Anda di halaman 1dari 64

KAUNSELING KERJAYA

Definisi
Kaunseling kerjaya adalah sejenis perkhidmatan yang disediakan
kepada seorang klien atau sekumpulan klien yang datang untuk
mendapatkan bantuan dalam pemilihan kerjaya atau masalah
penyesuaian kerjaya. (Brown,D., 2007)

Kaunseling kerjaya itu sendiri bukanlah kaunseling yang berfokus


kepada kerjaya semata-mata tetapi kaunseling kerjaya perlu
berfokuskan kerjaya sepanjang hayat dengan mengambil kira
perkembangan sepanjang hayat seseorang. (Gysbers,Heppner
dan Johnson, 2009)

Merupakan satu bidang kaunseling yang khusus untuk membantu


individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya.
(Sidek, 2002)

2
Keperluan terhadap Kaunseling Kerjaya

• Kaunselor perlu mempunyai kemahiran bukan sahaja


dalam kaunseling kerjaya malahan juga dalam
kaunseling individu.
• Sebanyak 84% (undicided) boleh membuat pemilihan
dengan baik jika diberikan bantuan.
• Kajian terkini menunujukkan bahawa kesihatan
mental adalah berkaitan dengan isu kerjaya,
Kaunselor perlulah mengenalpasti masalah klien
sebelum sesi kaunseling kerjaya dapat dimulakan.

3
• Jenis pekerjaan yang dipilih atau diceburi harus
memberi peluang kepadanya untuk:
i. menampilkan diri yang terbaik,
ii. dapat melakukan kerja dengan mahir dan cekap,
iii. berpeluang melahirkan daya kreativiti,
iv. dapat mengembangkan potensi,
v. dapat membentuk sikap iltizam terhadap kerja
vi. dan akhirnya mendapatkan kepuasan daripada kerja
yang dilakukan oleh individu tersebut.

4
Kepentingan Kaunseling Kerjaya

•Kesedaran diri
•Kesedaran ekonomi
•Kesedaran pendidikan
•Kesedaran kerjaya
•Sikap dan apresiasi
•Pengambilan Keputusan

5
1. Kesedaran Diri

Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya


sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya,
kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian
peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk
membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti
keperibadian yang positif yang akan membantunya
membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya
supaya lebih berkesan dan bermanfaat.

6
2. Kesedaran Ekonomi
Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham
akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya
hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar
menyedari atau mengerti bahawa hidup
memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut
keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan
merupakan antara salah satu usaha yang dapat
memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut. 

7
3. Kesedaran Pendidikan

Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan


asas kemahiran perkembangan dan penguasaan
kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu
matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan
yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan
pengetahuan untuk membolehkan mereka
melaksanakan pekerjaan dengan baik.

8
4. Kesedaran Kerjaya
Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami
bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam
kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman
terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya
dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-
peringkat tertentu. 

9
5. Sikap dan Apresiasi
Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman
yang menyertakan sama penilaiannya terhadap
kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana
sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain.
Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi
seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif
dan mampu memberi prestasi yang memuaskan
bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga
kehidupan bermasyarakatnya. 

10
6. Membuat Keputusan

Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai


input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek
keperluan kerjaya, maka, ini akan memudahkan
mereka membuat penilaian dan keputusan yang
lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras
dengan kehendak diri mereka. 

11
2.Kaunseling
3.Kaunseling
1.Proses Kerjaya
Kerjaya
Kaunseling Berbantukan
Pelbagai
Kerjaya Ujian
Budaya
Psikologi
1) PROSES KAUNSELING KERJAYA
Antara model yang mempunyai proses
kaunseling kerjaya ialah:
a) Model tret dan faktor
b) Model membuat keputusan
c) Model pendekatan teori super
d) Model kaunseling kerjaya berorentasikan
matlamat.
a) Model proses kaunseling kerjaya model
tret dan faktor

Penilaian personal Integrasi maklumat


Hubungan dengan Penjelajahan
berhubung dengan dan mebuat
klien pekerjaan
kerjaya pilihan.

