raya
– Kapal terbang – kapal-kapal terbang
– Ketua pejabat kerajaan – ketua-ketua pejabat kerajaan
Penulisan Gabungan Kata
1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara
terpisah.
i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata
istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah:

air hujan duta besar


balai raya jalan raya
bom tangan luar biasa
model linear garis lintang
tengah hari nasi minyak

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis


atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah:

hidup mati adik kakak


ibu bapa miskin kaya
tua muda besar kecil
32
iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis
secara terpisah:

buah hati hati batu


bulan madu pilih kasih
darah muda tangkai jering

2. Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk
dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama
pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan:

Bentuk Dasar Bentuk Berulang

balai raya balai-balai raya


guru besar guru-guru besar
kapal laut kapal-kapal laut
kertas kerja kertas-kertas kerja
33
3. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan
gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah,


termasuklah istilah khusus dan kata majmuk,
rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang
menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai:

ambil alih menjadi pengambilalihan


anak emas menganakemaskan
lipat ganda melipatgandakan
tidak adil ketidakadilan

34
ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Melayu telah ditetapkan sejumlah kata
tertentu yang boleh ditulis secara serangkai,
dikenali sebagai bentuk yang mantap:

antarabangsa pesuruhjaya
setiausaha jawatankuasa
kakitangan suruhanjaya
warganegara tanggungjawab
matahari tandatangan
bumiputera sukarela
kerjasama olahraga
iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai:

jawatankuasa menjadi jawatankuasa- jawatankuasa


pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
tanggungjawab tanggungjawab-
tanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk


membentuk kata terbitan:

setiausaha menjadi kesetiausahaan


tanggungjawab penanggungjawaban
warganegara kewarganegaraaan
tandatangan menandatangani
36
Penggunaan Tanda Sempang
• a. Tanda sempang digunakan bagi kata yang diulang
sepenuhnya atau sebahagian spt: anak-anak, lauk-pauk,
diporak-perandakan

• b. Tanda sempang digunakan bagi menghubungkan


awalan se- diikuti nama khas dan menghubungkan huruf
kecil dan huruf besar spt: se-Malaysia, anti-Rusia,
petunjuk-Nya

• c. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka


yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an dan
merangkaikan awalan ke- dengan angka spt: tahun 50-an,
ke-17, ke-100

• Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan


antara kata pada istilah spt: alat pandang-dengar,
perbadanan semi-kekal
• Rujuk word
Latihan
• Ramai pelancung dari Luar Negeri dan tempatan
yang berkunjung ketaman air tersebut kerana taman
itu menyediakan berbagai kemudahan. Di taman itu
terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan
bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Kemudian tempat berehat dan makan minum juga
sangat baik. Layanan para pekerja disana sungguh
mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itu
lah sebab banyak orang yang datang berkunjung
kesana.
• Ramai pelancong dari luar negeri dan tempatan
yang berkunjung ke taman air tersebut kerana taman
itu menyediakan pelbagai kemudahan. Di taman itu
terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan
bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Kemudian tempat berehat dan makan minum juga
sangat baik. Layanan para pekerja di sana sungguh
mesra bersopan dan mengagumkan pengujung.
Itulah sebab banyak orang yang datang berkunjung
ke sana.

Anda mungkin juga menyukai