Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN

KREATIF
BAB 3

TAJUK :
KREATIVI
KONSEP KREATIVITI

I. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”.
II. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.

III. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.

IV. kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli.
V. Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru
dan asli.

VI. Muhamad Tamyez Bajuri (1996) Kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada
melalui mental atau fizikal.

VII. Menurut Lowenfeld (1975) setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan
sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu
percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Peringkat Definisi Kreativiti
PERIBADI KREATIF
1. Penghasilan sesuatu idea sastera memerlukan seseorang individu itu melalui beberapa

proses sebelum menghasilkan karyanya.


2. Tanpa proses kreatif, kemungkinan hasil karya yang dihasilkan tidak bermutu dan kurang

kualitinya.
3. Setiap manusia haruslah mempunyai pegangan, aliran dan ideologi tersendiri bermula

daripada proses pengumpulan dan penghasilan bahan sehingga selesai karya yang
dihasilkan.
4. Proses kreatif yang dilalui oleh individu kreatif menggambarkan corak pemikiran masing-

masing.
5. Idea yang disalurkan dalam bentuk dan gaya tersendiri berasaskan tuntutan dan
desakan dalam diri masing-masing.
6. Individu yang kreatif mungkin mengambil masa yang singkat atau sebaliknya dalam
proses penghasilan sesuatu bahan sastera.
7. Untuk memantapkan lagi bahan-bahan yang dihasilkan, mereka akan membuat
penelitian dan mengkaji sesuatu isu yang hadir dalam pemikiran mereka.
8. Seseorang penulis yang kreatif sering dianggap sebagai manusia yang mempunyai
daya atau darjah pemikiran yang berlainan, namun mereka masih lagi berpegang
kepada prinsip-prinsip tertentu.
9. Tanggapan yang sedemikian akan menambahkan lagi semangat dalam jiwa mereka
dalam mengetengahkan sesuatu isi terutama dalam bidang penulisan kreatif menerusi
karya-karya seperti novel, cerpen dan puisi.
10. Walau bagaimanapun, setiap idea yang disusun dan ditulis perlu dianalisis terlebih
dahulu agar idea tersebut benar-benar memberi manfaat kepada pembaca.
CIRI – CIRI PERIBADI KREATIF
1. Menurut Munandar (1999) menyatakan bahawa ciri individu yang kreatif menurut para ahli
psikologi adalah bebas dalam berfikir, mempunyai daya imaginasi, bersifat ingin tahu, ingin
mencari pengalaman baru, mempunyai inisiatif, bebas berpendapat, mempunyai minat luas,
percaya pada diri sendiri, tidak mahu menerima pendapat begitu saja dan tidak pernah bosan.

2. Ciri-ciri pribadi kreatif meliputi ciri-ciri aptitud dan non-aptitud. Ciri-ciri aptitud iaitu ciri yang
berhubungan dengan kognitif atau proses berpikir :
 Berfikiran lancar, iaitu kemampuan mencetuskan banyak gagasan, jawapan, penyelesaian
masalah, atau pertanyaan.

 Berfikiran luas, iaitu kemampuan menghasilkan gagasan, jawapan, atau pertanyaan dalam
pelbagai variasi, serta dapat melihat suatu masalah dari sudut pandangan yang berbeza-
beza.
 Berfikiran asli, iaitu kemampuan melahirkan ungkapan yang baru, unik, dan asli.

 Keterampilan memperinci (mengelaborasi), yaitu kemampuan mengembangkan,

memperkaya, atau memperinci detil-detil dari suatu gagasan sehingga menjadi lebih
menarik.
 Keterampilan menilai (mengevaluasi), iaitu kemampuan menentukan penilaian sendiri

dan menentukan apakah suatu pertanyaan, suatu rencana, atau suatu tindakan itu
betul atau tidak.

3. Manakala, ciri-ciri non-aptitud iaitu ciri-ciri yang lebih berkaitan dengan sikap atau
perasaan, motivasi atau dorongan dari dalam untuk berbuat sesuatu, seperti rasa ingin
tahu, berimaginasi tinggi, berani mengambil risiko dan mempunyai sifat menghargai.

Anda mungkin juga menyukai