1. Temuduga 1) Bahan bertulis


2. Ujian 2) Temuduga pekerja
3. Inventori 3) Job shadowing
4. Senarai semak 4) Sistem
5. Maklum balas berkomputer
ujian dan
kaunselor

Rajah 1
Model tret dan faktor yang mudah
Kaunseling
TIDAK
peribadi
Penilaian
Membina tentang
hubungan kejelasan
dengan klien kognitif dan
motivasi YA Kaunseling
kerjaya

Rajah 2
Model tret dan faktor yang lebih kompleks
YA
1) Kesesuaian pilihan kerjaya
2) Kesan peranan lain terhadap kerjaya
3) Kemungkinan penyesuaian dalam lingkungan peranan
Kejelasan
jika sedang bekerja
kognitif ada
4) Kesedaran kendiri bersesuaian dengan pilihan kerjaya
5) Kesedaran peluang-peluang dalam struktur pekerjaan
Kaunseling
6) Kesan individu yang signifikan terhadapa pilihan kerjaya.
kerjaya

Penilaian yang
akan dibuat 1) Pendekatan berorentasikan tret dan
faktor terhadap pilihan kerjaya
2) Penyesuaian dalam peranan kerja
3) Penyesuaian antara peranan
Alternatif
pendekatan
kaunseling Rajah 3
Model tret dan faktor yang lebih kompleks
b) Proses kaunseling kerjaya
model membuat keputusan
Meneroka latar
Membina Meneroka
belakang klien
hubungan kekuatan dan
berkaitan
kaunseling potensi klien
kerjaya

Mengenal pasti Mengenal pasti


Membuat
alternatif yang matlamat
pilihan kerjaya
ada kerjaya

Membuat
tindakan Penamatan Susulan

Rajah 4
Model membuat keputusan
1) Membina hubungan kaunseling
 Kemesraan kaunselor dan klien- prasyarat kepada kepercayaan dan
kepercayaan merupakan prasyarat kepada kerjasama.

2) Meneroka latar belakang klien berkaitan kerjaya


 Latar belakang pendidikan dan pekerjaan ibu bapa dan anggota keluarga,
sikap klien terhadap sekolah, pencapaian, gred, minat, hobi dll.

3) Meneroka kekuatan dan potensi klien


 Meneroka ciri-ciri kekuatan dan kelemahan diri klien. Contohnya, minat,
personaliti, nilai dan pencapaian individu.

4) Mengenal pasti matlamat kerjaya


 Matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai dengan diri klien mestilah
dikenal pasti secara bersama antara kaunselor dan klien.

5) Mengenal pasti alternatif yang ada


 Kebaikan dan keburukan setiap alternatif yang ada perlu ditentukan dan
dikenal pasti.
6) Membuat pilihan kerjaya
 Perbincangan agar satu keputusan telah dikenal pasti oleh
kaunselor dan klien tetapi keputusan perlu dibuat sendiri
oleh klien.

7) Membuat tindakan
 Proses pelaksanaan segala perancangan yang dibuat demi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

8) Penamatan
 Dilakukan setelah berjaya menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang mereka diceburi.

9) Susulan
 Untuk menentukan sama ada klien telah berjaya
melaksanakan tindakan dan menentukan jika ada apa-apa
masalah yang dihadapi oleh klien.
c) Proses kaunseling kerjaya
model pendekatan teori super
Menurut Donald E. Super (dlm. Janet Maursund
1985), salah seorang pakar terawal dalam dunia
kaunseling kerjaya, mencadangkan bahawa
pemilihan pendekatan dalam kaunseling kerjaya
adalah bergantung kepada di mana kedudukan
klien dalam keseluruhan proses kaunseling
kerjaya tersebut.
(Sidek Mohd Noah, 2002)
• Super dan Crites menggabungkan idea mereka
dalam peringkat i, ii, dan iii.

Peringkat I
Super- pendekatan yang tidak berarah atau non-
directive dengan klien digalakkan untuk meneroka
diri. Apabila peringkat ini mula menampakkan hasil,
klien mula ditolong untuk mengarahkan prosesnya
sendiri dengan menentukan topik-topik khusus yang
perlu diterokai. (Super 1957 dlm. Moursund 1985
dalam Sidek Mohd Noah)
Crites- pendekatan non-directive ini mestilah
cukup panjang, memberikan peluang yang
cukup untuk klien bercerita tentang dirinya,
mengenal pasti masalah dan mewujudkan
suasana kerja yang baik antara kaunselor dengan
klien .kaunselor tidak boleh berpindah ke
peringkat 2 dan 3 terlalu cepat kerana ini akan
menyebabkan klien berasa terancam dan
ditolak. ( Crites dlm. Moursund 1985 dalam
Sidek Mohd Noah)
Peringkat 2
Super Crites
• Kaunselor akan melakukan • Pada peringkat ini, sebahagian
perubahan besar yang pertama daripada cerita klien
iaitu kaunselor mula memberikan dibandingkan dengan cerita
struktur dan arahan untuk klien orang lain. Perbandingan dan
mengendalikan sumber pertentangan cerita bertindak
maklumat yang khusus seperti untuk memfokus perhatian
ujian-ujian, risalah pekerjaan, terhadap isu-isu yang releven,
pencapaian akademik dan maklumat yang signifikan serta
sebagainya. (Super 1957 dlm. untuk menjelaskan proses
Moursund 1985 dalam Sidek menyelesaikan masalah. (Crites
Mohd Noah) dlm. Moursund 1985 dalam
Sidek Mohd Noah)
Peringkat 3

