Anda di halaman 1dari 25

Definisi Pendidikan Khas

“Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan


kanak-kanak berkeperluan khas”
Hallahan & Kauffman (2006)

“Pendidikan khas merupakan pengajaran yang direka bentuk khusus


bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran
ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau
institusi lain.”
Friend (2005)
“Pendidikan Khas adalah program pengajaran khusus yang direka
bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin
memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.”
Gargiulo (2003)

“Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan


untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

Falsafah Pendidikan Khas


Pendidikan Khas

• Bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang


tersendiri

• Menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik dari


menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas

• Pendidikan individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang


bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah
pengajaran khas
Jenis Pendidikan Khas

1) Sekolah Pendidikan Khas

- Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai


kurang upaya, seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau
pendengaran atau kurang upaya lain
2) Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)

- Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khas untuk murid


berkeperluan khas

3) Program Pendidikan Inklusif (PPI)

- Sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satu hingga lima


murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana
Penglibatan Ibu Bapa dalam
Pembelajaran Kanak-Kanak Pendidikan Khas
Pengenalan
• Sekolah merupakan organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek.
• Hubungan kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah
meningkatkan kualiti PdP.

Konsep Keibubapaan
• Ibu bapa menyokong perkembangan bahasa, sosial dan kemahiran akademik
anak-anak mereka.
Model Penglibatan Ibu Bapa/ Keluarga oleh Joyce Epstein
6 Jenis Penglibatan Ibu Bapa
Keibubapaan
(Parenting)

Pembelajaran
di Rumah Berkomunikasi
(Learing at (Communication)
Home)

Model Penglibatan Ibu


Bapa / Keluarga

Bekerjasama
dengan Komuniti Sukarelawan
(Colaboration (Volunteering)
with Community)
Pembuat
Keputusan
(Decision
Making)
1. Keibubapaan

• Aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, kanak-kanak yang sihat
supaya mereka menjadi murid yang berkebolehan.

• Memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan,


keselamatan atau rumah anak mereka yang boleh menyokong pembelajaran diri sendiri.

• Membantu ibu bapa menyediakan persekitaran pembelajaran di luar waktu PdP.


2. Berkomunikasi

• Pihak sekolah dan keluarga perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk memahami
keadaan murid.

• Boleh menggunakan laman web sekolah sebagai medium komunikasi kepada ibu bapa dan
keluarga.

• Contohnya, iCal dan RSS untuk menyemak calendar akademik sekolah


3. Sukarelawan

• Memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

• Melibatkan ibu bapa secara tidak langsung semasa pelaksaanaan aktiviti di dalam bilik darjah
dan persekitaran sekolah.

• 3 cara sukarela:
• Membantu guru sebagai tutor/ fasilitator semasa PdP
• Menawarkan diri untuk sekolah, contohnya mengumpul dana untuk acara, mempromosikan sekolah
• Menawarkan diri sebagai penonton dan hadir ke program sekolah
4. Pembelajaran di Rumah

• Menghasilkan persekitaran keluarga sebagai sekolah untuk menggalakkan murid belajar di luar
waktu sekolah.

• Menggalakkan ibu bapa berinteraksi dengan kurikulum sekolah

• Menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam kelas

• Mendapat idea untuk membimbing murid dalam menyiapkan kerja rumah


5. Pembuat Keputusan

• Semasa ibu bapa menyertai sebagai ahli dalam organisasi sekolah (cth: PIBG), ibu bapa dapat
membantu untuk membuat keputusan dalam pentadbiran sekolah.

• Ibu bapa juga menjadi pemimpin untuk menyebarkan maklumat kepada ibu bapa yang lain.
6. Bekerjasama dengan Komuniti

• Pihak sekolah bekerjasama dengan komuniti, misalnya libatkan individu yang tertentu untuk
memanfaatkan murid.

