Anda di halaman 1dari 15

UNIT 8

Li'an : Membela maruah


suami isteri
Masalah Rumah Tangga dan
Penyelesaiannya
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan pengertian li'an.
Menerangkan sebab berlaku li'an.
Menjelaskan proses berlakunya li'an.
Menyenaraikan implikasi li'an terhadap suami dan isteri.
Menghuraikan hikmah disyariatkan li'an.
PENGERTIAN LI'AN
Bahasa Laknat

Li'an Sumpah suami yang disertakan


laknat dari Allah untuk menolak
hukuman Qazaf disebabkan
tuduhan zina terhadap isteri /
menafikan nasab tersebut.

Istilah Sumpah isteri yang


disertakan kemurkaan Allah
untuk menolak tuduhan
zina yang dibuat oleh
suami.
SEBAB BERLAKU LI'AN
Suami menuduh isterinya berzina, tetapi tidak dapat mengemukakan
4 orang saksi.
Suami tidak mengakui anak yang dikandung oleh isterinya.
Isteri menafikan tuduhan yang dibuat oleh suami.
Mengelakkan hukuman Qazaf.
Suami RUKUN
IsteriLI'AN

Lafaz li'an Sebab li'an


PROSES LI'AN
Suami bersumpah dihadapan hakim dengan lafaz, “aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan
zina terhadap isteriku adalah benar”. Dia hendaklah mengulangi lafaz ini 4 kali berturut-turut.
Jika hendak dinafikan keturunan anaknya, suami hendaklah menambah pada keempat-empat sumpah
li'an dengan lafaz : “sesungguhnya anak yang dilahirkan oleh isteriku itu bukan daripadaku”.
Pada sumpah kelima, suami bersumpah dengan lafaz : “Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku
jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku.”

Isteri bersumpah dihadapan hakim dengan lafaz : “aku berdusta dengan nama Allah
bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku adalah dusta.” Dia
hendaklah mengulangi lafaz ini sebanyak 4 kali berturut-turut.
Pada kali kelima, isteri bersumpah dengan lafaz : “sesungguhnya kemurkaan Allah akan
menimpa diriku jika tuduhan suamiku benar.”
PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN
DALAM PROSES LI'AN
Hakim mengingatkan tentang balasan yang akan diterima jika mereka
berdusta.
Suami bangun semasa melafazkan sumpah dan isteri duduk dan
sebaliknya.
Li'an dilakukan di hadapan orang ramai.
IMPLIKASI DISYARIATKAN LI'AN
1. Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an.
2. Suami tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya buat
selama-lamanya.
3. Suami yang membuat tuduhan, dilepaskan daripada hukuman Qazaf.
4. Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan
sumpah laknat.
5. Anak yang dinafikan dalam sumpah li'an ternafi nasabnya daripada
suami yang bersumpah.
6. Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan
nasabnya.
HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN
1. Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai
Allah.
2. Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan
melakukan sumpah li'an di hadapan orang ramai.
3. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada
dicemari oleh isterinya yang melakukan perbuatan zina.
#1
PERNYATAAN BETUL/SALAH

Rukun-rukun li'an ialah suami, isteri,


lafaz li'an dan sebab li'an.

Suami duduk semasa melafazkan


sumpah dan isteri berdiri dan begitu juga
sebaliknya.
#2
1. Qazaf ialah menuduh perempuan yang baik berzina tanpa _____
orang saksi yang adil.
A) 2
B) 3
C) 4
D) 5
2. Antara implikasi sumpah li'an adalah suami isteri akan terpisah
untuk _________.
A) selama-lamanya
B) sementara
Sekian, Terima Kasih~