Super Crites
• Klien ditolong untuk membuat • Kaunselor akan bersifat paling
pemilihannya sendiri tentang mengarah atau directive.dengan
rancangan tindakan yang akan peringkat pertama agak lembut
memberi arah kepadanya dan peringkat kedua yang lebih
untuk membuat keputusan berfokus, klien telah membentuk
dan penglibatan yang pendirian dan keyakinan diri, jadi
klien sekarang boleh berinteraksi
sepenuhnya untuk
dengan kaunselor dengan satu
melaksanakan tindakan.
semangat bekerjasama serta
(Super 1957 dlm. Moursund terbuka. (Crites dlm. Moursund
1985 dalam Sidek Mohd Noah) 1985 dalam Sidek Mohd Noah)
d) Proses kaunseling kerjaya
model kaunseling kerjaya
berorentasikan matlamat.

• Kaunseling kerjaya berorentasikan matlamat atau


Goal Oriented Counseling ialah satu pendekatan yang
telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah (1992)
bertujuan untuk menolong klien yang mempunyai
masalah untuk melaksanakan segala alternatif dan
strategi yang telah ditentukan dan dipersetujui kerana
kekurangan motivasi.

(Sidek Mohd Noah, 2014)


Antara andaian mengenai model ini ialah:-
a) Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat.
Individu tidak nampak keperluan untuk
bertindak dan bergerak ke arah yang positif.
b) Matlamat terbahagi kepada 4 jenis iaitu
matlamat semasa, matlamat jangka pendek,
matlamat jangka panjang dan matlamat terakhir.
c) Masalah terbahagi kepada ranting dan masalah
pokok.
Masalah Matlamat
ranting
1. Keluarga Masalah -Semasa Matlamat
2. Kewangan pokok -Jangka pendek terakhir
3. Rakan -Jangka panjang
sebaya Akademik Syurga
4. Dadah 1) Selesaikan tugasan
5. Peribadi 2) Spm gred A
3) Jurutera

Pergerakan motivasi

Negatif Positif
Model Kaunseling Berorientasikan Matlamat
2. Kaunseling Kerjaya Berbantukan
Ujian Psikologi
Pengenalan Kaunseling Kerjaya
Berbantukan Ujian Psikologi