• Contohnya, bekerjasama dengan pihak hospital untuk mendedahkan ilmu yang berkaitan
dengan 3K kepada murid.
Model Co-Operative (James M. Waslh dan Barbara Jones)

• Pembelajaran Koperatif / Pembelajaran Kumpulan Kecil


• 5 elemen asas yang membolehkan kejayaan pembelajaran koperatif :
• Saling pergantungan positif : Rasa tanggungjawab sebagai ahli kumpulan
• Interaksi Face-to-face: Saling menggalakkan dan menyokong
• Akauntabiliti individu dan kumpulan: bertanggungjawab terhadap tugasan diri
sendiri untuk memenuhi matlamat kumpulan.
• Tingkah Laku Kumpulan: Belajar cara bekerjasama, bersosial dengan rakan
sekumpulan
• Pemprosesan Kumpulan: Ahli kumpulan menganalisis diri sendiri serta kemampuan
diri dengan rakan sekumpulan.
Model Psikoanalitik (Signmund Frued)

• Menyatakan dengan sifat manusia.


• Terdapat 3 sistem dalam struktur keperibadian, iaitu
• Id
• Ego
• Super Ego
Id

• Setiap orang hanya terdiri daripada Id semasa dilahiran.


• Merupakan naluri bagi manusia.
• Id memotivasikan manusia atas prinsip kelazatan/ keseronokan.
• Id tidak membuat penilaian dan tidak mementingkan logik.
• Id mencari kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial
atau keperluan sosial.
Ego
• Merupakan komponen personality yang terbentuk melalui pengalaman dalam realiti.
• Mula terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu.
• Tidak semua yang dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera, jadi, ego mula wujud
untuk mencari cara untuk mengatasi kekecewaan dan memuaskan diri secara munasabah.
• Id berorientasi atas prinsip, ego pula membuat rangsangan selaras dengan peraturan sosial dan
seterusnya melakukan sesuatu perlakuan yang boleh diterima oleh masyarakat.
• Konflik timbul sekiranya ego tidak dapat memuaskan Id.
Superego
• Merupakan struktur personality yang beroperasi atas prinsip kesempurnaan.
• Terbentuk dan berkembang sepanjang hidup kanak-kanak.
• Berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal.
• Superego akan mengawal kehendak ego dan memberi penilaian sama ada tingkah laku yang
ditunjuk ego benar atau salah.
• Superego dapat memenuhi kehendak id dengan cara yang bersesuaian dengan nilai, budaya,
kepercayaan dan agama.
Contoh Id dan Ego
• Id memberitahu badan sangat lapar. Sekiranya tanpa Ego, Id akan mengambil sebarang benda
untuk makan.
• Dengan ego, selepas id memberitahu badan lapar, ego akan mencari cara yang rasional untuk
memenuhi kelaparan itu. Misalnya mencari makanan yang boleh dimakan, contohnya nasi,
burger tanpa memikirkan pantang larang seseorang individu.
• Dengan adanya Superego, superego akan mendorong ego untuk mencari makanan yang sesuai
untuk dimakan oleh individu tersebut berdasarkan budaya, agama dan cara.
Kepentingan Kerjasama Ibu bapa dalam Pendidikan Khas
• Membantu perkembangan MBK dari semua segi secara holistic.

• Kadar kehadiran MBK akan ditingkatkan.

• Kegagalan menyiapkan kerja rumah dapat diatasi.

• Tingkah laku positif dibentuk dengan lebih cepat.


• Guru lebih bermotivasi untuk mengajar dan beban guru diringankan.

• Tingkatkan motivasi dan keyakinan ibu bapa terhadap anak mereka dan seterusnya membantu mereka

• Persepsi masyarakat dapat diubah.


Intervensi berpusatkan Keluarga
dalam Pendidikan Khas
Intervensi Awal
• Merupakan satu bentuk input berguna untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam
mengurangkan masalah, merapatkan jurang kecacatan dan mengembangkan potensi murid.

• Untuk mengurangkan kesan kurang upaya kepada pembelajaran.


Intervensi Berpusatkan Keluarga
• Dalam intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada
sistem sesebuah keluarga.

• Keluarga menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak.

• Dapat memperbaiki interaksi antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.

• Memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga.

• Mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang


keperluan MBK.
Bentuk Intervensi yang sesuai
• Mengajar mengikut konteks

• Mengajar mengikut urutan berdasarkan kemampuan dan peringkat umur mereka

• Melatih kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka fikir

• Memberi contoh yang betul untuk latihan

• Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latih pelbagai kemahiran

Anda mungkin juga menyukai