 Penggunaan ujian psikologi atau teknik psikometrik boleh


mempermudahkan para kaunselor kerjaya untuk membantu
kliennya membuat keputusan kerjaya.
 Ujian psikologi akan menghasilkan graf atau profil yang pada
umumnya tidak mempunyai apa-apa makna melainkan
pentafsiran dilakukan terhadap profil tersebut
 Profil klien tidak seharusnya diberikan kepada klien tanpa
diadakan sesi kaunseling terlebih dahulu.
 Dalam sesi kaunseling, profil ujian akan diinterpretasikan secara
profesional oleh kaunselor yang terlatih.
 Bagi memastikan sesi interpretasi, profil ujian dilakukan secara
profesional, maka kaunselor mestilah melakukan proses
interpretasi tersebut mengikut proses yang akan dibincangkan.
Menurut Zunker (2002), penggunaan ujian akan dapat membantu
pihak kaunselor dan klien dalam hal berikut:
1. Memperoleh maklumat terperinci tentang kemahiran, bakat,
minat, nilai, pencapaian, personaliti, perwatakan, kematangan
dan perkara-perkara lain berkaitan dengan diri klien.
2. Memperoleh satu hasil penilaian yang tepat dan jitu serta bersifat
sistematik tentang diri seseorang individu.
3. Dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien, sama
ada masalah yang terpendam atau tidak dan tidak diutarakan
semasa sesi kaunseling.
4. Kaunselor dapat menyediakan satu pelan perancangan dan
intervensi yang bersesuaian dengan diri klien.
5. Penilaian yang dilakukan terhadap klien akan menghasilkan satu
laporan yang dapat diguna pakai semasa sesi kaunseling.
• Kaunselor perlu mempunyai kemahiran dan
mengenalpasti alat ujian yang sesuai dengan
klien.
• Matlamat penggunaan alat ujian dalam
kaunseling kerjaya menurut Zunker (2002)
1. Mengenal pasti kepercayaan
2. Mengenal pasti kemahiran, kecekapan dan
kemampuan
3. Mengenal pasti pencapaian akademik
4. Mengenal pasti minat
MATLAMAT PENGGUNAAN ALAT UJIAN DALAM
KAUNSELING KERJAYA
1. Mengenal pasti kepercayaan
 Menurut Puteri Hayati (2010), pengenalpastian masalah
melalui alat ujian memainkan peranan penting dalam
pembinaan rapport dan penentuan strategi intervensi
dalam fasa pertama dalam proses kaunseling.
 Kaunselor dapat memilih sama ada perlu merujuk klien
kepada pakar lain ataupun meneruskan sesi bersama klien.
 Inventori dan soal selidik yang digunakan bagi tujuan ini
mendedahkan beberapa kepercayaan tentang kerjaya,
cara gaya membuat keputusan, isu identiti, tingkah laku
maladaptif, kebimbangan, ketakutan kepada kegagalan
dan sebab mengapa individu sukar membuat pilihan.
 Contoh inventori: Career Beliefs Inventory, Career Thoughts
Inventory dan My Vocational Situation
MATLAMAT PENGGUNAAN ALAT UJIAN DALAM
KAUNSELING KERJAYA
2. Mengenal pasti kemahiran, kecekapan dan kemampuan
 Ujian bakat sering digunakan untuk mengukur kemahiran dan
kecekapan yang khusus atau kemampuan yang diperlukan dalam
sesetengah profesion (Cronbach,1990)
 Skor ujian menyediakan indeks mengukur kemahiran yang digunakan
bagi meramal pencapaian seseorang dalam pekerjaan atau pendidikan
atau dalam program latihan.
 Ujian bakat ini dapat dilihat dengan mengukur bakat dan kemahiran
yang khusus
 Kombinasi skor menyediakan ramalan terhadap bidang atau program
latihan yang memerlukan kemahiran pelbagai
 Contohnya: General Aptitude Test Battery (GATB) yang mengukur 9
bakat (Kecerdasan, Verbal, Penomboran, Percakapan, Membuat
Persepsi, Perkeranian, Koordinasi Motor, Ketangkasan Jemari dan
Ketangkasan Manual)
MATLAMAT PENGGUNAAN ALAT UJIAN DALAM
KAUNSELING KERJAYA
3. Mengenal pasti pencapaian akademik
 Ujian pencapaian dijalankan pada individu bertujuan untuk menilai
tahap semasa perkembangan keupayaan individu (Puteri Hayati, 2010)

 Fungsi semasa dan kemahiran akademik yang asas seperti mengira,


membaca dan menggunakan bahasa, sesuai dalam merangka strategi
berkaitan dengan bidang pendidikan

 Kebolehan dalam bidang akademik merupakan faktor utama dalam


merancang kerjaya

 Sementara tahap pendidikan yang tinggi dan kecekapan dalam


akademik merupakan penentuan utama untuk melayakkan diri dalam
sesuatu bidang pekerjaan
MATLAMAT PENGGUNAAN ALAT UJIAN DALAM
KAUNSELING KERJAYA

3. Mengenal pasti pencapaian akademik


 Keputusan dalam ujian pencapaian menyediakan
maklumat penting yang dapat dimasukkan ke dalam
program bagi remaja yang mahu menceburi atau
kembali kepada bidang pekerjaan

3 kategori penggunaan ujian pencapaian


1) Mengukur pengetahuan dalam pembelajaran yang diajar
di sekolah dan piawaian dalam populasi yang sama
2) Mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
3) Sebagai alat ujian yang mengukur kecekapan yang
khusus seperti membaca, menulis dan mengira.
MATLAMAT PENGGUNAAN ALAT UJIAN DALAM
KAUNSELING KERJAYA
4. Mengenal pasti minat
 Dalam kebanyakan inventori, minat kebiasaannya dikenal pasti melalui
maklum balas untuk mengumpul senarai pekerjaan dan senarai aktiviti
yang berkaitan dengan pekerjaan.
 Rasionalnya, individu yang mempunyai minat yang sama dengan mereka
yang berada dalam sesebuah kumpulan pekerjaan akan berasa puas hati
dan gembira apabila berada dalam kumpulan pekerjaan tersebut.
 Inventori minat yang menggunakan kaedah perbandingan secara
langsung dengan sesuatu pekerjaan yang spesifik biasanya melibatkan
indeks pekali untuk tujuan perbandingan
 Contoh inventori minat:
1. Strong Interest Inventory (SII) – E.K.Strong (1983)
2. The Kuder Interest Inventories – G.F.Kuder (1963)
3. Self-Directed Search – Holland (1987)
4. Vocational Preference Inventory (VPI)
Contoh inventori minat:

Strong Interest Inventory (SII)


The Kuder Occupational
• Memberikan skor yang standard untuk tujuan yang
Interest Survey (Kuder, 1966)
sama
• Memberi pekali kolerasi
• Sejumlah besar inventori memberikan huraian yang
sebagai indeks untuk
menyatakan sama ada minat adalah sama atau
membandingkan respons
tidak kepada kumpulan kriteria pekerjaan tersebut
individu dengan kumpulan
pekerjaan yang tertentu.
• Korelasi yang tinggi
menunjukkan tahap minat
yang sama terhadap Self-Directed Search
kumpulan pekerjaan yang • Seseorang individu mungkin akan memberikan
dibandingkan. maklum balas minat yang serupa dengan mereka
yang berada dalam kumpulan
• Cth Artistik mempunyai minat yang berbeza
daripada mereka yang berada dalam kumpulan
pekerjaan Konvensional
PROSES KAUNSELING
BERBANTUKAN UJIAN PSIKOLOGI
Meneroka
Membina Meneroka latar
matlamat
hubungan belakang klien
hidup klien

Meneroka Meneroka
Interpretasi
parameter halangan
profil ujian
kerjaya kerjaya

Maklumat Membuat
Tindakan
kerjaya keputusan

penamatan Sidek Mohd Noah (2002)


FASA 1: Membina Hubungan
• Membina hubungan baik dan mesra adalah sangat kritikal kerana
menjadi penentu kepada kejayaan sesi kaunseling selanjutnya

• Pada peringkat ini kaunselor cuba membina hubungan yang


mesra dengan klien.

• Hubungan yang mesra adalah sangat penting kerana akan


menentukan sama ada klien akan percaya kepada kaunselor atau
tidak

• Cara: terima klien tanpa syarat, wujudkan suasana mesra, tidak


menghukum dan tulen, soalan terbuka dan penstrukturan
FASA 2: Penerokaan
• Menurut Sidek (2002), digalakkan sebelum interpretasi
keputusan atau profil ujian dilakukan, seseorang kaunselor itu
menjalankan sesi kaunseling selama 30-40 min bersama
kliennya untuk mengetahui latar belakang diri klien itu

• Sekiranya interpretasi keputusan dibuat secara berkelompok,


sesi itu boleh dijalankan selepas diadakan bimbingan kelompok.

• Perkara yang wajar diterokai oleh kaunselor ialah:


– Latar belakang klien
– Matlamat hidup (pendidikan atau kerjaya)
– Parameter kerjaya
– Halangan-halangan kerjaya
Meneroka latar belakang klien
• Antara aspek latar belakang yang perlu diterokai:
1) KELUARGA – latar belakang pendidikan dan pekerjaan ibu
bapa serta ahli-ahli dalam keluarga
2) PERSEKOLAH – sikap klien terhadap sekolah, pencapaian,
gred, perkara yang diminati, latihan, hobi dan kegemaran
3) PEKERJAAN – jenis pekerjaan yang diminati dan
pengalaman bekerja sama ada bekerja secara sukarela
mahupun kerja bergaji
4) MOBILITI SOSIAL – kerelaan dan kesanggupan klien
untuk tinggal di kawasan-kawasan yang berbeza-beza dan
berubah-ubah.
Meneroka matlamat hidup
• Kaunselor perlu meneroka sama ada klien sudah
mempunyai matlamat pendidikan dan kerjayanya sendiri
• Mungkin klien sudah mempunyai matlamat, tetapi tidak
begitu jelas.
1) MATLAMAT PENDIDIKAN – sekolah atau program latihan yang
sudah ada dalam fikiran klien, mata pelajaran atau kurikulum
yang sudah dipertimbang terlebih dahulu
2) MATLAMAT VOKASIONAL – matlamat vokasional semasa,
pilihan-pilihan atau alternatif-alternatif, motivasi yang ada
sekarang.
3) MATLAMAT PERIBADI – gaya dan corak kehidupan yang
diingini dan diidamkan oleh klien
Meneroka parameter kerjaya
• Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, parameter ialah ruang
bulatan yg berlegar dan bertindih / dlm lingkungan
parameter sistem dunia itu
• Parameter kerjaya bermaksud cabang-cabang yang
berkaitan di dalam satu bidang kerjaya atau maklumat-
maklumat tentang sesuatu kerjaya
• Dengan meneroka kerjaya klien sebelum interpretasi profil
ujian psikologi dilakukan, seseorang kaunselor akan dapat
wawasan yang jelas tentang kedudukan klien tentang minat
dan emosi klien
• Kaunselor memgumpulkan maklumat spt aspek personaliti,
minat, nilai, kebolehan dan pencapaian klien.
Meneroka halangan kerjaya
• bermaksud klien ragu-ragu atau tidak mahu
atau cuba mengelak daripada membuat
keputusan kerjaya

• Halangan kerjaya wujud dalam bentuk:


1) Mekanisme bela diri
2) Tidak asertif
3) Lemah dalam membuat keputusan untuk diri
sendiri
FASA 3: Interpretasi Profil Ujian
• Kebanyakan prosedur bagi membuat interpretasi keputusan ujian
atau profil ujian psikologi adalah standard

• Menurut Sidek (2002), interpretasi adalah satu aktiviti susulan


yang dijalankan pada masa yang sesuai dalam keseluruhan proses
kaunseling.

• Prosedur yang disarankan:


1. Sediakan bahan yang relevan (manual ujian)
2. Gunakan buku panduan ujian untuk membantu klien mengingat ujian
semula yang telah dilalui
3. Beritahu klien tentang tujuan am menggunakan ujian tersebut
4. Jelaskan konsep ujian secara ringkas (kesahan, kebolehpercayaan dan
kesesuaian ujian)
5. Sekiranya kaunselor mempunyai masa yang mencukupi, dapatkan
pandangan klien tentang skor ujian tersebut terlebih dahulu sebelum
bincang dengan mendalam

6. Gambarkan keputusan ujian dengan memberi penekanan kepada skor


tertinggi dan skor terendah (kekuatan/kelemahan klien)

7. Sekiranya masa tidak mencukupi, buat temu janji baru untuk


berjumpa pada sesi lain.

8. Setelah kesemua dapatan ujian telah dibincangkan, kaunselor


meminta klien merumuskan apa yang diperoleh daripada keputusan
ujian itu.

9. Pastikan kaunselor bincang skor yang diandaikan oleh klien dengan


skor yang sebenarnya diperoleh daripada keputusan ujian itu.
FASA 4: Maklumat Kerjaya
• Sebelum sesuatu keputusan yang berkaitan dengan
kerjaya boleh dibuat, segala maklumat yang berkaitan
dengan kerjaya yang diminati mestilah diperoleh terlebih
dahulu.

• Maklumat-maklumat tentang:
– Keterangan kerja
– Keperluan kelayakan
– Keperluan latihan
– Gaji
– Prospek kerja pada masa depan
– Suasana tempat kerja
FASA 5: Membuat Keputusan
• Maklumat berkaitan dengan diri yang diperoleh
daripada ujian-ujian psikologi yang telah dilalui
perlu disatukan dengan maklumat kerjaya
sebelum keputusan akhir yang berkaitan dengan
matlamat kerjaya boleh dibuat.
FASA 6: Tindakan
• Setelah keputusan dibuat, klien perlu bertindak bagi mencapai
matlamat yang telah ditentukan

• Proses tindakan ialah satu proses pelaksanaan segala perancangan


yang telah dibuat demi mencapai matlamat yang ditetapkan

• Klien mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai


matlamat kerjayanya

• Seeloknya kaunselor mengakhiri sesi interpretasi profil ujian


psikologi ini dengan memupuk azam serta motivasi klien (berusaha
melaksana matlamat kerjaya berasaskan keputusan yang dibuat)
FASA 7: Penamatan dan Susulan
PENAMATAN
• Penamatan sesi dilakukan setelah klien berjaya
menyelesaikan masalah berkaitan dengan pemilihan
kerjaya yang bakal diceburinya.

• Proses penamatan sesi kaunseling dilakukan sebagai


satu proses formal untuk menamatkan hubungan
kaunseling yang wujud antara kaunselor dengan klien
FASA 7: Penamatan dan Susulan
SUSULAN
• Kaunselor digalakkan membuat susulan dari semasa ke
semasa

• Jika tidak berkesempatan mengadakan sesi kaunseling


formal dengan klien, kaunselor boleh menghubungi klien
melalui telefon, sms, e-mel, memo, atau pertemuan ringkas
3. Kaunseling Kerjaya Pelbagai
Budaya
Definisi Budaya
 Matsumoto (1996) mendefiniskan budaya sebagai satu set sikap,
nilai, kepercayaan dan tingkah laku yang dikongsi bersama-sama
oleh sekumpulan individu, tetapi mempunyai aspek yang berlainan
antara individu yang diperturunkan daripada satu generasi kepada
satu generasi yang lain.
(Puteri Hayati Megat Ahmad, 2010)

 Menurut Noriati A. Rashid et.al (2011) budaya bermaksud cara hidup


manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

 Kesimpulannya, budaya merupakan konsep kompleks yang merujuk


kepada aspek cara dan kepelbagaian cara hidup. Secara mudah, ia
merupakan amalan yang dikongsi bersama dan menjadi satu
ikutan bagi semua golongan atau masyarakat di sesebuah tempat.
Definisi Kaunseling Pelbagai Budaya

 Menurut Arrendondo et.al (1996) kaunseling


pelbagai budaya merujuk kepada persediaan dan
praktis yang mengintegrasikan pelbagai
budaya dengan kepekaan budaya khusus,
pengetahuan dan kemahiran dalam interaksi
kaunseling.

(Puteri Hayati Megat Ahmad, 2010)


Kaum Di Malaysia
 Kaum Melayu merupakan terbesar di Malaysia, beragama Islam,
berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Sangat
mementingkan adat yang jelas terlihat dalam peribahasa Melayu yang
berbunyi “biar mati anak, jangan mati adat”.

 Dari segi pendidikan, pencapaian dan motivasi kaum Melayu hampir sama
bagi lelaki dan perempuan. Dahulu, anak-anak perempuan tidak
digalakkan untuk melanjutkan pelajaran mereka kerana percaya bahawa
hal ini bertentangan dengan adab sopan Melayu bahawa anak perempuan
harus dilindungi dan tidak terdedah diluar rumah.

 Kini, anak perempuan telah diberi peluang yang sama seperti anak lelaki
dalam mendapatkan pendidikan. Arus pemodenan telah mengubah
kepercayaan kaum Melayu terhadap keupayaan kedua-dua jantina. Wanita
juga dilihat sebagai penyumbang kepada pendapatan keluarga
sebagaimana lelaki dewasa.
 Kaum Cina mewakili kaum kedua terbesar di Malaysia dan tinggal di
bandar-bandar besar di pantai Barat Semenanjung. Mereka menganut
kepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian dan berbahasa Mandarin,
Hokkien dan Kantonis. Kaum ini mendominasikan ekonomi di Malaysia
disebabkan usaha mereka dalam bidang perniagaan.

 Sue dan Okazaki (1990) mendapati kumpulan Cina di Amerika


menganggap pendidikan sebagai satu cara untuk meningkatkan mobiliti
sosial. Penting bagi kaunselor memahami pengaruh budaya
masyarakat Cina semasa mengadakan kaunseling bersama keranna
kajian Sue dan Okazaki (1990) mendapati pelajar Cina di Amerika:

 kurang menunjukkan ekspresi emosi dan tidak aktif terlibat dalam


proses kaunseling.
 tidak digalakkan berkongsi masalah peribadi disebabkan
latarbelakang budaya mereka.
 Menunjukkan respons yang lebih baik, jika menjalankan sesi
kaunseling berstruktur.
 Kaum India pula merupakan golongan minoriti yang ada di
Malaysia. Kebanyakannya beragama Hindu, bahasa dan pertuturan
mereka ialah bahasa Tamil dan Malayalam.

 Status sosioekonomi dan kekurangan peluang dikatakan menjadi


penyebab dalam mencapai tahap pendidikan tinggi dan peluang
kerjaya mereka.

 Bagaimanapun, kaum ini amat memandang tinggi kepada pekerjaan


yang berstatus tinggi dan oleh sebab itu, golongan intelek mereka
kebanyakannya mempunyai kerjaya seperti doktor dan peguam.

 Namun kini, aspirasi dan semangat mereka untuk berjaya dalam


bidang pendidikan sama taranya dengan kaum-kaum lain di
Malaysia.
Proses Kaunseling Kerjaya
 Proses perkhidmatan kaunseling, khususnya kaunseling kerjaya,
memerlukan seseorang kaunselor menyediakan satu intervensi strategi yang
berkesan dalam usaha membantu seseorang individu berhubung dengan
kerjaya.

 Kecekapan kaunseling pelbagai budaya dikategorikan melalui 3 BIDANG


iaitu:

1) KEPEKAAN=menekankan pemahaman kaunselor terhadap kepercayaan


dan sikap dirinya yang terhasil akibat daripada kefungsian budayanya
tersendiri.

2) PENGETAHUAN=pemahaman dan pandangan kaunselor terhadap klien


yang datang daripada pelbagai budaya.

3) KEMAHIRAN=proses secara aktif mempraktikkan strategi intervensi yang


diperlukan oleh klien daripada budaya yang berbeza.
Aspek Multibudaya Yang Perlu
dipertimbangkan
• Agama/kepercayaan
• Bangsa/kaum/keturunan/kump. etnik
• Kelas/Status sosioekonomi
• Latar tempat tinggal – kampung, setinggan, tepi
laut(nelayan), pinggir bandar, bandaraya dll.
• Peranan gender
• Umur
• Keupayaan fizikal – OKU, Istimewa dsb.
• Tahap pendidikan
 Berdasarkan penilaian dan penelitian diri, beberapa perkara
berikut perlu dipertimbangkan apabila perkhidmatan melibatkan
kaunselor-klien yang berbeza budaya. Antaranya:

a) Penelitian oleh kaunselor tentang sikap diri terhadap budaya


orang lain dan kesannya sikap ini dalam proses membantu klien.

b) Adakah kaunselor rasa dihormati dan selesa dengan klien berbeza


budaya.

c) Sikap sensitif kaunselor terhadap situasi, misalnya bias personal


yang berkemungkinan wujud akibat perbezaan budaya.

d) Kepekaan kaunselor terhadap gaya menolong, pengenalpastian


terhadap limitasi dan kesan yang timbul akibat perbezaan budaya.
 Dalam melaksanakan kaunseling kerjaya, Sue et.al (1996) dalam
Puteri Hayati Megat Ahmad (2010) menyarankan beberapa langkah:

1) Memberi fokus kepada cara melaksanakan perkhidmatan, iaitu


kaunselor perlu menyeimbangkan budaya yang dipegang dengan
budaya klien yang berbeza. Biarpun dunia semakin moden, namun
isu kebudayaan dan hubungan kekeluargaan dalam sesuatu budaya
tidak berubah dan masih kekal diamalkan serta terus menjadi adat
yang harus dipatuhi oleh kelompok budaya berkenaan.

2) Penggunaan kemahiran asas kaunseling yang bertepatan dengan


budaya kerana sesetengah daripada kemahiran yang digunakan
oleh kaunselor tidak bersesuaian dengan sesetengah budaya yang
lain. Misalnya, memandang tepat ke arah mata klien wanita Melayu
oleh kaunselor lelaki boleh dianggap keterlaluan dan tidak sesuai.
3) Kebanyakan budaya mempunyai identiti tersendiri dan ahli sanggup
mempertahankan identiti ini. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh
individu adalah agak berbeza daripada satu budaya dengan budaya
yang lain. Kaunselor harus dilatih untuk memahami perbezaan dan
kepercayaan. Misalnya, tentang peranan bomoh-bomoh tradisional yang
mempunyai tempat yang tinggi dalam budaya-budaya tertentu.

4) Kaunselor tidak perlu terikat dengan sesuatu kaedah dalam


membantu klien. Sebaliknya, lebih menitikberatkan kepada pengguaan
alternatif. Kaunselor perlu berusaha meningkatkan pengetahuan dari
aspek kemahiran agar dapat mempraktikan kaedah baru dan berbeza-
beza mengikut keperluan individu pelbagai budaya.
Rujukan
Puteri Hayati Megat Ahmad. (2010). Bimbingan dan Kaunseling
Kerjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melati Sumari, Norfaezah Md Khalid & Norsafatul Aznin. (2015). Teori


Dan Amalan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &
Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis.


Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia